BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Profesion Kerja Sosial 2026 Perkukuh Penyampaian Perkhidmatan Sosial - Lim

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

RUU Profesion Kerja Sosial 2026 Perkukuh Penyampaian Perkhidmatan Sosial - Lim​

d00869f39f23d711a5b6dffc8034ca256a6b4cbb3b62a

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying ketika sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas, Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 yang diluluskan Dewan Negara hari ini disifatkan satu pencapaian penting dalam usaha membangunkan sistem penyampaian perkhidmatan sosial yang lebih profesional, berintegriti dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying berkata RUU itu digubal bagi mengiktiraf kerja sosial sebagai satu profesion yang memerlukan kompetensi, latihan formal dan standard amalan yang jelas.

“Profesion ini berbeza daripada aktiviti kesukarelawanan dan kerja penjagaan kerana melibatkan proses intervensi profesional yang sistematik bagi memastikan kesejahteraan individu, keluarga dan komuniti.

“RUU ini tidak mengawal selia aktiviti sukarelawan atau kerja penjagaan, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengamal yang menyediakan perkhidmatan kerja sosial secara profesional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata RUU itu mewujudkan kerangka kawal selia melalui penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia yang bertanggungjawab mendaftarkan pengamal kerja sosial, menetapkan standard kompetensi, mengawal selia etika dan disiplin profesion serta membangunkan peraturan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sosial yang berkualiti dan berintegriti.

Pendekatan itu juga, beliau berkata membuka ruang kepada pembangunan kompetensi secara berterusan dan penyelarasan standard kerja sosial di seluruh negara.

“Selain melindungi rakyat daripada penyalahgunaan profesion oleh individu yang tidak berkelayakan, RUU ini turut menyediakan laluan pembangunan kerjaya yang lebih jelas kepada pengamal kerja sosial termasuk graduan baharu dan pengamal berpengalaman.

“Pada masa sama, pelaksanaannya secara berfasa serta penggubalan peraturan melalui libat urus bersama-sama kementerian, ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal profesional akan memastikan sistem kawal selia ini kekal relevan, inklusif dan mampu memenuhi keperluan masyarakat yang semakin kompleks pada masa hadapan,” katanya.

Lim berkata penggubalan RUU itu mengambil kira cabaran baharu yang dihadapi negara susulan perubahan landskap demografi, peningkatan populasi warga emas, urbanisasi, kos sara hidup serta perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) yang kini mencetuskan cabaran sosial yang semakin kompleks.

 
Back
Top
Log in Register