ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Safidah (kanan) memotong reben sebagai gimik merasmikan penubuhan KRT Sri Kutan ditemani Mohd Azman (kiri) dan Mohd Asri di padang SMK Kutan.
TUMPAT – Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan, Safidah Abu Samah menggalakkan rukun tetangga di negeri ini mempunyai akaun facebook.
Safidah berkata, saranan tersebut bagi membolehkan rukun tetangga dapat menghebahkan pelbagai aktiviti yang dilakukan di setiap kawasan rukun tetangga (KRT) kepada masyarakat.
“Jadikan facebook sebagai satu medan untuk menyampaikan maklumat dan menghebahan aktiviti di setiap KRT masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan KRT Sri Kutan dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sri Kutan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffudin Yusof, Pengerusi KRT Sri Kutan, Mohd Azman Husien, Setiausaha KRT Sri Kutan, Mohd Asri Mohd Nor dan Ketua SRS Sri Kutan, Shaari Jusof.
Dalam perkembangan sama, Safidah juga menggalakkan setiap rukun tetangga perlu ada daya inovasi agar setiap aktiviti yang dilakukan itu menarik minat semua lapis masyarakat sama ada golongan muda,wanita dan juga warga emas.
“Kita nak rukun tetangga yang ditubuhkan sentiasa aktif dari awal penubuhannya dan aktiviti perlu dijalankan berterusan walaupun secara kecil-kecilan.
“Setiap rukun tetangga perlu berdaya maju untuk mendapatkan dana sendiri dengan hasilkan produk ekonomi untuk mendapatkan dana tersebut,” katanya.Sempena perasmian KRT Sri Kutan, penduduk berpeluang menunjukkan bakat dalam pertandingan karaoke, sukan rakyat dan pertandingan gubahan.
Orang ramai yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan dikir barat.