BTC USD 84,517.2 Gold USD 4,177.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rukun Iman,Rukun Islam Dan Ehsan

citymall

Active+ Member
Messages
4,294
Joined
Dec 13, 2013
Messages
4,294
Reaction score
481
Points
41
Rukun Iman Ada 6 Perkara;
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab Allah
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada' dan Qadar


Rukun Islam Ada 5 Perkara;
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Sembahyang 5 waktu
3) Puasa di bulan Ramadhan
4) Menunaikan zakat
5) Menunaikan Haji jika berkuasa


Rukun Ehsan ada 2 perkara;
“Ihsan adalah,Engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya,[maqam musyahadah] dan kalaupun engkau tidak melihatNya sesungguhnya Dia selalu melihat engkau.[maqam muraqabah]”

Sekadar ulangkaji perkara sangat penting dalam hidup kita. Terima kasih
InsyaaAllah bersambung ...
 
Last edited:
Beriman Kepada Allah

Rukun Iman Ada 6 Perkara;
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab Allah
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada' dan Qadar


Apa Erti Beriman Kepada Allah?
Asasnya, Beriman kepada Allah ertinya kita yakin sepenuhnya bahawa Allah zat yang wajibal wujud lagi Esa [tunggal] tiada sekutu baginya yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Allah itu Tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya dan tiada sembahan lain selain dari Allah. Dia Yang Kaya tidak berhajat kepada sesuatu apa pun dari makhluk ini, dan sesuatu itu berhajat kepadaNya.
aku.png

Maksudnya:
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."[Taha:14]

Apa Erti Beriman Kepada Malaikat?
Asasnya, Beriman kepada Malaikat ertinya kita yakin sepenuhnya bahawa Malaikat adalah makhluk Allah yang dicipta dari cahaya yang sangat patuh kepada perintah Allah tidak pernah derhaka kepada Allah. Ia tiada jantina. Malaikat ada tugas2 tertentu yang dipertanggungjawabkan oleh Allah, seperti;
1) Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu kepada Rasul2 Allah
2) Israfil yang bertugas sebagai peniup terompet sangkakala
3) Izrail yang bertugas mencabut nyawa
4) Mikail yang bertugas menyampaikan rezeki kepada seluruh makhluk
5) Munkar dan Nakir bertugas memeriksa amalan manusia di kubur
6) 'Atid dan Raqib bertugas mencatat amalan buruk('atid) dan baik(raqib) manusia dan jin
7) Malik dan Ridwan bertugas menjaga pintu neraka(Malik) dan pintu syurga (Ridwan)

malaikat.png

Maksudnya:
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".[Al-Baqarah:285]
 
Last edited:
Beriman kepada Kitab2 Allah

Rukun Iman Ada 6 Perkara;
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab Allah
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada' dan Qadar

Ertinya kita yakin bahawa Allah S.W.T. telah menurunkan kitab kepada Rasul2-Nya untuk dijadikan sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan. Keyakinan tersebut hendaknya ditanamkan dalam hati serta diwujudkan dalam perbuatan dan tingkah laku sehari-hari.
Kitab Al-Quran - Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
Kitab Injil - Diturunkan kepada Nabi Isa a.s
Kitab Taurat - Diturunkan kepada Nabi Musa a.s
Kitab Zabur - Diturunkan kepada Nabi Daud a.s

4-136.png

Maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya (Muhammad) dan kepada Kitab (Al-Qur’an) yang diturunkan kepada rasul-Nya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barang siapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sungguh, orangitu telah tersesat sangatjauh. (Q.S. an-Nisa’[4]: 136)

SUHUF
Suhuf Nabi Adam a.s 10 suhuf
Suhuf Nabi Syits a.s 50 suhuf
Suhuf Nabi Idris a.s 30 suhuf
Suhuf Nabi Ibrahim a.s 10 suhuf
Suhuf Nabi Musa a.s 10 suhuf

 
Beriman kepada Rasul2 Allah

Rukun Iman Ada 6 Perkara;
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab Allah
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada' dan Qadar


Erti beriman kepada Rasul2 Allah.
Ringkasnya, kita percaya dengan yakin bahawa Allah telah memilih dari kalangan lelaki sebagai rasul supaya mereka menyampaikan kepada umat manusia ajaran dan pedoman hidup bagi keselamatan (rahmat) dunia dan akhirat.

Adapun ayat-ayat Al Qur’an yang memuat keimanan kepada rasul, antara lain:

1.Surah al-Mukmin ayat 78
2.Surah An-Nahl : 36
3.Surah al-Baqarah ayat 285
4.Surah al-Furqan ayat 20
5.Surah al-Maidah ayat 41
6.Surah an-Nahl ayat 43

Nama2 Rasul yang 25
1.Adam as
2.Idris as
3.Nuh as
4.Hud as
5.Saleh as
6.Ibrahim as
7.Luth as
8.Ismail as
9.Ishak as
10.Ya’kub as
11.Yusuf as
12.Ayub as
13.Zulkifli as
14.Syu’aib as
15.Yunus as
16.Musa as
17.Harun as
18.Ilyas as
19.Ilyasa as
20.Daud as
21.Sulaiman as
22.Zakariya as
23.Yahya as
24.Isa as
25.Muhammad saw

Rasul-rasul yang termasuk ulul azmi ada 5 orang rasul, mereka adalah :
1. Muhammad SAW,
2. Nuh AS,
3. Ibrahim AS,
4. Musa AS
5. Isa A.S

Sifat2 Wajib Rasul
1) Siddiq ertinya Benar mustahil berdusta
2) Amanah ertinya Yang dipercayai mustahil khianat
3) Tabligh ertinya menyampaikan mustahil sembunyi
4) Fatonah ertinya cerdik mustahil bo.doh

Sifat Harus Bagi Rasul

Sifat harus bagi nabi dan rasul ada satu yaitu A’radhul Basyariyah yang mempunyai arti mereka juga mempunyai sifat seperti manusia pada umumnya yaitu minum, makan, sakit, tidur dan lain lain.
 
Last edited:
Beriman kepada Hari Kiamat

Rukun Iman Ada 6 Perkara;
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab Allah
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada' dan Qadar

Erti Beriman Kepada Hari Kiamat
Kita percaya dan menyakini bahawa suatu hari nanti seperti kehendak Allah s.w.t, seluruh alam ini akan hancur binasa dan diganti dengan hari akhirat yang kekal abadi. Keperayaan kepada hari kiamat merupakan masalah sam’iyyat, yakni masalah yang kita ketahui dan kita percayai berdasarkan dalil yang ada dalam Al-Quran dan hadis. Hari akhir yakni hari dimana seluruh kehidupan yang ada di alam semesta ini berakhir, hanya Allah-lah yang maha kekal.

Makhluk2 Yang Tidak Hancur
1) Syurga dan Neraka
2) 'Arasy
3) Kursi
4) Luh Mahfuz
5) Qalam
6) Roh
7) Tulang Sulbi

Peristiwa Sebelum Kiamat (Tanda2 Kiamat)
1) Lahirnya Imam Mahdi (nama sebenarnya ialah Muhammad bin Abdullah)
2) Lahirnya Dajjal
3) Turunnya Nabi Isa a.s
4) Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj
5) Tiga Peristiwa Terbenamnya Tanah (runtuhan tanah besar2an)
6) Peristiwa Asap Tebal
7) Terbit Matahari Sebelah Barat
Semua orang mukmin akan mati. Taubat tidak lagi diterima Allah s.w.t
8) Keluarnya Binatang Melata
9) Keluarnya Api Yang Mengiring Manusia
10) Tiupan serunai sangkakala yang pertama. Alam ini akan hancur.

Peristiwa Besar Selepas Kiamat
1) Yaumul Ba’ast (hari kebangkitan)
2) Yaumul Mahsyar (hari berkumpul di padang mashsyar)
3) Yaumul Hisab (hari perhitungan)
4) Yaumul Jaza’ (hari pembalasan)


Beriman kepada Qada' dan Qadar

Rukun Iman Ada 6 Perkara;
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab Allah
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada' dan Qadar

Erti Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman kepada qada dan qadar yaitu percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah swt telah menentukan dan menetapkan(takdir) segala sesuatu yang akan terjadi untuk mahluknya (qada dan qadar ) Pada hakikatnya, segala buruk baik yang terjadi dalam alam ini semuanya datang dari Allah s.w.t .

Qada berarti:
hukum atau keputusan (Q.S. Surat An- Nisa’ ayat 65)
mewujudkan atau menjadikan (Q.S. Surat Fussilat ayat 12)
kehendak (Q.S. Surat Ali Imron ayat 47)
perintah (Q.S. Surat Al- Isra’ ayat 23)

Qadar berarti:
mengatur atau menentukan sesuatu menurut batas-batasnya (Q.S. Surat Fussilat ayat 10)
ukuran (Q.S. Surat Ar- Ra’du ayat 17)
kekuasaan atau kemampuan (Q.S. Surat Al- Baqarah ayat 236)
ketentuan atau kepastian (Q.S. Al- Mursalat ayat 23)
perwujudan kehendak Allah swt terhadap semua makhluk-Nya dalam bentuk-bentuk batasan tertentu (Q.S. Al- Qomar ayat 49)


Allah Menjadikan Makhluk dan Perbuatannya.
37-96.png

"Dan Allah yang mencipta kamu dan apa2 yang kamu buat"
 
Last edited:
benda2 mcm ni mmg kena refresh selalu..
kekadang duk sorang2.. teringat rukun2 ni..
duk pikiaq satu2.. kadang2 lost jgk..

Thanks TT..
 
Rukun Iman Ada 6 Perkara;
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab Allah
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada' dan Qadar


Rukun Islam Ada 5 Perkara;
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Sembahyang 5 waktu
3) Puasa di bulan Ramadhan
4) Menunaikan zakat
5) Menunaikan Haji jika berkuasa


Rukun Ehsan ada 2 perkara;
“Ihsan adalah,Engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya,[maqam musyahadah] dan kalaupun engkau tidak melihatNya sesungguhnya Dia selalu melihat engkau.[maqam muraqabah]”

Sekadar ulangkaji perkara sangat penting dalam hidup kita. Terima kasih
InsyaaAllah bersambung ...

Allahuakhbar terima kasih kongsi Ilmu

Moga Allah Taala permudahkan hidup TT
 
Rukun Islam Ada 5 Perkara;

1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Sembahyang 5 waktu
3) Puasa di bulan Ramadhan
4) Menunaikan zakat
5) Menunaikan Haji jika berkuasa

Apa Erti Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Ertinya asasnya kita berikrar dengan lidah dan membenarkan dengan hati akan 2 kalimah ini iaitu;
shahadah.jpg

Ertinya:
"Aku bersaksi tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Allah"
"Dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah"

Syahadah yang diamalkan oleh Tok Ku Paloh (lengkap)
syahadahtp.jpg

InsyaaAllah bersambung ...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register