BTC USD 80,535.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

eh sependapat la kita.. betul bro.. pbb dan kuasa2 veto patut dah tekan dan sekat myanmar.. tekan sampai myanmar jadikan state of rakhine sebagai negeri autonomi bebas..
Myammar nie belakang dia china, mcm israel belakang dia us la, games ja semua tu......
 
Rohingya: Geopolitik kuasa besar

004b73709e3775768e06ab1487576fd6.jpg


Saya terpanggil dengan lawak jenaka oleh ahli politik dan pelbagai pihak yang cuba meneguk di air yang keruh, cuba mempolitikkan isu Rohingya atas kepentingan masing-masing, maka akhirnya keliru, rancu dan bercelarulah pemikiran masyarakat di Malaysia.

Ramai yang cuba menjadi juara, memburukkan pihak yang lain dan mempertikai kebaikan yang dibuat ke atas Rohingya. Tidak kurang juga yang marahkan etnik Rohingya yang dilihat semakin membarah, besar kepala dan ‘naik tocang’ di Malaysia.

Saya diminta oleh pelbagai pihak untuk menulis tentang isu ini agar dapat memberikan serba sedikit pencerahan kepada apa yang sedang berlegar dalam isu Rohingya ini.

Maka pandangan yang saya berikan ini adalah pandangan dari sudut strategik, geopolitik dan keselamatan. Mungkin ada yang tidak menyetujui, akan tetapi cubalah berfikir di luar kotak dan ruang lingkup peribadi agar isu ini lebih mudah dihadam.


Apa yang sebenarnya perlu difahami oleh masyarakat umum adalah isu Rohingya sebenarnya isu yang sangat besar, rumit dan cukup sistematik, ia bukan sekadar di sebalik isu Pasar Borong Selayang atau Bandar Diraja Klang mahupun Setapak semata-mata.

Tetapi isu Rohingya sudah menjadi normal baru dalam masyarakat Malaysia. Melalui pengalaman saya bersama etnik Rohingya dalam misi kemanusiaan dan pelbagai program bersama NGO lainnya, maka saya kongsikan sedikit sebanyak informasi berkaitan yang mungkin boleh dijadikan pencetus kepada pemikiran kita bersama.

Etnik Rohingya ini tinggal di kawasan Rakhine, iaitu satu wilayah yang cukup stategik dari sudut ekonomi mahupun geografi. Kedudukan Rakhine ini di Teluk Bengal menjadikan ia rebutan beberapa negara termasuklah India, China dan Jepun.

Dari segi geopolitik, beberapa projek mega yang dirancang seperti Empangan Rakhine, Special Economic Zone (SEZ) dan pelbagai agroperniagaan berskala besar telah menjadikan wilayah ini amat penting dan menjadi rebutan.

Kelompok masyarakat ini perlu dikeluarkan agar pelbagai agenda politik dan ekonomi yang dirancang dapat dijayakan. November 2018, perjanjian pembinaan Pelabuhan Laut Dalam Kyaukpyu di dalam wilayah Rakhine telah termeterai diantara Myanmar dan China.

Ia terjadi selepas gagalnya projek yang sama di Pulau Sonadia, Bangladesh. Ini secara jelas memperlihatkan betapa China amat meminati wilayah Rakhine dan dibantu oleh Myanmar untuk mengeluarkan etnik Rohingya dari kawasan tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di wilayah-wilayah konflik lainnya di rantau Asia Tenggara ini.

'Kebijakan' kerajaan Myanmar dalam mendepani isu Rohingya ini memang tidak dapat dinafikan. Hubungan baik dijalinkan oleh Myanmar dengan China, India termasuklah Amerika Syarikat, malah kepentingan dan peluang pelaburan yang besar diberikan kepada negara-negara ini.

a1062ad015680f2c093f9028c6fb42c4.jpeg


China boleh dilihat akan meletakkan kepentingan ekonomi sebagai keutamaan, isu penghapusan etnik dan konflik tempatan tidak penting bagi China. Projek ‘One Belt One Road’ atau OBOR yang menghubungkan Myanmar dan China akan dijayakan melalui SEZ.

Laluan paip strategik yang akan menghubungkan barat dan timur akan dibina melalui pelabuhan Kyaukpyu ke Kunming, wilayah Yunnan, China. Laluan ini akan membolehkan minyak dan gas dipindahkan ke China dengan lebih cepat melalui laluan paip rentas negara.

China bakal menguasai laluan penting ini dan menjadikan mereka kuasa yang super-dominan di rantau timur. China juga menyatakan pelaburan AS$3.2billion termasuk pembinaan empangan Myitsone pada tahun 2017.

Perkara yang sama juga dilakukan oleh India, Amerika Syarikat dan Jepun, kesemuanya mempunyai kepentingan ekonomi dan perdagangan yang menjadikan wilayah Rakhine ini sangat strategik.

Berbalik kepada situasi di Malaysia, mengapakah isu Rohingya tiba-tiba menjadi topik perbincangan besar oleh pelbagai kelompok? Apa agenda yang sedang dimainkan di sebaliknya? Dan mengapakah isu Rohingya ini menjadi polemik di musim Covid-19 dan pada bulan yang mulia, Ramadhan al-Kareem ini.

Setelah agak lama isu Rohingya ini senyap dan sepi, akan tetapi secara tiba-tiba ianya menjadi isu besar dan mendominasi media utama ketika ini. Ramai yang tidak cuba memahami apa agenda disebalik semua ini, maka tuduhan terus dilemparkan terutamanya kepada pihak berkuasa yang dianggap sebagai kejam dan bersikap di luar batas kemanusiaan kerana menolak kemasukan kapal yang membawa tidak kurang 200 etnik Rohingya ini.

Perlu difahami, isu Rohingya ini adalah satu perniagaan yang menguntungkan. Ia cukup sistematik dan melibatkan pelbagai pihak termasuklah pihak keselamatan sesebuah negara.

Ada laporan mendakwa pihak-pihak tertentu termasuklah pihak keselamatan di Myanmar, Bangladesh, Thailand dan Malaysia terlibat dengan satu sindiket yang besar dan terancang. Ia adalah satu perniagaan yang mewah dan pasti menguntungkan.

Benarlah seperti yang dinyatakan dalam salah satu babak filem Tiga Abdul lakonan Allahyarham P Ramlee, bahawa meniaga manusia labih menguntungkan.

138f8e648021924a56ccd3e488ea2b22.jpg


Maka disebabkan itulah isu Rohingya ini dipelihara dan dinampakkan seperti amat meruncing agar mereka mampu terus mendominasi perniagaan yang menguntungkan ini. Malah industri ini dipelihara oleh kelompok-kelompok tertentu hingga isu-isu keselamatan akan dibelakangkan, janji ‘masyuk’.

Seterusnya, dari segi ‘trend’ atau ‘pattern’ kemasukan Rohingya ke Malaysia, biasanya bulan Ramadhan dipilih kerana kelemahan sistem pengawalan sempadan.

Faktor puasa dan kawalan yang agak longgar terutamanya semasa menghampiri waktu berbuka puasa, selepas isyak dan juga selepas subuh secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada lanun dan sindiket penyeludupan manusia ini.

Seterusnya, faktor Covid-19 juga memberikan ruang yang luas terbuka kepada lanun-lanun ini kerana PKP dan ‘lockdown’ di sesetengah kawasan. Kumpulan sindiket ini tidak sama sekali takutkan virus, apa yang mereka takuti adalah apabila sempadan negara tidak dapat ditembusi.

Juga adalah tidak adil sama sekali menyalahkan kerajaan Myanmar semata-mata tanpa memahami apa yang telah dilakukan dan inisiatif holistik yang telah diambil oleh kerajaan Myanmar.

Memang kekejaman itu berlaku, akan tetapi dalam masa yang sama juga harus dilihat kebaikan yang cuba dihulurkan oleh pemerintah dan pelbagai NGO di Myanmar.

Beberapa penempatan khas, kem pelarian dan rancangan penempatan semula telah dilakukan oleh kerajaan Myanmar di Yangoon dan beberapa bandar lain. Walaupun secara halusnya ia bertujuan untuk menempatkan semula etnik Rohingya, akan tetapi inisiatif ini dipandang sepi oleh pelbagai pihak malah tidak pernah diiktiraf usaha baik yang dilakukan oleh junta tentera ini.

Pada masa yang sama juga kita dapat melihat bagaimana etnik Rohingya sendiri menolak semua inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini.

Selain itu kem-kem pelarian yang dibina oleh UNHCR di Kutupalong-Balokhali, Maungdaw, Sittwe, Bhamo, Teknaf dan Bhutidaung juga adalah antara tindakan yang diambil hasil kerjasama PBB dengan kerajaan Myanmar dan Bangladesh.

c75d3e5c1ab694fb8a9634e24c1ac375.jpg


Kem-kem pelarian yang berdaftar ini telah diuruskan dengan baik dan teratur. Akan tetapi pada masa yang sama juga terdapat lebih ramai lagi yang menghuni kem-kem tidak berdaftar dan mempunyai sistem pengurusan yang teruk.

Walau bagaimanapun, pihak UNHCR dan pelbagai NGO lainnya dilihat membantu dalam kapasiti yang cukup besar walaupun tidak sesempurna mana.

Antara penyelesaian yang boleh diambil adalah dengan membuat tekanan kepada pihak Myanmar untuk mengambil tindakan yang lebih menyeluruh terhadap isu Rohingya ini.

Tekanan secara bersama dengan semangat ASEAN dan PBB perlu dilakukan. Etnik Rohingya perlu disokong untuk menerima pelan relokasi dan lain-lain inisiatif yang diambil oleh Yangoon dalam menangani isu ini.

Sekurang-kurangnya 34 kem pelarian yang tidak berdaftar di Teknaf, Balukhali dan wilayah-wilayah lainnya perlu diselenggarakan oleh UNHCR. Dalam masa yang sama juga, pelbagai kerajaan termasuk ‘duta’ khas Malaysia ke China harus membangkitkan isu ini kepada pemerintah China dari masa ke semasa, begitu juga kepada pemerintah India, Amerika dan Jepun.

Kerajaan Myanmar perlu digesa untuk membangunkan pelan yang lebih menyeluruh untuk penempatan Rohingya. Bukan membenci atau tidak tidak mengasihi, tetapi masalah Rohingya ini perlu diselesaikan di tempat mereka sendiri, bukannya di Malaysia.

Myanmar, Bangladesh dan Rohingya sendiri lebih mengetahui masalah dan jalan penyelesaian untuk mereka. Dengan jumlah yang sudah menjangkau ratusan ribu, pastinya ada segelintir etnik Rohingya yang terlibat dengan pelbagai jenayah dan membuat pelbagai permintaan yang berlebihan dan bersikap ‘kaduk naik junjung’.

Cukuplah pada kadar 200,000 Rohingya di Malaysia, jangan ditambah lagi walaupun dengan sebuah kapal. Kos saraan dan tanggungan ke atas mereka melebihi 1 juta setiap bulan, tidak termasuk lain-lain kos tersembunyi lainnya.

Sepatutnya wang ini boleh digunakan untuk rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai, bukannya cuba menyelesaikan isu yang dicipta oleh pihak-pihak yang berkepentingan di wilayah Rakhine ini.

DR MOHD MIZAN ASLAM ialah pakar kajian strategik dan antikeganasan.


pendapat yang cukup cantik....
 
myanmarchina-pipeline.jpg


laluan paip minyak dan gas sino-myanmar yang merentasi negeri rakhine.
mungkin ini salah satu sebab myanmar buat etnik clearance di sana.

minyak dari shwe gas field di teluk bengal disalurkan direct ke nanning tak perlu lalu selat melaka semenjak 2013.
projek milikan bersama china dan myanmar.

salah satu belt & road initiative china.
perjanjian ni mesti berat sebelah. seperti biasa China dapat lebih lah.
 
Bangsa R

Pelarian dan pendatang di mana-mana negara pun memang dibenci. Pelarian Palestin dibenci oleh pelbagai negara-negara Arab. Bila ada kes kecurian cepat sahaja dituduh kepada budak Palestin sebelum tuduhan dilemparkan kepada warga lain. Warga Syria sekarang semakin dibenci oleh rakyat Turki yang sebelum ini menerima mereka. Ini normal di pelbagai negara pasca Perang Dunia yang menyebabkan pemindahan beramai-ramai warga tempatan ke luar.

Mereka tak sama dengan kita! Memang betul dan susah nak sama. Apa tahap pendidikan mereka dan apa tahap pendidikan kita? Kita bila tengok TV dan radio faham apa berita disampaikan. Mereka? Sudah tentu tak faham apa-apa atau peratusan kefahaman amat rendah.

Pelarian memang lain daripada orang yang tak pernah jadi pelarian. Orang yang pernah melalui fasa perang tak akan sama dengan orang yang tak pernah ke medan perang. Memang lain! Mimpi kita tak sama dengan mimpi mereka! Mimpi kita yang paling ngeri tak sama dengan mimpi mereka yang paling ngeri. Apabila telah melalui trauma besar dalam kehidupan sudah tentu perangai manusia akan berubah dan kadang-kadang menjadi sedikit manipulatif. Pelbagai perkara sanggup dilakukan asalkan boleh meneruskan kehidupan. Cuba tanya mereka berapa kali mereka telah dipau oleh pihak berkuasa pelbagai negara? Kita pernah kena macam tu? Berapa kali dalam hidup, nyawa kita benar-benar dihujung tanduk dan diambang akan dibunuh dan dirogol tanpa menjadi punca keadaan itu?

Apabila British menulis tentang Bangsa Melayu puluhan tahun lepas kita boleh baca betapa hina pandangan British kepada Melayu. Betapa mundurnya kita semasa itu dari pelbagai segi. Bukan sahaja dari segi dunia malah dari segi agama kita juga sangat teruk ketika itu! Berapa ramai wanita Melayu berpakaian menutup aurat zaman itu? Berapa ramai yang kaki kelab malam, loteri dan arak zaman itu? Kemiskinan dan kefakiran memang menyebabkan manusia terkadangnya semakin menjauhi Tuhan. Ini diterukkan lagi apabila tidak mendapat pendidikan. Kita tak perlu menjadi macam kaum Ansar kepada kaum Muhaajirin tapi cuba luangkan masa sedikit hari ini membaca tafsir Suurah Al Hasyr dan ayat 134 Suurah Aali 'Imraan dan tanya diri sama ada masih ada iman dalam hati. Bila dah tenang nanti sama-sama kita fikirkan solusi yang menggembirakan orang tempatan dan warga pelarian berkenaan tanpa membahayakan nyawa dan maruah mereka.

#tonton_dokumentari_go_back_to_where_you_come_from

FB_IMG_1588052444516.jpg
 
Petisyen anti-Rohingya di laman web diturunkan

April 28, 2020 1:33 PM

ROHINGYA-REFUGEES-FOOD-AID-COVID19-MC0-HUMANTATIAN-AID-016.jpg


PETALING JAYA: Beberapa petisyen dalam talian terhadap komuniti pelarian Rohingya di laman Change.org didapati sudah diturunkan, dipercayai kerana menyalahi dasar terhadap ucapan kebencian.
Garis panduan laman antarabangsa itu menyatakan petisyen yang menyokong ucapan kebencian terhadap mana-mana orang tidak dibenarkan, sama ada berkaitan asal usul etnik, kerakyataan, negara asal, atau bangsa, antara lain.

Terdapat sekurang-kurangnya 5 petisyen ditemui di laman itu sebelum ini, antaranya “No more Rohingya in Malaysia, government please send them home” dan “Say NO to Rohingya”.



Mendapat lebih 250,000 tandangan setakat semalam, petisyen-petisyen itu menggesa Putrajaya mengusir komuniti Rohingya dari Malaysia dan jangan pedulikan seruan badan-badan bukan kerajaan yang menyeru kerajaan menjaga kebajikan pelarian semasa pandemik Covid-19.

Satu lagi petisyen, yang mendapat lebih 110,000 tandatangan, menyeru Putrajaya menolak tuntutan kerakyatan yang didakwa dibuat oleh sebuah NGO Rohingya.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia menafikan ia membuat tuntutan seperti yang didakwa berita palsu.

Pengarah North-South Initiative, Adrian Pereira bimbang ramai menyokong petisyen itu tanpa mahu menentusahkan dakwaan-dakwaan yang dibuat sebelum menandatanganinya.

“Kebencian membuta tuli menyebabkan mereka mudah terpedaya. Ada yang salah faham tentang pelarian.

“Ditambah pula dengan perintah kawalan pergerakan, terdapat satu persepsi salah kita tak cukup sumber dan mesti bantu orang kita dulu,” katanya kepada FMT.

Pereira berkata terdapat kemungkinan sebahagian penandatangan itu “tentera siber” yang mengikut pemimpin politik tertentu yang pernah membantah bantuan kepada pelarian Rohingya.

Beliau berterima kasih kepada NGO Islam dan pemimpin agama yang membantah kebencian terhadap komuniti itu, mengatakan mereka daya kemanusiaan yang diperlukan ketika ini.

Pereira bagaimanapun tidak terlalu mengharapkan ahli politik mengambil pendirian tegas dalam itu ini, mengatakan ahli politik berbelah bahagi antara menegakkan kebenaran dan memenuhi tuntutan populis.

“Kita nampak bagaimana pendapat-pendapat yang populis menolak idea memberikan dokumen sementara kepada pendatang tidak sah di Sabah walaupun ia idea yang baik bagi memastikan perlindungan dan pengawasan,” katanya.

 
Petisyen anti-Rohingya di laman web diturunkan

April 28, 2020 1:33 PM

ROHINGYA-REFUGEES-FOOD-AID-COVID19-MC0-HUMANTATIAN-AID-016.jpg


PETALING JAYA: Beberapa petisyen dalam talian terhadap komuniti pelarian Rohingya di laman Change.org didapati sudah diturunkan, dipercayai kerana menyalahi dasar terhadap ucapan kebencian.
Garis panduan laman antarabangsa itu menyatakan petisyen yang menyokong ucapan kebencian terhadap mana-mana orang tidak dibenarkan, sama ada berkaitan asal usul etnik, kerakyataan, negara asal, atau bangsa, antara lain.

Terdapat sekurang-kurangnya 5 petisyen ditemui di laman itu sebelum ini, antaranya “No more Rohingya in Malaysia, government please send them home” dan “Say NO to Rohingya”.



Mendapat lebih 250,000 tandangan setakat semalam, petisyen-petisyen itu menggesa Putrajaya mengusir komuniti Rohingya dari Malaysia dan jangan pedulikan seruan badan-badan bukan kerajaan yang menyeru kerajaan menjaga kebajikan pelarian semasa pandemik Covid-19.

Satu lagi petisyen, yang mendapat lebih 110,000 tandatangan, menyeru Putrajaya menolak tuntutan kerakyatan yang didakwa dibuat oleh sebuah NGO Rohingya.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia menafikan ia membuat tuntutan seperti yang didakwa berita palsu.

Pengarah North-South Initiative, Adrian Pereira bimbang ramai menyokong petisyen itu tanpa mahu menentusahkan dakwaan-dakwaan yang dibuat sebelum menandatanganinya.

“Kebencian membuta tuli menyebabkan mereka mudah terpedaya. Ada yang salah faham tentang pelarian.

“Ditambah pula dengan perintah kawalan pergerakan, terdapat satu persepsi salah kita tak cukup sumber dan mesti bantu orang kita dulu,” katanya kepada FMT.

Pereira berkata terdapat kemungkinan sebahagian penandatangan itu “tentera siber” yang mengikut pemimpin politik tertentu yang pernah membantah bantuan kepada pelarian Rohingya.

Beliau berterima kasih kepada NGO Islam dan pemimpin agama yang membantah kebencian terhadap komuniti itu, mengatakan mereka daya kemanusiaan yang diperlukan ketika ini.

Pereira bagaimanapun tidak terlalu mengharapkan ahli politik mengambil pendirian tegas dalam itu ini, mengatakan ahli politik berbelah bahagi antara menegakkan kebenaran dan memenuhi tuntutan populis.

“Kita nampak bagaimana pendapat-pendapat yang populis menolak idea memberikan dokumen sementara kepada pendatang tidak sah di Sabah walaupun ia idea yang baik bagi memastikan perlindungan dan pengawasan,” katanya.


matilah nak.. kita dah jadi nyonya mansoor...

 
ISU ROHINGYA DAN KERAJAAN KEJAM?

------------------------------------------------------------

1. Apa aku nak tulis ni mungin akan mengundang marah dengan sapa sapa sampai kena unfriend ke block ke swipe left ke (tiber!) bagai tapi takpalah aku tulis atas dasar undang-undang semata-mata.

2. Pertama sekali yang bergaduh sesama sendiri pasal isu ni aku nampak diaorg bertelagah dari 2 konteks yang berbeza walaupun di bawah payung yang sama (isu kebajikan kaum Rohingya di Malaysia).

3. Yang sokong untuk kerajaan Malaysia bantu berdasarkan tuntutan yang persatuan dioarg minta tu beralasankan hak asasi, tolong-menolong itu wajib, perkara ni dituntut dalam Islam, mana perikemanusiaan kita dan sebagainya.

4. Yang membantah pulak banyak gunakan personal experience yang tak best bila berhadapan dengan kaum Rohingya ni. Kasar, pengotor, kurang ajar, tak hormat dan macam –macam lagi. Korang tgk masa protest kat Selayang tu pun korang boleh tengok apa yang berlaku ni seolah-olah enforce kepercayaan dan stigma terhadap kaum Rohingya.

5. Faktanya simple, lebih kurang beberapa minggu lepas otoriti kita berjaya pintas kemasukan kaum Rohingya yang cuba masuk dengan bot ke perairan kita. Tula yang jadi benda ni.

6. Dah 5 perenggan kan kau baca mukadimah, ni ha bab undang-undang aku nak sentuh. Kau dengar elok-elok sis.

Undang-undang berkaitan refugees ni termaktub dalam prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagai permulaan kau boleh tengok The Refugees Convention of 1951 dan The 1967 Protocol Relating to the Status of Refugees (Konvensyen dan Protokol).

Dua instrumen ni bukan berbeza sangat cumanya masa Konvensyen tu ditulis konteknya pada pelarian-pelarian di Eropah dulu jadi dia tak cover sangat isu pelarian dari tempat lain. Maka terlahirlah Protokol tahun 1967 untuk cover isu pelarian satu dunia yang penuh dengan noda dan dosa Ringgit Kasorrga yang Deanna Yusoff berlakon pakai baju kain tak ikhlas tu.

Jadi untuk mudah kita panggil jela Konvensyen yang kita rujuk secara silang dan bersesama.

7. Tapi harus diingat ye adik-adik, walaupun Konvensyen tu membentuk undang-undang antarabangsa yang mana Malaysia juga adalah State Party kepada United Nations secara amnya, tapi untuk Konvensyen yang aku cakap tu Malaysia tak ‘ratify’ dokumen tu. Senang cakap Malaysia tak sign la Konvensyen tu.

8. Kat sini la titik penting dalam keputusan Malaysia secara amnya, bila Malaysia bukan ‘Party to the Convention’ maka Malaysia tidak terikat dengan komitment yang dituntut dari segi undang-undang antarabangsa untuk memberi laluan kemudahan bagi pelarian masuk ke dalam negara kita.

9. Tapi benda tu tak terhenti setakat itu sahaja. Kerajaan Malaysia ni bukanla kejam sangat macam korang baca kat posting bagai tu bila Malaysia tak nak ‘ratify’ Konvensyen tu sis. Bila aku baca balik Konvensyen tu aku faham kenapa dan aku bersetuju.

10. Dalam Konvensyen tu ada macam-macam peruntukan yang menuntut ‘commitment standard’ daripada negara-negara yang ratify Konvensyen tu. Antara peruntukan yang ‘salient’ (penting), antara lain;

Perkara 4 – Prohibition of expulsion or return (“Refoulement “) (Larangan Hak untuk tidak dihantar pulang secara paksa ke negara lain (termasuk negara asal) di mana pelarian tersebut mungkin berhadapan penganiayaan), dan

Perkara 21 – ‘Right to housing’ (Hak untuk mendapatkan penempatan/perumahan) dan

11. Aku rasa 2 peruntukkan di atas ni, antara lain, adalah kenapa Malaysia tak ratify sebab mungkin sebab faktor kewangan Malaysia tak nak ambil risikountuk jadi ‘financially committed’ kepada tanggungjawab antarabangsa kalau Konvensyen ni diratifikasi dengan isu dalaman negara kita pun tak habis-habis lagi nak tambah dengan komitment kewangan pada orang luar. Kalau aku silap kat sini, aku harap ada economic experts boleh betulkan atau clarify.

12. Pasal isu Peruntukan 33 berkenaan dengan ‘Refoulement’ plak, kalau Malaysia ratifikasi Konvensyen tu, adalah menjadi komitment kita bukan sahaja tidak menghantar pulang, tapi Malaysia tak boleh hantar pulang pelarian MELAINKAN hanya faktor keselamatan negara. Dalam Konvensyen tu, perkataan yang digunakan adalah ;

Article 33(2) - The benefit of the present provision may not, however, be claimed by a refugee whom there are reasonable grounds for regarding as a danger to the security of the country in which he is, or who, having been convicted by a final judgment of a particularly serious crime, constitutes a danger to the community of that country.

Jadi kalau Malaysia menjadikan Konvensyen ni sebagai Akta Parliment (Act of Parliament), Badan Administrative atau Badan Kehakiman (rujuk pada ‘or’ yang digunakan) hanya berupaya untuk usir berdasarkan faktor ‘security of the nation’ sahaja.

13. Undang-undang berkenaan pelarian di Malaysia ada diperuntukkan secara minimal dalam Akta Imigresen 1959/63. Dalam tahun 2006 dulu pihak Kerajaan ada menyediakan dokumen kita panggil ‘IMM13 Document’ pada pelarian Rohingya tapi sebab Dalam peruntukan ni melalui Seksyen 55 AKta Imigresen 1959/63 tu membenarkan pelarian untuk tinggal dan bekerja tapi kebenaran itu ditarik balik pada tahun 2008 sebab ada kes salahguna.

14. Tapi tak bermaksud Kerajaan kita langsung lepas tangan. Tak. Soal menyediakan kemudahan penempatan bagi pelarian ni dah lama kerajaan buat dari tahun 1990an lagi. United Nations Refugee Agency Malaysia pun bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dah lebih dari 35 tahun. Ada dokumen yang kita panggil sebagai Kad UNHCR untuk mudahkan proses pelarian kalau dibawa ke Mahkamah untuk tujuan prosiding yang mana Kerajaan kita takkan usir walaupun Malaysia tak ratifikasi Konvesyen tu.

15. Kenapa Kerajaan tak buat macam tuwalaupun Malaysia tak tunjukkan komitment secara formal? Sebab yang korang kata Kerajaan Malaysia tak da hati perut la kejam la semua tu masih bertindak dalam ruang lingkup kemampuan dan kapasiti untuk tolong sedaya mampu kita. Jadi tak adil untuk tuduh Kerajaan Malaysia biarkan pelarian hidup melarat.

16. Aku ada tengok video ni dia cakap ‘tolong jela dulu ini bukan soal bagi tempat tinggal ke pekerjaan ke apa’. Aku faham concern tu tapi isu kat sini lebih dari ‘setakat tolong jela dulu bagi masuk dan sediakan makan minum sementara kat orang dalam bot tu’.

Bila kemasukan pelarian dibenarkan maka tanggungjawab sosial dan perundangan Kerajaan kita bukan terhenti setakat tu sahaja. It extends beyond merely feeding them.

Tapi macam aku jelaskan tadi soal tempat tinggal, pendidikan, tempat tinggal, pekerjaan, dan isu-isu lain yang dengan jumlah pelarian Rohingya sahaja dah capai jumlah beribu-ribu dalam negara dan itu yang Kerajaan tengah usahakan. Soal hak asasi berkenaan pelajaran, makan minum, perubatan dan dan lain-lain sekarang pun dari segi administratif banyak lagi masalah dan kelemahan dan kalau Kerajaan terus ambil langkah terbuka terima tanpa sekatan, tanggungjawab lain juga akan bertambah.

Ingat ini berkenaan bantuan kemanusiaan. Atas dasar kemanusiaan. Walaupun tak wajib dan mengikat Malaysia tapi Kerajaan kita masih lagi ada hati perut untuk tolong dan cuba seimbangkan kuantiti pelarian dengan kualiti pertolongan.

Ingat balik juga komitmen kewangan yang aku cakap tadi.

17. Aku nak tegaskan ini bukan alasan birokrasi, mengelak, atau lari dari tanggungjawab. Kerajaan Malaysia kalau betul betul nak lari dari tanggungjawab since Konvensyen tak pernah ditandatangani, jadi kalau nak diikutkan Kerajaan tak perlu kisah pun pasal pelarian-pelarian ni tapi kita tengok yang berlaku tak macam tu.

18. Jadi neutral bila buat analisis dan jadilah lebih adil bila buat apa-apa dapatan.

Sekian.

 
Pernah dengar peribahasa Latin "commodum ex injuria sua nemo habere debet"? Ertinya, tiada sesiapa pun boleh mengambil keuntungan daripada kesalahannya. Tetapi itu yang sedang berlaku sekarang. Warga Rohingya dibenarkan memasuki Malaysia tanpa paspot dan visa yang sah, kemudian dibenarkan untuk tinggal dan bekerja di sini tanpa permit dan tak perlu bayar cukai pendapatan. Apa ketahian ini?

Jangan sesiapa buat-buat lupa pula, Malaysia TIDAK ada undang-undang yang mewajarkan penerimaan kemasukkan pencari suaka. Oleh itu, pencari suaka adalah bukan mangsa tetapi penjenayah yang harus diusir, sekiranya mereka belum melintasi sempadan Malaysia, atau sekiranya mereka telah memasuki Malaysia, maka mereka harus ditangkap, didakwa, dihukum dan diusir keluar dari Malaysia.

Selanjutnya, bukan semua pencari suaka adalah pelarian Rohingya. Ada di antara mereka warga Bangladesh dan Burma yang mencari peluang untuk memasuki Malaysia tanpa dokumen. Walaupun jika mereka adalah pelarian Rohingya, itu bukan alasan untuk tidak mematuhi undang-undang. Kita berada di dalam sebuah negara yang menghukum pencuri tin sardin walaupun niatnya adalah untuk mengisi perut anak yang kosong. Seperti yang dikatakan oleh Lord Denning dalam kes Southwark LBC v Williams (1971) di England:

“… f hunger were once allowed to be an excuse for stealing, it would open a door through which all kinds of lawlessness and disorder would pass ... If homelessness were once admitted as a defence to trespass, no one’s house could be safe. Necessity would open a door which no man could shut. It would not only be those in extreme need who would enter. There would be others who would imagine that they were in need, or would invent a need, so as to gain entry.”

Malaysia telah memberi harapan palsu kepada warga Rohingya, secara langsung atau tidak langsung. Dr M semasa berucap di PBB pada tahun 2018 telah menyatakan bahawa terdapat 100k pencari suaka Rohingya yang berdaftar dan ramai lagi yang tidak berdaftar di Malaysia. Sebelum itu, kerajaan pimpinan BN juga telah mengaturkan perhimpunan "Hidup Rohingya" walaupun tiada jemputan untuk pencari suaka datang ke Malaysia dibuat.

Oleh yang demikian, Malaysia harus melakukan sesuatu yang drastik, seperti yang dibuat oleh Australia. Kerajaan kena menjelaskan bahawa walaupun kita boleh bersimpati terhadap kesengsaraan warga Rohingya, kita tidak dapat menerima mereka masuk ke Malaysia sebagai pencari suaka. Berikut adalah cadangan tindakan yang boleh diambil.

1. Tiada pelarian dari mana-mana negara akan diterima, selagi Malaysia tidak mempunyai undang-undang pencari suaka. Semua pelarian akan dianggap sebagai penceroboh dan akan dihalang daripada memasuki Malaysia.

2. Kad UNHCR dan NGO lain harus dibatalkan, dan kad baharu tidak boleh dikeluarkan lagi.

3. Semua pelarian (berdaftar atau tidak) harus dihantar pulang ke negara asal, atau dibenarkan keluar dari Malaysia tanpa halangan untuk pergi ke negara yang menerima pencari suaka seperti US, Sweden, Denmark dan lain-lain.

4. Setiap dalang yang membantu pelarian atau pendatang asing tanpa izin masuk ke Malaysia bagi tujuan mendapatkan keuntungan harus ditangkap bagi kesalahan penyeludupan migran dan didakwa di bawah ATIPSOM dan SOSMA.

P.S. Tidak lupa juga kepada mereka yang memasuki Malaysia secara sah tetapi tinggal lebih masa, dan ada juga yang tak keluar keluar. Mereka juga harus ditangkap dan ditendang keluar. Rumahku Syurgaku.

 
Kemarahan Terhadap Rohingya Semakin Meningkat Di Malaysia - Syurga Buat Pelarian

Ray Sherman & Nisha David
Kuala Lumpur, Malaysia
2020-04-27

7b9c4cc2-01c7-4da8-9c86-fa60a4320307.jpeg

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan yang memakai suit khas memberi arahan kepada pendatang asing yang mahu dibawa untuk menjalani saringan COVID-19 dengan sebuah van ke Hospital Kuala Lumpur, 14 April 2020.

Seorang pegawai kanan Malaysia pada Isnin menggesa semua pihak bertenang di tengah-tengah meningkatnya "kemarahan masyarakat" terhadap etnik Rohingya yang berada di negara itu, yang kerajaannya dikritik kerana menolak kemasukan pelarian berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19.

Kata-kata kecaman terhadap etnik Rohingya meningkat apabila kumpulan-kumpulan hak asasi manusia antarabangsa menyuarakan kerisauan mereka berhubung bot-bot yang membawa ratusan pelarian itu yang masih terdampar di antara Malaysia dan Bangladesh, setelah kedua-dua negara menolak untuk membenarkan kenderaan itu mendarat di kawasan masing-masing.

Kerajaan Malaysia dan masyarakat secara umumnya bersimpati dengan etnik minoriti Myanmar yang ditindas itu, tetapi keadaan berubah ketika negara itu sedang menghadapi wabak koronavirus, kata Ismail Sabri Yaakob yang merupakan menteri kanan bagi keselamatan.

"Semasa PKP [Perintah Kawalan Pergerakan], isu ini menjadi besar, malah pihak berkuasa terkejut dengan jumlah berita dan catatan media sosial yang mencetus kemarahan orang ramai terhadap mereka," katanya kepada wartawan di Putrajaya, dengan merujuk kepada etnik Rohingya.

"Saya minta semua rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini," kata Ismail Sabri.

Malaysia melaksanakan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac dengan COVID-19 menjangkiti 5,820 orang dan meragut 99 nyawa di negara itu, menurut angka rasmi terkini. Sebagai sebahagian daripada langkah itu, pelancong dan pelawat asing dilarang memasuki negara berkenaan.

Kesan yang tidak dijangka daripada dasar sedemikian terungkap apabila Bangladesh, pada pertengahan April lalu, membawa ke darat sekumpulan etnik Rohingya yang kelaparan, yang mendakwa bahawa mereka telah dilarang mendarat di Malaysia setelah dua bulan berada di laut dengan puluhan daripada mereka mati dan mayat mereka dilemparkan ke laut.

Pada masa yang sama, media sosial di Malaysia mula sarat dengan komen dan petisyen anti-Rohingya dengan menuntut pengusiran mereka selain kecaman terhadap video di mana seorang aktivis etnik Rohingya menuntut kewarganegaraan dan hak-hak lain untuk etnik Rohingya yang berada di Malaysia, menurut sari kata video itu.

"Kami rakyat Malaysia tidak mahu penimbul masalah pelarian Rohingya yang baru di Malaysia," kata seorang lelaki dalam komen dalam talian mengenai satu artikel berhubung etnik Rohingya dalam sebuah penerbitan tempatan. "Jangan datang lagi ke negara kami Malaysia. Kami sudah pun mempunyai terlalu banyak penimbul masalah Rohingya di sini. "

Tujuh belas kumpulan etnik Rohingya di Malaysia mengeluarkan satu kenyataan bersama pada hujung minggu lalu bagi memohon maaf atas pengeluaran video itu, manakala lelaki yang dilihat dalam rakaman itu mendakwa video tersebut adalah palsu dan memberitahu beliau kini dalam ketakutan berikutan kebanjiran ancaman terhadapnya dan etnik Rohingya secara umumnya.

Sejak bertahun-tahun lamanya, Malaysia, yang mempunyai majoriti penduduk Islam, telah menjadi destinasi utama di Asia Tenggara bagi puluhan ribu pelarian Muslim etnik Rohingya yang melarikan diri daripada penindasan di Myanmar, dan para pemimpin Malaysia sering lantang bersuara untuk kumpulan tanpa negara itu.

Sehingga Februari 2020, hampir 180,000 pelarian didaftarkan di Malaysia melalui agensi pelarian PBB, UNHCR, dengan Rohingya merangkumi lebih separuh daripada jumlah pelarian negara itu, menurut Fortify Rights, sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak asasi manusia.


Pertimbangan Ahli Politik

Sementara itu, ahli-ahli politik Malaysia berdebat sama ada pelarian harus dibenarkan mendarat di pantai negara itu semasa keadaan semasa. Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang umum dan ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendesak pihak berkuasa Malaysia supaya membenarkan bot-bot yang membawa etnik Rohingya itu mendarat, seperti yang dituntut oleh agensi PBB dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

“Mereka dinafikan kewarganegaraan di negara mereka sendiri. Sebab itu kampung-kampung mereka dibakar dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka, ”kata Anwar pada Isnin dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Facebook. "Jika kita hantar pelarian ini kembali ke Myanmar, mereka akan ditindas dan malah, mungkin ditembak mati."

Tetapi, gabungan kerajaan yang memperoleh kuasa setelah perubahan mendadak dalam pentadbiran negara pada penghujung Februari lalu, mempertahankan langkah tersebut.

"Keputusan ... pasukan keselamatan untuk memberi bantuan dan pada masa yang sama menyekat kapal yang membawa pelarian itu memasuki negara ini ketika dunia sedang bertarung memerangi COVID-19 adalah langkah yang tepat," kata Abdul Hadi Awang, pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Untuk menghantar isyarat bahawa Malaysia akan membenarkan lebih ramai pelarian masuk atas alasan perikemanusiaan, kerana ditekan oleh [pembangkang] pemimpin Pakatan Harapan ... bukanlah penyelesaiannya," kata bekas perdana menteri Najib Razak dalam catatan Facebook beliau.

“Sekiranya 200 orang ingin masuk, sudah tentu ada yang lain sedang menunggu. Mereka lebih selamat di Cox Bazar’s [di Bangladesh] di bawah pengurusan UNHCR berbanding berada beramai-ramai dalam kapal yang teruk. "

Fortify Rights pula menyatakan bahawa tindakan "menolak" dan "membantu" tersebut melanggar prinsip ‘non-refoulement’ yang diterima pakai antarabangsa, yang menyatakan bahawa negara-negara tidak boleh menolak atau memintas individu yang berisiko ditindas, di sempadan masing-masing.


Bot Rohingya Tidak Di Benar Memasuki Bangladesh

Bot-bot yang tidak dibenarkan memasuki Malaysia pada 16 April lalu adalah dari Cox's Bazar, sebuah daerah di tenggara Bangladesh yang menempatkan lebih 1 juta pelarian etnik Rohingya yang mendapatkan perlindungan di kem-kem pelarian dan penempatan berhampiran sempadan Myanmar. Pada hari yang sama, pengawal pantai Bangladesh menyelamatkan ratusan etnik Rohingya yang kelaparan dari sebuah lagi bot lain.

Minggu lalu, semasa munculnya laporan mengenai sekurang-kurangnya dua kapal pukat tunda yang membawa etnik Rohingya dilihat di Cox’s Bazar, Menteri Luar Bangladesh A.K. Momen menyatakan bahawa negaranya tidak akan menerima pelarian itu lagi.

Kenyataannya mendorong kenyataan gesaan oleh Human Rights Watch dan Michelle Bachelet, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, supaya dibenarkan etnik Rohingya mendarat.

"Dengan semangat solidariti dan bermulanya bulan suci Ramadan, saya sesungguhnya merayu supaya membuka sempadan anda dan benarkanlah kapal-kapal ini mendarat," tulis Bachelet dalam suratnya menurut laporan Agence France-Presse yang memperoleh salinan surat tersebut.

"Lebih 500 lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berada dalam kapal-kapal ini telah berada di laut untuk jangka waktu yang lama, dan kami difahamkan bahawa mereka perlu diselamatkan segera serta diberi bantuan makanan, rawatan perubatan dan bantuan kemanusiaan lain."

Pada Isnin, seorang pegawai pengawal pantai Bangladesh di Cox's Bazar, M. Saiful Islam, menyatakan "tidak ada laporan bahawa kapal-kapal pukat Rohingya telah memasuki perairan wilayah kami," katanya sambil menambah "kami siap siaga untuk menghentikan sebarang cubaan menceroboh. "

Ketika diminta mengulas rayuan Bachelet, Momen mengulangi bahawa beliau tidak akan membiarkan lebih banyak kapal itu mendarat di negaranya.

"Ada banyak negara di sekitar lautan. Konvensyen PBB menyatakan bahawa negara-negara harus mengambil tanggungjawab yang sama dalam kes krisis kemanusiaan. Kami telah pun menerima satu kapal pukat yang dipenuhi pelarian Rohingya. Mengapa kami harus memikul tanggungjawab itu berulang kali? " katanya kepada BeritaBenar.

Etnik Rohingya, katanya, bukanlah milik Bangladesh tetapi Myanmar yang "sepatutnya mengambil tanggungjawab ini.

"Sekiranya Myanmar tidak bersetuju, oleh itu, semua negara pesisir perlulah tampil ke depan," katanya.

Tetapi, beliau menambah kata, "kami juga tidak mahu mereka mati, mereka adalah manusia."

Artikel asal Benar.MY
 
Back
Top
Log in Register