BTC USD 83,952.9 Gold USD 4,180.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

14250707886547333-404410.jpg

14250707886547333-404411.jpg

14250707886547333-404412.jpg

14250707886547333-404413.jpg


Lelaki Rohingya cuba loloskan diri, miliki 34 saman tertunggak


ALOR SETAR, 13 Jun – Seorang lelaki etnik Rohingya ditahan selepas cuba melarikan diri bagi mengelak pemeriksaan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi penguatkuasaan di Guar Kepayang di sini, petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI−
Pemandu mempunyai 34 saman aktif yang belum dijelaskan.


JPJ menegaskan tidak akan berkompromi terhadap warga pelarian UNHCR yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, lelaki terbabit dipercayai meninggalkan motosikal yang ditunggangnya sebelum cuba meloloskan diri.

“Semakan mendapati pemandu dan pemilik motosikal terbabit mempunyai 34 saman yang masih belum dijelaskan.

“Susulan kesalahan yang dikesan, motosikal berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, JPJ tidak akan berkompromi terhadap warga pelarian UNHCR yang gagal mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya negara ini.

Artikel Berita RTM
 

Isu Rohingya: Kadar Penempatan Negara Ketiga Oleh UNHCR Terlalu Rendah - Saifuddin Nasution​

f4e6f327abb11fcf7c942cec8954b2606a2cfbdf82f6b

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas menghadiri program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa di sini hari ini.

Kadar penempatan ke negara ketiga oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terlalu rendah bagi pelarian termasuk Rohingya, antara punca golongan itu kekal berada di tengah-tengah masyarakat tempatan dalam tempoh yang lama.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun UNHCR mempunyai dua tugas hakiki iaitu mendaftar pelarian dan mencari negara ketiga untuk penempatan semula, statistik menunjukkan angka pengeluaran kad pelarian oleh badan itu jauh lebih besar berbanding jumlah individu yang berjaya dihantar keluar.

Beliau berkata akibat daripada ketidakseimbangan itu, Malaysia kini terpaksa berdepan dengan isu tersebut, termasuk etnik Rohingya yang terpaksa hidup bersama masyarakat setempat sementara menunggu giliran penempatan yang tidak menentu.

"Tugas hakiki UNHCR adalah mendaftar, kemudian mencari negara ketiga. Namun, angka kejayaan menempatkan ke negara ketiga itu jauh lebih kecil berbanding dengan pengeluaran kad UNHCR oleh agensi itu sendiri. Akibatnya, sementara menunggu ditempatkan pelarian ini berada di tengah-tengah masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu “Kempen Tangkap Rohingya” di media sosial,  selepas menghadiri program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini.

Menyentuh mengenai peningkatan suhu kempen dan desakan netizen di media sosial yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap golongan itu, beliau berkata masyarakat mempunyai hak untuk bercakap kerana isu ini memberi kesan langsung kepada aspek ekonomi, keselamatan, dan sosial negara.

Bagaimanapun, beliau berkata pelarian mempunyai status yang berbeza dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang boleh diambil tindakan terus di bawah Akta Imigresen, memandangkan kehadiran pelarian ini didorong oleh faktor penolak konflik di negara asal mereka.

Saifuddin Nasution berkata bagi menangani implikasi keselamatan ekoran situasi tersebut, kerajaan kini sedang melaksanakan proses pengumpulan data tersendiri dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada data UNHCR.

"Apabila kita mempunyai pendataan kita sendiri, kita boleh mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang negara oleh golongan ini. Mereka tetap tertakluk kepada undang-undang domestik dan tindakan tegas akan diambil jika mereka melanggar aturan negara," katanya.

 

Kerja Roboh Struktur Penempatan Rohingya Di Hulu Langat Selesai Dua Minggu​

7b407c141bc652e1a127a1e9038f0c376a2d18d320ab6

76bfa137fa4c5847e4fbccbb772f62086a2d18df4b528


Kerja merobohkan struktur penempatan warga Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Tekali, di sini dijangka mengambil masa selama dua minggu, kata Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata proses perobohan bermula di bahagian belakang kawasan berkenaan yang melibatkan struktur di atas tanah rizab kerajaan dan sebahagian tanah milik persendirian.

Bagaimanapun, beliau bekata bangunan tiga tingkat yang tular di media sosial tidak akan dirobohkan buat masa ini kerana ia dibina sepenuhnya di atas tanah milik persendirian.

“Saya dimaklumkan pemilik tanah memerlukan tempoh kira-kira dua minggu untuk merobohkan struktur setingkat di bahagian belakang kawasan itu, bukannya bangunan yang didakwa sebagai rumah pangsa atau flat tiga tingkat yang tular sebelum ini," katanya apabila dihubungi hari ini.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati pemilik tanah berkenaan mula merobohkan sebahagian struktur di penempatan itu sejak 9 pagi tadi dengan menggunakan khidmat dua pekerja serta sebuah jengkaut.

Tinjauan juga mendapati operasi tersebut tidak melibatkan bangunan tiga tingkat yang tular di media sosial.

Sementara itu, seorang warga Rohingya yang ditemui di lokasi memaklumkan hanya sebuah keluarga menyewa di bangunan berkenaan sebelum isu berkenaan tular.

Hussein, 31, yang bekerja sebagai tukang rumah berkata beliau pernah menetap di bangunan berkenaan antara 2018 hingga 2020 dengan kadar sewa RM500 sebulan.

"Pada 2020 pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Majlis Daerah Hulu Langat mengarahkan kami berpindah," katanya.

 
14249903853471125-404195.jpg

14249903853471125-404196.jpg

14249903853471125-404197.jpg

14249903853471125-404198.jpg

14249903853471125-404199.jpg


JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing

IPOH : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menjalankan Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya serta meningkatkan keselamatan pengguna.


Hasil pemeriksaan mendapati penunggang terbabit melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL), lesen kenderaan motor tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

Susulan itu, motosikal berkenaan disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Ipoh.

Sementara itu, di Manjung, operasi bersepadu sama dijalankan di sekitar Pekan Gurney, Sitiawan.

Melalui operasi penyamaran yang dilaksanakan anggota JPJ, sebuah motosikal dan dua motolori yang dipandu warga asing berjaya dikesan dan disita.

Pemeriksaan mendapati pemandu terbabit melakukan kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta beberapa kesalahan teknikal.

Kesemua kenderaan tersebut turut disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Seri Manjung.

Dalam operasi sama, Jabatan Imigresen Lumut menahan 13 warga asing yang dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Mereka terdiri daripada tiga lelaki warga Indonesia dan 10 lelaki warga Bangladesh.


Orang ramai juga digalakkan menyalurkan aduan berkaitan trafik melalui saluran rasmi JPJ bagi membantu memperkukuhkan penguatkuasaan di negeri ini.

#Jpjperak
 
Pemilik tanah robohkan ‘Flat Rohingya’ di Hulu Langat


HULU LANGAT – Struktur bangunan yang sebelum ini menjadi penempatan etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, di sini, mula dirobohkan apabila pemilik tanah mengambil tindakan merobohkan binaan yang didirikan di kawasan berkenaan, hari ini.

Seorang bekas penghuni yang ditemui memaklumkan kerja-kerja perobohan bermula kira-kira pukul 9 pagi dan melibatkan beberapa struktur yang telah dikosongkan sebelum ini.

“Tadi lebih kurang pukul 9 pagi sudah mula buat kerja-kerja roboh,” katanya kepada pemberita.

Tinjauan Kosmo! pada pukul 4 petang mendapati kerja-kerja perobohan sedang giat dijalankan di bahagian belakang bangunan empat tingkat yang sebelum ini didiami warga asing.

Keadaan di lokasi juga didapati lengang apabila bangunan tersebut telah dikosongkan sepenuhnya tanpa kelibat penghuni.

Difahamkan, bangunan empat tingkat yang menjadi perhatian ramai sebelum ini turut dikosongkan sebagai persediaan sebelum proses perobohan dilaksanakan secara berperingkat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd. Aziz menerusi hantaran di Facebook mengesahkan kerja-kerja perobohan sedang dilaksanakan dibahagian belakang flat berkenaan.

Menurut beliau, proses tersebut kini sedang berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.


“Ia termasuk bangunan seakan-akan flat empat tingkat itu, namun pemilik tanah memulakan kerja perobohan di bahagian belakang terlebih dahulu,” ujarnya.

Sebelum ini, penempatan berkenaan menjadi tumpuan selepas didakwa dihuni ramai warga asing dan dibina tanpa kelulusan di atas sebahagian tanah persendirian serta kawasan rizab kerajaan, sekali gus mencetuskan perhatian pelbagai pihak.

Artikel Kosmo Online
 
Kita ni masih OK lagi. Kalau pegi Europe lagi teruk. Polis sana kene ikat tangan kaki. Diorang takleh buat apa2 kat pelarian-pelarian ni.
 
UNHCR ni la kena pi bincang dengan kerajaan malaysia......bincang cara nak kontrol dorang, letakkan di satu kawasan berpagar (tiru konsep kampung baharu), pastu teroka apa jenis bidang perekonomian sementara untuk dorang, pastu beri pendidikan, klinik kesihatan) dan bayar kos utiliti air dan elektrik kepada kerajaan malaysia....pastu, ada progress dihantar ke negara ke-3.

Jangan biar dorang berkeliaran.......itu yang jadi masalah besar pada orang tempatan tu....huhuhuhu
 
Back
Top
Log in Register