BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Pendanaan Politik: Ideas Cadang Pembiayaan Awam, Tubuh Suruhanjaya Bebas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141

RUU Pendanaan Politik: Ideas Cadang Pembiayaan Awam, Tubuh Suruhanjaya Bebas​

2dfb7454208868b6875f3b1183c9d3036a9fd553664e1

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bergambar ketika hadir pada Konvensyen Pendanaan Politik 2026 di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pembiayaan awam kepada parti politik perlu diwujudkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada penyumbang besar, selain meningkatkan ketelusan pendanaan politik, menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Penolong Pengurus Penyelidikan, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus IDEAS Muhammad Nur Syazwan Zainal Abidin berkata pihaknya turut mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pendanaan Politik yang bebas bagi mengawal selia pendanaan politik dan memastikan pelaksanaannya dibuat secara adil serta telus.

“Pembiayaan awam sebenarnya sudah berlaku sekarang, cuma ia berlaku secara tidak sah, secara senyap dan hanya melibatkan parti yang mempunyai akses kepada pembiayaan itu.

“Persoalannya ialah sama ada kita mahu memastikan pembiayaan itu dilaksanakan dengan adil dan saksama mengikut formula berasaskan bukti,” katanya ketika membentangkan kertas bertajuk “Pengawalseliaan Wang Dalam Politik: Dapatan Penyelidikan IDEAS dan Cadangan Dasar” pada Konvensyen Pendanaan Politik 2026 di sini hari ini.

Muhammad Nur Syazwan berkata IDEAS mencadangkan peruntukan RM130 juta setahun bagi pembiayaan awam parti politik, yang boleh diagihkan berdasarkan peratusan undi yang diterima setiap parti dalam pilihan raya.

Beliau berkata jumlah itu hanya bersamaan kira-kira 0.05 peratus daripada Belanjawan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Muhammad Nur Syazwan, Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik juga perlu memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Pendanaan Politik sebagai badan bebas yang bertanggungjawab kepada Parlimen untuk mengawal selia pendanaan politik serta menguruskan pengagihan pembiayaan awam.

“Hanya parti yang memperoleh sekurang-kurangnya dua peratus undi sah atau memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) layak menerima pembiayaan awam.

“Reformasi pendanaan politik itu perlu disokong dengan penambahbaikan Akta Kesalahan Pilihan Raya, termasuk menyemak semula had perbelanjaan kempen yang kini ditetapkan pada RM200,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM100,000 bagi pilihan raya negeri, yang disifatkan tidak lagi realistik,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register