BTC USD 83,837.0 Gold USD 4,170.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Running Man

KJK ngn SJH taknak pun keluar tapi kene kick ngn SBS.
cm bang ang je aku rse SBS nie. nk tukar format lain msukkan ahli lain plak.
mmg lg jatuh teruk rating lps nie.
 
KJK and SJH both forced to leave RM.
.
KJK hanya diberitahu bahawa dia perlu keluar dari Running Man 2 hari sebelum iaitu pada 12hb12.
.
SJH pula dapat tahu hanya pada hari ini melalui laporan media (14hb12).
.
Mereka tahu RM akan bertukar format tetapi tidak di beritahu tentang penukaran ahli.
.
Secara ringkas nya, keputusan dibuat sebelah pihak (SBS) tanpa berbincang dengan KJK & SJH.
.
Secara logiknya, tak boleh salahkan PD 100% sebab SBS yang incharge..SBS mesti nak untung..so bila dia tengok rating drop, dia mesti ada bincang dengan PD..nak tak nak PD kena ikut juga arahan dari orang atasan. Yang silapnya mereka tak inform dan tak berbincang. Lack of communication.
.
Bila dah macam ni, bukan peminat je terluka, even the PD, the rest of members surely rasa terkilan. SBS kalau dah taknak RM, tolong bagi farewell yang elok sikit. Jangan selfish sangat. Bukan macam ni caranya SBS hanatttt. :mad::mad::mad::mad:
 
Ji Hyo dan Jong Kook tua dah pun.

35 dan 40.

Mana larat dah :)paid



Kang Hodong nak masuk.

Aku tak bape suka Hodong ni.

Jenis garang semacam.


Tak tahu la Yooruce Willis suka ke tak.
 
Last edited:
Aku pun rasa sebab rating jatuh.

Tapi bukan jatuh pasal Gary blah.

RM dah tak macam dulu kot.


Gary blah awal2 pun mungkin sebab dah tahu nak kena kick(?)

Atau Gary blah jer...PD cam dah hilang hala tuju(?)

Sebab Sparta Kook dan Ace Ji Hyo kan ada perwatakan masing2.
 
“Running Man members and producers gathered together in Seoul today for an emergency meeting and overcame their misunderstandings and miscommunications.
After deep and lengthy discussion both sides decided to end the show at the end of February 2017.

However, they decided that they did not want to end the show on such a sad note so therefore decided to have all 6 members, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook.”

— SBS Running Man
 
Lee Kwang Soo di PJ hari ini

kwangsoo.transformed.jpg

BINTANG popular Korea Selatan, Lee Kwang Soo (tengah).

PETALING JAYA: Lebih 5,000 peminat membanjiri Paradigm Mall di sini, petang tadi untuk menemui bintang popular Korea Selatan, Lee Kwang Soo.

Sejak awal pagi lagi, ratusan remaja mula beratur memasuki pusat beli-belah terbabit bagi melihat lebih dekat wajah pelakon Running Man itu.

Setibanya Lee, pusat beli-belah itu bergema dengan jeritan peminat.

Lee yang dijemput sebagai tetamu undangan bagi program realiti, Running Man Challenge - Hydrated By 100Plus meluahkan rasa gembira dan terharu dengan sokongan peminat di Malaysia.

"Biarpun saya kurang memahami apa yang dibualkan peserta, saya seronok dapat menjadi sebahagian daripadanya. Ia adalah antara pengalaman yang mengujakan," katanya.

Running Man Challenge - Hydrated By 100Plus disertai barisan artis tempatan seperti Ayda Jebat, Saharul Ridzwan, Hairul Azreen dan Ajak Shiro.

Lee pernah tiga kali berkunjung ke Malaysia. Lee tampil pada sesi bertemu peminat sebanyak dua kali pada tahun 2014 disusuli pelancaran produk, Mac lalu.

Lee tidak menolak kemungkinan kembali ke Malaysia.

"Kalau bukan kerana Running Man, mungkin saya tak dapat bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur.

"Sudah tujuh tahun saya terbabit dalam drama Running Man. Ia tak dapat dipisahkan dari hidup saya. Terima kasih atas sokongan terhadap Running Man. Kami berjaya sehingga hari ini disebabkan sokongan anda semua," katanya.

Selain Running Man, Lee juga dikenali menerusi drama, It's Okay Thats Love, The Innocent Man dan Entourage.


http://www.bharian.com.my/node/217199

Lakonan Kwang Soo dlm The Puck memang best.
 
Aku pun rasa sebab rating jatuh.

Tapi bukan jatuh pasal Gary blah.

RM dah tak macam dulu kot.


Gary blah awal2 pun mungkin sebab dah tahu nak kena kick(?)

Atau Gary blah jer...PD cam dah hilang hala tuju(?)

Sebab Sparta Kook dan Ace Ji Hyo kan ada perwatakan masing2.

Gary bengang, dia terus unfollow sume org & delete gambar2 kat Instagram dia kes KJK & SJH kena pedajal ni..., pastu KHD pun bila tengok cara SBS & PD manage issue camni terus dia reject offer tu xnak join...so skrg RM cuma ada YJS, JSJ, HH & LKS...berapa lama boleh bertahan??? :-?
 
Penerbit Running Man mohon maaf terhadap Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo

Penerbit Running Man membuat permohonan maaf secara terbuka melalui kenyataan rasmi berhubung dengan kontroversi yang melibatkan dua bintang program berkenaan, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.


Kenyataan rasmi itu dibuat petang semalam dan disahkan oleh kakitangan Running Man sendiri.

“Penerbit dan pihak produksi ingin memohon maaf berkenaan dengan kontroversi mengenai perubahan anggota Running Man.

“Penerbit Running Man sememangnya sedang berbincang mengenai perubahan format rancangan tersebut untuk musim kedua yang akan dibuat pada Januari 2017.

“Sepanjang proses perbincangan dan perancangan untuk musim terbaru, diakui memang terdapat kekurangan dari segi komunikasi.

“Laporan berita yang tidak diingini telah melukakan perasaan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo yang telah bersama dengan kami selama tujuh tahun. Mereka berdua juga sudah dianggap seperti keluarga.

“Kami dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada kedua-dua mereka seikhlas hati.

“Kami juga ingin memohon maaf kepada peminat Running Man yang setia bersama kami selama tujuh tahun dan sering memberikan sokongan kepada kami.

“Sekali lagi, kami ingin memohon maaf kepada Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo kerana sikap tidak bertimbang rasa sehingga mencetuskan isu tersebut.

“Dan kami juga ingin meminta maaf kepada anggota Running Man lain kerana menyebabkan timbulnya kekeliruan tentang perkara ini,” katanya.

Terdahulu, pihak produksi Running Man menjadi kontroversi selepas media di Korea mendedahkan pengunduran Ji Hyo dan Jong Kook bukan atas kehendak mereka, sebaliknya mereka disingkirkan tanpa diberitahu.


http://www.astroawani.com/berita-hi...terhadap-kim-jong-kook-dan-song-ji-hyo-125730
 
saje create kontroversi. sambil2 naikkn rating
 
Kalau ada RM season 2 pun mesti tak sama dah.

Berkubur macam Family Outing Season 2.


Beza sungguh Kwang Soo skang berbanding masa mula2 RM.

Ikut Joong Ki; jambu.

:)paid
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register