balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Pekerja katering sedang mendapatkan bekalan air daripada tong disediakan penduduk.
< 1 / 1 >
KUALA KEDAH - Sebuah majlis perkahwinan di Taman Dahlia, dekat sini, yang diharapkan berjalan lancar, nampaknya diuji masalah ketiadaan bekalan air secara tiba-tiba semenjak kelmarin.
Difahamkan, kebanyakan penduduk tempatan di sekitar Kuala Kedah, di sini, termasuk Kampung Tok Pasai, Kampung Ulu, Taman Sri Abadi sehingga Taman Dahlia didakwa berdepan kesulitan apabila bekalan air tidak diterima.
Ibu pengantin, Jamilah Osman, 55, berkata, mereka mula menyedari masalah ketiadaan air lebih kurang jam 9 pagi kelmarin sebaik membuka paip air di rumah mereka.
“Keadaan ini menimbulkan kesulitan kepada seisi keluarga, ditambah bekalan air masih tidak diterima sedangkan majlis kenduri berlangsung Rofedi Jamilah hari ini (semalam).
“Bayangkan, nak mandi pun susah. Paling penting, tandas tidak boleh digunakan menyebabkan sanak-saudara terpaksa mencari hotel,” katanya. Tidak terhenti setakat itu, katanya, anak menantunya juga terpaksa berhenti untuk membersihkan diri di hentian rehat di lebuh raya.
“Terasa kemeriahan majlis perkahwinan anak perempuan kami kurang kerana asyik memikirkan masalah air,” katanya.
Bapa pengantin Jamarudin Hashim, 59, berkata, mujur jiran tetangganya yang mempunyai tangki besar sanggup membantu menyumbangkan air buat mereka, sekali gus membolehkan majlis berlangsung tanpa masalah.
Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rofedi Sulaiman berkata, pihaknya memohon maaf atas masalah ketiadaan bekalan air terbabit.
Katanya, ia berlaku di luar jangkaan kerana ada paip pecah dikesan sekitar kawasan Simpang Tanjung Bendahara, kira-kira 8 pagi kelmarin.
Pihaknya cuba membaiki kerosakan termasuk mengorek tanah berkedalaman 4.5 meter namun kerja penyelenggaraan terganggu apabila tanah runtuh sebanyak tiga kali.
Menurutnya, mereka terpaksa menghentikan kerja membaiki seketika atas faktor keselamatan.
"Namun kini kebanyakan penduduk berdekatan sudah mula menerima bekalan air kerana paip sudah dibuka, manakala mereka yang tinggal agak jauh akan menerima air secara perlahan-lahan," katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/rumah-kenduri-tiada-air-1.264832