BTC USD 84,563.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rungkaian Persoalan

sanz

Super Active Member
Messages
5,913
Joined
Jul 30, 2008
Messages
5,913
Reaction score
486
Points
81
Soalan.. Adakah kita ni islam? Dimana bukti saudara semua islam? Sejak lahir? Remaja? Dewasa?
================================================================
Rukun islam ada 5.
Syahadah - Wajib
Solat 5 Waktu - Wajib
Puasa - Wajib Bersyarat
Zakat - Bagi yang mampu
Haji - bagi yang mampu.

Soalan.. Kenapa antara 5 tu. 2 bagi yang mampu? kalau tak buat maka tak islam la mereka?
================================================================
Syahadah : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Soalan.. Kita bersaksi kepada sape?
================================================================
Al-Quran disebut sebagai kalamullah. Kalam Allah. Percakapan Tuhan. Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan Quran melalui sebutan. Quran mula ditulis selepas kewafatan baginda Rasulullah.

Soalan.. Kalau Quran ni diturunkan, disampaikan melalui sebutan. Quran yang ditulis ni macamana kedudukannya? Kenapa kita perlu berwudhu dsb untuk menyentuh?
================================================================

Soalan yang aku beri diatas tu sekadar untuk menambah pemahaman kita semua. Jawapannya dah ada. sekadar untuk memperbetulkan mana yang silap. Sila tambah soalan2 lagi supaya minda kita boleh berfikir dan menambah keimanan dalam diri kita.

** Sila reply dengan bahan yang berilmiah shj. Tak perlu nak post pendek2 sekadar untuk mengata n perli. Terima kasih.
 
Syahadah : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Soalan.. Kita bersaksi kepada sape?

aku selalu dengar soalan ni dari group org yg belajar hakikat dan makrifat dari sheikh... apa jawapannya eh? Aku nak tahu :D
 
Sebelum nak jawab tu..
Nak tanya....

Masa Nabi Muhammad serukan syiar
"Sembahlah Allah, jgnlah engkau menyekutukanNya dengan apa jua sesuatu"
Di Mekah, bukannya alang calang orang dan pemimpin yang ada disana...
Pernah dipersoalkan..
Siapa itu Allah...???
Ada besarnya dari Uhud ini..??
Mcmana nabi nak jawab..

"Bermula Agama itu dengan Mengenal Allah"
 
Back
Top
Log in Register