BTC USD 100,953 Gold USD 2,662.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah flat selera kondo

Yang berani buat ni mesti ada kabel bang. Mesti ada “ cagaran”. Cuma zaman sekarang zaman viral. Nasib la

Mcm carigold la takkan newbie nak provoke admin.
Kena la ada hulur under table sikit kompom lulus, yg buat operasi plk unit lain lps viral owner kena hadap je la..
 
Sponsored Post

Rumah flat selera kondo​


Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
[email protected]


134259hg1p0n1a4r2dgr01.png



Kuala Lumpur: Tindakan beberapa pemilik unit kediaman di Flat Kelumpuk Kemunting di Setiawangsa di sini yang melakukan penambahan 'luar biasa' terhadap struktur kediaman masing-masing merimaskan penghuni.


Tinjauan mendapati beberapa unit kediaman di sebuah blok di perumahan itu melakukan penambahan di depan, belakang, bahkan di bahagian tepi rumah.


Penambahan di bahagian tepi rumah itu bukan sahaja membabitkan unit di tingkat bawah, tetapi turut di tingkat atas.


Penduduk mahu dikenali sebagai Azizah, 48, berkata, majoriti penghuni yang mendiami rumah bawah melakukan penambahan struktur yang dianggap 'luar biasa'.


"Kalau ikut prosedur, memang tak boleh tambah. Tapi dekat sini majoriti rumah bawah mereka buat penambahan strukur.


"Tapi kalau berlaku perkara kecemasan memang berisiko dan mendatangkan masalah. Contohnya kalau terjadi kebakaran, macam mana bomba nak cepat selamatkan mangsa dan padamkan api bila mereka membuat penambahan struktur seperti ini?


"Daripada segi aspek keselamatan, penambahan rumah ini amat membimbangkan," katanya ketika ditemui.


Manakala, seorang lagi penghuni yang dikenali sebagai Naim, 24, berpandangan tindakan pemilik rumah itu secara jelas telah melanggar peraturan dan ia juga tidak adil kepada jiran lain.


"Tindakan pemilik yang menambah struktur rumah mereka tidak mengikut spesifikasi amat berbahaya sekiranya berlakunya kebakaran. Contohnya jika mereka tambah rumah, ia akan menyukarkan bomba nak masuk.


"Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya turun padang dan melihat tindakan pemilik rumah yang menambah rumah mereka," katanya.


Dia berkata, pemilik rumah ini seharusnya mengikut peraturan kerana dikhuatiri tindakan mereka akan 'berjangkit' kepada pemilik lain.


Katanya, antara cadangan tindakan yang boleh diambil oleh DBKL adalah dengan memecahkan bahagian penambahan rumah pemilik ini.


Manakala, Faris Iqbal, 24, berkata, pemilik rumah tidak sepatutnya melakukan struktur tambahan itu kerana ia akan menyempitkan laluan orang ramai.


"Bagi saya, penambahan struktur rumah ini berbahaya kepada orang yang menggunakan laluan tersebut sekiranya berlaku kecemasan," katanya.


Katanya, pihak berkuasa berkaitan mesti mengambil tindakan tegas terhadap pemilik terbabit termasuk merobohkan struktur haram itu.


134320e2j0a6mhizrajufj.png



DBKL keluarkan 3 notis penguatkuasaan


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan tiga notis penguatkuasaan mengikut peruntukan Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan mengubahsuai kediaman strata hak milik bersama tanpa kebenaran dan kelulusan di Flat Kelumpuk Kemunting.


Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL berkata, ini susulan pihaknya melalui Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) menerima aduan mengenai pengubahsuaian yang berlaku di flat berkenaan.


"
titter.gif
engubahsuaian di flat berkenaan membabitkan pembinaan struktur kekal oleh pemilik petak yang melebihi petak pemilik masing-masing di kawasan harta bersama.


"Hasil lawatan tapak oleh pihak COBKL di sekitar kawasan flat terbabit mendapati beberapa unit membuat pengubahsuaian, tambahan dan pembinaan struktur kekal tanpa mendapat kebenaran serta kelulusan pihak DBKL," katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut, DBKL memaklumkan, perkara ini di bawah bidang kuasa pihak perbadanan pengurusan dan ia selaras peruntukan dalam Seksyen 59(1) Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).


"Yang jelas menyatakan bahawa kewajipan pihak perbadanan pengurusan adalah menyenggara dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama dan menjaganya dalam keadaan yang baik," katanya.


Katanya, pihak COBKL mengeluarkan surat kepada beberapa pemilik petak yang terbabit dalam pengubahsuaian itu dan sesalinan turut dipanjangkan kepada pihak perbadanan pengurusan.


Menurutnya, pihak perbadanan pengurusan atau pemilik petak perlu memastikan semua pengubahsuaian, tambahan dan pembinaan struktur kekal tanpa kebenaran kembali kepada bentuk asal.


"Tindakan susulan yang sama akan dibuat terhadap pemilik-pemilik petak lain yang didapati terlibat dengan pengubahsuaian kediaman strata hak milik bersama tanpa kebenaran dan kelulusan DBKL," katanya.

kalau tengok gambar atas, nampak dia extend ke kiri so rumah dia jadi luas.

tapi rumah bawah dia tu berpakat dgn dia juga ke? or sedara mara dia? sbb extend atas mesti kena ada tapak bawah so kena extend bawah sekali.

ini rumah flat. JMB ada ke kalau flat. rasanya takde. apapun kalau ada, teruk nak jawab dgn DBKL. yg buat ni dah keluar duit. pastu kena keluar duit lagi utk roboh & kompaun. sudahnya, baik duduk kondo dari awal. hahaha...
 
Hehehe dia taichi ke JMB pulak.
Pandai main wayang pacak.
betul la bang kawasan luar rumah flat or jenis landed yg kemudahan ya berkongsi dengan penduduk lain under pengurusan JMB / MC bukan terus direct ke PBT. kene baca dulu strata act.

JMB or MC yg akan buat aduan ke PBT utk robohkan struktur.

kalau kawaasan Flat ni tak kira low cost ke medium cost ramai je yg tak bayar maintenance fees. Kalau condo 3 bulan tak bayar dia dah block acces card. kadang-kadang utiliti pun dia potong.
 
Last edited:
DBKL buta perut la sebab benda dah siap bertahun tahun..tetiba nk suruh roboh...
saya pemilik rumah flat..pernah saya hadiri meeting bersama Majlis..Majlis cakap,kalau dah extend rumah bertahun tahun,depa takkan roboh sebab majlis kena berolak ansur dan tidak terlalu kejam..melainkan kalau dalam proses extend,itu baru ambil tindakan...
sebelum extend ada minta permit renovation tak?.. ada permit bomba tak?.. hahaha
 
DBKL buta perut la sebab benda dah siap bertahun tahun..tetiba nk suruh roboh...
saya pemilik rumah flat..pernah saya hadiri meeting bersama Majlis..Majlis cakap,kalau dah extend rumah bertahun tahun,depa takkan roboh sebab majlis kena berolak ansur dan tidak terlalu kejam..melainkan kalau dalam proses extend,itu baru ambil tindakan...
nyata dbkl pun berperikemanusiaan. hehe.
 
sebelum extend ada minta permit renovation tak?.. ada permit bomba tak?.. hahaha
rumah flat mana boleh extend...sesapa nk extend tu boleh tapi hati mau kering ja...kena tengah dok buat,tetiba majlis mai roboh...dah rugi duit...kalau dah siap bertahun.tu kira jackpot bagi pemilik sebab majlis tak boleh kacau...saya ada rumah flat ground floor..rumah tu siap owner lama dah extend..kira jackpot la saya beli tu...

ada sebuah rumah flat tingkat 2 yg saya beli..owner lama buat parking kereta berbumbung...tu pun jackpot la saya beli tu...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register