BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DBKL Lanjut Tempoh Permohonan Perubahan PTKL 2040 Hingga 7 Ogos

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

DBKL Lanjut Tempoh Permohonan Perubahan PTKL 2040 Hingga 7 Ogos​

48c5deb38d0f64d7a43ee75d0077dae16a4b8888429a3


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melanjutkan tempoh pengemukaan permohonan Perubahan Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 hingga 5.00 petang pada 7 Ogos ini.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan Perubahan PTKL 2040 itu bertujuan membuka peluang yang lebih luas kepada pemilik tanah berdaftar, pemaju serta pihak berkepentingan untuk menyediakan dan mengemukakan Surat Niat berserta dokumen sokongan yang lengkap.

“Surat Niat berkenaan hendaklah mengandungi justifikasi cadangan perubahan, pelan lokasi atau pelan tapak yang jelas serta dokumen hak milik tanah terkini bagi tapak yang dicadangkan.

“Permohonan ini dikemukakan bagi memberi ruang cadangan perubahan terhadap penetapan Perubahan PTKL 2040 selaras dengan peruntukan Seksyen 17, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan permohonan boleh dikemukakan secara fizikal kepada Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya (JPRB) di Tingkat 9, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut atau secara digital melalui e-mel di [email protected].

Bagi permohonan yang memerlukan penyediaan Laporan Cadangan Perubahan Pelan Tempatan (LCPPT), pemohon akan dimaklumkan mengenai keperluan melantik Perancang Bandar Berdaftar berdasarkan skop permohonan masing-masing.

Untuk mempermudah urusan penyediaan dokumen, Senarai Semak Permohonan dan Manual LCPPT Kuala Lumpur boleh dimuat turun melalui laman sesawang Pelan Pembangunan Kuala Lumpur di https://ppkl.dbkl.gov.my.

DBKL turut menggalakkan semua pihak berkepentingan untuk memanfaatkan pelanjutan tempoh itu sepenuhnya bagi memastikan setiap permohonan dapat dikemukakan dengan lengkap dan teratur.

 
Back
Top
Log in Register