BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

rugi buat ASB loan???

Untung apa buat asb loan..aku dah buat 4 loan untuk 2 org anak aku dgn bini aku sekali..setahun jerr sakit membayar..dah habis setahun ni semua duit aku park kt amanah saham lain + pelaburan hartanah...yg penting disiplin kena ada, alhamdulillah berkat dr permulaan pelaburan dlm ASB, hidup aku cuma guna pasifincome jerrr..duit makan gaji semua tiap bulan semua park kat pelaburan yg bagi dividen cntoh KWSP atau Tabung Haji...
 
Sy disiplin dan berusaha ke arah maximum ASB saving ... Bukan mudah sebab gaji sikit..berjimat.. Ikat perut...utk memenuhkan simpanan Maximum ASB ...kemudian.. Belajar Berforum dan membaca dgn tekun dan akhirnya jatuh cinta dgn thread TUAN IKEDA..penjelasan yg diberikan amat positif berkenaan loan ASB..x lupa juga pada TUAN ALPHAONE yg byk membantu...dan jika saya ada 200k di ASB.. Sy akan keluarkan dan sy akn buat loan ASB...alhamdulillah..untung dari simpan sendiri..ANDA BUAT...ANDA DAPAT...Maaf semua..ni pendpt saya je...:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
comitment. psl org rmh aku pn buat loan rmh br2 nih. mmg ada effect tp klau hgpa pandai bole lepas.

org rmh aku dh ada loan kete, loan asb pastu yg ke3 br apply loan rmh. smua lepas walaupun gaji bln2 tk smpai seriban. hehe. tp depo mau tinggi lah.
Kdg2 loan kereta tu yg buat sangkut jgk..
Cash ada nk depo lebey pun bole.. bank pun rasa sng ati.. hee
 
Loan asb dh brape lama? Bt dgn bank mana? Kl dh lebih 2 tahun terminate la loan asb dulu.. dh lps loan rumah apply balik..

Dah dekat 3 tahun dah bos. Dengan maybank. Pernah dlu nak terminate, tapi mmg kaw2 rugi. Beza banyak dari jumlah yg kita dah bayar.
 
Dah dekat 3 tahun dah bos. Dengan maybank. Pernah dlu nak terminate, tapi mmg kaw2 rugi. Beza banyak dari jumlah yg kita dah bayar.

Jgn tgk beza dgn kita byr.. sbb kita byr tu interest sekali.. cb kira balik keuntungan bersih selepas tolak ape yg kita byr.. cr ROI tahunan dia.. dan rate interest berubah setiap masa.. sbb tu kdg2 better kita jual utk dptkan rate yg terkini.. di samping hasil terminate kita boleh jadikan modal utk serve loan lebih besar.. rasanya tuan better ke branch dan tanya baik2 berapa dpt kl terminate. Sambil tu bole proceed utk loan rumah..
 
comitment. psl org rmh aku pn buat loan rmh br2 nih. mmg ada effect tp klau hgpa pandai bole lepas.

org rmh aku dh ada loan kete, loan asb pastu yg ke3 br apply loan rmh. smua lepas walaupun gaji bln2 tk smpai seriban. hehe. tp depo mau tinggi lah.

Ni dasat ni.. Ejas macam na tu bro.. Macam na nak bg pandai cam bro tu.. Hhhehhehhe. Ajaq la ckit
 
ini pendapat aku lah...memang kalau dengan menyimpan sejumlah wang yang sama dengan bayaran loan asb maka menyimpan itu lebih menguntungkan pada akhirnya...tetapi kita sebagai pelabur kenalah bijak...ramai diantara mereka ni hanya serve utk tahun pertama sahaja dan tahun seterusnya dibayar oleh dividen yang dia dapat pada hujung tahun...dengan andaian bayaran 1000 sebulan selama setahun sahaja...lebih kurang 12000...anda memperolehi wang sebanyak hampir 185000 setelah 25 tahun....so kat mana ruginya...utk yang tahun berikutnya guna duit dividen bayarkan bulanan...
 
Xde ruginye asb loan ni..plg senang nmpak dividen kalo 200k tu..skali dpt taun pertama je dh lebih kurang 14-15k tiap tiap taun..kalo simpan sendri..alahai..taun pertama xsmpai rm1000 dividen..taun kedua br 1000 lebih dividen..hahaha
 
Sy disiplin dan berusaha ke arah maximum ASB saving ... Bukan mudah sebab gaji sikit..berjimat.. Ikat perut...utk memenuhkan simpanan Maximum ASB ...kemudian.. Belajar Berforum dan membaca dgn tekun dan akhirnya jatuh cinta dgn thread TUAN IKEDA..penjelasan yg diberikan amat positif berkenaan loan ASB..x lupa juga pada TUAN ALPHAONE yg byk membantu...dan jika saya ada 200k di ASB.. Sy akan keluarkan dan sy akn buat loan ASB...alhamdulillah..untung dari simpan sendiri..ANDA BUAT...ANDA DAPAT...Maaf semua..ni pendpt saya je...:)cgrock:)cgrock:)cgrock
Tabik spring dgn abam camelactive nie.. idola saya ni.. cmne la dia kumpul cash 200k dgn kje retail.. saya mesti pollow..
 
Ni Email Aku dari Maybank Berkenaan ASB

Salam Encik Saleh,

Untuk pengetahuan Encik Saleh, nilai ammotize ialah bagaimana bank mengira bahagian interest di setiap installment dan baki pinjaman yang berkurangan setelah dibayar setiap tahun.

Return on investment (ROI) ialah kaedah untuk kita melihat untung/profit/return dari pelaburan yang dibuat, di mana dengan menggunakan formula (untung/modal)x100% kita boleh ukur peratus performance ASB.

Contoh:
Anggarkan dividen sebanyak 8%
Pelaburan dipohon : RM200,000, 25 tahun, RM1163 sebulan

*anggarkan sijil akan dibatalkan pada tahun ketiga

Dividen tahun pertama : RM16,000
Dividen tahun kedua : RM33,200
Dividen tahun ketiga : RM51,856
Jumlah dividen beserta sijil RM251,856

Nilai ammotize pada bulan ke-36 adalah RM190,734 (dari sistem)
Jika sijil dibatalkan, jumlah yang akan diteima adalah
RM251,856 - RM190,734 = RM61,122

Bagi ROI, jumlah pembayaran encik selama 3 tahun;
RM1163 x 3 tahun x 12 bulan = RM41,868

Untung dari pelaburan;
RM61,122 - RM41,868 = RM19,254

ROI = (Untung/Modal) x 100%
= (RM19,254/RM41,868) x 100%
= 45.99%

ROI jika menyimpan di Simpanan ASB biasa
*Anggarkan encik menyimpan RM1163 sebulan

Tahun pertama : RM15,072 (Cummulative + monthly dividen)
Tahun kedua : RM31,350
Tahun ketiga : RM48,930
Encik menyimpan selama 3 tahun = RM41,868
Untung yang diperoleh : RM48,930 - RM41,868 = RM7062
ROI = (RM7062/RM41868) x 100%
= 16.87%

Ya, installment ASB adalah termasuk insurans. Tapi, installment bulanan yang encik lihat di jadual ASB itu belum beserta insurans lagi. Installment+insurans akan dikira menggunakan sistem takaful berdasarkan jumlah pinjaman yang dipohon, tempoh pinjaman dan umur.

Untuk processing fee, kami akan mengenakan charge RM70 dimana RM50 untuk cagaran sijil yang akan dibayar kepada PNB dan lebihan RM20 adalah untuk stamp duty.

Bagi pembatalan sijil, untuk ASB islamic tiada charge penalty yang akan dikenakan. Kami cadangkan encik untuk membatalkan sijil selepas 3-5 tahun supaya encik dapat memperoleh dividen sekurang-kurangnya 3-5 tahun. Walaubagaimanapun, kami nasihatkan encik untuk terus melabur sehingga cukup tempoh matang kerana ASB memang menguntungkan.


Ati Shakira Binti Mohammad Shabri
Consumer Sales Executive (CSE)
Maybank KLIA
Unit 1A & 1B, Blok E
Jalan KLIA S3, SCAF
64000, KLIA, Selangor
HP : 012-9155023
Tel : 03- 87873008 / 87873090
 
Back
Top
Log in Register