BTC USD 86,619.0 Gold USD 4,191.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rukun Iman,Rukun Islam Dan Ehsan

Rukun Islam Ada 5 Perkara;

1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Sembahyang 5 waktu
3) Puasa di bulan Ramadhan
4) Menunaikan zakat
5) Menunaikan Haji jika berkuasa

Apa Erti Sembahyang (Solat)

Solat ertinya menurut bahasa ertinya doa. Manakala daripada segi istilah adalah beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam berserta syarat-syarat yang ditetapkan.

Ucapan disini ialah rukun qauli dan sunat2nya.
Perbuatan disini ialah rukun fi'li dan sunat2nya.
Takbir disini ertinya rukun qalbi iaitu niat

RUKUN QAULI
1) Takbiratul Ihram
2) Membaca fatihah
3) Membaca tahyat
4) Membaca selawat dalam tahyat akhir
5) Memberi Salam

RUKUN FI'LI
1) Berdiri betul bagi yang berkuasa
2) Ruku'
3) I'tidal
4) Sujud
5) Duduk antara dua sujud
6) Duduk pada tahyat akhir

RUKUN QALBI
1) Niat di dalam takbiratul ihram
2) Tertib
Jumlah kesemua adalah 13 rukun.

SUNAT2 DIDALAM SOLAT (Sunat Ab'adh dan Haiah)
Antara lainnya ialah;
1) Mengangkat tangan ketika takbir dan ketika pindah rukun (haiah)
2) Doa iftitah (haiah)
3) Membaca ta'awwuz (haiah)
4) Membaca amin (haiah)
5) Membaca surah (haiah)
6) Tasbih dalam ruku' (haiah)
7) Membaca sami'allahuliman hamidah ketika i'tidal (haiah)
8) Membaca qunut dalam solat subuh (ab'adh)
9) Membaca tasbih didalam sujud (haiah)
10) Membaca doa dalam duduk antara dua sujud (haiah)
11) Duduk tahyat awal (ab'adh)
12) Membaca tahyat awal (ad'adh)
13) Membaca selawat atas Nabi dalam tahyat awal(ab'adh)
14) Membaca selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahyat akhir (ab'adh)
15) Memberi salam yang kedua (haiah)

RUKUN2 DALAM SOLAT
1) Niat di dalam takbiratul ihram
Dalam niat mesti terdapat 3 perkara dalam solat fardhu 5 waktu iaitu;
1) Qosad
Qosad ialah menyahaja mengerjakan solat.
2) Ta'arrudh
Ta'arrudh ialah menyatakan dalam hati fardhu solat
3) Ta'ayyun
Ta'ayyun ialah menyatakan waktu solat

Contoh: Sahaja aku sembahyang [qosad] fardhu [Ta'arrudh] zohor [Ta'ayyun]

2) Takbiratul Ihram
- Menjaga makhraj dan sifat huruf yang lapan iaitu;
Alif, lam, lam, ha
Alif, kaf, ba, dan ra

3) Membaca fatihah
- Menjaga makhraj dan sifat huruf
- Menjaga tasydid
- Menjaga dengung
- Menjaga Mad

4) Membaca tahyat
5) Membaca selawat dalam tahyat akhir
6) Memberi Salam
7) Berdiri betul bagi yang berkuasa
8) Ruku'
- Jaga toma'ninah
9) I'tidal
- Jaga toma'ninah
10) Sujud
- Jaga toma'ninah
11) Duduk antara dua sujud
- Jaga toma'ninah
12) Duduk pada tahyat akhir
13) Tertib
Jumlah kesemua adalah 13 rukun.
InsyaaAllah bersambung ...
 
Last edited:
Solat Bahagian 2

Perkara2 Yang Membatalkan Solat
1) Berhadas (batal wudhu'nya)
2) Terkena Najis yg tidak dimaafkan
3) Berkata–kata secara sengaja
4) Terbuka auratnya
5) Mengubah niat
6) Makan dan minum
7) Bergerak anggota besar berturut–turut 3 kali
8) Membelakangi kiblat
9) Menambah/mengurang rukun
10) Mendahului Imam (solat berjamaah)
11) Murtad artinya keluar dari Agama Islam


Perkara2 Batin Dalam Solat

1) Ikhlas
2) Membesarkan Allah
3) Tunduk patuh
4) Tadabbur
5) Khusyu'
6) Tafakkur

InsyaaAllah bersambung ...
 
Last edited:
Time kerja ngular main cg,agak agak rukun ehsan tercapai x?
 
SOLAT

Khusyuk Dalam Solat

Cara untuk menghindarkan dari lintasan hati yang tidak berkaitan dengan solat.
Cara untuk khusu' dalam solat, diantaranya ialah;


1) Jaga wudhu' biar sempurna.
2) Tamakkun iaitu diam anggota (khusyu' anggota)
3) Tahu dan Faham akan makna bacaan dalam solat
dari takbir hingga salam. (khusyu' hati)
4) Ingat akan Allah sentiasa.
Orang yang banyak zikir dan sentiasa membaca al Quran
lebih khusyu'. (khusyu' hati)
5) Jaga gerak hati dari mula solat sampai akhir.
Ada azam dan niat untuk melakukan setiap rukun dan sunat.
Contoh:
Ketika nak ruku' ada gerak hati bahawa aku nak ruku'
Ketika nak i'tidal ada gerak hati bahawa aku nak i'tidal
begitulah hingga selesai.
6) Cuba belajar ilmu tasawuf dan tarekat untuk meraih tajalli Allah
Untuk mendapat khusyu' yang sempurna, harus dilatih berterusan.

 
Last edited:
Rukun Islam Ada 5 Perkara;

1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Sembahyang 5 waktu
3) Puasa di bulan Ramadhan
4) Menunaikan zakat
5) Menunaikan Haji jika berkuasa

Apa Erti Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Ertinya asasnya kita berikrar dengan lidah dan membenarkan dengan hati akan 2 kalimah ini iaitu;
shahadah.jpg

Ertinya:
"Aku bersaksi tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Allah"
"Dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah"

Syahadah yang diamalkan oleh Tok Ku Paloh (lengkap)
syahadahtp.jpg

InsyaaAllah bersambung ...


Mantap. First time saya baca yang tok ku paloh tu. Pernah dengar orang tua terang pasal syahadat ni, sama kandungannya dengan tulisan jawi tu.
 
rmi skrg ni islam tp x pcy benda2 ghaib
x pcy setan or jin wujud
x pcy malaikat tu wujud
x pcy cerita2 yg tak terjangkau akal manusia mcm syurga, neraka & israk mikraj

ngaku islam, ngaku solat, ngaku zakat
tp x ngaku dgn benda2 ghaib sbb xleh nmpk katanya
bole pcy tp kena ada bukit

rukun iman dah jelas kena pcy dgn benda2 ghaib mcm malaikat
dah kalau x pcy mcm mana? runtuh la rukun iman

semua nk ikut modernisasi
hanya pcy apa yg boleh dibuktikan dpn mata & sains
org2 kmpg yg pcy dgn benda2 ghaib dikatanya kolot & ketinggalan zaman
"come on la, 2017 kot, masih pcy benda2 tu ke?" - kata2 mereka yg kononnya islam moden

kesian & sedih
 
RUKUN2 DALAM SOLAT
1) Niat di dalam takbiratul ihram
Dalam niat mesti terdapat 3 perkara dalam solat fardhu 5 waktu iaitu;
1) Qosad
Qosad ialah menyahaja mengerjakan solat.
2) Ta'arrudh
Ta'arrudh ialah menyatakan dalam hati fardhu solat
3) Ta'ayyun
Ta'ayyun ialah menyatakan waktu solat

Contoh: Sahaja aku sembahyang [qosad] fardhu [Ta'arrudh] zohor [Ta'ayyun]


Tuan, mohon elaborate lagi tentang niat ni. Tentang letak duduk qosad, ta'arrudh dan ta'ayyun semasa lafaz Allahuakbar.
 

Apa Erti Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Ertinya asasnya kita berikrar dengan lidah dan membenarkan dengan hati akan 2 kalimah ini iaitu;
shahadah.jpg

Ertinya:
"Aku bersaksi tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Allah"
"Dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah"


Tt, den confuse dgn thread ilmu nahu tt:

PELAJARAN 1
002.png

KALIMAH dalam bahasa Arab ada 3 kelompok yang besar iaitu;
1) ISIM 2) FI'IL 3) HURUF

Ertinya keseluruhan kalimah dalam Quran dan Hadis terdiri dari 3 jenis kalimah ini.
ISIM (KataNama dalam bahasa Inggeris disebut Noun/Adjective)
Contoh Isim: Nama orang, nama binatang, nama tumbuhan, nama benda dll.

FI'IL (Katakerja atau perbuatan. Dalam bahasa Inggeris disebut Verbs)
Contoh Fi'il: Telah makan, telah membaca, sedang tidur, akan belajar dll.

HURUF (Bermaksud katasendi atau kata penyambung. Dalam bahasa Inggeris disebut Particle)
Contoh Huruf: Di dalam, di atas, dan, atau dll.



Terima kasih.
Yang penting banyakkan BERTANYA.

Sambung Pelajaran 2
TANDA KEDUA - BERTANWIN
Semua kalimah yang bertanwin adalah Isim.

11b.png

Kalau ikut thread ilmu nahu tt tu kan, betul x:

31736920793_e4bdcb31a9.jpg

1. Dan aku bersaksi (fi'il)
2. aku (isim)
3. Muhammad (isim)
4. pesuruh (fi'il)
5. Allah (isim)

Kalau ikut ilmu nahu tt tu ikut yg den faham,tt tertinggal kalimah no.2 (aku) dlm kalimah 2 syahadat yg bermaksud:

"Aku bersaksi tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Allah"
"Dan aku bersaksi aku Muhammad pesuruh Allah"
 
Back
Top
Log in Register