Ni Email Aku dari Maybank Berkenaan ASB
Salam Encik Saleh,
Untuk pengetahuan Encik Saleh, nilai ammotize ialah bagaimana bank mengira bahagian interest di setiap installment dan baki pinjaman yang berkurangan setelah dibayar setiap tahun.
Return on investment (ROI) ialah kaedah untuk kita melihat untung/profit/return dari pelaburan yang dibuat, di mana dengan menggunakan formula (untung/modal)x100% kita boleh ukur peratus performance ASB.
Contoh:
Anggarkan dividen sebanyak 8%
Pelaburan dipohon : RM200,000, 25 tahun, RM1163 sebulan
*anggarkan sijil akan dibatalkan pada tahun ketiga
Dividen tahun pertama : RM16,000
Dividen tahun kedua : RM33,200
Dividen tahun ketiga : RM51,856
Jumlah dividen beserta sijil RM251,856
Nilai ammotize pada bulan ke-36 adalah RM190,734 (dari sistem)
Jika sijil dibatalkan, jumlah yang akan diteima adalah
RM251,856 - RM190,734 = RM61,122
Bagi ROI, jumlah pembayaran encik selama 3 tahun;
RM1163 x 3 tahun x 12 bulan = RM41,868
Untung dari pelaburan;
RM61,122 - RM41,868 = RM19,254
ROI = (Untung/Modal) x 100%
= (RM19,254/RM41,868) x 100%
= 45.99%
ROI jika menyimpan di Simpanan ASB biasa
*Anggarkan encik menyimpan RM1163 sebulan
Tahun pertama : RM15,072 (Cummulative + monthly dividen)
Tahun kedua : RM31,350
Tahun ketiga : RM48,930
Encik menyimpan selama 3 tahun = RM41,868
Untung yang diperoleh : RM48,930 - RM41,868 = RM7062
ROI = (RM7062/RM41868) x 100%
= 16.87%
Ya, installment ASB adalah termasuk insurans. Tapi, installment bulanan yang encik lihat di jadual ASB itu belum beserta insurans lagi. Installment+insurans akan dikira menggunakan sistem takaful berdasarkan jumlah pinjaman yang dipohon, tempoh pinjaman dan umur.
Untuk processing fee, kami akan mengenakan charge RM70 dimana RM50 untuk cagaran sijil yang akan dibayar kepada PNB dan lebihan RM20 adalah untuk stamp duty.
Bagi pembatalan sijil, untuk ASB islamic tiada charge penalty yang akan dikenakan. Kami cadangkan encik untuk membatalkan sijil selepas 3-5 tahun supaya encik dapat memperoleh dividen sekurang-kurangnya 3-5 tahun. Walaubagaimanapun, kami nasihatkan encik untuk terus melabur sehingga cukup tempoh matang kerana ASB memang menguntungkan.
Ati Shakira Binti Mohammad Shabri
Consumer Sales Executive (CSE)
Maybank KLIA
Unit 1A & 1B, Blok E
Jalan KLIA S3, SCAF
64000, KLIA, Selangor
HP : 012-9155023
Tel : 03- 87873008 / 87873090