eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Niat mereka baik, tetapi tindakan golongan isteri mengamalkan ilmu hitam untuk menundukkan suami hanya memusnahkan rumah tangga, terutama selepas perbuatan itu terbongkar.
“Menurut kajian saya, isteri yang gemar guna khidmat bomoh untuk mendapatkan sihir bagi menundukkan suami sebenarnya terpengaruh daripada pengalaman rakan dan rancangan televisyen.
“Ia terjadi kerana pelbagai faktor yang mendorong isteri bertindak di luar batas. Antaranya tidak yakin dengan qada dan qadar, tidak percaya suami, tidak yakin dengan diri sendiri dan berasa terancam dengan si suami,” katanya.
Beliau berkata, perbuatan itu turut membabitkan kes wanita yang mempunyai suami berpengaruh dan kerjaya cemerlang.
“Kerana risau si suami menjalin hubungan dengan wanita lain, si isteri menggunakan khidmat bomoh untuk memper***** atau menundukkan suami,” katanya. Khairul Anwar berkata, isteri sepatutnya meletakkan asas perkahwinan di atas garis panduan tepat berdasarkan keimanan dan sakinah.
Katanya, jika isteri bijak mengawal suami, masalah itu dapat dibendung.
“Jika difikirkan, amalan khurafat membabitkan jin dan iblis bertujuan memper*****kan dan menundukkan suami diamalkan sejak tamadun awal dunia dulu. Masyarakat jahiliah terdahulu turut tidak terlepas daripada perbuatan syirik ini.