BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Pendanaan Politik: BHEUU Jalankan 20 Siri Libat Urus

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
50f0fb9384a7ae66445637a2a7b676a56976f65b380a9

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M.Kulasegaran ketika sesi pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) telah menganjurkan 20 siri libat urus bersama pihak berkepentingan sebagai sebahagian daripada proses menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran, berkata daripada jumlah itu, 12 siri dilaksanakan di peringkat negeri dengan penyertaan seramai 1,544 peserta, termasuk pegawai kerajaan Persekutuan dan negeri, parti politik, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Antara maklum balas utama yang diterima termasuk isu pendanaan awam untuk parti politik, keperluan pendedahan laporan kewangan parti kepada umum, had sumbangan yang dibenarkan, serta kategori penderma yang dibolehkan atau tidak dibenarkan memberikan sumbangan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai perkembangan cadangan kerajaan untuk menggubal Akta Pendanaan Politik bagi menjamin ketelusan.

Selain itu, Kulasegaran berkata satu kajian persepsi umum sedang dijalankan oleh pasukan penyelidik yang diketuai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersama wakil NGO dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO), dijangka selesai pada 28 Feb ini.

Beliau berkata hasil dapatan siri libat urus dan kajian persepsi awam itu akan digabungkan untuk membentuk parameter dasar RUU Pendanaan Politik, dengan cadangan dasar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Dewan Rakyat.

Kulasegaran berkata kerajaan turut meneliti amalan negara lain yang telah mempunyai undang-undang setara, merangkumi semua aspek pendanaan politik dan terbukti berjaya dilaksanakan.

 
Back
Top
Log in Register