BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roze tidak tiru Beyonce

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
hi_03.1.jpg

SEMBILAN tahun menyanyi di negara kelahirannya Singapura, figura bernama Rozeanna Kasmani atau nama glamornya, Roze bagaimanapun hanya baru-baru ini mendapat peluang untuk membuktikan kehebatan vokalnya.

Disunting menjadi artis di bawah Alibi Music, Roze mendapat perhatian Pengurus Kanan syarikat rakaman itu, KC Ismail semasa membuat persembahan pembukaan pada majlis pelancaran album kumpulan SleeQ di Singapura.

Sebenarnya, bakat Roze sudah dikesan oleh penyanyi senegara dengannya, Imran Ajmain ketika dia berusia 15 tahun.

"Semasa berusia 15 tahun, saya pernah menghadiri sesi uji bakat yang dianjurkan sempena satu festival hip hop.

"Ia satu acara kecil yang melibatkan remaja dan ketika itulah Imran tertarik dengan suara saya.

"Jadi, selepas itu kami ada menerima jemputan membuat persembahan. Cuma semuanya merupakan persembahan secara kecil-kecilan," kata Roze pada sidang media mempromosikan single pertamanya, Harum, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak pernah menghadiri kelas vokal, Roze lebih suka berlatih sendiri dengan mendengar lagu-lagu nyanyian penyanyi bervokal tinggi.

Menyukai Aishah serta Ziana Zain, Roze juga peminat setia lagu-lagu Sheila Majid.

Maka, jika berpeluang, dia mahu menghasilkan album yang merangkumi genre-genre lagu kegemarannya.

"Saya secara peribadi menyukai genre R&B, soul dan jazz," tambahnya lagi yang pernah menyertai program realiti Singapore Idol pada tahun 2006.

Berusia 24 tahun, Roze sedar industri muzik di Malaysia amat sengit. Namun, baginya peluang untuk merealisasikan impiannya lebih cerah di sini.

"Memang kalau hendak bertapak di Singapura sebagai penyanyi amat susah. Kita hanya mempunyai sebuah stesen TV berbahasa Inggeris dan Melayu.

"Skopnya lebih kecil jika dibandingkan dengan Malaysia," ujarnya yang mempunyai seorang kakak.

Menandatangani kontrak selama setahun bersama Alibi Music, Roze yang boleh menyampaikan lagu dalam bahasa Inggeris dan Melayu pernah bekerjasama dengan beberapa penyanyi Singapura, antaranya Taufik Batisah dan Krazzie Starr.

"Saya pernah menyumbang suara dalam lagu Taufik (Stuck Up Girl), Imran (Kata Orang, Mengaku Kalah dan Yang Ku Perlu), Rauzan Rahman dan Urban Sensation (Kasih Mengapa) dan Krazzie Starr (Too Far).

"Menariknya, lagu Kasih Mengapa diterima baik oleh pendengar Singapura," jelasnya lagi.

Selain vokal lunaknya, Roze yang pernah menyertai pertandingan The Uprising Star Award for Loreal: Beyonce Sound & Lookalike Contest mengakui bintang pujaannya itu ada sedikit sebanyak mempengaruhi dirinya.

"Tidak dinafikan saya memang suka mendengar lagu dia. Jadi sedikit sebanyak ia ada memberi kesan kepada stail penyampaian saya.

"Tapi kalau dari segi penampilan, saya memang ada rambut kerinting. Apa pun, saya tidak berniat untuk meniru siapa-siapa termasuk Beyonce," tambah gadis berkulit hitam manis itu.
 
erm sore sedap kot.. jazz pny suara ke ni
 
bosar dan godang buahnyo cam saripah aini.
 
la janggut...sempoi pe fruitale cam tu :D uhuhuh
 
Back
Top
Log in Register