BTC USD 84,530.8 Gold USD 4,265.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala





Warga asing didakwa bina rumah secara haram di tepi sungai di Selayang

Selayang: Sebuah penempatan terpencil di Sungai Batu, di sini, dipercayai diduduki warga asing termasuk etnik Rohingya didakwa membina beberapa rumah secara tidak sah dengan turut membela anjing sebagai 'loceng' amaran kehadiran individu tidak dikenali.


Berdasarkan perkongsian video daripada penstriman langsung pihak berkenaan, situasi lokasi dilihat seperti di kawasan belukar dengan beberapa binaan dipercayai penempatan yang dibina secara tidak sah namun 'penduduk' sudah 'lesap' dipercayai melarikan diri.

Berkongsi perkara itu, Zarif Syarafuddin Sufi, 24, berkata, dia bersama kumpulannya dan badan bukan kerajaan (NGO), Surplus ke lokasi berkenaan selepas menerima maklumat berhubung perkara itu daripada seorang penduduk setempat pada Isnin lalu.

Dakwanya, kawasan berkenaan dipercayai rezab sungai dijadikan penempatan warga Bangladesh dan etnik pelarian Rohingya dengan mereka membina kira-kira tiga rumah untuk diduduki selain reban ayam dan membela puluhan anjing di kawasan berkenaan.

"Ketika kami masuk anjing di situ menyalak kuat dan mungkin itu menjadi petanda buat warga asing di situ melarikan diri. Di dinding rumah mereka ada contengan disyaki bahasa etnik Rohingya.

"Saya percaya penempatan itu memang diduduki warga asing cuma apabila kami sampai mereka semua sudah tiada namun ada 'jejak' ditinggalkan iaitu nasi dan lauk yang masih panas," dakwanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dia mendakwa warga asing itu turut membuat bot sendiri dengan menggunakan tong selain mempunyai tanaman pisang dan keladi serta disyaki menjala ikan di sungai untuk dijual di pasar serta menemui kira-kira 50 kilogram (kg) ikan talapia disimpan dalam tong.

"Kami juga jumpa sambungan paip air haram cuma tidak tahu dari mana ia disambungkan dan di bawah jambatan berhampiran ada kira-kira sembilan rumah diduduki disyaki warga Bangladesh," dakwanya.

Zarif berkata, dia berkongsi pendedahan itu untuk membuka mata rakyat negara ini supaya tidak terus membiarkan warga asing membuat sewenang-wenangnya terutama menceroboh kawasan rezab untuk penempatan haram, seolah-olah negara tiada undang-undang.

"Sebagai rakyat negara ini saya tak mahu warga asing termasuk pelarian membina penempatan haram walaupun mereka mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

"Saya buat penstriman langsung itu juga sebagai bukti pendedahan berkenaan dan sebelum ini aduan berhubung perkara itu juga sudah pernah dibuat," dakwanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Zakaria Shaaban ketika dihubungi berkata, penempatan haram adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara itu dan akan berbincang dengan agensi penguat kuasa lain bagi tindakan lanjut terutama membabitkan pemeriksaan dokumen berhubung isu berkenaan.

"Kita akan bincang dengan agensi penguatkuasa lain yang diterajui pihak berkuasa tempatan," katanya.

Artikel ➡️ Berita Harian
 


#Repost awie.mbr 🎥
• • • • •
ROHINGYA ajar anak pulak bawa kenderaan eletrik ! Sangat bahaya ya perangai dorang ni !
 
Hukum karma ni akhirnya menimpa Malaysia. Dahulu lebai selalu kata barat tidak suka Pakistanis Afghans. Sejarang ni sedang berlaku di Malaysia orang Islam menghalau orang Islam.
 
420731-420731.jpg


Honda Civic Type R dipandu lelaki Rohingya tanpa lesen disita JPJ

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki etnik Rohingya dikesan memandu Honda Civic Type R tanpa lesen memandu yang sah dalam Operasi Khas Luxury di Plaza Tol Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayag Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam berkata, kenderaan tersebut dikesan bergerak secara berkonvoi ke Genting Highlands bersama beberapa kenderaan lain di Plaza Tol SPE sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu yang sah, kita mengambil tindakan sitaan terhadap kenderaan berkenaan mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, lelaki berkenaan mendakwa dirinya sebagai pekerja kepada pemilik kenderaan tersebut.

“Dia berkonvoi bersama pemilik kenderaan berkenaan. Majikannya ketika itu memandu Nissan GT-R dan membenarkan lelaki terbabit membawa Honda Civic Type R,” katanya.

Hamidi berkata, operasi selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis, JPJ WPKL menyita 23 kenderaan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

"Antara kenderaan lain yang turut disita ialah Ferrari F8, Porsche Macan, Land Rover Range Rover Sport, BMW, Mercedes-Benz, Audi, Volvo dan Toyota Alphard," katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan notis yang dikeluarkan sepanjang operasi tiga hari tersebut sebanyak 96 notis.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 39 kes membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, 30 kes tiada perlindungan insurans, tiga kes tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan satu kes mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain," katanya.

Sementara itu, Hamidi berkata, sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Luxury bagi tahun ini sehingga 28 Ogos, sebanyak 179 kenderaan telah disita JPJ WPKL.

"Dalam tempoh sama sebanyak 393 notis P22 dikeluarkan membabitkan 209 kes LKM tamat tempoh, 158 kes tiada perlindungan insurans, 21 kes tiada CDL dan lima kes melibatkan kesalahan lain.

“Selain itu, sebanyak 179 notis penyitaan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikeluarkan, menjadikan jumlah keseluruhan 572 notis bagi pelaksanaan Operasi Khas Luxury sepanjang tahun ini," katanya.

Kredit ➡️ Sinar Harian
 
MALAYSIA MEMBINA SYURGA ROHINGYA

Pernahkah kita bertanya, “Jika Malaysia bukan syurga Rohingya, mengapa ada yang sanggup mati untuk sampai ke Malaysia?

Soalan ini boleh jadi problem statement. Setelah puluhan tahun membincangkan pencerobohan Rohingya, kita perlu meneliti bukan sahaja perjalanan mereka, tetapi juga sebab Malaysia menjadi destinasi utama.

Pergerakan Rohingya melalui laut berlepas dari Buthidaung, Rakhine State di Myanmar dan Cox’s Bazar di Bangladesh. Mereka meredah Teluk Bengal dan Laut Andaman menggunakan bot yang kadangkala sesak dan tidak selamat. Perjalanan tersebut mendedahkan mereka kepada gelombang besar, kekurangan makanan, eksploitasi, sindiket penyeludupan manusia dan risiko kematian.

Selain dari lautan, kini laluan darat dari Thailand memjadi pilihan utama mereka memceroboh. Setiap hari. Di Kelantan, PGA menahan 360 pendatang tanpa izin antara 1 Januari hingga 15 Mei 2026. Daripada jumlah itu, 264 orang merupakan Rohingya. Sungai Golok sebagai antara laluan yang dieksploitasi sindiket penyeludupan migran.

Pernahkah kita bertanya kenapa Malaysia? Kenapa tidak di Thailand sahaja atau sumatera? Pada pendapat saya, ia disebabkan oleh kita sendiri yang membina syurga kepada merekaZ Maka ada jaringan keluarga dan saudara-mara yang telah lama berada di Malaysia (ada rumah, ada tanah, ada makanan, siap boleh kawen) dan sering berhubung merupakan antara faktor tarikan utama.

Manakala dalam laporan UNHCR melaporkan Malaysia menjadi destinasi pilihan utama Rohingya kerana kewujudan komuniti Rohingya serta peluang bekerja dalam sektor tidak formal. Tambahan pula kad UNHCR menyelamatkan mereka.

Kini, sudah sampai masanya, Malaysia menukar ‘syurga’ menjadi ‘neraka’
 


rakyat kita nak tegur rohingiya skali tiber si pak arab ni ye masok campur haihh
 


sambungan angle lain pak arab tiada lesen senang berniaga begitu je
 
Back
Top
Log in Register