BTC USD 83,837.0 Gold USD 4,170.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Running Man

td bc news..ckp running man nk close dh..feb2017 last show..lps tu tutup slamanya...
 
2 lagi anggota berundur, Running Man diramal berakhir?

runmmen.transformed.jpg

PESERTA program Running Man ketika menjayakan rakaman di Seoul.

SEOUL: Penutup 2016 menyaksikan perkhabaran buruk membabitkan Running Man apabila seorang demi seorang tunjang utamanya menarik diri hingga mencetuskan tanda-tanya sama ada program popular itu mampu untuk terus bertahan.

Selepas Kang Gary, 38, meninggalkan rancangan itu, kira-kira dua bulan lalu, kelmarin peminat dikejutkan pula dengan berita pengunduran peserta tunggal wanita, Song Ji Hyo, bersama seorang lagi tunjang utama, Kim Jong Kook.

Walaupun desas-desus daripada sumber dalaman itu awalnya dikatakan hanya membabitkan perubahan biasa, akhirnya agensi kedua-dua selebriti itu mengesahkan memang masing-masing sudah membuat keputusan untuk berundur.

Pengesahan terbabit membuatkan rata-rata pengikut tegar meramalkan rancangan yang bakal memasuki tahun ketujuh bagi musim 2017 bakal melabuhkan tirainya.

Seperti dikhabarkan, kisah sebenar di sebalik pengunduran itu adalah berpunca daripada saluran penerbitannya sendiri, SBS, yang didakwa memang berniat menyingkirkan mereka.

Begitupun, sehari kemudian SBS selaku penerbit rancangan itu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dengan khabar angin yang bertebaran, hingga membuatkan Ji Hyo dan Jong Kook kecil hati.

"Kami ingin menjelaskan posisi kami terhadap kontroversi berhubung perubahan jajaran anggota Running Man bagi musim depan. Kami tidak menyangka khabar penstrukturan semula sudah melukakan hati Ji Hyo dan Jong Kook.

"Sepanjang tujuh tahun ini mereka sudah kami anggap seperti keluarga sendiri. Kami dengan tulus meminta maaf sekali lagi kerana tidak mempertimbangkan perasaan kedua-duanya.

"Kami juga meminta maaf kepada semua anggota Running Man yang lain apabila turut mencetuskan kebingungan berpunca daripada perkhabaran itu," kata wakilnya dalam kenyataan media terbabit.

Begitupun, Ji Hyo dan Jong Kook dikatakan sudah nekad 'angkat kaki' daripada produksi berkenaan, apatah lagi selepas pihak dalaman turut melaporkan tempat mereka akan diganti pelawak yang juga bekas hos program X-Man, Kang Ho Dong, 46.

Namun, berita terkini melaporkan agensi pelakon berpengalaman itu menarik balik keputusan menyertai rancangan terbabit selepas timbulnya kontroversi, sekali gus mengelakkan penonton tidak selesa dengan penyertaannya.

Apa yang pasti, satu persatu perkhabaran baharu muncul hingga memanaskan suasana, termasuk kononnya seorang lagi anggota asal, Lee Kwang Soo, juga sudah berkira-kira untuk mengikut jejak Kang Gary dan dua lagi rakannya.

Mereka bertiga dikatakan mengadakan pertemuan rahsia bagi membincangkan isu yang melanda Running Man di Yeouido dengan membuat percaturan keluar secara bergilir-gilir.

Tidak hairan, selepas ini kebarangkalian untuk tiga lagi anggota lain iaitu Yoo Jae Suk, HaHa dan Ji Suk Jin bakal melakukan perkara sama berdasarkan keakraban mereka yang sudah seperti keluarga besar.


http://www.bharian.com.my/node/224397
 
X mustahil,JSJ pun mmg dok bunyi2 lama dah nak blah...
 
Running Man sah tamat Februari 2017

Running_Man_17dd.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Tiada lagi teka-teki apabila SBS selaku penerbit Running Man, mengumumkan produksi popular itu bakal ditamatkan pada Februari depan selepas tujuh tahun bersiaran.


Keputusan itu dibuat selepas pertemuan mengejut antara wakil produksi dan barisan penggerak utama program terbabit, termasuk Kim Jong Kook serta Song Ji Hyo, semalam.

"Semua anggota Running Man dan penerbit mengadakan mesyuarat tergempar di Seoul, hari ini (Jumaat). Kami berkumpul beramai-ramai untuk merungkai segala salah faham yang timbul.

"Selepas berbincang dengan Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, anggota lain dan beberapa penerbit, kami memutuskan program ini akan diteruskan sehingga Februari depan. Kami akan melakukan yang terbaik sebelum program itu berakhir sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan penonton," kata wakil penerbit.

Pelbagai spekulasi mula tercetus apabila Kang Gary meninggalkan Running Man, kira-kira dua bulan lalu dengan alasan mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya muzik.

Sejak itu, timbul desas-desas mengatakan langkahnya bakal diikuti beberapa anggota lain. Khabar angin itu menjadi kenyataan apabila agensi pengurusan Jong Kok dan Ji Hyo mengesahkannya.

Mereka bagaimanapun, dikatakan mengundur diri kerana disingkirkan pihak penerbitan tanpa sebarang notis dan hanya mengetahuinya menerusi sumber dalaman.

Tempat mereka digantikan pelawak, Kang Ho Dong, 46.

Enggan terus terheret dalam kontroversi dan berdepan kritikan peminat tegar program itu, Ho Dong membatalkan penyertaannya dalam Running Man yang akan memulakan musim kedua, tahun depan.

Selain Kang Gary, Ji Hyo dan Jong Kook, Running Man yang menjadi program hiburan paling lama disiarkan dalam sejarah televisyen Korea Selatan iaitu sejak Julai 2010 turut ditunjangi Lee Kwang Soo, Haha, Yoo Jae Suk serta Ji Suk Jin.


http://www.bharian.com.my/node/224689
 
Gary kembali dalam Running Man

gary01_1484799121.jpg


Ramai menantikan berita gembira ini terutama peminat tegar Running Man. Gary yang sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan Running Man akan kembali menyertai rancangan kegilaan ramai itu.


Terdahulu, peminat kecewa apabila Running Man dilaporkan akan ditamatkan pada hujung bulan ini.

Untuk episod akhir, Gary bakal membuat kemunculan istimewa. Lebih menarik, anggota lain tidak tahu kehadirannya.

Penampilan Gary itu adalah yang pertama selepas kali terakhir beraksi menerusi episod 324 selain muncul seketika pada episod 235.

Menurut sumber dalaman, Gary sudah pun menjalani penggambaran untuk episod berkenaan pada 17 Januari lalu.

Episod akhir itu akan ditayangkan pada 29 Januari ini.

“Episod ini akan ditayangkan dua minggu selepas penggambaran dan kandungannya perlu dirahsiakan. Apa yang pasti akan ada banyak kejutan dan rahsia yang akan didedahkan,” kata penerbit Running Man, Lee Hwan jin.


http://www.hmetro.com.my/node/198576
 
Gary kembali dalam Running Man

gary01_1484799121.jpg


Ramai menantikan berita gembira ini terutama peminat tegar Running Man. Gary yang sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan Running Man akan kembali menyertai rancangan kegilaan ramai itu.


Terdahulu, peminat kecewa apabila Running Man dilaporkan akan ditamatkan pada hujung bulan ini.

Untuk episod akhir, Gary bakal membuat kemunculan istimewa. Lebih menarik, anggota lain tidak tahu kehadirannya.

Penampilan Gary itu adalah yang pertama selepas kali terakhir beraksi menerusi episod 324 selain muncul seketika pada episod 235.

Menurut sumber dalaman, Gary sudah pun menjalani penggambaran untuk episod berkenaan pada 17 Januari lalu.

Episod akhir itu akan ditayangkan pada 29 Januari ini.

“Episod ini akan ditayangkan dua minggu selepas penggambaran dan kandungannya perlu dirahsiakan. Apa yang pasti akan ada banyak kejutan dan rahsia yang akan didedahkan,” kata penerbit Running Man, Lee Hwan jin.


http://www.hmetro.com.my/node/198576


aku xde hal sgt gary dtg balik kejap..runningman nk habis terus nie yg aku kisah..#:-S#:-S
 
Aku dah sampai episod 54.

Gary memang bagus.

Episod 49, tema bodyguard.

Dia team dengan Jae Suk.

Lawak habis.

Memang best.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register