BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bebas Percaturan Politik Kunci Utama Kembalikan Keyakinan Awam Kepada TH - Penganalisis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bebas Percaturan Politik Kunci Utama Kembalikan Keyakinan Awam Kepada TH - Penganalisis​

135ea8dc1c13333f4868a247ad978dce6a76fc7550dac


Membebaskan Lembaga Tabung Haji (TH) daripada sebarang percaturan politik menjadi satu lagi asas penting kepada institusi itu dalam menelusuri landasan pemulihan yang kukuh selepas kejayaan melaksanakan lebih 75 peratus daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasinya.

Rata-rata penganalisis berpendapat pelajaran terpenting daripada krisis yang meninggalkan titik hitam dalam sejarah panjang kejayaan TH menguruskan simpanan serta operasi terkait hal ehwal rukun Islam kelima itu ialah campur tangan serta lantikan politik yang menghakis prinsip tadbir urus korporat dan profesional.

Felo Majlis Profesor Negara Prof Dr Azmi Hassan berkata langkah itu merupakan antara prasyarat utama dalam usaha mengembalikan kepercayaan penuh pendeposit serta umat Islam di negara ini secara keseluruhan terhadap peranan TH.

“Tidak dapat dinafikan hakikat ada campur tangan orang politik dalam TH, malah pada ketika ini sukar untuk kita memisahkan institusi berkenaan daripada dikaitkan dengan kepentingan politik, apa sahaja keputusan pasti dikaitkan termasuklah pembentangan RCI di Dewan Rakyat semalam.

“Kehadapan ini (masa akan datang) penting untuk kerajaan mempamerkan bahawa pengurusan TH adalah di luar lingkungan tekanan politik, termasuklah dalam kepimpinan organisasi harus dalam kalangan profesional yang langsung tiada kaitan dengan parti politik,” kata Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu kepada Bernama.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Amim Othman berkata TH perlu mencontohi pengalaman pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bebas daripada pengaruh ahli politik.

“Di Malaysia ini ramai sahaja orang (profesional) berkelayakan untuk memimpin (TH), cuma orang politik ini mereka tak nak lepas kelebihan kuasa kawalan ke atas TH.

“Untuk perkara ini (bebas pengaruh politik) bermakna kita (perlu) mengaplikasi cadangan daripada RCI itu sendiri, termasuk (perlu) meminda kuasa menteri, ahli lembaga pengarah dan perkasa kawal selia, ini sudah mencukupi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register