BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perkukuh Pengurusan Saliran Mesra Alam, Bandar Selamat Hadapi Perubahan Iklim

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Malaysia Perkukuh Pengurusan Saliran Mesra Alam, Bandar Selamat Hadapi Perubahan Iklim​

96fe15df04c4a90cef40547272729be96a97c9618c1af

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berucap pada Majlis Perasmian National Conference On Stormwater Management (SWAM 2026) hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia terus memperkukuh pengurusan saliran mesra alam dengan mengintegrasikan penyelesaian berasaskan alam semula jadi bersama dengan inovasi kejuruteraan dan teknologi digital, bagi meningkatkan daya tahan bandar menghadapi perubahan iklim serta kejadian cuaca ekstrem.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pendekatan itu turut dipacu analisis data termaju, pemodelan ramalan, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital bagi membantu memperkukuh keupayaan membuat keputusan serta kesiapsiagaan bandar menghadapi cabaran masa depan.

“Keupayaan teknologi ini boleh membantu kita membuat keputusan dan memperkukuh bandar-bandar kita, bagi mendepani masa depan yang semakin sukar diramal.

“Daya tahan pengurusan air hujan juga memerlukan pendekatan menyeluruh khususnya daripada kerajaan, industri dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri PETRA Datuk Seri Fadillah Yusof, merasmikan National Conference on Stormwater Management (SWaM) 2026, di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata persidangan SWaM 2026 selama empat hari yang bermula semalam, merupakan platform kebangsaan bagi penggubal dasar, agensi kerajaan dan swasta, pemimpin industri, ahli akademik serta komuniti untuk merangka penyelesaian bersepadu dalam menghadapi cabaran pengurusan air hujan dan pembangunan bandar.

Beliau berkata usaha membina bandar yang lebih berdaya tahan, memerlukan penglibatan aktif semua sektor termasuk jurutera, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, penyelidik, ahli akademik, sektor swasta dan pemaju.

Abdul Rahman berkata idea yang dikongsikan, jalinan kerjasama serta komitmen yang dilaksanakan sepanjang persidangan itu, dapat menyumbang ke arah memperkukuh pengurusan air hujan dan kesiapsiagaan Malaysia menghadapi cabaran masa depan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Ir Mohamad Radzi Abdul Talib berkata pihaknya terus mengemas kini piawaian teknikal dan keupayaan institusi, bagi menghadapi perubahan iklim serta pembangunan pesat.

 
Back
Top
Log in Register