BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roti Gardenia naik harga lagi

1 Oktober 2023

FB_IMG_1695702291904.jpg
 
Kenaikan Harga Produk Gardenia Tak Libatkan Roti Putih

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd membuat keputusan menaikkan harga beberapa produk keluaran syarikat itu berkuat kuasa 1 Oktober iaitu Ahad ini. Bagaimanapun, Gardenia memaklumkan harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kekal pada harga sedia ada. Memetik laporan BH Online, pengeluar roti terkemuka itu memaklumkan, kenaikan harga itu tidak membebankan majoriti pelanggan.

“Betul. Kenaikan untuk produk-produk terpilih sahaja. Harga untuk roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kekal,” kata seorang jurucakap Gardenia KL bagi menjelaskan mengenai senarai harga baharu roti keluarannya yang tular di laman sosial, hari ini.

Antara produk yang disemak semula harga bermula awal bulan depan ialah Gardenia Numee, Gardenia Fluffy Buns, Gardenia Puazz!, Gardenia QuickBites, Gardenia Double Choc Muffins, Gardenia Twiggies dan Gardenia Squiggles. Gardenia KL bagaimanapun tidak memberikan sebab semakan harga itu dibuat kali ini.Pada September tahun lalu, Gardenia KL menaikkan harga runcit produknya berikutan kenaikan kos bahan seperti tepung protein tinggi, serbuk putih telur, tepung gandum penuh, gluten, susu skim, penaik roti serta bahan-bahan pembungkusan.

Ia ditambah dengan cabaran lain yang dihadapi syarikat itu termasuk kesan pasca pandemik COVID-19 terhadap perniagaan dan kejadian banjir besar di Shah Alam pada Disember 2021. Terdahulu, satu surat yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL), Koh Chin Huat kepada peruncit mengenai semakan semula harga itu tular dalam laman sosial. Dalam surat tersebut, harga baharu yang ditetapkan kepada pengguna bagi produk mi kuning NuMee seberat 450g adalah pada RM2.Selain itu, produk Gardenia QuickBites turut naik kepada RM1.20; RM1.50 dan RM1.70 berdasarkan perisa.​

1695729721453.png
 
Back
Top
Log in Register