BTC USD 61,674.0 Gold USD 4,237.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Isu Pelarian Diurus Secara Seimbang, Tekan Aspek Keselamatan Dan Kemanusiaan - Saifuddin​

14384385320d5ff3da8c5ce2aa82d4136a26498eadf29

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tiga,kanan) pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Auditorium Setia Perkasa, Kompleks Setia Perkasa hari ini.

Turut sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (dua, kanan), Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr Awang Alik Jeman (empat,kanan) dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (kanan).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan akan menguruskan isu pelarian di negara ini secara seimbang dengan meletakkan aspek keselamatan negara dan pertimbangan kemanusiaan sebagai keutamaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pendekatan berasaskan emosi semata-mata tidak akan menyelesaikan isu berkenaan yang telah lama berlarutan sebaliknya memerlukan pengurusan yang bijaksana dan bertanggungjawab.

“Saya sedar bahawa sentimen masyarakat hari ini semakin memuncak berhubung isu pengurusan pelarian. Di media sosial, mesejnya hampir sama.

“Rata-rata mendesak agar pelarian diusir dan dihalau keluar. Namun, sebagai kerajaan kita tak boleh mengurus secara emosi, kita perlu melihat konteks, kita perlu imbangi antara aspek keselamatan negara dan kemanusiaan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.

Beliau turut menafikan yang kerajaan secara sewenang-wenangnya memberikan identiti kepada pelarian seolah-olah negara tiada undang-undang untuk dipatuhi.

“Wujud fitnah di luar sana yang mendakwa kononnya kerajaan seolah-olah memberikan identiti diri secara sewenang-wenangnya kepada pelarian.

“Seolah-olah negara kita kita ini tidak ada sistem, tidak ada undang-undang, macam negara koboi, begitu cuba digambarkan aspek keselamatan, tapi tidak, kita tidak akan berkompromi sama sekali,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata KDN sentiasa meletakkan aspek keselamatan dan ketenteraman awam ditahap tertinggi dalam menguruskan isu pelarian yang kini menjadi kebimbangan ramai.

"Kita tidak boleh mengelak daripada menguruskannya, kena uruskan dengan bijaksana, menguruskan dengan ihsan tetapi tetap mengambil kepentingan keselamatan negara, rakyat dan kedudukan kita di peringkat antarabangsa,” katanya.

 

TU DIA FLAT HARAM ROHINGYA!
tengok kat #thread orang share konten pak azad jumpa flat haram #Rohingya.katanya di langat.Org tempatan dok rumah setinggan pun kena roboh. Kita hidup di Malaysia berpuluh tahun pun menyewa lagi. Depa siap boleh buat flat sendiri. Senang ja #ceroboh
 
403446-403446.jpg


MALARIA DI TERENGGANU: BILA PERGERAKAN TIDAK SAH BOLEH JADI RISIKO KESIHATAN AWAM

Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengeluarkan amaran selepas 17 kes malaria dikesan, dengan 10 kes melibatkan jangkitan Plasmodium vivax dalam kalangan warga Rohingya kategori import.

Kes terbaharu dikesan di Dungun dan Kuala Nerus. Hasil siasatan mendapati kes-kes ini dipercayai melibatkan individu yang memasuki negara secara tidak sah, selain maklumat pergerakan mereka sukar diperoleh.
.

Ini bukan isu kecil.

Bila seseorang masuk tanpa laluan sah, tanpa rekod kesihatan yang jelas, tanpa sejarah perjalanan yang lengkap, penyakit yang sepatutnya boleh dikesan awal boleh terlepas masuk bersama mereka.

Malaria bukan demam biasa.

Plasmodium vivax pula lebih mencabar kerana ia boleh bersembunyi dalam hati dan aktif semula selepas beberapa minggu atau bulan.

Pesakit boleh kelihatan seperti sudah pulih, tetapi kemudian demam semula. Jika rawatan tidak lengkap, risiko kepada komuniti tidak tamat di situ.
.

Risiko berlaku apabila pesakit malaria yang belum dikesan digigit nyamuk Anopheles, kemudian nyamuk itu menggigit orang lain.

Isu ini untuk mengingatkan bahawa kemasukan tidak sah bukan sekadar isu keselamatan negara. Ia juga boleh menjadi isu kesihatan awam.
.

Cabaran

Apabila pergerakan tidak dapat dijejaki, saringan menjadi sukar. Apabila sejarah perjalanan tidak lengkap, siasatan menjadi lambat. Apabila kes lambat dirawat, nyamuk tempatan boleh menjadi jambatan kepada penularan baharu.

Sebab itu saringan individu berisiko, termasuk warga Rohingya yang hadir ke fasiliti kesihatan, ibu mengandung dan mereka yang telah lama berada di Malaysia perlu disaring dengan teliti.
.

Kita boleh bersikap manusiawi. Tetapi kita juga mesti tegas.

Kesihatan awam tidak boleh bergantung kepada nasib. Satu kes import yang gagal dikesan boleh menjadi permulaan kepada risiko yang lebih besar kepada masyarakat tempatan.

#PublicHealthMalaysia #Malaria #Terengganu #KesihatanAwam
 
Tular di media sosial perkongsian seorang doktor yang mendakwa kebanyakan kes diterimanya sepanjang bertugas 24 jam kebanyakkannya melibatkan warga asing.

Menurutnya, hanya seorang atau dua pesakit merupakan rakyat Malaysia, manakala selebihnya terdiri daripada 'warga R'.

Doktor itu turut mendakwa ada antara mereka yang menjawab “tak nak” dengan selamba apabila ditanya sama ada mahu pulang ke negara asal.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ramai berpendapat warga asing tidak sepatutnya dibenarkan menerima rawatan di hospital kerajaan.

#ohmedia #as

 
Back
Top
Log in Register