kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 7,538
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 7,538
- Reaction score
- 90
- Points
- 80
Isu Pelarian Diurus Secara Seimbang, Tekan Aspek Keselamatan Dan Kemanusiaan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tiga,kanan) pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Auditorium Setia Perkasa, Kompleks Setia Perkasa hari ini.
Turut sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (dua, kanan), Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr Awang Alik Jeman (empat,kanan) dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan akan menguruskan isu pelarian di negara ini secara seimbang dengan meletakkan aspek keselamatan negara dan pertimbangan kemanusiaan sebagai keutamaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata pendekatan berasaskan emosi semata-mata tidak akan menyelesaikan isu berkenaan yang telah lama berlarutan sebaliknya memerlukan pengurusan yang bijaksana dan bertanggungjawab.
“Saya sedar bahawa sentimen masyarakat hari ini semakin memuncak berhubung isu pengurusan pelarian. Di media sosial, mesejnya hampir sama.
“Rata-rata mendesak agar pelarian diusir dan dihalau keluar. Namun, sebagai kerajaan kita tak boleh mengurus secara emosi, kita perlu melihat konteks, kita perlu imbangi antara aspek keselamatan negara dan kemanusiaan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.
Beliau turut menafikan yang kerajaan secara sewenang-wenangnya memberikan identiti kepada pelarian seolah-olah negara tiada undang-undang untuk dipatuhi.
“Wujud fitnah di luar sana yang mendakwa kononnya kerajaan seolah-olah memberikan identiti diri secara sewenang-wenangnya kepada pelarian.
“Seolah-olah negara kita kita ini tidak ada sistem, tidak ada undang-undang, macam negara koboi, begitu cuba digambarkan aspek keselamatan, tapi tidak, kita tidak akan berkompromi sama sekali,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata KDN sentiasa meletakkan aspek keselamatan dan ketenteraman awam ditahap tertinggi dalam menguruskan isu pelarian yang kini menjadi kebimbangan ramai.
"Kita tidak boleh mengelak daripada menguruskannya, kena uruskan dengan bijaksana, menguruskan dengan ihsan tetapi tetap mengambil kepentingan keselamatan negara, rakyat dan kedudukan kita di peringkat antarabangsa,” katanya.
