BTC USD 81,398.9 Gold USD 3,999.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

“Mereka menjelaskan masyarakat Rohingya yang tinggal di Amerika Syarikat jauh lebih bebas dan dilayan secara adil berbanding di Malaysia,” katanya.

pakat ramai2 pindah sana la ..wat semak kat sini wat pe.. hamun betul lau komen camni..
 
ada sorg ak kenal ada ijazah elektronik lg. kt sini keje pomen bengkel. gaji 4k oi

rupa pun ada. putih bkn hitam

dorg yg dh keje sini yg kua duit utk sedara mara dorg tu dtg msia. klo x mana dtg duit nk byr ejen

isu ni mcm indon bangla la. dulu2 kita bising2, last kita dh tbiasa dgn lambakan indon bangla kt sini. kan?

pergh masyuk gak 4k pastu dia kawin ngan org kita ke ?
 
Antara rohingnya gan Bangla baik Bangla lagi...Aku pernah kerja gan org2 ni dlu
 
setuju, krisis covid lg penting, lgpun kerajaan ph yg nak sign konvensyen pelarian 1951 dh pun ditumbangkn, kerajaan pn skrg tidak terikat apa2 pun terhadap pelarian2 ni..

selepas covid ni nanti pn boleh fikirkan jalan penyelesaian jangka pendek terhadap isu ronghiya, tapi rakyat juga ada tanggungjawab utk bantu kerajaan dengan memastikan kerajaan ph tidak lg diberi peluang mentadbir di masa hadapan, jika ph berjaya sign konvensyen ini, maka bermacam2 lg permintaan pelarian2 ini yg perlu dipenuhi kerajaan malaysia..

pilihan ditgn rakyat malaysia, pilih pn utk team rakyat malaysia, atau pilih ph utk team ronghiya..


tn zari, jap, saya cuma nak betulkan satu deh :)
kerajaan PH mmg ada manifesto yg dia janjikan masa PRU lepas, cuma diorang tak tunaikan
yg terakhir kita tahu pasal status konvensyen Pelarian 1951 di malaysia adalah, perbincangan masih diperingkat kabinet tanpa dan belum diwar warkan pada public lagi

berbeza dengan ICERD dan Statut Rome tu, setelah diwar warkan pada public, kemudian mendapat tentangan hebat
namun Konvensyen Pelarian 1951 belum ditahap diwar warkan pada public lagi..


sebenarnya apa yg disebut oleh Khalid Samad dan Hanipa Maidin dlm kes Rohingya tak dibenarkan masuk sempadan Malaysia ni, kes yg terbaru ni yang mana mereka dua org ni against dengan polisi pendirian kerajaan PN, sebnarnya bertentangan dengan pendirian yg dibuat oleh kerajaan PH semasa PH memerintah
saya pelik kenapa masa pemerintahan PN ni Khalid Samad dan Hanipa Maidin ni lupa pada apa yg kerajaan PH adopt.


jap nanti saya senaraikan apa yg kerajaan PH adopt pendirian berkenaan Rohingya semasa pemerintahan PH.
 
Last edited:
macam mana lah agaknya nada kita bila keputusan kes rohingya ini dilakukan oleh kerajaan PH....

aku just terfikir je..


tn hj, sebenarnya masa pemerintahan PH, kerajaan PH adopt satu pendirian berkenaan Rohingya ni


cuma apa yg disebut oleh Khalid Samad dan Hanipa Maidin dlm kes Rohingya tak dibenarkan masuk sempadan Malaysia ni, kes yg terbaru ni yang mana mereka dua org ni against dengan polisi pendirian kerajaan PN, bertentangan dengan pendirian yg dibuat oleh kerajaan PH semasa PH memerintah
saya pelik kenapa masa pemerintahan PN ni Khalid Samad dan Hanipa Maidin ni lupa pada apa yg kerajaan PH adopt.

jap nanti saya senaraikan apa pedirian PH semasa pemerintahan mereka yg lalu
 
Last edited:
setuju, krisis covid lg penting, lgpun kerajaan ph yg nak sign konvensyen pelarian 1951 dh pun ditumbangkn, kerajaan pn skrg tidak terikat apa2 pun terhadap pelarian2 ni..

selepas covid ni nanti pn boleh fikirkan jalan penyelesaian jangka pendek terhadap isu ronghiya, tapi rakyat juga ada tanggungjawab utk bantu kerajaan dengan memastikan kerajaan ph tidak lg diberi peluang mentadbir di masa hadapan, jika ph berjaya sign konvensyen ini, maka bermacam2 lg permintaan pelarian2 ini yg perlu dipenuhi kerajaan malaysia..

pilihan ditgn rakyat malaysia, pilih pn utk team rakyat malaysia, atau pilih ph utk team ronghiya..

macam mana lah agaknya nada kita bila keputusan kes rohingya ini dilakukan oleh kerajaan PH....

aku just terfikir je..

tn zari dan tn hj yg dua dua dihormati, berikut adalah pendirian yg Kerajaan PH kepada pelarian Rohingya yang telah mereka tunjukkan sewaktu ia memegang tampuk kuasa pemerintahan Malaysia dari 10 Mei 2018 ke 24 Februari 2020


info ni semua saya dapat dari Kamarul Yusoff

PERTAMA

Kepada soalan TUAN WONG HON WAI [BUKIT BENDERA] yang menanyakan apakah langkah berjaga-jaga yang diambil oleh Kerajaan PH untuk mengelakkan pelarian Rohingya daripada membanjiri sempadan darat dan maritim Malaysia, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KERAJAAN PH [TUAN LIEW CHIN TONG]:
“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melalui Markas Wilayah Laut 3 yang berpangkalan di Langkawi dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan operasi bagi memantau kemasukan pelarian Rohingya ke perairan negara. Di samping itu kerjasama perisikan dengan tentera laut Thailand juga diwujudkan bagi tujuan perkongsian maklumat.”

KEDUA

Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang meminta supaya Kerajaan PH menyatakan apakah perancangannya untuk menyelesaikan masalah pendaftaran pelarian Rohingya yang diselia oleh UNHCR ketika itu, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN PERDANA MENTERI KERAJAAN PH [DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL]:
“Kerajaan telah berunding dengan UNHCR untuk menempatkan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) dalam proses Refugee Status Determination yang dijalankan oleh pihak UNHCR. Namun, rundingan tersebut masih belum dapat dimuktamadkan.”

KETIGA

Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH bersedia untuk mewujudkan satu unit yang rasmi/khas untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan UNHCR dalam proses pendaftaran pelarian, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN PERDANA MENTERI KERAJAAN PH [DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL]:
“Satu jawatankuasa belum lagi ditubuhkan.”


KEEMPAT

Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH bersedia untuk menjadikan pelarian Rohingya sebagai pekerja asing yang didaftarkan secara sah, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN PERDANA MENTERI KERAJAAN PH [DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL]:
“Kita tidak mahu menjejaskan kepentingan rakyat sendiri dalam negara supaya kita pelihara peluang pekerjaan untuk rakyat sendiri pun.”


KELIMA

Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH melihat bahawa pelarian yang ada di negara kita berpotensi untuk menjadi tenaga buruh, inilah jawapan yang diberikan oleh MENTERI SUMBER MANUSIA KERAJAAN PH [Tuan M. Kulasegaran]: “Pada setakat ini tidak ada dasar-dasar yang tertentu untuk menolong pelarian untuk mendapat kerja di negara ini.”


KEENAM

Kepada soalan TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [KEMAMAN] yang menanyakan apakah Kerajaan PH berhasrat untuk memperluaskan Program Food Bank Malaysia kepada para pelarian daripada negara luar, inilah jawapan yang diberikan oleh MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KERAJAAN PH [DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL]:
“Fokus kita masih lagi kepada anak-anak tempatan kita yang masih lagi ramai belum kami dekati sementara kami hargai usaha oleh kalangan NGO yang lain yang menjadikan pelarian sebagai sasaran. Kami anggap memadai dulu usaha itu dipikul oleh NGO.”


KETUJUH

Kepada cadangan DATO’ TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN [KUBANG KERIAN] supaya Kerajaan PH mengecualikan pelarian yang memegang kad UNHCR daripada membayar caj vaksin, inilah jawapan yang diberikan oleh MENTERI KESIHATAN KERAJAAN PH [DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD]:
“Dari segi kad pemegang UNHCR itu, Malaysia adalah di antara yang belum lagi meratifikasi dan mengiktiraf mereka sebagai refugees. Dengan kata lain, mereka terpaksa juga dikenakan caj.”


KELAPAN

Kepada soalan TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [SIK] yang menanyakan apakah Kerajaan PH merancang untuk membuka Hospital Medan bagi membantu pelarian Rohingya yang berada di Rakhine State itu sendiri, inilah jawapan yang diberikan oleh TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KERAJAAN PH [TUAN LIEW CHIN TONG]:
“Kementerian tidak ada rancangan untuk membuka Hospital Medan di Rakhine State.”


KESEMBILAN

Paling menarik, TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD KADIR [SETIU] pernah menanyakan sejauh manakah perkembangan proses meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 di bawah PBB dalam usaha menangani krisis pelarian khususnya Rohingya kerana beliau yakin dan percaya hanya melalui langkah ini pelarian Rohingya akan dapat dibantu dalam bidang kesihatan, pendidikan, latihan vokasional dan pekerjaan sekali gus mampu mengelak pelbagai kes jenayah yang terpaksa dilakukan oleh mereka bagi menampung kehidupan seharian mereka.





KESEPULUH

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dalam ucapan penggulungannya di sidang DUN pada 16 November 2018 menyebut dasar jelas MKN kepada semua agensi adalah untuk menghalang kemasukan pelarian Rohingya.

Berlambak kenyataan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) setiap tahun sejak 2015 mengenai usaha mereka memastikan tiada cubaan menyusup masuk pelarian Rohingya dilakukan.

Pada masa yang sama, hampir setiap masa kenyataan mereka akan disertai dengan pengumuman bahawa bila ada usaha menyusup masuk begini pelarian Rohingya akan diminta pulang ke destinasi asal mereka tetapi dengan dibekalkan bantuan makanan, minuman dan perubatan.

Tidak dinafikan ada juga bot yang bolos dan mendaratkan sesetengah pelarian Rohingya seperti di Pantai Sungai Belati dekat Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis, pada 1 Mac 2019, tetapi mereka terus diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.


94580659_3205208549523181_8044711617876721664_o.jpg




https://dapmalaysia.org/statements/2018/11/16/27859/


Ucapan Penggulungan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di Persidangan DUN Pulau Pinang, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, DUN Ke-14
Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri,

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

PENGENALAN

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ucapan Belanjawan 2019, Negeri Pulau Pinang sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-14 ini.

Hari ini genapnya 191 hari Kerajaan Pakatan Harapan menerajui Malaysia setelah kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu. Jelaslah, rakyat Malaysia amnya dan rakyat Pulau Pinang khususnya telah memberi mandat dengan harapan yang amat besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik.

Bagi Kerajaan Negeri, harapan rakyat perlulah dijunjung tinggi dengan memastikan kesemua 68 janji dalam Manifesto “Saya Sayang Pulau Pinang” (I Love Penang) dapat dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun ini. Pelaksanaannya kelak akan diselaraskan dengan rangka kerja Visi Penang2030 yang akan menjadi garis panduan kepada Kerajaan Negeri dalam mentadbir negeri yang tercinta ini.

Saya dengan ini menyeru komitmen yang tinggi serta usaha yang gigih dari barisan Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri serta Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk sama-sama mendokong hasrat Kerajaan Negeri. Inilah masanya untuk kita membalas kepercayaan dan penghormatan yang telah diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

[SAYA TINGGALKAN PART PART YG TAK RELEVAN DENGAN THREAD NI DAN KITA TERUS KE ISI DRECT DENGAN ISU ROHINGYA. SAPA SAPA MAHU BACA KESELURUHAN TEKS BOLEH TEKAN LINK TU YE]





Isu Pelarian Rohingya

Berhubung isu yang dibangkitkan oleh YB Sungai Dua dan Yang YB Penaga berkaitan isu pelarian Rohingya di Bagan Lebai Tahir, Kerajaan Negeri dan agensi-agensi keselamatan seperti Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang (MKN JPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIM) serta lain-lain agensi mengambil perhatian yang serius berhubung isu ini.

Untuk makluman YB, bagi menangani masalah PATI yang memegang kad UNHCR termasuk pelarian Rohingya ini, satu arahan khusus telah dikeluarkan di peringkat Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2009 iaitu Arahan MKN No. 23 berkaitan Mekanisma Pengurusan Pendatang Asing Tanpa Izin Yang Memegang Kad UNHCR. Arahan ini telah memberikan garis panduan mengenai peranan dan tindakan yang perlu diambil oleh kesemua agensi Kerajaan yang terlibat dalam mengendalikan PATI yang memegang kad UNHCR. Ia menetapkan garis panduan yang jelas kepada Kementerian dan agensi Kerajaan dalam berurusan dengan UNHCR dan memberi dasar yang jelas kepada semua agensi yang terlibat mengenai mekanisme untuk menghalang kemasukan dan mengurangkan jumlah PATI sedia ada.

Dalam aspek Dasar Kerajaan, Kerajaan tidak mengiktiraf status ‘Pelarian’ memandangkan Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol status pelarian 1967. Namun, Kerajaan atas dasar kemanusiaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR tinggal sementara di negara ini.

Dalam isu kebanjiran warga asing Rohingya di Bagan Lebai Tahir ini, agensi keselamatan seperti PDRM, Jabatan Imigresen, MKN JPM serta Pejabat Daerah Seberang Perai Utara akan terus komited melaksanakan pemantauan keselamatan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.



PENUTUP

Kejayaan ekonomi dan sosiopolitik Pulau Pinang adalah hasil daripada usaha kolektif semua lapisan rakyat. Kerajaan Negeri akan memastikan inisiatif yang telah dirangka di bawah Visi Penang2030 dan Manifesto “Saya Sayang Pulau Pinang” dapat direalisasikan secepat mungkin untuk kesejahteraan rakyat negeri ini. Kerajaan Negeri akan bekerja keras untuk mempertingkatkan lagi infrastruktur awam, kemudahan rumah mampu milik dan pengangkutan awam. Kerajaan Negeri juga akan terus memperbanyakkan peluang perniagaan, pekerjaan dan pendidikan dengan memberikan kebebasan untuk setiap orang mencapai potensinya serta melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

Sesungguhnya muafakat dan kerjasama yang jitu oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat amatlah dihargai dan segala perancangan yang diatur pada masa hadapan perlu dilaksanakan dengan Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang memungkinkan negeri Pulau Pinang mencapai matlamatnya menjadi Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Chow Kon Yeow
KETUA MENTERI PULAU PINANG
Ucapan Penggulungan Chow Kon Yeow di Persidangan DUN Pulau Pinang, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, DUN Ke-14 pada hari Jumaat, 16 November 2018


 
pergh masyuk gak 4k pastu dia kawin ngan org kita ke ?
bgkel moto keje 10-10 baru tutup padanla dgn gaji die
bini die rohingya jgk. mak pak kawin campur sini. ada ic
 
Khalid Samad dulu pada 24 November 2018 dulu beliau selaku Menteri Wilayah dilapor berjanji akan membawa ke mesyuarat kabinet cadangan membenarkan pelarian Rohingya bekerja dengan melatih mereka dahulu di PLKN-PLKN.

namun menurut Kamarul Yusoff, apa yg dijanjikan oleh Khalid Samad ni tidak direalisasikan semasa pemerintahan kerajaan PH


95150819_3208057622571607_2183614948708450304_n.jpg
 
ni saya letak kat sini statement Kamarul Yusoff utk tatapan semua berkenaan
PENGURUSAN SUMBANGAN USD50 JUTA OLEH QATAR KEPADA PELARIAN ROHINGYA


TIGA MASALAH BESAR DI DALAM PENGURUSAN SUMBANGAN USD50 JUTA OLEH QATAR KEPADA PELARIAN ROHINGYA

Saya perasan ada tiga masalah besar dalam kenyataan media Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail bagi menjelaskan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia seperti yang boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/145765332193418/posts/2315958121840784/

Masalah pertama ialah ia langsung tidak memberi sebarang ucapan terima kasih kepada pemimpin BN yang telah mengusahakan sumbangan USD50 juta ini sedangkan faktanya ialah persetujuan ke atasnya diperolehi hasil daripada lawatan kerja Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri, ke Qatar pada 6 Februari 2017. Sebaliknya apa yang disebut oleh Dr Wan Azizah hanyalah “ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pimpinan Qatar yang telah memberi kepercayaan kepada Kerajaan PH bagi memungkinkan perkara ini tercapai”.

Masalah kedua ialah ia menunjukkan betapa lembabnya Kerajaan PH membuat kerja. Lihatlah sahaja betapa pada 25 November 2018 Dr Wan Azizah menyiarkan gambar pertemuan beliau dengan Amir Qatar di Doha dalam mana beliau “menzahirkan ucapan terima kasih kepada Amir Qatar atas sumbangan USD50 juta Kerajaan Qatar untuk program bantuan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia” yang menunjukkan sumbangan ini telah diberi. Tetapi hanya pada 13 September 2019 barulah perjanjian projek sektor kesihatan membabitkan tiga buah NGO dimeterai manakala sehingga sekarang pelaksanaan projek sektor pendidikan dan sektor mandiri kehidupan belum bermula.

Masalah ketiga, dan lebih utama, ialah penukaran badan penyelaras kepada sumbangan USD50 juta ini daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Jelas di dalam kenyataan Dr Ahmad Zahid pada 6 Februari 2017 bahawa MKN akan menjadi penyelaras projek, begitu juga dengan ucapan Menteri Luar, Dato’ Sri Anifah Aman, pada 15 Mac 2017 yang jelas menyebut bahawa dana ini akan disalurkan secara bertahap kepada MKN. Macam mana tiba-tiba sahaja MKN boleh diketepikan dan digantikan dengan YKN? Sudahlah Ketua Pegawai Eksekutif YKN waktu itu adalah pimpinan tertinggi IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, manakala salah satu daripada NGO yang diberi dana ini pula adalah IMARET yang Penasihatnya adalah Datuk Dr Musa Nordin.

Berdasarkan kepada tiga masalah ini maka saranan saya adalah sangat elok jika:

(1) Dapat dirakamkan ucapan terima kasih kepada pemimpin BN yang telah mengusahakan sumbangan USD50 juta ini.
(2) Dapat dipercepatkan pelaksanaan projek sektor pendidikan dan sektor mandiri kehidupan kerana masalahnya agak mendesak dan dananya sudah ada.
(3) Dapat diubah balik penyelaras projek seperti ketetapan asalnya, iaitu MKN yang tidak boleh dipertikai kewibawaannya, dan diaudit balik setiap sen yang sudah dibelanja oleh tiga buah NGO dalam sektor kesihatan.



Kamarul Yusoff https://www.bharian.com.my/node/245110



Kamarul Yusoff Program IMARET langsung tak sebut pun pasal sumbangan Qatar ni, boleh tengok posting Datuk Dr Musa ni: https://twitter.com/drmusanordin/status/1219243245995053061

 
Back
Top
Log in Register