BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roti Gardenia naik harga lagi

Fathul Farisan

·

Jangan panik.
Isu ni boleh diatasi. Caranya lepas beli roti makan lah di rumah, bukan di luar rumah. Nescaya akan lebih jimat.
.
Follow saya untuk lebih tips kewangan madani
.

1695786738274.png
Haaaa......tepoooookkkkkkkkkkk.... :ROFLMAO: :ROFLMAO::ROFLMAO:
 

Lim Sian See

·


Ketika mereka jadi pembangkang, PH-PN hasut Rakyat untuk benci Najib dan Ahmad Maslan bahawa GST yang menyebabkan harga Gardenia naik.

Padahal harga Gardenia cuma naik sekali sepanjang 9 tahun masa Najib.

Sebagai contoh, harga roti Gardenia Original Classic 400g naik 10 sen masa Najib dari RM2.40 ke RM2.50.
Tetapi selepas GST dimansuhkan, harga Gardenia naik lagi pada akhir tahun 2018, tahun 2020, tahun 2021, tahun 2022 dan beberapa hari lalu (tahun 2023).

Akhirnya harga Original Classic 400g sudah menjadi RM3.00 tanpa GST berbanding harga RM2.50 masa GST.
(Sebenarnya, harga Roti Putih adalah dikecualikan GST tapi PH-PN tak pernah beritahu perkara ini pada penyokong mereka)

1695892112401.png
 
Produk Gardenia naik antara 10 dan 40 sen mulai 1 Oktober ini
FB_IMG_1695731015767.jpg
FB_IMG_1695731022381.jpg

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.

Antara produk yang mengalami kenaikan adalah Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan kari ayam, Quick Bites Butter Tofee dan red beans, Quick Bited Cream Rolls, Numee Yellow Noodle dan Numee Keluarga.

Produk-produk tersebut akan menyaksikan peningkatan antara 10 dan 40 sen.

Bagaimanapun, pengurusan Gardenia KL berkata, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast'em tidak mengalami kenaikan kerana tidak mahu membebankan pelanggannya.
"Gardenia KL telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober ini.

"Bagaimanapun, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast'em kekal untuk memastikan kenaikan ini tidak membebankan majoriti pelanggannya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, pada 1 September tahun lalu, enam produknya dijual dengan harga baharu yang mana ia membabitkan kenaikan antara 10 sen hingga 50 sen.

Perubahan harga itu membabitkan Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast'em daripada RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia RM1 kepada RM1.10.

#astroawani
roti cina rupanya

igtkan muslim pegang

dulu bukan main propaganda BMF vs massimo

last2 xbasuh berak gak yg kita beli

boleh dh semua buy gardenia last
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sudah menghantar notis meminta Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memberi penjelasan berkenaan 30 jenis produk keluaran syarikat itu yang dinaikkan harga mulai bulan depan.
Berita penuh: https://mk.my/1rk5gKq

1695893887460.png
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sudah menghantar notis meminta Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memberi penjelasan berkenaan 30 jenis produk keluaran syarikat itu yang dinaikkan harga mulai bulan depan.
Berita penuh: https://mk.my/1rk5gKq

1695893887460.png
mnta penjelasan je?...sudah-sudahlah makciktakcomei🤭🤭🤭🤭 @makcikcomei
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sudah menghantar notis meminta Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memberi penjelasan berkenaan 30 jenis produk keluaran syarikat itu yang dinaikkan harga mulai bulan depan.
Berita penuh: https://mk.my/1rk5gKq

1695893887460.png
Haha useless makcik mutan vice minister.
 
rakyat yg salah hingga menyebabkan harga roti naik...
 

Gardenia KL sedia beri kerjasama kepada KPDN​

GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd menaikkan harga 30 jenis roti miliknya. FOTO BERNAMA

GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd menaikkan harga 30 jenis roti miliknya. FOTO BERNAMA



Kuala Lumpur: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung kenaikan harga 30 jenis roti miliknya bermula semalam.

Gardenia menerusi kenyataannya berkata, pihaknya akan menyediakan semua maklumat yang diminta oleh KPDN berkenaan kenaikan harga produk itu.

"Gardenia menghargai peranan yang dimainkan oleh KPDN dalam memantau harga produk-produknya.

"Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya dan akan menyediakan semua maklumat yang diminta oleh pihak KPDN berkenaan dengan kenaikan harga produk-produk kami," katanya.


Gardenia KL sebelum ini mengesahkan 30 produk mereka mengalami kenaikan harga antara 10 dan 40 sen, selepas menyemak semula harga bagi produk terpilih.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh kemudiannya berkata, pihak kementerian sudah mengeluarkan notis meminta Gardenia KL memberikan penjelasan berhubung kenaikan harga 30 jenis roti miliknya.

Fuziah berkata, syarikat berkenaan perlu menjawab notis yang dikeluarkan pada 27 September itu, sebagai sebahagian daripada usaha pihaknya bagi mengelak berlakunya kenaikan harga yang tidak munasabah sehingga boleh membebankan rakyat.


 
Back
Top
Log in Register