BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah setinggan Galing Besar diroboh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN - Kerajaan negeri akan tetap merobohkan baki lapan rumah setinggan di kawasan Galing Besar, dekat sini berikutan kediaman itu dibina tanpa mendapat kebenaran daripada pemilik tanah, dan penghuninya akan dipindahkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata tindakan itu selaras dengan sasaran kerajaan negeri untuk mencapai sifar setinggan di bandar ini menjelang tahun depan.

"Tindakan tersebut akan dilaksanakan 9 Julai ini setelah pemilik tanah terbabit bersetuju merobohkan rumah berkenaan dan penghuni terlibat dipindahkan ke Perumahan Kampung Pak Mahat, dekat sini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Katanya sebanyak 41 buah rumah setinggan di Kampung Sungai Galing juga akan dirobohkan mulai esok.

"Semua rumahdi kedua-dua kawasan setinggan ini sebenarnya sudah tidak selamat diduduki akibat banjir besar yang berlaku di situ pada Disember tahun lalu," katanya.

Katanya Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga menitahkan supaya penduduk terbabit dipindahkan ke kawasan selamat memandangkan kampung tersebut rosak teruk akibat bencana alam itu. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register