BTC USD 83,958.0 Gold USD 4,141.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Running Man

15241826_1266445673399229_5778326464625564842_n.jpg

15241158_1266445603399236_4138800480718641195_n.jpg

15232261_1266445553399241_8074761363323261542_n.jpg

..
 
Episod baru ni rasa x best lak tgk running man bile gary xde.
 
Song Ji Hyo, Kim Jong Kook tinggalkan Running Man

songjikim.transformed.jpg

SONG Ji Hyo dan Kim Jong Kook. - Foto ihsan Asia One

SEOUL: Hampir dua bulan selepas Kang Gary meninggalkan Running Man, peminat dikejutkan dengan laporan dua lagi anggota asal program variasi popular itu, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook mengikut jejak sama.

Wakil syarikat pengurusan Ji Hyo iaitu MY Company, mengesahkan aktres berusia 35 tahun itu sudah berbincang dengan penerbit mengenai keputusannya meninggalkan Running Man.

Bagaimanapun, tidak diketahui tarikh sebenar ia berkuat kuasa.

"Memang ada perbincangan panjang lebar dengan penerbit kerana Ji Hyo berdepan masalah sukar mempromosikan drama dan Running Man serentak.

"Perancangan Ji Hyo sebaik meninggalkan Running Man adalah menumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonan. Cuma tarikh akhir pembabitannya dalam program variasi itu belum dapat dipastikan," katanya.

Selama ini, gandingan si jelita yang digelar peminat sebagai Goddes dengan Kang Gary, 38, digemari ramai. Malah, mereka turut digelar 'Monday Couple'.

Sementara itu, Maroo Entertainment yang mewakili Jong Kook juga mengesahkan bintang itu bakal meninggalkan Running Man.

"Ya, Jong Kook sudah mengambil keputusan keluar daripada Running Man. Dia akan meneruskan kerjaya solo dalam bidang muzik selain muncul kembali bersama Turbo," katanya.

Syarikat terbabit menjelaskan, episod terakhir yang akan dirakamkan bintang berusia 40 tahun itu adalah pada 19 Disember ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman mendedahkan Running Man bakal menyaksikan kehadiran pelawak dan pelakon, Kang Ho Dong, 46, yang sebelum ini pernah mengendalikan rancangan X-Man pada tahun 2006.

Selepas ketiadaan Gary, Ji Hyo dan Jong Kook, program yang menjadi fenomena sejak direalisasikan pada tahun 2010 itu kini hanya tinggal Yoo Jae Suk, HaHa , Ji Suk Jin dan Lee Kwang Sook.


http://www.bharian.com.my/node/223717
 
rm ni leh bungkus da letak tepi..buat show baru..ramai da xde..kikiki
 
team prod kena keje keras sikitla nak naikkn rating balik. or just not releven dh
 
running man dah xde org kuat dah lepas ni..kene guest yg kuat² bungkus la team rm..
 
apa sudah jadi???

* apsal Kissasian down ek? Down forever ever ka?
 
Bertambah bosan la runningman bile jong kook kuar runningman.
Jaesuk suke la dh xde org nk buli dia lagi.
 
nak mintak naik payment tu. trick ni biasa la
 
Back
Top
Log in Register