setuju, krisis covid lg penting, lgpun kerajaan ph yg nak sign konvensyen pelarian 1951 dh pun ditumbangkn, kerajaan pn skrg tidak terikat apa2 pun terhadap pelarian2 ni..
selepas covid ni nanti pn boleh fikirkan jalan penyelesaian jangka pendek terhadap isu ronghiya, tapi rakyat juga ada tanggungjawab utk bantu kerajaan dengan memastikan kerajaan ph tidak lg diberi peluang mentadbir di masa hadapan, jika ph berjaya sign konvensyen ini, maka bermacam2 lg permintaan pelarian2 ini yg perlu dipenuhi kerajaan malaysia..
pilihan ditgn rakyat malaysia, pilih pn utk team rakyat malaysia, atau pilih ph utk team ronghiya..
macam mana lah agaknya nada kita bila keputusan kes rohingya ini dilakukan oleh kerajaan PH....
aku just terfikir je..
tn zari dan tn hj yg dua dua dihormati, berikut adalah pendirian yg Kerajaan PH kepada pelarian Rohingya yang telah mereka tunjukkan sewaktu ia memegang tampuk kuasa pemerintahan Malaysia dari 10 Mei 2018 ke 24 Februari 2020
info ni semua saya dapat dari
Kamarul Yusoff
PERTAMA
Kepada soalan TUAN WONG HON WAI [BUKIT BENDERA] yang menanyakan apakah langkah berjaga-jaga yang diambil oleh Kerajaan PH untuk mengelakkan pelarian Rohingya daripada membanjiri sempadan darat dan maritim Malaysia, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KERAJAAN PH [TUAN LIEW CHIN TONG]:
“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melalui Markas Wilayah Laut 3 yang berpangkalan di Langkawi dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan operasi bagi memantau kemasukan pelarian Rohingya ke perairan negara. Di samping itu kerjasama perisikan dengan tentera laut Thailand juga diwujudkan bagi tujuan perkongsian maklumat.”
KEDUA
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang meminta supaya Kerajaan PH menyatakan apakah perancangannya untuk menyelesaikan masalah pendaftaran pelarian Rohingya yang diselia oleh UNHCR ketika itu, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN PERDANA MENTERI KERAJAAN PH [DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL]:
“Kerajaan telah berunding dengan UNHCR untuk menempatkan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) dalam proses Refugee Status Determination yang dijalankan oleh pihak UNHCR. Namun, rundingan tersebut masih belum dapat dimuktamadkan.”
KETIGA
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH bersedia untuk mewujudkan satu unit yang rasmi/khas untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan UNHCR dalam proses pendaftaran pelarian, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN PERDANA MENTERI KERAJAAN PH [DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL]:
“Satu jawatankuasa belum lagi ditubuhkan.”
KEEMPAT
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH bersedia untuk menjadikan pelarian Rohingya sebagai pekerja asing yang didaftarkan secara sah, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN PERDANA MENTERI KERAJAAN PH [DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL]:
“Kita tidak mahu menjejaskan kepentingan rakyat sendiri dalam negara supaya kita pelihara peluang pekerjaan untuk rakyat sendiri pun.”
KELIMA
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH melihat bahawa pelarian yang ada di negara kita berpotensi untuk menjadi tenaga buruh, inilah jawapan yang diberikan oleh MENTERI SUMBER MANUSIA KERAJAAN PH [Tuan M. Kulasegaran]: “Pada setakat ini tidak ada dasar-dasar yang tertentu untuk menolong pelarian untuk mendapat kerja di negara ini.”
KEENAM
Kepada soalan TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [KEMAMAN] yang menanyakan apakah Kerajaan PH berhasrat untuk memperluaskan Program Food Bank Malaysia kepada para pelarian daripada negara luar, inilah jawapan yang diberikan oleh MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KERAJAAN PH [DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL]:
“Fokus kita masih lagi kepada anak-anak tempatan kita yang masih lagi ramai belum kami dekati sementara kami hargai usaha oleh kalangan NGO yang lain yang menjadikan pelarian sebagai sasaran. Kami anggap memadai dulu usaha itu dipikul oleh NGO.”
KETUJUH
Kepada cadangan DATO’ TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN [KUBANG KERIAN] supaya Kerajaan PH mengecualikan pelarian yang memegang kad UNHCR daripada membayar caj vaksin, inilah jawapan yang diberikan oleh MENTERI KESIHATAN KERAJAAN PH [DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD]:
“Dari segi kad pemegang UNHCR itu, Malaysia adalah di antara yang belum lagi meratifikasi dan mengiktiraf mereka sebagai refugees. Dengan kata lain, mereka terpaksa juga dikenakan caj.”
KELAPAN
Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH merancang untuk membuka Hospital Medan bagi membantu pelarian Rohingya yang berada di Rakhine State itu sendiri, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KERAJAAN PH [TUAN LIEW CHIN TONG]:
“Kementerian tidak ada rancangan untuk membuka Hospital Medan di Rakhine State.”
KESEMBILAN
Paling menarik, TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD KADIR [SETIU] pernah menanyakan sejauh manakah perkembangan proses meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 di bawah PBB dalam usaha menangani krisis pelarian khususnya Rohingya kerana beliau yakin dan percaya hanya melalui langkah ini pelarian Rohingya akan dapat dibantu dalam bidang kesihatan, pendidikan, latihan vokasional dan pekerjaan sekali gus mampu mengelak pelbagai kes jenayah yang terpaksa dilakukan oleh mereka bagi menampung kehidupan seharian mereka.
KESEPULUH
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dalam ucapan penggulungannya di sidang DUN pada 16 November 2018 menyebut dasar jelas MKN kepada semua agensi adalah untuk menghalang kemasukan pelarian Rohingya.
Berlambak kenyataan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) setiap tahun sejak 2015 mengenai usaha mereka memastikan tiada cubaan menyusup masuk pelarian Rohingya dilakukan.
Pada masa yang sama, hampir setiap masa kenyataan mereka akan disertai dengan pengumuman bahawa bila ada usaha menyusup masuk begini pelarian Rohingya akan diminta pulang ke destinasi asal mereka tetapi dengan dibekalkan bantuan makanan, minuman dan perubatan.
Tidak dinafikan ada juga bot yang bolos dan mendaratkan sesetengah pelarian Rohingya seperti di Pantai Sungai Belati dekat Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis, pada 1 Mac 2019, tetapi mereka terus diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.
https://dapmalaysia.org/statements/2018/11/16/27859/
Ucapan Penggulungan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di Persidangan DUN Pulau Pinang, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, DUN Ke-14
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri,
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
PENGENALAN
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ucapan Belanjawan 2019, Negeri Pulau Pinang sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-14 ini.
Hari ini genapnya 191 hari Kerajaan Pakatan Harapan menerajui Malaysia setelah kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu. Jelaslah, rakyat Malaysia amnya dan rakyat Pulau Pinang khususnya telah memberi mandat dengan harapan yang amat besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik.
Bagi Kerajaan Negeri, harapan rakyat perlulah dijunjung tinggi dengan memastikan kesemua 68 janji dalam Manifesto “Saya Sayang Pulau Pinang” (
I Love Penang) dapat dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun ini. Pelaksanaannya kelak akan diselaraskan dengan rangka kerja Visi Penang2030 yang akan menjadi garis panduan kepada Kerajaan Negeri dalam mentadbir negeri yang tercinta ini.
Saya dengan ini menyeru komitmen yang tinggi serta usaha yang gigih dari barisan Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri serta Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk sama-sama mendokong hasrat Kerajaan Negeri. Inilah masanya untuk kita membalas kepercayaan dan penghormatan yang telah diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan.
[SAYA TINGGALKAN PART PART YG TAK RELEVAN DENGAN THREAD NI DAN KITA TERUS KE ISI DRECT DENGAN ISU ROHINGYA. SAPA SAPA MAHU BACA KESELURUHAN TEKS BOLEH TEKAN LINK TU YE]
Isu Pelarian Rohingya
Berhubung isu yang dibangkitkan oleh YB Sungai Dua dan Yang YB Penaga berkaitan isu pelarian Rohingya di Bagan Lebai Tahir, Kerajaan Negeri dan agensi-agensi keselamatan seperti Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang (MKN JPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIM) serta lain-lain agensi mengambil perhatian yang serius berhubung isu ini.
Untuk makluman YB, bagi menangani masalah PATI yang memegang kad UNHCR termasuk pelarian Rohingya ini, satu arahan khusus telah dikeluarkan di peringkat Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2009 iaitu Arahan MKN No. 23 berkaitan Mekanisma Pengurusan Pendatang Asing Tanpa Izin Yang Memegang Kad UNHCR. Arahan ini telah memberikan garis panduan mengenai peranan dan tindakan yang perlu diambil oleh kesemua agensi Kerajaan yang terlibat dalam mengendalikan PATI yang memegang kad UNHCR. Ia menetapkan garis panduan yang jelas kepada Kementerian dan agensi Kerajaan dalam berurusan dengan UNHCR dan memberi dasar yang jelas kepada semua agensi yang terlibat mengenai mekanisme untuk menghalang kemasukan dan mengurangkan jumlah PATI sedia ada.
Dalam aspek Dasar Kerajaan, Kerajaan tidak mengiktiraf status ‘Pelarian’ memandangkan Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol status pelarian 1967. Namun, Kerajaan atas dasar kemanusiaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR tinggal sementara di negara ini.
Dalam isu kebanjiran warga asing Rohingya di Bagan Lebai Tahir ini, agensi keselamatan seperti PDRM, Jabatan Imigresen, MKN JPM serta Pejabat Daerah Seberang Perai Utara akan terus komited melaksanakan pemantauan keselamatan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.
PENUTUP
Kejayaan ekonomi dan sosiopolitik Pulau Pinang adalah hasil daripada usaha kolektif semua lapisan rakyat. Kerajaan Negeri akan memastikan inisiatif yang telah dirangka di bawah Visi Penang2030 dan Manifesto “Saya Sayang Pulau Pinang” dapat direalisasikan secepat mungkin untuk kesejahteraan rakyat negeri ini. Kerajaan Negeri akan bekerja keras untuk mempertingkatkan lagi infrastruktur awam, kemudahan rumah mampu milik dan pengangkutan awam. Kerajaan Negeri juga akan terus memperbanyakkan peluang perniagaan, pekerjaan dan pendidikan dengan memberikan kebebasan untuk setiap orang mencapai potensinya serta melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan.
Sesungguhnya muafakat dan kerjasama yang jitu oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat amatlah dihargai dan segala perancangan yang diatur pada masa hadapan perlu dilaksanakan dengan Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang memungkinkan negeri Pulau Pinang mencapai matlamatnya menjadi Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.
Chow Kon Yeow
KETUA MENTERI PULAU PINANG
Ucapan Penggulungan Chow Kon Yeow di Persidangan DUN Pulau Pinang, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, DUN Ke-14 pada hari Jumaat, 16 November 2018
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. PENGENALAN Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil...
dapmalaysia.org