BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Etnik Rohingya Dah Jadi Nelayan, Rancang Tubuh Persatuan

04.05.2020 - Kuala Lumpur, Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didapati semakin berani melanggar undang-undang dan merampas hak nelayan tempatan.

Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Che Ani Mat Zain berkata, ia termasuk kegiatan etnik Rohingya yang mula dikesan turut menjadi nelayan di negara ini.

Katanya, kegiatan nelayan PATI dan etnik Rohingya ternyata memberi kesan terhadap aktiviti penangkapan hasil laut nelayan tempatan sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

"Jaring berasa bimbang dan kesal apabila menerima banyak aduan daripada nelayan pantai di Semenanjung tentang kehadiran golongan PATI dan kini etnik Rohingya yang menangkap ikan.

"Golongan ini dikesan mempunyai sampan dan menjalankan aktiviti memukat sehingga mengganggu sumber pencarian nelayan tempatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Che Ani berkata, golongan itu turut didakwa menceroboh kawasan paya bakau dengan menebang pokok bakau dan membina rumah.

Katanya, golongan itu juga menimbulkan kebimbangan nelayan tempatan apabila ada yang bersikap agresif seperti ahli kumpulan samseng.

"Di Pulau Pinang, terdapat 40 pemilik sampan yang merancang menubuhkan Persatuan Nelayan Rohingya Pulau Pinang (kawasan Teluk Kumbar) yang jelas melanggar Akta Persatuan Nelayan 1971.

"Penguatkuasaan yang kurang tegas juga dibimbangi menyebabkan penyeludupan pelarian lebih senang dilakukan terutama di perairan Kedah dan Perlis," katanya.

Beliau berkata, tindakan drastik perlu diambil bagi membendung kebanjiran golongan berkenaan ke dalam negara yang secara tidak langsung menjejaskan ekonomi penduduk tempatan termasuk nelayan.

Screenshot-1368.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...ngya-dah-jadi-nelayan-rancang-tubuh-persatuan
 
Screenshot_20200506-050452_Facebook.jpg


Tak puas hati btol bila ada walaun yg bijaksana mcm ni. Selalu nak langgar undang2. Rakyat malaysia pun buat saringan... depa suka ja nal backup kasi penyakit membiak.

Mmg persatuan sabotaj keselamatan negara
 
Screenshot_20200506-050452_Facebook.jpg


Tak puas hati btol bila ada walaun yg bijaksana mcm ni. Selalu nak langgar undang2. Rakyat malaysia pun buat saringan... depa suka ja nal backup kasi penyakit membiak.

Mmg persatuan sabotaj keselamatan negara

pasal kos ujian majikan kena tanggung...

cuba kerajaan umum kos ujian covid19 pekerja asing ditanggung kerajaan, bertepuk dorang sokong langkah tu
 
pasal kos ujian majikan kena tanggung...

cuba kerajaan umum kos ujian covid19 pekerja asing ditanggung kerajaan, bertepuk dorang sokong langkah tu
Majikan tara guna mcm tu.
Pertaruhkan nyawa pekerja.
Kalau pekerja tu sakit acaner?
Nak biarkan je dia jadi super spreader

Kenapa dia mintak utk pekerja asing je?
Pekerja tempatan pun kene swab gak.
Kawan2 aku yg da start keje semua da pegi swab sendiri.

Geng2 ni mmg no brainer.
Sama no brain dgn trump
 
PBB, UNHCR Harus Bertindak Selesai Punca Sebenar Isu Pelarian Rohingya - MCA

06.05.2020 - Kuala Lumpur, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) seharusnya ‘bangun’ bertindak dan membantu menyelesaikan punca sebenar isu pelarian Rohingya.

Pengerusi Biro Komunikasi Antarabangsa dan Diplomasi MCA Dr Tee Ching Seng berkata justeru itu, setiap pertubuhan hak asasi manusia tidak wajar menggunakan pelbagai hujah kemanusiaan dengan meletakkan tanggungjawab kepada negara-negara destinasi yang dituju golongan pelarian tersebut.

Katanya tiada negara berupaya menghulurkan bantuan secara berterusan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Malah masalah pelarian Rohingya yang melibatkan konflik perkauman di negara asal adalah di luar kemampuan Malaysia untuk menanganinya, menurut beliau dalam kenyataan malam ini.

“PBB wajar membantu kerajaan Bangladesh meningkatkan kemudahan serta keselamatan tempat perlindungan untuk orang Rohingya yang berjumlah lebih sejuta (orang) di Cox’s Bazaar di samping bertindak tegas terhadap penyeludup manusia.

Jika PBB berpendapat harapan untuk Rohingya kembali ke Myanmar adalah tidak cerah, maka ia perlu menempatkan mereka secara berperingkat di beberapa negara maju serta negara penandatangan Konvensyen Pelarian 1951, katanya.

“PBB serta kerajaan Myanmar mestilah merumuskan bersama satu pelan komprehensif ‘menang-menang’ yang berkesan untuk Rohingya ini kembali ke Myanmar apabila keselamatan diri dijamin oleh PBB.

“Pelarian-pelarian ini berhak pulang mengikut kemahuan sendiri dan PBB juga perlu membantu kerajaan Myanmar agar mereka ini sekurang-kurangnya mempunyai kerja nanti,” katanya.

Isu pelarian Rohingya menjadi perbualan hangat di Malaysia apabila sebuah pertubuhan yang mendakwa mewakili golongan itu yang berjumlah 200,000 orang di negara ini dikatakan mendesak hak-hak tertentu diberikan kepada mereka termasuk kewarganegaraan.

Selain itu dalam tempoh penularan wabak COVID-19, ramai pelarian Rohingya dilihat cuba menyeludup masuk ke Malaysia.

Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia berjaya menghalang sebuah bot yang membawa 200 pelarian Rohingya daripada memasuki negara ini pada 17 April lepas.

948484f6e3f448f482cbc967f25cd5885eaaca600af87


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1838922
 
Screenshot_20200506-050452_Facebook.jpg


Tak puas hati btol bila ada walaun yg bijaksana mcm ni. Selalu nak langgar undang2. Rakyat malaysia pun buat saringan... depa suka ja nal backup kasi penyakit membiak.

Mmg persatuan sabotaj keselamatan negara

persatuan ni boleh cek la siapa yang duduk dalam tu background dia macam mana..
 
Majikan tara guna mcm tu.
Pertaruhkan nyawa pekerja.
Kalau pekerja tu sakit acaner?
Nak biarkan je dia jadi super spreader

Kenapa dia mintak utk pekerja asing je?
Pekerja tempatan pun kene swab gak.
Kawan2 aku yg da start keje semua da pegi swab sendiri.

Geng2 ni mmg no brainer.
Sama no brain dgn trump

Tak silap semalam live Menteri Kluster Keselamatan maklumkan secara live harian iaini hampir 60% warga asing yang bekerja secara sah mencarum dengan socso, so boleh claim..takde isu,

isu ni tanggungjawab bersama, kerajaan dah sediakan ruang/kaedah, majikan kena ambil tanggungjawab.


kata bukit sama di daki..majikan kena mainkan peranan, tiada pekerja tiada majikan..dan sebaliknya..
 
'Tiada warga asing, harap mereka tidak kembali'

BERSIH dan lenggang tanpa kehadiran peniaga warga asing. Itu gambaran situasi terkini di luar Pasar Borong Harian Selayang dan Pasar Tani Kekal Selayang di Kuala Lumpur.

Pemerhatian mendapati, tiada lagi kelibat warga Myanmar, etnik Rohingya dan Bangladesh yang berniaga barangan basah serta keperluan harian di kaki lima di luar pasar borong itu.

Wartawan difahamkan kali terakhir warga asing berniaga di kawasan itu adalah tiga hari sebelum pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketiadaan warga asing menjadikan kawasan itu bersih malah tiada sampah sarap bertaburan seperti sebelum ini ketika kawasan itu dikuasai kumpulan terbabit.

Peniaga makanan, Rahimah Hashim, 45, berkata, sebelum ini memang ramai warga asing berniaga di situ namun sejak PKP mereka sudah tidak kelihatan.

Menurutnya, walaupun kerajaan kini sudah melonggarkan PKP dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak dua dua hari lalu, kelibat warga asing masih belum kelihatan.

"Saya berdoa supaya perkara ini berterusan kerana jika mereka meneruskan semula perniagaan di kawasan ini sudah tentu akan memberi saingan kepada peniaga tempatan.

"Kawasan Selayang ini memang ramai diduduki warga asing dan sebelum ini ada peniaga warga Bangladesh menjual ikan berhampiran kedai saya," katanya ketika ditemui, hari ini.

Rahimah berkata, kawasan tempat warga asing berniaga juga ada yang sudah diroboh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, seorang lagi peniaga di Pasar Borong Harian Selayang yang enggan namanya disiarkan berkata, ketiadaan peniaga warga asing di kawasan ini sedikit sebanyak membantu menambah pendapatannya.

"Sejak kerajaan mengumumkan PKPB saya belum lihat ada peniaga warga asing kembali berniaga.

"Tetapi, tidak tahulah seminggu dua lagi macam mana namun diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan melarang mereka berniaga di kawasan ini," katanya.

Sumber: Harian Metro


#imigresen #jim #covid19 #herocovid19 #frontliner #stayathome #staysafe #dudukrumah #kitajagakita #kitamestimenang
 
Back
Top
Log in Register