BTC USD 80,830.8 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Empat kertas siasatan kes video hina Melayu
29 April 2020
696204.jpg

Huzir



KUALA LUMPUR – Polis membuka empat kertas siasatan berhubung isu video 'live' Facebook disyaki dilakukan oleh sekumpulan lelaki Rohingya yang dipercayai membuat penghinaan terhadap orang Melayu dengan melemparkan kata-kata kesat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya telah menerima 19 laporan polis berkaitan kes itu sejak 25 April hingga semalam.

“Hasil semakan kita mendapati pemilik akaun tersebut dikenali sebagai Villian Vicky, etnik Rohingya yang pernah tinggal di Malaysia kini menetap di Wisconsin, Amerika Syarikat.

“Kita turut menjalankan siasatan terhadap satu hantaran video tular yang menunjukkan empat lelaki sedang menjalani latihan menembak dengan menggunakan senjata api,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rohingya: MUR mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Huzir berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Siasatan ke atas 'live' Facebook tersebut mendapati terdapat perbualan antara tiga lelaki dengan seorang lelaki yang tidak dikenali mempersoalkan tujuan mereka memberikan komen negatif terhadap orang Melayu di Facebook.

“Ketiga-tiga lelaki itu menyatakan bahawa orang Melayu telah membuat provokasi dengan komen menjatuhkan maruah etnik Rohingya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Zafar Ahmad nafi tuduhan palsu di media sosial

Beliau berkata, pada penghujung 'live' Facebook itu, mereka menjelaskan bahawa sebenarnya kemarahan itu bukan ditujukan kepada orang Melayu di Malaysia, sebaliknya kepada Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom), Zafar Ahmad dan etnik Rohingya yang didakwa ingin menjadi orang Melayu.

“Percubaan awal kumpulan ini adalah untuk menyatakan kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap Zafar kerana menganggap komen yang dinyatakan oleh Presiden Mehrom itu bukanlah suara etnik Rohingya yang tinggal di Malaysia.

“Live Facebook itu telah menimbulkan perselisihan faham di antara kedua-dua pihak sehingga membawa kepada ancaman, penghinaan dan komen kasar,” katanya.

Huzir berkata, video kedua pula adalah lanjutan kepada video sebelumnya, di mana kandungan dimulakan dengan rakaman dua lelaki sedang berlatih menembak dengan menggunakan pistol jenis Magnum di Milwaukee- Jackson Park, Amerika Syarikat.

“Perbualan berakhir dengan tiga lelaki itu menyatakan bahawa video latihan menembak itu ditujukan kepada Zafar, selain langkah keselamatan sekiranya berhadapan dengan pihak berkuasa Myanmar.
“Mereka menjelaskan masyarakat Rohingya yang tinggal di Amerika Syarikat jauh lebih bebas dan dilayan secara adil berbanding di Malaysia,” katanya.


boleh bwk balik malaysia ke untuk disoal siasat?
 
boleh bwk balik malaysia ke untuk disoal siasat?


tn matabulat, saya masa baca berita ni tersenyum je :)
rasanya pihak kita cuma buka kertas siasatan, utk siasatan, sudah tentu kumpul bukti dsb
tapi saya tak rasa sampai tahap pihak kita panggil diorang balik Malaysia utk further pendakwaan dsb :)
 
Dana dari Qatar untuk bantu pelarian Rohingya disalur kepada NGO - Wan Azizah.



Dana dari Qatar bantu pelarian Rohingya disalur kepada NGO – Wan Azizah


29 April 2020


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui dana sebanyak US$5 juta dari kerajaan Qatar telah disalurkan melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) semasa Pakatan Harapan memerintah untuk membantu pelarian Rohingya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga mengakui Qatar telah menyatakan hasrat untuk menyalurkan bantuan tersebut sejak 2016 lagi iaitu ketika Malaysia dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional.


Mengulas lanjut, beliau berkata, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah bertindak sebagai badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

“Keputusan Kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020,” katanya dalam kenyataan di sini.

Wan Azizah juga merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah kerajaan PH.

Artikel berkaitan: BN tidak terima dana bantu pelarian Rohingya – Ahmad Zahid

Dalam penjelasan panjang lebar itu, beliau berkata, Jemaah Menteri telah mengolah struktur pentadbiran bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan dan pengendalian program ini sesuai dengan penekanan kerajaan PH ke atas akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

“Apabila PH mengambilalih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

“Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan

“Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya,” ujarnya.

Wan Azizah mendedahkan perjanjian itu untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak USD5 juta atau USD15 juta untuk tiga tahun.

Jelasnya, walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut.

“Bantuan dari Qatar ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sebahagian daripada beban yang selama ini dipikul pihak kerajaan berkenaan pelarian Rohingya dan dengan itu manfaatnya dapat dialihkan kepada rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan: Bantu Rohingya kerana dasar perikemanusiaan – Ahmad Zahid
Baru-baru ini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan BN tidak pernah menerima dana daripada Qatar untuk membantu pelarian Rohingya di negara ini walaupun inisiatif yang berkaitan telah dilaksanakan dan Qatar juga telah memberi komitmen.

Kenyataan Ahmad Zahid menyusul selepas beberapa pihak menuduh kerajaan BN telah memperoleh dana tersebut ekoran video bekas Timbalan Perdana Menteri berucap mengenai pelan pembangunan pelarian Rohingya yang tular di media sosial.

Mengulas kenyataan tersebut, Wan Azizah berkata, Ahmad Zahid sepatutnya berhubung terus dengan Kementerian bagi mengetahui soal sumbangan itu.
“Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Kementerian.

“Tetapi berterima kasih kerana ini memberi saya peluang untuk memaklumkan berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkaitan inisiatif ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Pandan menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tanggungjawab ke atas eksodus besar-besaran kaum Rohingya.

Katanya, tanggungjawab ini tidak sepatutnya diserahkan kepada negara-negara lain terutama negara jiran.

“Pada masa yang sama, kami juga memikirkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Kita juga mesti menjaga kebajikan rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan terutama dalam situasi semasa,” katanya. –MalaysiaGazette

 
SEJARAH MUSLIM ROHINGYA

Sama seperti sejarah benua India dan Nusantara, bumi bangsa Rohingya, bernama "Arakan" mula dikunjungi pendakwah² Arab seawal kurun ke 7M, kurun yang sama wafatnya Rasulullah saw.

Pedagang² mula mengislamkan penduduk Arakan, berkahwin dengan wanita Rohingya dan bilangan penduduk Islam bertambah dengan pesat. Masjid Santikan dibina pada tahun 1430.

Awal abad ke 20 menyaksikan hubungan baik kerajaan demokrasi Burma terhadap muslim Rohingya. PRU tahun 1951, lima wakil rakyat adalah muslim Rohingya. 2 wanita pertama Burma menjadi ahli Parlimen. Salah seorangnya, Zura Begum adalah seorang muslimah Rohingya.

PRU tahun 1956, enam muslim Rohingya menjadi ahli Parlimen, termasuk Sultan Mahmud yang menjadi Menteri Kesihatan.

KERAJAAN TENTERA

Segala-galanya berubah pada tahun 1962 apabila tentera Burma merampas kuasa. Dua tahun pertama sahaja (1962-1964) seramai 320,000 imigran asal India, muslim dan hindu dihalau keluar dari Burma.

Pada tahun 1978, kerajaan tentera menafikan kerakyatan muslim Rohingya, semua Kad Pengenalan dirampas dan serangan demi serangan dilancarkan. Seramai 200,000 pelarian muslim Rohingya masuk ke sempadan Bangladesh. 12000 mati di sempadan.

Tahun 1982, Regim Tentera Burma meluluskan Akta Warganegara dan melucutkan kerakyatan semua muslim Rohingya, sedangkan mereka adalah penduduk asal turun temurun.

Mulai tahun 2017, muslim Rohingya tidak lagi mempunyai hak mengundi dan diundi.

Tahun 2016-2017 beberapa orang tentera Burma terbunuh. Tentera Burma menuduh itu perbuatan muslim Rohingya lalu bertindakbalas dengan membunuh secara rambang, membakar kediaman dan tanaman, gang rape dsb.

4 minggu pertama serangan menyebabkan 400,000 muslim Rohingya lari meninggalkan kampung halaman. Sebahagian mereka merentasi sempadan Bangladesh, sebahagian lagi menaiki bot-bot di lautan.

Kajian mendapati 24,000 muslim Rohingya dibunuh, 36000 dicampak ke dalam api, 18000 muslimah dirogol dan 116000 dipukul. 176 dari 471 kampung Rohingya telah kosong tanpa penduduk.

Kini hanya tinggal baki sekitar beberapa ratus ribu muslim Rohingya dari asal 3 juta penduduk di wilayah Islam Arakan, Burma. Masa depan mereka juga tidak menentu, menantikan kembalinya Salahuddin Al-Ayyubi Abad 21 untuk menyelamat mereka dan mengagungkan aqidah Islam di mata Dunia, atau menantikan operasi tentera Burma pusingan seterusnya untuk membunuh, membakar, merogol, memotong anggota dan menghalau mereka.

Sabda Rasulullah saw :
من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم
bermaksud, "Siapa yang tak peduli hal keadaan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka".

Kepada kita kaum muslim Malaysia,
Berpada-pada dalam mengutuk dan menghalau mereka. Hari ini hari mereka. Kita bantu mereka. Hari esok hari siapa kita tak tahu.

(... وَتِلۡكَ ٱلۡأَیَّامُ نُدَاوِلُهَا بَیۡنَ ٱلنَّاسِ وَلِیَعۡلَمَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَیَتَّخِذَ مِنكُمۡ شُهَدَاۤءَۗ وَٱللَّهُ لَا یُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِینَ)
"Demikianlah hari-hari Kami gilir-gilirkan di antara manusia. Supaya Allah tahu siapa orang-orang (benar-benar) beriman, dan menjemput dari kalangan mereka (mati) sebagai syuhadak (mati syahid). Allah tidak suka orang-orang zalim" [Surah Ali Imran 140].

Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 24/4/2020
 
Buat rci laa ..mana pi duit bantuan utk Rohingya....😊😊
 
ada sorg ak kenal ada ijazah elektronik lg. kt sini keje pomen bengkel. gaji 4k oi

rupa pun ada. putih bkn hitam

dorg yg dh keje sini yg kua duit utk sedara mara dorg tu dtg msia. klo x mana dtg duit nk byr ejen

isu ni mcm indon bangla la. dulu2 kita bising2, last kita dh tbiasa dgn lambakan indon bangla kt sini. kan?
 
macam mana lah agaknya nada kita bila keputusan kes rohingya ini dilakukan oleh kerajaan PH....

aku just terfikir je..
 
ada sorg ak kenal ada ijazah elektronik lg. kt sini keje pomen bengkel. gaji 4k oi

rupa pun ada. putih bkn hitam

dorg yg dh keje sini yg kua duit utk sedara mara dorg tu dtg msia. klo x mana dtg duit nk byr ejen

isu ni mcm indon bangla la. dulu2 kita bising2, last kita dh tbiasa dgn lambakan indon bangla kt sini. kan?

Kalau berterusan deme datang sini
Jadi gitu la nanti
 
Back
Top
Log in Register