BTC USD 80,616.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

FB_IMG_1588002074462.jpg

​
HUKUMAN MENYEBERANGI SEMPADAN NEGARA SECARA HARAM

Kupasan Oleh :: Amirul Al Shahih .

1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.

2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.

3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.

4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.

5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda tidak dilihat lagi.

6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.

7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata² dan dihukum gantung.

8) Jika anda menyeberangi sempadan British secaraa, haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.

9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.

10) Jika anda menyeberangi secara haram sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:
- Mykad sementara atau
-Status PR Penduduk Tetap
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera setelah fasih berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu.
- Kad kredit
-boleh buka akaun di mana2 bank
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan dgn kos minimal
-jadi tauke kedai runcit.
- jadi bos org tempatan
- beli rumah
- beli tanah free hold
- kahwin orang tempatan
- boleh dpt gelaran datok
Dll.
😱😱😭

THE MAJOR
 
-dapat jadi kepala MLM untuk bawa lebih ramai pendatang
-ketua persatuan walaupun tak diiktiraf bangsa sendiri
-maki tuan tanah
 
BN tidak terima dana bantu pelarian Rohingya – Ahmad Zahid

27 April 2020

MGF27042020_Sidang-Media-Zahid-Hamidi_01.jpg

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media khas mengenai penjelasan terhadap isu pelarian Rohingya di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 27 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Dana dari sebuah negara Timur Tengah yang dijanjikan untuk diberi kepada Malaysia bagi membantu pelarian etnik Rohingya, tidak diterima oleh kerajaan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.

Sebaliknya, dana dengan jumlah yang besar itu difahamkan diterima oleh kerajaan yang mengambil alih pemerintahan selepas BN tidak lagi bernasib baik untuk mentadbir negara, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan berusaha untuk mendapatkan bantuan tersebut namun, tidak ada satu sen pun diterima oleh kerajaan ketika itu.

“BN mengusahakan bantuan daripada sebuah negara dan ketika kerajaan BN memerintah bantuan itu tidak sampai satu sen kepada kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang media khas bagi menjelaskan isu ucapan videonya mengenai Rohingya yang tular, baru-baru ini.

Ahmad Zahid turut menegaskan, wang dari dana tersebut juga tidak ada yang masuk dalam mana-mana yayasan atau mana-mana akaun peribadi milik sesiapa.

Beliau yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kerana tidak mahu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada BN berhubung perkara itu.

Qatar merupakan sebuah negara yang sebelum ini dikatakan mahu menginfaqkan dana berjumlah RM1 bilion kepada kerajaan Malaysia bagi kegunaan kebajikan etnik Rohingya di negara ini,
Dana tersebut diusahakan oleh kerajaan ketika Ahmad Zahid yang ketika itu juga merupakan menteri dalam negeri.

Pada 2017 Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Qatar melalui Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) bersetuju memberi penajaan dana terhadap tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak-anak Rohingya dan skim perlindungan insuran untuk rawatan dan perubatan.

Qatar juga meminta Malaysia menyediakan satu pelan perlindungan insurans menerusi sebuah syarikat insurans bagi memastikan pelarian Rohingya itu mendapat rawatan perubatan yang terbaik. QDF akan membiayai bayaran premium insurans itu dan kemudahan itu hanya khas kepada pelarian Rohingya yang berlindung di Malaysia.

Ahmad Zahid menjelaskan perjalanan sekolah anak Rohingya mengikut silibus sistem pendidikan Myanmar sekarang dengan tujuan apabila konflik yang berlaku di negara itu tamat, anak-anak ini dapat melanjutkan pelajaran menggunakan silibus sama apabila pulang ke sana.

Begitu juga dengan status pelarian Rohingya dan ‘orang hanyut’ lain. Katanya, mereka akan berada di sini bagi tempoh tertentu dan diberikan pelbagai bantuan kemanusiaan, sebelum dihantar ke negara ketiga atau kembali ke negara asal.

Saya percaya dasar ini masih kekal, katanya.- MalaysiaGazette

Malaysia sedang diserang bertubi-tubi media-media tempatan dan antarabangsa didalangi pertubuhan dan NGO liberal berkenaan isu bot pelarian.

Saya rasa saya tak perlu dah terangkan keadaan kita hari ini dan mengapa kita 'lockdown' semua sempadan, tak kira masuk halal atau masuk secara haram.

Dalam anda sibuk berbalah sesama sendiri, negara kita sedang diwarnakan sebagai negara yang jahat.

Bila nak bantu pertahankan negara?

Mohamad Jamalee
14 jam
 
Cukup pantang bila saya menulis, topik yang dibangkitkan dia tak nak jawab, dia bawa lari ke hujah macam;

"Ya lah tak payah bantu Rohingya. Kita bantu Syria je lah sebab wanitanya lawa-lawa, kulit putih."

Menyirap je rasa. Meh tolong jawab benda ni:

1. Dalam keadaan PKP dan 'lockdown' ni berapa pelarian putih melepak gebu-gebu dah masuk?

2. Dari (+-) 200,000 orang pelarian yang ada dalam negara, berapa peratus yang putih-putih gebu-gebu?

3. Apa lagi yang Malaysia tak buat sampai kau nak warnakan negara aku macam tak buat apa-apa?

a) Terima pelarian dah.
b) Bantu bina fasiliti dekat negara bergolak dah.
c) Hantar bantuan ketenteraan dah (sampai ada anggota kita yang terkorban).
d) Menjemput pemimpin negara bergolak berdialog dah.
e) Menjemput ASEAN berbincang dah.
f) Menjemput OIC berbincang dah.

Apa lagi yang korang tak puas hati dengan Malaysia ni? Apa lagi yang korang tak mampu nak faham ni?

Tak payahlah pakai hujah rasis main warna kulit. Kita terima pelarian, imigran lagi gelap dari Rohingya ni dah lama. Malah lagi ramai. Bukan perkara baru.

Kenapa nak kena berhujah macam ni, lepas tu tuduh orang lain pulak rasis padahal kau yang rasis sebab hujah kau hanya nampak warna kulit, gebu-gebas, cantik-lawa.

Pelarian Syria ni berapa ramai? Kebanyakan yang masuk sini tinggal dekat condo, apartmen, jumlah pun sikit. Tak ada bawak sekampung duduk serumah. Ada yang sambung belajar, ada yang buat bisnes kecil-kecilan, ada yang tambah skil dan sebagainya. Kebanyakan mereka pun ada 'mindset' nak balik negara sendiri.

Pelarian Rohingya ni UNHCR letakkan dekat flat-flat. Pihak condo dan apartmen kadang tak nak terima sebab akan jatuhkan nilai hartanah depa. So UNHCR sewakan rumah dekat flat-flat, taman-taman perumahan. Yang hadap isu sosial ni jiran sebelah, komuniti flat dan taman. Yang duduk apartmen, condo mewah yang sering jerit pasal kemanusiaan ni tak hadap.

Bila orang kata "Nak bantu sangat bawaklah balik rumah" korang marah. Hujah bodoh katanya.

Tapi masalah tu korang tak hadap 1st hand, atau nasib korang baik (macam den) kenal yang rata-rata ok.

Jadinya, tak perlu berhujah falasi macam ni.

Fokus dekat isu.

Isunya mudah: Kita tak boleh terima pelarian buat masa ini atas sebab-sebab tertentu.

a) masalah wabak
b) masalah kekangan ekonomi (1 juta pekerja sektor pelancongan bakal hilang kerja)
c) masalah kegawatan ekonomi dunia
d) masalah 'frontliners' tak menang tangan
e) dan 1001 masalah lain.

Nak masuk berhujah, tak suka dengan pandangan den, bawak solusi kepada isu yang kita tengah berdepan ni.

Salah satu solusinya adalah korang sendiri bantu pelarian ni, tapi bila kata bawak balik rumah nanti korang pulak meloncat.

So kita stick kepada isu wabak, ekonomi dan lain-lain ni.

Simple.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya Di Malaysia sekarang ada dua penyakit:

1. Malaysia tak buat apa2. Malaysia zalim. Malaysia nak Rohingya kebulur

2. Rohingya jahat. Elok mati. Berambus semua dari Malaysia. Biar dibunuh Burma

Dan kedua-dua penyakit ini, asalnya datang daripada kelompok yang sama.

Tengku Faiz nanti kalau ada kluster rohingya tak pasal2 puak2 tu salahkan kerajaan jugak
 
myanmarchina-pipeline.jpg

laluan paip minyak dan gas sino-myanmar yang merentasi negeri rakhine.
mungkin ini salah satu sebab myanmar buat etnik clearance di sana.

minyak dari shwe gas field di teluk bengal disalurkan direct ke nanning tak perlu lalu selat melaka semenjak 2013.
projek milikan bersama china dan myanmar.

salah satu belt & road initiative china.
 
Last edited:
Rohingya: Geopolitik kuasa besar

004b73709e3775768e06ab1487576fd6.jpg

Saya terpanggil dengan lawak jenaka oleh ahli politik dan pelbagai pihak yang cuba meneguk di air yang keruh, cuba mempolitikkan isu Rohingya atas kepentingan masing-masing, maka akhirnya keliru, rancu dan bercelarulah pemikiran masyarakat di Malaysia.

Ramai yang cuba menjadi juara, memburukkan pihak yang lain dan mempertikai kebaikan yang dibuat ke atas Rohingya. Tidak kurang juga yang marahkan etnik Rohingya yang dilihat semakin membarah, besar kepala dan ‘naik tocang’ di Malaysia.

Saya diminta oleh pelbagai pihak untuk menulis tentang isu ini agar dapat memberikan serba sedikit pencerahan kepada apa yang sedang berlegar dalam isu Rohingya ini.

Maka pandangan yang saya berikan ini adalah pandangan dari sudut strategik, geopolitik dan keselamatan. Mungkin ada yang tidak menyetujui, akan tetapi cubalah berfikir di luar kotak dan ruang lingkup peribadi agar isu ini lebih mudah dihadam.

Apa yang sebenarnya perlu difahami oleh masyarakat umum adalah isu Rohingya sebenarnya isu yang sangat besar, rumit dan cukup sistematik, ia bukan sekadar di sebalik isu Pasar Borong Selayang atau Bandar Diraja Klang mahupun Setapak semata-mata.

Tetapi isu Rohingya sudah menjadi normal baru dalam masyarakat Malaysia. Melalui pengalaman saya bersama etnik Rohingya dalam misi kemanusiaan dan pelbagai program bersama NGO lainnya, maka saya kongsikan sedikit sebanyak informasi berkaitan yang mungkin boleh dijadikan pencetus kepada pemikiran kita bersama.

Etnik Rohingya ini tinggal di kawasan Rakhine, iaitu satu wilayah yang cukup stategik dari sudut ekonomi mahupun geografi. Kedudukan Rakhine ini di Teluk Bengal menjadikan ia rebutan beberapa negara termasuklah India, China dan Jepun.

Dari segi geopolitik, beberapa projek mega yang dirancang seperti Empangan Rakhine, Special Economic Zone (SEZ) dan pelbagai agroperniagaan berskala besar telah menjadikan wilayah ini amat penting dan menjadi rebutan.

Kelompok masyarakat ini perlu dikeluarkan agar pelbagai agenda politik dan ekonomi yang dirancang dapat dijayakan. November 2018, perjanjian pembinaan Pelabuhan Laut Dalam Kyaukpyu di dalam wilayah Rakhine telah termeterai diantara Myanmar dan China.

Ia terjadi selepas gagalnya projek yang sama di Pulau Sonadia, Bangladesh. Ini secara jelas memperlihatkan betapa China amat meminati wilayah Rakhine dan dibantu oleh Myanmar untuk mengeluarkan etnik Rohingya dari kawasan tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di wilayah-wilayah konflik lainnya di rantau Asia Tenggara ini.

'Kebijakan' kerajaan Myanmar dalam mendepani isu Rohingya ini memang tidak dapat dinafikan. Hubungan baik dijalinkan oleh Myanmar dengan China, India termasuklah Amerika Syarikat, malah kepentingan dan peluang pelaburan yang besar diberikan kepada negara-negara ini.

a1062ad015680f2c093f9028c6fb42c4.jpeg

China boleh dilihat akan meletakkan kepentingan ekonomi sebagai keutamaan, isu penghapusan etnik dan konflik tempatan tidak penting bagi China. Projek ‘One Belt One Road’ atau OBOR yang menghubungkan Myanmar dan China akan dijayakan melalui SEZ.

Laluan paip strategik yang akan menghubungkan barat dan timur akan dibina melalui pelabuhan Kyaukpyu ke Kunming, wilayah Yunnan, China. Laluan ini akan membolehkan minyak dan gas dipindahkan ke China dengan lebih cepat melalui laluan paip rentas negara.

China bakal menguasai laluan penting ini dan menjadikan mereka kuasa yang super-dominan di rantau timur. China juga menyatakan pelaburan AS$3.2billion termasuk pembinaan empangan Myitsone pada tahun 2017.

Perkara yang sama juga dilakukan oleh India, Amerika Syarikat dan Jepun, kesemuanya mempunyai kepentingan ekonomi dan perdagangan yang menjadikan wilayah Rakhine ini sangat strategik.

Berbalik kepada situasi di Malaysia, mengapakah isu Rohingya tiba-tiba menjadi topik perbincangan besar oleh pelbagai kelompok? Apa agenda yang sedang dimainkan di sebaliknya? Dan mengapakah isu Rohingya ini menjadi polemik di musim Covid-19 dan pada bulan yang mulia, Ramadhan al-Kareem ini.

Setelah agak lama isu Rohingya ini senyap dan sepi, akan tetapi secara tiba-tiba ianya menjadi isu besar dan mendominasi media utama ketika ini. Ramai yang tidak cuba memahami apa agenda disebalik semua ini, maka tuduhan terus dilemparkan terutamanya kepada pihak berkuasa yang dianggap sebagai kejam dan bersikap di luar batas kemanusiaan kerana menolak kemasukan kapal yang membawa tidak kurang 200 etnik Rohingya ini.

Perlu difahami, isu Rohingya ini adalah satu perniagaan yang menguntungkan. Ia cukup sistematik dan melibatkan pelbagai pihak termasuklah pihak keselamatan sesebuah negara.

Ada laporan mendakwa pihak-pihak tertentu termasuklah pihak keselamatan di Myanmar, Bangladesh, Thailand dan Malaysia terlibat dengan satu sindiket yang besar dan terancang. Ia adalah satu perniagaan yang mewah dan pasti menguntungkan.

Benarlah seperti yang dinyatakan dalam salah satu babak filem Tiga Abdul lakonan Allahyarham P Ramlee, bahawa meniaga manusia labih menguntungkan.

138f8e648021924a56ccd3e488ea2b22.jpg

Maka disebabkan itulah isu Rohingya ini dipelihara dan dinampakkan seperti amat meruncing agar mereka mampu terus mendominasi perniagaan yang menguntungkan ini. Malah industri ini dipelihara oleh kelompok-kelompok tertentu hingga isu-isu keselamatan akan dibelakangkan, janji ‘masyuk’.

Seterusnya, dari segi ‘trend’ atau ‘pattern’ kemasukan Rohingya ke Malaysia, biasanya bulan Ramadhan dipilih kerana kelemahan sistem pengawalan sempadan.

Faktor puasa dan kawalan yang agak longgar terutamanya semasa menghampiri waktu berbuka puasa, selepas isyak dan juga selepas subuh secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada lanun dan sindiket penyeludupan manusia ini.

Seterusnya, faktor Covid-19 juga memberikan ruang yang luas terbuka kepada lanun-lanun ini kerana PKP dan ‘lockdown’ di sesetengah kawasan. Kumpulan sindiket ini tidak sama sekali takutkan virus, apa yang mereka takuti adalah apabila sempadan negara tidak dapat ditembusi.

Juga adalah tidak adil sama sekali menyalahkan kerajaan Myanmar semata-mata tanpa memahami apa yang telah dilakukan dan inisiatif holistik yang telah diambil oleh kerajaan Myanmar.

Memang kekejaman itu berlaku, akan tetapi dalam masa yang sama juga harus dilihat kebaikan yang cuba dihulurkan oleh pemerintah dan pelbagai NGO di Myanmar.

Beberapa penempatan khas, kem pelarian dan rancangan penempatan semula telah dilakukan oleh kerajaan Myanmar di Yangoon dan beberapa bandar lain. Walaupun secara halusnya ia bertujuan untuk menempatkan semula etnik Rohingya, akan tetapi inisiatif ini dipandang sepi oleh pelbagai pihak malah tidak pernah diiktiraf usaha baik yang dilakukan oleh junta tentera ini.

Pada masa yang sama juga kita dapat melihat bagaimana etnik Rohingya sendiri menolak semua inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini.

Selain itu kem-kem pelarian yang dibina oleh UNHCR di Kutupalong-Balokhali, Maungdaw, Sittwe, Bhamo, Teknaf dan Bhutidaung juga adalah antara tindakan yang diambil hasil kerjasama PBB dengan kerajaan Myanmar dan Bangladesh.

c75d3e5c1ab694fb8a9634e24c1ac375.jpg

Kem-kem pelarian yang berdaftar ini telah diuruskan dengan baik dan teratur. Akan tetapi pada masa yang sama juga terdapat lebih ramai lagi yang menghuni kem-kem tidak berdaftar dan mempunyai sistem pengurusan yang teruk.

Walau bagaimanapun, pihak UNHCR dan pelbagai NGO lainnya dilihat membantu dalam kapasiti yang cukup besar walaupun tidak sesempurna mana.

Antara penyelesaian yang boleh diambil adalah dengan membuat tekanan kepada pihak Myanmar untuk mengambil tindakan yang lebih menyeluruh terhadap isu Rohingya ini.

Tekanan secara bersama dengan semangat ASEAN dan PBB perlu dilakukan. Etnik Rohingya perlu disokong untuk menerima pelan relokasi dan lain-lain inisiatif yang diambil oleh Yangoon dalam menangani isu ini.

Sekurang-kurangnya 34 kem pelarian yang tidak berdaftar di Teknaf, Balukhali dan wilayah-wilayah lainnya perlu diselenggarakan oleh UNHCR. Dalam masa yang sama juga, pelbagai kerajaan termasuk ‘duta’ khas Malaysia ke China harus membangkitkan isu ini kepada pemerintah China dari masa ke semasa, begitu juga kepada pemerintah India, Amerika dan Jepun.

Kerajaan Myanmar perlu digesa untuk membangunkan pelan yang lebih menyeluruh untuk penempatan Rohingya. Bukan membenci atau tidak tidak mengasihi, tetapi masalah Rohingya ini perlu diselesaikan di tempat mereka sendiri, bukannya di Malaysia.

Myanmar, Bangladesh dan Rohingya sendiri lebih mengetahui masalah dan jalan penyelesaian untuk mereka. Dengan jumlah yang sudah menjangkau ratusan ribu, pastinya ada segelintir etnik Rohingya yang terlibat dengan pelbagai jenayah dan membuat pelbagai permintaan yang berlebihan dan bersikap ‘kaduk naik junjung’.

Cukuplah pada kadar 200,000 Rohingya di Malaysia, jangan ditambah lagi walaupun dengan sebuah kapal. Kos saraan dan tanggungan ke atas mereka melebihi 1 juta setiap bulan, tidak termasuk lain-lain kos tersembunyi lainnya.

Sepatutnya wang ini boleh digunakan untuk rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai, bukannya cuba menyelesaikan isu yang dicipta oleh pihak-pihak yang berkepentingan di wilayah Rakhine ini.

DR MOHD MIZAN ASLAM ialah pakar kajian strategik dan antikeganasan.

nice info tn kopirait, appreciate this vm :)
 
45793311_249212829082337_8125951645835067392_o.jpg

Mike Chong Yew Chuan

· 2 min

Perkataan Rohingya panas baru-baru ini kerana dikatakan komuniti ini cuba mendapatkan hak kewarganegaraan untuk menetap di negara ini dan ada di kalangan mereka yang menghina rakyat dan negara kita

Dan semalam ada puak-puak PH, khususnya DAP yang cuba mengaitkan isu Rohingya ini dengan MCA

Kata mereka, CRSM (Crisis Relief Squad of MCA), satu skuad kebajikan milik MCA mengedarkan barangan bantuan kepada komuniti Rohingya yang menetap di Johor, jadi sudah sah MCA ini turut bersetuju dengan permintaan orang-orang Rohingya ini

Siap dengan gambar lagi untuk menyokong tuduhan mereka (lihat bawah)

Patutlah Kerajaan Gagalkrasi PH pendek je nyawa, kerana macai-macai PH akal pun kurang

Sehinggalah mereka ini tak boleh nak bezakan antara kebajikan dan soal pendirian dasar

Dua hari lepas, MCA telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan MCA tidak bersetuju dengan penerimaan warga Rohingya memasuki negara ini, memandangkan wabak Covid-19 sedang menular serta fasiliti perubatan di negara ini sudah berat bebannya dan tidak dapat lagi menampung pelarian Rohingya yang cuba masuk ke negara ini, sekiranya ada di kalangan mereka adalah pembawa wabak

Lagipun, isu pelarian Rohingya ini bukan sahaja masalah Malaysia dan negara kita tidak patut terus dibebani dengan isu ini yang sepatutnya perlu ditangani oleh masyarakat dunia bersama

Pendirian MCA cukup jelas dan nyata, iaitu tiada lagi pelarian Rohingya yang dibenarkan masuk ke negara ini

Sejak wabak Covid-19 ini mula menular dalam negara, CRSM telahpun melancarkan kerja-kerja kebajikan untuk membantu mereka yang memerlukan. Setakat hari ini, puluhan ribu keluarga telahpun menerima bantuan daripada CRSM, dalam bentuk barang-barang dapur, makanan dan barangan kegunaan harian

Sama seperti badan-badan kebajikan yang lain, CRSM menghulurkan bantuan kepada semua, tanpa mengira bangsa dan agama

Biarpun MCA tidak bersetuju untuk menerima masuk lagi pelarian Rohingya ke negara ini, tetapi mereka yang sudah menetap di sini tidak patut dinafikan bantuan atas prinsip kemanusiaan

Kucing dan anjing liar tepi jalan kalau kelaparan pun kita akan bagi makan, apatahlagi mereka-mereka ini adalah manusia, yang sedang kelaparan dan kehausan. Ada di kalangan mereka hanyalah bayi dalam buaian dan kanak-kanak, dan di antara mereka sudah tak makan beberapa hari, sanggupkah kita melihat mereka sengsara hanya kerana mereka ini keturunan Rohingya?

Sebagai contoh, pernahkah Ustaz Ebit Lew tanya kepada penerima bantuan, "Adakah anda Rohingya? Kalau ya saya tak boleh bagi bantu, sorry"

Tentulah tidak

Kerana ini soal kebajikan, soal kemanusiaan, soal keikhlasan membantu, dan bukannya soal politik dan dasar

Atas prinsip yang sama, walaupun Kerajaan PN tidak membenarkan mereka mendarat di perairan Malaysia, tetapi bantuan-bantuan makanan, minuman dan sebagainya telah pun diberikan kepada kapal-kapal mereka.

Ini berlandaskan kepada prinsip kemanusiaan, seperti apa yang dilakukan oleh CRSM

Saya berasa kesal dengan tohmahan geng-geng PH ini yang cuba mempolitikkan usaha MCA membantu masyarakat bagi mencapai agenda mereka. Kalaulah konspirasi mereka ini berjaya, saya khuatir tidak akan ada lagi badan-badan kebajikan yang berani tampil membantu komuniti Rohingya kerana takut dilabelkan sebagai penyokong Rohingya

Dan apa yang lebih membimbangkan saya ialah, kerja-kerja kebajikan yang sepatutnya buta warna kulit dan agama, akan dicemari dan berubah asasnya angkara puak-puak yang hanya mementingkan kepentingan politik mereka ini

Oleh:
Mike Chong
Jurucakap MCA

1588034055699.png

Back
Top
Log in Register