BTC USD 81,506.8 Gold USD 4,350.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala



erghhh yang perempuan malaysia pon haihh kahwin ngan rohingiya pasaipo
 
14292291702400365-417282.jpg

14292291702400365-417283.jpg

14292291702400365-417284.jpg


Remaja Rohingya cuba larikan diri, ditahan JPJ



KULIM: Dua remaja lelaki etnik Rohingya berusia 15 tahun ditahan pihak berkuasa ketika cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal di Kilometer (KM) 171, Jalan Serdang-Selama, di sini, semalam.

Mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim pada jam 1.50 tengah hari.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, motosikal itu dikesan ditunggang remaja lelaki etnik Rohingya berdasarkan kad Suruhanjaya Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang dimiliki mereka.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kedua-duanya dalam perjalanan ke kebun kelapa sawit.

“Motosikal itu dipercayai milik warga tempatan dan mereka dipercayai sempat melarikan diri sejauh lima kilometer (km) di laluan sempit.

“Amaran sudah diberikan namun mereka tidak mengendahkannya dan akhirnya berjaya ditahan.


Stien berkata, penunggang motosikal itu turut mengabaikan arahan anggota penguat kuasa dan cuba melarikan diri ketika tindakan pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata, sehubungan itu JPJ Kedah mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan menegaskan bahawa penguatkuasaan akan terus dilaksanakan tanpa mengira latar belakang bagi memastikan keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya.

“Motosikal terbabit turut disita untuk tindakan lanjut, ” katanya.

Artikel Buletin Tv3
 


aih budak rohonigiya ni ishh
 
Antara laluan masuk RORO..

Dah terang lagi bersuluh pemegang kad S14L adalah untuk transit, transit, transit. Faham atau tidak maksud transit ni..Memang mereka tidak boleh bekerja dan berniaga..

Kami sebenarnya tidak faham undang undang negara kami..Undang undang yang kami faham adalah etnik Roro samada yang memiliki kad S14L atau tidak ia di kategorikan sebagai pendatang tanpa izin dan tidak sama sekali dibenarkan bekerja atau berniaga di bumi Malaysia ini..

Sebaliknya itu tidak berlaku di bumi ini..Kesemua etnik R makin menjadi jadi..Mereka telah ramai berniaga dan mengambil kerja kerja rakyat Malaysia..Perkara begini tidak sekadar berlaku di bandar bandar besar sebaliknya mereka telah mula menyelinap masuk ke kampung kampung dan pedalaman..

5 % rakyat Malaysia pasti akan bertanya habis diorang nak makan apa kalau tidak bekerja..Itu bukan masalah kami rakyat Malaysia, itu masalah kerajaan..Kerajaan wajib mencari solusi untuk puak hanyut ini..Takkan itu pun abbe nak ajar walau abbe ada caranya..Kalau ikut cara abbe yang ringkas selesai masalah dan rakyat Malaysia pun happy..

Sekali lagi..Tolonglah kerajaan gembirakan kami dan bukannya buatkan puak hanyut ni besar kepala..Kerana sikap kerajaan sendirilah yang buatkan puak hanyut ni makin besar kepala..SANGAT BESAR KEPALA..

Disetiap kampung sekurang kurangnya mereka dah ada 10 keluarga dan 10 tahun lagi mereka akan meningkat kepada 100 keluarga..Mereka akan sentiasa diseludup masuk oleh penduduk tempatan yang bersekongkol dengan kepala kepala etnik Roro yang berkahwin dengan warga tempatan dan juga samseng samseng.

Selain diseludup masuk melalui jalan darat dari Thailand mereka juga masuk melalui laut dan kemudian menyelinap masuk ikut sungai Kelantan dan sebahagiannya akan mendarat di Kuala Besar selain dari pendaratan ditempat tempat lain..

' KENAPA SAMPAI BOLOS BEGINI'

Pergerakkan mereka menyelinap telah dibantu tekong tekong bot warga tempatan..Pemberi maklumat memaklumkan pada abbe penduduk kampung yang melihat tidak berani bersuara kerana takut kehidupan mereka diancam oleh pengkhianat pengkhianat ini..

Undang undang kita terlalu lemah terhadap etnik R ini tidak seperti Thailand dan Indonesia..
Kami 95 % rakyat Malaysia merayu pihak kerajaan agar bertindak tegas terhadap etnik Roro dan pendatang tanpa izin ini..Kami 95% rakyat tidak mampu lagi untuk hadap puak puak ini yang semakin ramai menceroboh dengan dibantu oleh talibarut warga tempatan..

5% rakyat Malaysia yang tidak setuju dan marah dengan abbe boleh saja blok akaun ini.. Etnik Roro dulu kami terima kerana jumlah mereka sedikit..Dan kami rakyat Malaysia tidak kisah pun akan kehadiran mereka yang sedikit tapi mereka sendiri yang bodoh sebab merekalah yang membantu rakan rakan mereka sekali masuk dan buat semak ditempat kami..

Satu lagi persoalan yang kami rakyat Malaysia tertanya tanya bagaimana etnik ini berkahwin dengan warga Malaysia sedangkan mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Perkahwinan yang sah disisi undang undang adalah memiliki dokumen pengenalan diri.

Dulu kat Kelantan ni ramai orang orang gedebe..Sekarang mana semua orang orang gedebe..Gunakan gedebe kalian tu untuk memberi tekanan pada puak ini bukan melindungi mereka..Itu baru betul betul gedebe..Selagi tidak diberikan tekanan selagi itulah puak ini makin kuat menceroboh tanah air kita..

Gambar dibawah telah dihantar oleh pemberi maklumat..Itu adalah salah satu laluan masuk dan pendaratan Roro. Banyak gambar lokasi pendaratan abbe terima dari pemberi maklumat..

Jangan risau..Identiti pemberi maklumat akan abbe rahsiakan..Sesiapa yang ada maklumat boleh mesej abbe beserta gambar untuk kita semua bongkarkan..

 

14300628906021565-419961.jpg









Enam sekeluarga etnik Rohingya hidup gelandangan di tempat awam

JOHOR BAHRU - Enam sekeluarga etnik Rohingya disyaki hidup secara gelandangan sehingga menimbulkan keresahan dan rasa tidak selesa penduduk sekitar.

Video keberadaan mereka di Taman Permainan Pusat Komuniti Taman Dato Onn, Larkin tular di media sosial pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, tindakan telah diambil susulan penularan video tersebut.

“Anggota cegah jenayah telah melakukan rondaan pada 24 Ogos di kawasan itu namun kelibat mereka sudah tiada.

“Pemantauan semasa akan terus dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut Azrul Hashim, pemantauan terus dilaksanakan dan lokasi keberadaan mereka ketika ini belum dipastikan.

Sementara itu, kerajaan negeri menerusi jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu maklum balas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

TAUFIK SALIMIN
 
Back
Top
Log in Register