Sejak kebelakangan ini,
Human Rights Watch Malaysia melalui Phil Robertson, Deputy Director, Asia Division makin ligat mengkritik tentang negara kita, terutama mengenai PKP dan PKPD.
Laman FB tu pun dah macam page politik.
(Untuk rekod, George Soros membiayai Human Rights Watch sebanyak USD 100 juta )
Dalam isu PATI yang ditangkap baru-baru ini di masjid India, di bawah PKPD, Phil Robertson berkata
1. "From a public health perspective, this is perhaps the most mindless and inane thing PM Muhyiddin and his Ministry of Home Affairs could have done, but they appear committed to promoting a policy of fear and xenophobia that transfers the anger of the Malaysian public on to foreigners who cannot defend themselves. " - Phil Robertson
Terjemahan :
"Dari perspectif kesihatan awam, perkara ini adalah paling tidak berakal dan bodoh yang dilakukan PM Muhyidin dan kementeriannya, KDN. Mereka dilihat komited untuk mempromosikan polisi ketakutan dan xenophobia yang memindahkan kemarahan rakyat malaysia terhadap orang asing yang tidak dapat mempertahankan diri"
Jawapan:
Kenapa pula bertindak terhadap PATI dikira mempromosikan polisi xenophobia? Ini undang-undang asas negara, PATI adalah pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai dokumen sah perjalanan. Mereka memasuki negara melalui cara yang salah. PATI biasanya akan dihantar pulang ke negara asal.
2. "This is not surprising, given that Muhyiddin wants to avoid taking any responsibility for the rapid spread of Covid-19 throughout Malaysia that occurred while he was too busy playing politics in March to see the crisis brewing right under his nose" - Phil Robertson
Terjemahan :
"Ini tidak memeranjatkan, kerana Muhyidin mahu mengelak dari mengambil tanggungjawab di atas penyebaran berleluasa Covid-19 di seluruh Malaysia yang berlaku ketika beliau sangat sibuk untuk bermain politik pada bulan Mac untuk melihat krisis itu berlaku betul-betul dibawah pemerhatian beliau"
Jawapan: Eh? Ini bunyi macam politikus ni kenapa? Ketika bulan mac, tiada arahan oleh KKM untuk menghentikan sebarang perhimpunan termasuk perhimpunan agama. Menteri kesihatan waktu itu adalah Dr Dzul. Kau tanya Dzul kenapa masa tu diorang tak nak dengar nasihat WHO.
3. "The
#Malaysian government should release the over 700 migrants arrested today, provide them with a
#Covid19 test and support if they are found to be positive, and cease any further raids on migrants and refugees.""
Terjemahan
"Kerajaan Malaysia wajar membebaskan lebih 700 migrant yang ditahan, lakukan ujian covid19 dan bantu sekiranya mereka didapati positif, dan hentikan sebarang serbuan ke atas migrant dan pelarian"
Jawapan :
Sesiapa yang tiada dokumen perjalanan yang sah adalah PATI. Mereka yang ada dokumen, tidak diganggu oleh pihak berkuasa. Sejak bila PATI boleh dibebaskan begitu sahaja?
Mengenai permintaan ujian Covid, Eeh eh, dia ni tak baca beritakah? Semua mereka memang sudah disaring. Yang positif pun telah diasingkan dan mendapat rawatan di hospital kerajaan. Ini kata DG Dr Noor Hisham:
"Dalam dua minggu terakhir, kami telah melakukan tiga ujian swab terhadap mereka. Kami yakin mereka bebas dari Covid-19.Kes positif itu sudah dikeluarkan dan dimasukkan ke hospital,".
Hello bro Phil Robertson, duit USD100 juta Soros bagi pada HRW tu lebih baik guna pada perkara yang lebih berfaedah dari mengganggu politik Malaysia. Dah la komen pun macam orang yang tak tahu hujung pangkal. Main rodok je.
Mengenai pelarian Rohingya, Malaysia setakat ini terima hampir 200k pelarian Rohingya, US ada berapa cuba beritahu?
Lagi satu, sebelum kamu sibuk kritik dasar PKP dan PKPD kami, lihat dulu negara kamu Amerika Syarikat tu. Ada berapa banyak kes?
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
5 min