BTC USD 80,181.6 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Polis Siasat Hantaran Media Sosial Isu Pelarian Rohingya

27.04.2020 - Kuala Lumpur, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis sedang menyiasat audio, video dan berita mengenai isu pelarian Rohingya ke negara ini, sehingga menimbulkan kenyataan berbaur kebencian di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, beliau hairan mengapa isu kedatangan Rohingya itu tiba-tiba dibangkitkan, sedangkan kedatangan mereka sebelum ini telah mendapat simpati dari Malaysia ekoran pelbagai musibah yang ditimpa mereka seperti dibakar hidup-hidup dan dibunuh dengan kejam.

“Semua berita-berita itu menyebabkan kita sebagai sebuah negara menerima mereka waktu itu dan tak ada isu pun.

“Tapi akhir-akhir ini tiba-tiba isu ni menjadi besar dan ini juga menghairankan pihak berkuasa, pihak polis terutamanya kerana akhir-akhir ini terlalu banyak berita-berita melalui media sosial, video misalnya dikeluarkan yang menimbulkan kemarahan rakyat kepada mereka.

“Jadi pihak polis sedang menyiasat perkara ini sebab ada juga yang menganggap sesetengah video dan audio itu adalah palsu.

"Walau bagaimanapun tiada sesiapa pun boleh menentukan kesahihan palsu atau tidak kecuali pihak polis,” katanya pada satu sidang media harian di Putrajaya hari ini.

0cba6147577d2f4218bd4d71751c2c58.jpeg


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu Rohingya dan bagaimana pihak keselamatan mengendalikan sentimen antipelarian itu supaya tidak mencetuskan sebarang insiden keganasan.

Isu Rohingya menjadi perhatian ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.

Bot yang membawa pelarian Rohingya itu membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi.


Bertenang, biar polis siasat

Ismail yang juga menteri pertahanan menasihatkan supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak menimbulkan isu-isu yang membangkitkan kemarahan sehingga boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini.

“Malaysia adalah sebuah negara aman dan kita terkenal dengan negara sangat bertimbang rasa oleh sesiapa saja yang ada di bumi Malaysia ini.

“Jadi saya harap kita bertenang dan kita beri peluang kepada pihak polis untuk menyiasat perkara-perkara yang ditimbulkan. Insyaallah polis akan siasat semua perkara yang ditimbulkan di dalam media sosial, YouTube dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, keadaan pelarian Rohingya itu mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani, yang kemudiannya mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan bertanggungjawab terhadap pelarian berkenaan.

Zafar turut didakwa mengeluarkan kenyataan menghina rakyat Malaysia, menuntut hak kerakyatan penuh.

Bagaimanapun, dia menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu dan menyifatkannya sebagai tuduhan palsu.

fb21b8bf5d2b29da40a46c9103dd9aeb.jpg

Kem pelarian Rohingya di Cox Bazaar, Bangladesh.

Pada 16 Feb lalu, sekurang-kurangnya 14 nyawa melayang selepas sebuah bot dalam perjalanan menuju Malaysia membawa pelarian Rohingya karam di perairan selatan Bangladesh.

Sementara itu, AFP pada 17 April melaporkan 32 pelarian Rohingya dipercayai maut dalam sebuah bot yang sesak dengan kira-kira 400 penumpang yang "kebuluran."

Bot yang membawa hampir 250 kanak-kanak dan wanita itu pada awalnya menuju ke Malaysia tetapi terdampar di perairan Teluk Bengal hampir dua bulan sebelum diselamatkan pihak berkuasa Bangladesh.

Lebih 730,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar selepas tindakan keras dilakukan tentera pada tahun 2017, memaksa mereka memenuhi kem-kem di sempadan Bangladesh.

Penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyimpulkan bahawa kempen ketenteraan itu dilaksanakan dengan "niat melakukan genosid".

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Januari mengarahkan Myanmar mengambil langkah segera melindungi penduduk Rohingya daripada tindakan kejam - keputusan yang dipuji sebagai "kejayaan keadilan antarabangsa" oleh negara kecil Afrika yang membawa kes itu ke ICJ.

Tindakan undang-undang yang failkan Gambia pada November tahun lalu kepada badan tertinggi PBB untuk pertikaian antara negara itu, mendakwa Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya dengan melanggar konvensyen 1948.

Keputusan akhir mahkamah mungkin mengambil masa bertahun-tahun, dan keputusan pada Khamis hanya melibatkan permintaan Gambia untuk langkah-langkah awal, lapor Reuters.

b1ca441e7a3bfd421e2c08770e1859d3.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/522788
 


​

ROHINGYA | 17 NGO Berkaitan Pelarian Rohingya Mohon Maaf

17 gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan pelarian Rohingya, mengemukakan permohonan maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, susulan kenyataan tidak bertanggungjawab seorang individu daripada etnik terbabit.
 
NGO Islam Hantar Memo Pada PM Isu Rohingya

27.04.2020 - Kuala Lumpur, Kepada Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, kami memberi perhatian serius mengenai keadaan dan nasib pelarian yang kini tersepit oleh wabak Covid-19 di Malaysia dan juga diseluruh dunia.

Di kala semua negara yang terkesan dengan pandemik ini terpaksa memberi perhatian kepada rakyat masing- masing dari segi bantuan dan rawatan kesihatan, golongan pelarian terbiar, malah sentimen membenci pelarian kini mulai tercetus tanpa mempertimbangkan nasib mereka yang semakin parah.

Pihak Badan Kesihatan Dunia (WHO) malah mengingatkan malapetaka besar akan menimpa kem pelarian jika bantuan tidak disalur kepada mereka.

Kami menggesa atas nama Islam dan kemanusiaan sejagat, bersama semangat dan ruh Ramadhan Kareem, supaya kempen menimbulkan sentimen kebencian kepada komuniti pelarian yang semakin berleluasa oleh pihak tertentu di Malaysia hendaklah segera dihentikan.

Kami kesal kini wujud kempen yang mengguna maklumat tidak berasas, diputar belit dan menambah-nambah maklumat yang sengaja menimbul kebencian kepada satu-satu komuniti pelarian.


Hantaran anti-Rohingya berleluasa

Malah ada yang sanggup menulis mengenai sejarah yang salah dan tidak berasas mengenai etnik yang ditindas serta bersekongkol dengan regim penindas yang memang mahu memburukkan dan menjustifikasi jenayah genocide dan penghapusan etnik yang telah dilakukan berpuluhan tahun lamanya.

Malah kami kesal berleluasanya posting di akhir-akhir ini dalam media sosial yang mengguna kata-kata keras dan bertentangan dengan akhlak Islam bila menularkan pandangan terhadap pelarian.

Sudah tentu ini bukan nilai kesopanan dan ketatasusilaan yang dipegang oleh rakyat Malaysia. Sesungguhnya prinsip Islam sangat jelas mengenai membantu orang yang dizalimi:

"Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”. (Al-Maidah : 2)

Dari Asma bt Yazid dari Nabi SAW bersabda: " Barang siapa yang tidak mahu menolong saudaranya yang sedang dihina orang disisinya pada hal dia mampu menolongnya nescaya akan dihina dia oleh Allah ditengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat". (HR Tobrani No: 19916)

Kami berpendapat adalah tidak wajar sentimen mengutuk dan mencetuskan kebencian yang tidak benar disebarkan sehingga komuniti pelarian menjadi mangsa prasangka dikalangan masyarakat tempatan.

0cba6147577d2f4218bd4d71751c2c58.jpeg


Kami menyeru mereka yang ghairah dengan menyebar kebencian , merujuk kepada perintah Allah:

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.

Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah. Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir itu ialah:

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu......"

"Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh...."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan...... Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku......"

Kami menasihatkan kepada semua bahawa isu pelarian ini adalah isu global yang sedang ditangani oleh badan antarabangsa seperti PBB yang memberi mandat kepada agensi antaranya UNHCR dan UNHRC, WHO, WFP untuk menangani jutaan pelarian di negara berkonflik.

fb21b8bf5d2b29da40a46c9103dd9aeb.jpg

Kem pelarian Rohingya di Cox Bazaar, Bangladesh.

Kami juga menarik perhatian kepada semua warga rakyat Malaysia kepada komitmen Malaysia yang selama ini berusaha membantu pelarian yang datang dari pelbagai negara atas dasar kemanusiaan dan hak perlindungan mangsa konflik. Selama ini sifat kemanusiaan Malaysia terus ditunjukkan dengan melibatkan kerjasama antara kerajaan, NGO dan dan agensi antarabangsa.

Malah OIC, yang Malaysia adalah negara anggota yang aktif dan berperanan besar, juga telah mengeluarkan resolusi mengenai mangsa pelarian dikalangan umat Islam yang memerlukan bantuan kemanusiaan.

Mengikut pernyataan khas mengenai umat Islam Rohingya jelas kesepakatan negara- negara Islam disuarakan dalam dokumen berikut :

OIC Statement at the 68th Session of the Executive Committee of the UNHCR. Geneva, 2-6 October 2017,

".....OIC countries, as the entire international community, are very much concerned by the crisis unfolding in the Rakhine State in Myanmar. This crisis has generated thousands of forcibly displaced persons. The figures and the speed of the flows are alarming. This crisis is the result of decades of denial of citizenship to the Rohingya Muslim community and the consequences of multiple restrictions, including freedom of movement and a policy of systematic discrimination..."

"The OIC has continuously worked with the UNHCR in addressing the refugee crises in view to providing dignified and sustainable response to their sufferings".

" As it was expressed by many countries, predictibility, solidarity, respect for the human dignity, equitable burden sharing, humanitarian development nexus, are key in our common endeavor to alleviate the sufferings of refugees.

" OIC is in line with the vision developed by the UN Secretary General on Prevention as an essential element to avert conflicts and possible humanitarian crises.

"OIC appreciates also the fact that the NY Declaration on Refugees and Migrants strongly condemns xenophobia against refugees and migrants and advocates for a global campaign to counter it. Indeed, negative political discourses grounded on people’s fears and exploitation of the economic slowdowns and the promotion of restrictive measures against refugees and migrants contribute dangerously to create barriers among cultures and civilizations."



Lebanon tanggung satu juta pelarian

Dalam kes etnik Rohinya keadaan mereka lebih rumit kerana mereka tidak memiliki kerakyatan akibat dibatalkan oleh regim Myanmar pada 1982. Kini mereka tidak dapat merujuk kepada mana-mana kedutaan untuk meminta bantuan kerana mereka tidak punya kewarganegaraan.

Kami mengambil maklum bahawa semua negara penerima pelarian memang merasa terbeban dengan kedatangan pelarian. Negara Islam seperti Turki terpaksa menanggung lebih 3 juta pelarian Syria. Malah negara kecil seperti Lebanon menerima tidak kurang satu juta pelarian Syria dan Palestine.

138f8e648021924a56ccd3e488ea2b22.jpg


Bebanan ini pasti merumitkan negara penerima. Akan tetapi sebagai negara Islam, jalan yang terbaik ialah berusaha agar perkara asas untuk mereka dilindungi untuk sementara waktu sehingga penyelesaian dapat dicari untuk mereka kembali ke tanah asal setelah mereka diberi jaminan keselamatan oleh negara mereka sendiri dan badan antarabangsa. Kami percaya semua pelarian ingin kembali ke tanah air masing-masing.

Isu yang dibangkitkan mengenai budaya hidup pelarian dari pelbagai negara yang tidak sesuai dengan budaya tempat hendaklah diterima dengan berlapang dada disamping berusaha mendidik mereka agar memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya tempatan.

Malaysia telah menjadi negara pilihan terutama dikalangan pelarian Muslim. Ini adalah beban yang diterima sejak 1970 an lagi. Sehingga hari ini Malaysia memilih tidak menjadi penandatangan kepada Refugee Convention 1951 atau Geneva Convention on Refugees.

2de07cc0e4383710c007c3929f5f1540.jpeg


Walau bagaimanapun Malaysia telah memberi banyak bantuan kepada pelarian. Kami berpendirian sikap Malaysia dan komitmen Malaysia membantu pelarian perlu diteruskan.

Oleh yang demikian kami menyaran kepada pihak kerajaan:

Perbincangan khusus dengan UNHCR dan agensi UN yang lain untuk melihat mandat yang ada kepada badan-badan tersebut supaya dapat bekerjasama dengan Malaysia dan NGO tempatan mencari penyelesaian kepada pelarian yang ada di Malaysia.

Dalam mengendalikan kes kedatangan pelarian di perairan Malaysia pertimbangan kemanusiaan hendaklah diutamakan. Setiap situasi hendaklah dipertimbangkan mengikut kes bagaimana keputusan diambil untuk mengendalikan mereka yang telah masuk kedalam perairan Malaysia.

Malaysia perlu mengaktifkan semula gesaannya supaya Asean dan UN mengambil inisiatif tegas secara kolektif untuk menyelesaikan isu pelarian Myanmar yang melimpah ke negara jiran.

Myanmar perlu ditekan supaya warga Rohingya diterima semula dan kewarganegaraan mereka dikembalikan untuk memboleh mereka kembali ke tanah air mereka.

debff7131c087745297e96961a0cad86.jpg

Gambia seret Myanmar ke mahkamah jenayah antarabangsa di The Hague.


Pelarian yang ada di Malaysia perlu dikendalikan dengan secara berperikemanusiaan. Satu reformasi kerangka polisi migran yang baharu dan jelas kearah menjaga hak asasi pelarian perlu digubal segera .

Dalam masa yang sama menguruskan pelarian dengan cara yang sistematik perlu dirangka agar mereka boleh menyumbang kepada tenaga kerja Malaysia secara sah dan atas dasar kemanusiaan akses untuk mendapat kemudahan asasi seperti pendidikan, khidmat kesihatan serta keselamatan dapat dijamin.

Dalam keadaan wabak Covid-19, pelarian hendaklah dikendalikan dengan pertimbangan bahawa mereka tidak termasuk dalam sebarang bantuan kerajaan.


Tindakan tegas pada ugutan, ancaman

Oleh kerana mereka dikehendakki patuh kepada KPK, sedangkan mereka tidak punya sebarang akses pekerjaan dan pendapatan untuk meneruskan survival kehidupan seharian, pihak kerajaan perlu bekerjasama dengan Ngo dan pihak UNHCR untuk membantu mereka bagi mendapat makanan asas.

Hampir semua pelarian terpaksa hidup bersempit dalam rumah yang disewa, dan kini mereka berdepan dengan masalah dihalau oleh tuan rumah kerana tidak menjelaskan sewa sedangkan pelarian sudah hilang punca pendapatan.

Pihak keselamatan perlu bertindak keatas mana-mana pihak yang menimbulkan ketegangan awam seperti mengugut bunuh atau mengancam untuk melakukan jenayah keatas seseorang atau satu kelompok, yang bertentangan dengan undang- undang negara. Sebarang tindakan diluar undang-undang yang bersifat jenayah hendaklah diambil tindakan tegas.

Pihak keselamatan perlu memberi perhatian lebih serius terhadap sindiket pemerdagangan manusia yang melibatkan orang luar dan orang dalam. Pelarian kerap menjadi mangsa kepada sindiket yang maseh beroperasi di sempadan negara.

c49e5932c8b5c20173751a4ce8972f96.jpg


Kepada rakyat Malaysia, kami mengesa:

Hentikan prasangka kepada pelarian sebagai Muhajirin. Semangat persaudaraan Islam dan kemanusiaan perlu diutamakan berdasar prinsip Islam.

Hentikan penyebaran maklumat palsu yang menimbulkan fitnah dan menganiaya komuniti pelarian.

Sebarang tuduhan liar yang ditular tanpa bukti yang jelas bukan sikap masyarakat Islam khasnya dan masyrakat Malaysia amnya. Jika didapati palsu dan boleh menimbulkan ketegangan awam pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang berdasarkan peraturan negara di bawah SKMM.

Hormati hak hidup pelarian supaya mereka dapat hidup pada kadar minimal dan bermaruah di negara yang mereka tumpangi sementara sehingga keadaan mengizinkan mereka pulang ke tanah air.

Patuh kepada undang-undang negara agar tidak mencetuskan suasana yang mengugat kestabilan awam. Rakyat Malaysia perlu mengelak dari mengambil undang-undang ditangan sendiri.

Sebarang perlakuan yang menyalahi undang- undang hendaklah diserah kepada pihak keselamatan untuk menangani sebarang kes khusus yang timbul.


Kenyataan ini dikeluarkan bersama oleh:

1. Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
2. Datuk Seri Ahmad Awang, Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Pertahan Masjid Al Aqsa (Manar).
3. Datuk Wira Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).
4. Mohideen Abdul Kader, Pengarah Citizens International.
5. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
6. Ahmad Tarmizi Sulaiman, Anggota Parlimen Sik merangkap Pengerusi Yayasan Isra' Malaysia.
7. Ahmad Farhan Rosli, Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
8. Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin CEO, Global Peace Mission.
9. Pastor Joshua Hong, President of Association of NextGen Christians of Malaysia (ANCOM).
10. Jason Leong, Advisor to Association of NextGen Christians of Malaysia (ANCOM).
11. Jamaludin Samsuddin, CEO Allied Cordinating Committee of Islamic Ngos (ACCIN).
12. Al-Hidayah, (Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia).
13. Al-Hunafa (Persatuan al-Hunafa’).
14. Darul Fitrah (Persatuan Darul Fitrah).
15. Darussyifa’ (Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia).
16. GEPIMA (Pergerakan India Muslim Malaysia).
17. GUN (GLOBAL UNITY NETWORK).
18 IIS (Islamic Formation & Services Foundation).
19. Ikram (Pertubuhan Ikram).
20. Iman (Interactive Muslimah Association).
21. Ipsi (Islamic Propagation Society).
22. Isma (Ikatan Muslimin Malaysia).
23. Jam’iyah (Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P).
24. MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association).
25. Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia).
26. PPMM (Persatuan Peguam Muslim Malaysia).
27. PUM (Persatuan Ulama’ Malaysia).
28. RICOI (Research and Information Centre on Islam).
29. Hj Nazari Sahat, Pengerusi, Gabungan Pengerak Malaysia.
30. Syed Syekh Al Attas, Presiden (SEJAGAT).
31. Dr Khairudin Dato' Malik, Pengerusi Jaringan Muafakat NGO Islam Perak (JAMAIY).
32. Dr Abdullah Sudin, Presiden Haluan.
33. Dr Daud Sulaiman, Presiden Malaysia Relief Agency (MRA).
34. Mohd Nasir Zakaria Pengerusi Ummah Care.
35 .Prof Madya Dr Roslan Mohd Nor, Setiausaha Agong Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
36. Datin Aminah Zakaria, YDP Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah).
37. Mohd Panji Persada Islam, Pengerusi Majlis Angkatan Perpaduan Islam.
38. Shamsul Kamal Idris, Setiausaha Association for Muslim Minority Research and Advocacy(AMMAR).
39. Johan Arif Ismail, Pengarah International Relief and Humanitarian Outreach (IREACH).
40. Rozaidi Taib, Kordinator Wakaf Al Aqsa.
41. Fadhil Yusni Setiausaha Malaysia Kashmir Youth Movement(MKYM).
42. Dr Umai Kalsom, Pengerusi Baitul Latif Social Service (BLESS) Kedah.
43. Salman Siddiqiy Mohd Azmi, Mudir Baitul Hikmah, Kedah.
44. Prof Madya Zazawi Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum, Kedah (KIDU).
45. Mohd Amin Ismail, Pengarah Pusat Dhuafa Sejahtera, Kedah.
46..Dr Kamari Kasan, Setiusaha Agung Gerakan Kepenggunaan Masjid (GEMA).
47. Hj Badaruddin Dawam, Pengerusi Persatuan Dhuafa dan Pengupayaan Masyarakat (PEDULI).
48. Mohd Hakim Mohd Nor, Presiden Serantau Muslim.
49. Sabaruddin Abdul Rahman,Pengerusi Ikatan Muhibbah India Muslim.
50. Dhajudeen Shahul Hameed President PERMIM.
51. Razali Bin Mohd Yusof Pengerusi PPMM.
52. Haja Najmudeen Abd Kader Presiden Liga Muslim Pulau Pinang.
53. Mohamed Rizwan bin Abdul Ghafoor khan Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (INCOM).
54. Hj Mohamed bin Oli Mohamed, Presiden Persatuan Muslim India Kelantan (KIMA).
55. Hj Ahmed Vs Seeni Madar, Presiden Muslim League Kedah.
56. Syed Osman Bin Mohamed, Presiden GEPIMA.
57. Tuan Rabbu Bin Ibrahim, Presiden Persatuan Indian Muslim Melaka (PIMM).
58. Daud bin Vali Mohamad, YDP Pertubuhan Muslim League, Daerah Kuala Muda,Sungai Petani,Kedah.
59. Abdullah Mohd Nor, Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Pulau Pinang.
60. Zulkifli Ibrahim, Pengerusi Masjid Muhammad Fateh, Ipoh.
61. Mohd Fadli Salleh, Pengerusi Dana Kita.
62. Hj Mohd Ali Hj Mohd Yusof, Pengerusi Masjid Jamek Sungai Gelugor Pulau Pinang.
63. PIM (Pertubuhan Iqra’ Malaysia).
64. Mohd Hezri Izmir, Pengerusi Komuniti Pemandu eHailing Penggerak Malaysia.
65. Sukmamurni Abdul Manaf, Presiden, Pertubuhan Pembangunan & Inovasi Wanita.
66. Puan Hajah Wan Lotfiah Abd Latif, Timbalan Presiden, Majlis Rohingya Malaysia.
67. Yayasan Amal Malaysia.
68. Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (INSAN CARE).

40280bcf9ac0be18d75804122171ffa5.png


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/522822
 
untuk pelarian rohingya yang dah berada di cox's bazaar, patuhilah undang-undang negara berdaulat bangladesh dan jangan buat apa-apa bayaran untuk menaiki bot yang tak tau ke mana arah nak dituju.
semua tu scam.

yang dah ada di malaysia, patuhi undang-undang dan jangan kurang ajar.
hormat orang malaysia yang menerima kehadiran sementara anda di sini.
 
untuk pelarian rohingya yang dah berada di cox's bazaar, patuhilah undang-undang negara berdaulat bangladesh dan jangan buat apa-apa bayaran untuk menaiki bot yang tak tau ke mana arah nak dituju.
semua tu scam.

yang dah ada di malaysia, patuhi undang-undang dan jangan kurang ajar.
hormat orang malaysia yang menerima kehadiran sementara anda di sini.
Bagi video ni kat deme.

 
Rohingya Minta Selayang, Lu Melayu Jangan Kacau

.. rupanya palsu, individu ini dedah dari mana `audio` tersebut;

Di Sempena bulan Ramadhan ini, mata admin pedih melihat screenshot tentang R0HINGYA yang minta hak sama rata. Jadi admin telah mencari kesahihan sumber itu betul atau tidak, atau ada orang sengaja mencu4h minyak tanah di atas ap1i.

Banyak screenshot mahupun audio serta video di kongsi di media sosial, ada yang asli dan juga yang p4lsu. Kes R0HINGYA mula meletop apabila pasukan keselamatan kita menyuruh bot R0HINGYA yang masuk ke perairan Malaysia sewaktu c0v1d untuk beredar.

Umum mengetahui PKP atau perintah kawalan pergerakan ini menghalang rakyat Malaysia untuk keluar Negara dan juga orang luar Negara untuk masuk ke dalam Malaysia. Tindakan ini diambil untuk mengekang C0VID daripada terkena ramai lagi rakyat di Malaysia.

Berbalik kepada isu R0HINGYA, dua tiga menjak ni banyak tangkap layar di facebook berkenaan komen di facebook dan juga audio tentang permintaan mereka. Terdapat beberapa tangkap layar atau audio yang sengaja di putar belitkan. Sebagai contoh di bawah ini.



Kononnya audio ini berkaitan R0HINGYA yang minta selayang, nak minta hak mereka. Tapi suara orang yang bercakap seperti suara orang Malaysia yang mengajuk suara. Jadi admin scroll komen dan mendapati komen yang menafikan audio di atas.

r0hingya-minta-selayang-orang-melayu-jangan-kacau-rupanya-p4lsu_5ea6b8ffd7c75-1.png


Rupanya ada orang yang sengaja men1iru suara seperti bangladesh untuk melawak dalam group whatsapp, tapi suara itu menjadi viral seluruh Malaysia. Kalau ya pun tak suka jangan lah share sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan.

Sebagai contoh screenshot R0HINGYA di bawah ini, baca sekali memang rasa mendidih nak cari sampai dapat. Maklumlah komen penuh provokasi ini, kita sebagai rakyat Malaysia mesti tak suka ada orang luar yang cuba ambil tanah kita. “You orang banyak berlagak sama R0HINGYA ya, you orang tunggu R0HINGYA sudah berjaya you orang kasi halau”.

r0hingya-minta-selayang-orang-melayu-jangan-kacau-rupanya-p4lsu_5ea6b8ffe3b8b-1.jpeg


Jadi ada individu yang telah mencari profile picture lelaki tersebut dan mendapati profile itu merupakan gambar lelaki warga bangladesh dan laman gambar itu ada pexels menyediakan free photo untuk digunakan. Tak sangka ada juga orang cuba buat ulah begini

r0hingya-minta-selayang-orang-melayu-jangan-kacau-rupanya-p4lsu_5ea6b90001250-1.jpeg


Malaysia ini sudah cukup aman, ustaz ebit lew sedang menyatukan kaum di Malaysia. Jangan lah hanya kerana mahu view dan duit blogger tulis sesuatu tanpa usul periksa. Pastikan kesahihan sesuatu berita sebelum share ke facebook. Terutama di bulan Ramadhan ini.

Sumber asal TransformasiPW
 
Last edited:
kita raikan perbezaan pendapat..masing masing ada hujah tersendiri menyatakan pendapat..ini cuma forum untuk berbincang

Disini saya ada beberapa cadangan yang boleh difikirkan bersama

Langkah wajib dan mandatori kerajaan selepas tamatnya PKP

1. Isu Rohingya - lepas PKP , hantar pulang kesemuanya-muktamad

2. Isu IC palsu - Libatkan warga China , Bangladesh, Rohingya dan lain lain.( Tamat PKP wajib gempur mereka semua ).Tukar IC baru sebelum pRU ke 15 - Muktamad

3 .Isu meiliki 2 pasport mewakili 2 negara ( melibatkan semua) -muktamad

4. Isu warganegara Malaysia yang mempunyai 2 kerakyatan - Wajib batalkan -muktamad
( ramai yang melibatkan orang cina dan thailand )

Semua isu di atas wajib dan mandatori wajib kerajaan Malaysia gembur habis habisan

Isu pendatang asing ni bukan sahaja rohingya, bangladesh, Nepal, Indonesia, Filipina , China, India, Thai, Africa , Pakistan Iran dan lain lain yang ramai berlambak kat Malaysia.Ni semua sama je impaknya

Mereka ini semua mencuri peliuang kehidupan dan sumber terhad untuk warga tempatan

Sekarang PKP .Semua orang tengah susah dan ramai tiada gaji

Lepas habis PKP semua akan bertempiaran mencari semula peluang rezeki dan malangnya kita terpaksa berebut peluang dengan warga asing yang entah dari mana.

Oleh itu mohon kerajaan Malaysia hendaklah gunakan peluang PKP ini betul2 untuk mengemaskini data pendatang asing di Malaysia dan lepas PKP halau mereka semua balik.

kalau dilihat dari segi kemanusiaan, jangan hanya pandang mereka ni mangsa kezaliman atau mangsa kebuluran di negara sendiri yang merantau mencari sesuap nasi sahaja

pandanglah juga dari aspek rakyat tempatan.Anak sendiri kelaparanhilang kerja hilang segalanya sebab susu peluang ekonomi telah habis diberikan kepada kera di hutan

Nasib Rakyat tempatan malaysia juga adalah hal kemanusiaan...

terima kasih.

**********kita jaga kita***********
 
Rohingya Minta Selayang, Lu Melayu Jangan Kacau

.. rupanya palsu, individu ini dedah dari mana `audio` tersebut;

Di Sempena bulan Ramadhan ini, mata admin pedih melihat screenshot tentang R0HINGYA yang minta hak sama rata. Jadi admin telah mencari kesahihan sumber itu betul atau tidak, atau ada orang sengaja mencu4h minyak tanah di atas ap1i.

Banyak screenshot mahupun audio serta video di kongsi di media sosial, ada yang asli dan juga yang p4lsu. Kes R0HINGYA mula meletop apabila pasukan keselamatan kita menyuruh bot R0HINGYA yang masuk ke perairan Malaysia sewaktu c0v1d untuk beredar.

Umum mengetahui PKP atau perintah kawalan pergerakan ini menghalang rakyat Malaysia untuk keluar Negara dan juga orang luar Negara untuk masuk ke dalam Malaysia. Tindakan ini diambil untuk mengekang C0VID daripada terkena ramai lagi rakyat di Malaysia.

Berbalik kepada isu R0HINGYA, dua tiga menjak ni banyak tangkap layar di facebook berkenaan komen di facebook dan juga audio tentang permintaan mereka. Terdapat beberapa tangkap layar atau audio yang sengaja di putar belitkan. Sebagai contoh di bawah ini.



Kononnya audio ini berkaitan R0HINGYA yang minta selayang, nak minta hak mereka. Tapi suara orang yang bercakap seperti suara orang Malaysia yang mengajuk suara. Jadi admin scroll komen dan mendapati komen yang menafikan audio di atas.

r0hingya-minta-selayang-orang-melayu-jangan-kacau-rupanya-p4lsu_5ea6b8ffd7c75-1.png


Rupanya ada orang yang sengaja men1iru suara seperti bangladesh untuk melawak dalam group whatsapp, tapi suara itu menjadi viral seluruh Malaysia. Kalau ya pun tak suka jangan lah share sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan.

Sebagai contoh screenshot R0HINGYA di bawah ini, baca sekali memang rasa mendidih nak cari sampai dapat. Maklumlah komen penuh provokasi ini, kita sebagai rakyat Malaysia mesti tak suka ada orang luar yang cuba ambil tanah kita. “You orang banyak berlagak sama R0HINGYA ya, you orang tunggu R0HINGYA sudah berjaya you orang kasi halau”.

r0hingya-minta-selayang-orang-melayu-jangan-kacau-rupanya-p4lsu_5ea6b8ffe3b8b-1.jpeg


Jadi ada individu yang telah mencari profile picture lelaki tersebut dan mendapati profile itu merupakan gambar lelaki warga bangladesh dan laman gambar itu ada pexels menyediakan free photo untuk digunakan. Tak sangka ada juga orang cuba buat ulah begini

r0hingya-minta-selayang-orang-melayu-jangan-kacau-rupanya-p4lsu_5ea6b90001250-1.jpeg


Malaysia ini sudah cukup aman, ustaz ebit lew sedang menyatukan kaum di Malaysia. Jangan lah hanya kerana mahu view dan duit blogger tulis sesuatu tanpa usul periksa. Pastikan kesahihan sesuatu berita sebelum share ke facebook. Terutama di bulan Ramadhan ini.

Sumber asal TransformasiPW




bab* betul org yang takda kerja buat audio2 palsu ni dan fake acc...
geng2 mcm ni mmg agen dajjal...
adoi....

harap polis ambil tindakan berat pada org2 mcm ni...hukum bunuh pun takpa geng2 agen dajjal ni...
 
Back
Top
Log in Register