BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah dua beranak hampir roboh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Abdul Mutalib (kiri) cuba mendaki anak tangga kediaman Che Wan.​

KUALA KEDAH - Dua beranak di Lorong 9, Kampung Ulu, dekat sini, didakwa menghuni sebuah kediaman usang yang hampir roboh.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kediaman berkenaan berisiko memandangkan lantai makin mereput dimamah usia, sekali gus tidak selamat diduduki.

Disebabkan itu, Che Wan Mat, 60, yang tinggal dengan anak perempuan tunggalnya berusia 26 tahun terpaksa menumpang teduh di kediaman saudara.

Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah, Mohd Fuad Mohd Isa berkata, warga emas berkenaan tinggal bersama anaknya yang bekerja kilang.

"Sebaik menerima maklumat berkaitan mereka, kami segera turun padang melawat kediaman berkenaan. Alangkah terkejut melihat keadaan kediaman itu.

"Rumah didiami mereka sejak lebih tujuh tahun lalu dikhuatiri sudah tidak boleh diduduki kerana dilihat menunggu masa untuk roboh," katanya.

Lebih membimbangkan, katanya, mereka anak beranak hendak naik ke kediaman mereka sendiri juga tidak boleh memandangkan tangga rumah sudah patah.

Masalah berkenaan kemudiannya dibawa kepada pengetahuan pihak Penyelaras Dun Kubang Rotan, Datuk Abdul Mutalib Harun.

Abdul Mutalib berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu warga emas berkenaan kerana bimbang mengenai keselamatan dia semasa tinggal di rumah itu.

Untuk itu, katanya, pihaknya sedang berusaha mendapatkan bantuan baiki rumah di bawah perumahan rakyat termiskin.

"Bayangkan, apabila kita pijak lantai kayu kediaman berkenaan ia seolah-olah ingin roboh. Jadi, kita mengharapkan mereka menerima bantuan," katanya.

Setakat ini, katanya, pihaknya sudah memberi bantuan dari segi belanja harian bagi membantu Che Wan dan anak perempuannya meneruskan kehidupan selesa.
 
Back
Top
Log in Register