BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RSN Johor 2040: Cabaran Perubahan Iklim, Persediaan Status Masyarakat Menua

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80

RSN Johor 2040: Cabaran Perubahan Iklim, Persediaan Status Masyarakat Menua​

e6a753669dd23d6c3e23d1d6b7b74cea6a57b1914df05

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (PLANMalaysia Johor) Abdulhan Abd Lamit

Cabaran perubahan iklim, persediaan menghadapi status masyarakat menua serta perkembangan teknologi terkini, menjadi antara agenda utama dalam Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri (RSN) Johor 2040, yang sedang dirangka.

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (PLANMalaysia Johor) Abdulhan Abd Lamit berkata kajian semula itu, dilaksanakan bagi memastikan instrumen perancangan pembangunan fizikal dan sosioekonomi negeri, sentiasa relevan dengan keperluan semasa serta masa hadapan rakyat.

Beliau berkata RSN Johor 2040 akan menggunakan pendekatan berasaskan misi atau Mission-Oriented Policy Approach, yang menetapkan sasaran utama terlebih dahulu, sebelum strategi sokongan dirangka untuk mencapainya.

“Kita cuba membuat sedikit kelainan bagi RSN kali ini melalui pendekatan berasaskan Mission-Oriented Policy Approach,” katanya dalam temu bual bersama Bernama Radio menerusi slot Johor Tersohor dengan topik RSN Johor 2040, semalam.

Sebelum ini RSN Johor 2020 diwartakan pada 2008, manakala rancangan struktur negeri generasi kedua, RSN Johor 2030, diwartakan pada Mac 2020.

Abdulhan berkata proses kajian semula bagi edisi 2040 itu bermula pada April lepas dan dijangka dimuktamadkan sepenuhnya menjelang April 2027.

Beliau berkata menerusi pendekatan berasaskan misi itu, kerajaan negeri akan menentukan sasaran yang hendak dicapai, sebelum merangka pelbagai strategi bersandarkan fakta, data dan analisis berkaitan.

“Sebagai contoh, bagaimana kita mahu mengurangkan pelepasan karbon sepanjang tempoh perancangan. Itu mungkin menjadi antara sasaran, yang kemudiannya akan disokong dengan beberapa strategi bersesuaian,” katanya.

Abdulhan berkata pendekatan strategik itu juga penting, bagi menyelaraskan perancangan fizikal negeri dengan dasar dan agenda pembangunan baharu, termasuk Maju Johor yang diilhamkan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Pelan Transformasi Ekonomi Johor.

 
Back
Top
Log in Register