BTC USD 80,397.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Exactly !!!
***********
Soldadu-soldadu Red Bean Army (RBA) memang licik memanipulasi isu-isu semasa yang panas dalam kempen perang saraf mereka.

Tanpa disedari, ramai rakyat khususnya orang Melayu yang beragama Islam terjebak dalam permainan kotor mereka yang sebenarnya bertujuan melemahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketika ini, RBA sedang mengambil kesempatan untuk menjadikan isu pelarian Rohingya yang beragama Islam untuk kepentingan politik tuan besar mereka.

Perlu diingatkan, kerajaan PN telah melakukan tindakan yang tepat apabila tidak membenarkan bot pelarian Rohingya mendarat ketika negara sedang berdepan situasi pandemik COVID-19.

Kerajaan PN yang prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan rakyat perlu mengambil tindakan tersebut agar penularan wabak itu dapat dikekang.

Pada mulanya, Pakatan Harapan (PH) cuba bersikap populis dengan mengecam tindakan kerajaan PN yang dikatakan tidak berperikemanusiaan.

Malangnya, usaha mereka gagal apabila rakyat berdiri teguh mempertahankan ketegasan kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setelah melihat sentimen rakyat itu, RBA mengubah strategi mereka dengan menggunakan percikan-percikan api kecil untuk membakar kemarahan rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam.

Maka, muncullah kisah-kisah terpencil tentang perangai buruk pelarian Rohingya di negara ini yang seterusnya diperbesar-besarkan dan ditularkan dalam media sosial termasuk Facebook.

Kisah-kisah tersebut dijadikan modal RBA untuk menghasut rakyat membenci pelarian Rohingya yang dikatakan pengotor, tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah, samseng dan besar kepala.

Ada juga yang mengeluarkan hujah-hujah bagi mewajarkan kezaliman pemerintah junta Myanmar yang menyembelih kaum Rohingya di Arakan.

Presiden MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani Nafi 5 Tuduhan Palsu

Kata mereka, kaum Rohingya memang patut dilayan sebegitu rupa disebabkan oleh kedegilan mereka tidak mahu berasimilasi dengan kaum majoriti di Myanmar.

Naratifnya lebih kurang sama seperti alasan yang digunakan oleh Zionis Israel bagi mewajarkan tindakan membantai rakyat Palestin sejak 1948 hingga kini.

Malah, soldadu-soldadu RBA mendakwa kononnya keadaan di Arakan kini selamat dan pelarian Rohingya sepatutnya pulang ke tempat asal mereka.

Kemudian, timbul tempikan barbaur kata-kata lucah dan kesat bagi menegaskan pendirian mengusir pelarian-pelarian Rohingya yang dikatakan sudah bersikap seperti kaduk naik junjung.

Tidak cukup dengan itu, akaun-akaun Facebook yang kononnya dimiliki oleh orang Rohingya diwujudkan bagi menyemarakkan api kemarahan netizen yang semakin menggila setelah membaca kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan terhadap orang Melayu walaupun tidak dapat ditentukan kesahihannya.

Kata seorang sahabat, orang asing tidak pandai menggunakan bahasa Melayu ringkas dalam media sosial.

Gambar-gambar lama pemimpin masyarakat Rohingya, Zafar Ahmad Abdul Ghani bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS turut ditularkan semula bagi mewujudkan persepsi kononnya dua parti yang kini bersama kerajaan PN itu bersimpati dengan pelarian Rohingya.

Walau bagaimanapun, taktik itu memakan tuan kerana banyak juga gambar-gambar bersama pemimpin-pemimpin PH termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang dirakamkan oleh Zafar.

Zafar Ahmad Nafi Kata 'Melayu Bodoh' Dalam Media Sosial

RBA masih tidak berputus asa dan mereka mengorek semula kenyataan-kenyataan lama pemimpin UMNO dan PAS yang bersimpati dengan Rohingya ketika bumi Arakan bermandi darah akibat kekejaman tentera junta Myanmar dan golongan ekstremis Buddha beberapa tahun lalu.

Perkembangan terbaharu ini mula menampakkan niat sebenar RBA yang cuba memanipulasi orang Melayu yang sebahagian besarnya bersimpati dengan nasib kaum Rohingya yang lari daripada kezaliman di tanah air sendiri.

Segelintir orang Melayu yang terpengaruh dengan sentimen kebencian yang dihasut oleh RBA mula mendesak kerajaan PN untuk mengusir pelarian Rohingya dari negara ini.

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin PH cuba menonjolkan diri sebagai pembela kaum Rohingya.

Desakan yang didalangi RBA itu meletakkan kerajaan PN dalam situasi 'ditelan mati anak, diluah mati bapa'.

Sekiranya kerajaan PN tidak melayan desakan tersebut, RBA akan mencucuk jarum halus dengan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan yang kononnya lebih mementingkan pendatang asing berbanding rakyat sendiri.

Sebaliknya, jika desakan itu dilayan, Malaysia pasti berdepan kecaman dan tindakan daripada masyarakat antarabangsa.

RBA akan memanipulasi isu ini sebagai salah satu modal mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan PN dan ia dijangka berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15.

Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Fuziah - Ngeh Koo Ham

Mereka telah menggunakan strategi yang sama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan memanipulasi isu 1MDB yang banyak ditokok tambah dengan maklumat palsu dan fitnah bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Kini, RBA mengulangi modus operandi yang sama dengan menyamar sebagai orang Melayu dalam media sosial bagi mencetuskan kebencian terhadap kerajaan PN dengan berselindung di sebalik gerakan anti-Rohingya.

Sesiapa sahaja yang menegur netizen yang bersikap agak keterlaluan atau bersimpati dengan nasib orang Rohingya pasti dihambur dengan kata-kata lucah dan kesat malah ada yang menjadi mangsa buli siber.

PKR Nafi Tawar Ganjaran Hentam Kerajaan, Soldadu Amatur RBA Gigit Jari

Situasi ini saling tak tumpah seperti apa yang berlaku mulai 2008 hingga 2018 di mana sesiapa sahaja yang mempertahankan BN pasti menerima akibat yang serupa.

Rakyat Malaysia yang berfikiran rasional masih tidak terpedaya dengan propaganda jahat yang dicetuskan RBA untuk memburuk-burukkan kerajaan PN.

Mereka yakin dengan keupayaan pihak berkuasa untuk bertindak mengikut lunas undang-undang bagi menangani segelintir pelarian Rohingya yang berdegil enggan mematuhi PKP.

Mereka tidak akan terpengaruh dengan gambar-gambar palsu kononnya lelaki Rohingya telah dibelasah yang sengaja disebarkan RBA bagi menghasut rakyat mengambil tindakan sendiri.

Mereka juga tidak akan terpedaya dengan taktik licik RBA cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu MyKad palsu melibatkan warga asing termasuk pendatang dari China.

Kepada soldadu-soldadu RBA, cukup-cukuplah menipu rakyat dengan cerita-cerita mengarut semata-mata untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada rejim PH yang ditendang rakyat setelah hanya 22 bulan berkuasa.

Jangan Sekadar Baca Tajuk.

PAKATAN HARAPAN PERIKATAN NASIONAL RED BEAN ARMY ROHINGYA

Ulasan

Hussaini Amran26 April 2020 12:57

Catatan

Presiden MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani Nafi 5 Tuduhan Palsu
Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani menafikan lima tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dalam media sosial.

Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:

Saya, Zafar Ahmad bin Abdul Ghani, Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) dengan ini ingin menafikan segala tuduhan yang dilemparkan ke atas saya di media sosial.

Berikut adalah antara tuduhan palsu yang telah dilemparkan ke atas saya:

i.mengatakan orang Melayu bodoh
ii.menuntut hak sama rata dengan rakyat Malaysia
iii.menuntut hak kerakyatan penuh untuk pelarian Rohingya
iv.melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
v. mempertikaikan tindakan penguat kuasa Malaysia menolak bot daripada mendarat

Akibat daripada tuduhan palsu tersebut saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan termasuk ugutan bunuh melalui telefon, WhatsApp dan Facebook saya.

aku nk tnyalah..
RBA ni betul2 wujud ke..?
 
orang yang duk pertahankan lebih2 ni, aku rasa dorang tak sedar warga rohingya ni dah bertahun2 datang ke malaysia..

kemudian takde exit plan, takde rancangan untuk dorang..dorang datang sini, terpaksa cari kerja, terpaksa sesuaikan diri (kerja jadi tukang buat rumah,technician, kuli, kedai runcit, penjenayah)..

pada masa yang sama, ramai lagi warga dorang masih masuk tak henti2, bayangkan kalau dalam setahun beribu yang masuk, tak keluar, tahun depan masuk lagi tanpa kawalan...

bukan isu pasal penindasan islam, macam sesetengah pendapat, mana rancangan..takkan kita terima terus menerus, pastu takde rekod, takde rancangan pergerakan..dorang masuk sini, ntah dah ke mana2 dalam malaysia, kemudian nikmati subsidi, kemudahan untuk warganegara.. dah kos tambahan di pihak kerajaan tanpa sedar.

tu belum lagi masuk yang salahguna dorang jadi pemerdagangan manusia, buruh murah, dan orang ambil kesempatan jual identiti palsu, ic palsu dan sebagainya sampai dorang jadi warganegara
 
orang yang duk pertahankan lebih2 ni, aku rasa dorang tak sedar warga rohingya ni dah bertahun2 datang ke malaysia..

kemudian takde exit plan, takde rancangan untuk dorang..dorang datang sini, terpaksa cari kerja, terpaksa sesuaikan diri (kerja jadi tukang buat rumah,technician, kuli, kedai runcit, penjenayah)..

pada masa yang sama, ramai lagi warga dorang masih masuk tak henti2, bayangkan kalau dalam setahun beribu yang masuk, tak keluar, tahun depan masuk lagi tanpa kawalan...

bukan isu pasal penindasan islam, macam sesetengah pendapat, mana rancangan..takkan kita terima terus menerus, pastu takde rekod, takde rancangan pergerakan..dorang masuk sini, ntah dah ke mana2 dalam malaysia, kemudian nikmati subsidi, kemudahan untuk warganegara.. dah kos tambahan di pihak kerajaan tanpa sedar.

tu belum lagi masuk yang salahguna dorang jadi pemerdagangan manusia, buruh murah, dan orang ambil kesempatan jual identiti palsu, ic palsu dan sebagainya sampai dorang jadi warganegara

Hebat mereka dalam diam buka isu Rohingnya melalui RBA dan pemimpin melayu ramai yg ribut termasuk lah dari muafakat nasional dan rakyat muslim pun terikut rentak mereka dan diviralkan video² lama dan tentang keburukan sape yg mula menyokong kemasukan rohingnya .

Bijak kan mereka melaga laga muslim didalam bulan ramadhan ini .
Mereka dalam diam tgh memusing kan isu isu panas agar isu *" Pemberian my kad dan perjualan my kad tanpa sah disisi undang² kepada warga china dan india "* tidak dikesan dan dilupakan oleh rakyat .

Melayu byk leka dgn permainan mereka . Nampak melayu belum arif lagi tentang sistem serangan mereka , manupulasi skrip dan isu dan lontaran lontaran viral isu kpd rakyat dan pemimpin melayu . Mereka belajar dari zionis laknatullah , agen freemasom , sekular , liberalisme bagaimana nak musnahkan dan pecah belah melayu dan islam baik di malaysia
*( Belajar lah sejarah bangsa mana yg akan bangkit mempertahankan islam )* sebab itu mereka bersungguh sungguh .

Tapi melayu mudah lupa .
 
*Apakah DAP Dalang Projek IC RM400 ribu Lai Chin Wah, Pegawai JPN Pulau Pinang!*

PATI mesti disekat. Tak kira Rohingya atau sesiapa sahaja. Begitu juga pengkhianat negara yang terlibat sindiket Projek IC sehingga warga China memiliki MyKad, Passport dan lesen memandu.

Fokus Kita tetap mengenai kes sindiket Projek IC di negara ini. Pengkhianat negara sedang mengaut untung RM400 ribu hingga RM600,00 menjual MyKad, Passport dan lesen memandu kepada warga China.

Begitulah apa yang berlaku di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang apa yang tak ada? Syarikat raja dadah Ooi Chieng Sim menggunakan syarikat senarai awam seperti ATTA Global Group Bhd dan Resources Group Bhd (Heng Huat) pun bermula di Pulau Pinang. Malah mereka diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang saham ke-4 terbesar PBA Holdings Bhd syarikat bekalan air milik Kerajaan DAP Pulau Pinang.

*Apakah maksudnya? DAP dalang belakang raja dadah Pulau Pinang ini.*

Sindiket Projek IC warganegara China pada mulanya dimainkan dalam laman facebook oleh netizen sekitar bulan September 2019. Mengapa Pulau Pinang menjadi pilihan warga China untuk membuat MyKad dan passport? Mungkin banyak faktor namun ia kekal misteri hingga hari ini. Fakta-fakta kes dari prosiding mahkamah sangat menggusarkan tentang

Mungkin juga mereka sudah menjadi mengundi dalam PRU di Pulau Pinang. Macam-macam boleh berlaku.

Tular di laman sosial mengenai projek IC. Insiden itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh melaporkan maklumat projek IC sebagai palsu namun akhirnya mengesahkan wanita China Xu Yalian adalah isteri kepada warga Malaysia yang memperoleh kewarganegaraan Malaysia menerusi Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan.

*Susulan daripada itu sindiket menjual MyKad terus dibongkar apabila laporan Jabatan Imigresen Pulau Pinang seorang wanita China berusia 25 hingga 30 tahun membuat pasport Malaysia menggunakan MyKad sah tetapi tidak boleh bercakap dalam Bahasa Kebangsaan.*

Akhirnya 20 Individu ditangkap, RM600 ribu bayaran membuat MyKad dikenalpasti.

13 September 2019 seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) Pulau Pinang antara enam individu yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jenayah, George Town atas 32 pertuduhan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah kepada warga asing.

Mohd Faizul Arifin, 34, berdepan 11 pertuduhan masing-masing dua di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), empat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

*Turut didakwa dibawah seksyen sama ialah lima individu iaitu Datuk Lai Chin Wah pendokong DAP, 56; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 44, Chien Guan Chai, 36; dan Loh Chan Cheong, 34.*

Sehari selepas itu Harian Metro melaporkan bukan 8 tetapi lebih 1000 MyKad. Lebih1,000 warga asing memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing-masing.

Sumber berkata, lebih mengejutkan, jumlah itu direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei 2019. Begitulah gambaran pengkhianat pegawai JPN dalam negara ini.

“Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak dua bulan lalu, ribuan MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain.

“Sindiket ini bijak beroperasi dan mempunyai langkah keselamatan sekiranya operasi mereka gagal atau penipuan mereka dikesan,” katanya.

*Peguam DAP membela ‘Pengkhianat Negara’*

*Lebih mengejutkan Datuk Lai Chin Wah yang terlibat sindiket menjual Mykad didalangi DAP Pulau Pinang dibela oleh RSN Rayer Ahli Parlimen Jelutong DAP. Jelas sekali agenda projek IC di belakangnya di Pulau Pinang adalah DAP.*

Untuk apa rakyat China mudah memilih Negeri Pulau Pinang? Sebabnya bayar saja RM600 ribu maka dapatlah pelbagai lagi.

*Kisah Wang De Qun, MyKad, Passport dan RM400 ribu*

31 Oktober 2019 saksi utama kes sindiket penjualan MyKad memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Wang De Qun, 58, atau dikenali sebagai Ewe Chor Beng mengaku membayar hampir setengah juta bagi pembelian MyKad.

De Qun yang berasal dari Shan Dong, China dan turut memiliki pasport negara Vanuatu, berkata beliau sering berulang-alik antara China dan Malaysia sejak 2017 untuk menguruskan beberapa projek membabitkan syarikat bahan binaan miliknya.

“Saya tidak tahu prosedur yang betul untuk mohon (pasport migrasi pelaburan). Kemudian, saya berjumpa seorang lelaki bernama Liw Ge di Thailand pada sekitar Jun dan Julai 2018 melalui seorang rakan.

De Qun ditahan pada awal Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)

Dalam keterangannya, De Qun memberitahu, beliau bersetuju untuk membayar RM400,000 bagi memiliki pasport Malaysia, yang dibayar dalam mata wang Ringgit Malaysia, Yuen China, Dollar Hong Kong dan Dolar Amerika.

Bukan itu sahaja De Qun turut diberi lesen memandu.

Katanya, semua pembayaran itu diuruskan pengurus kewangan syarikatnya, di mana RM200,000 diberikan kepada Liw Ge, dan sebahagian lagi kepada tertuduh, Datuk Lai Chin Wah.

De Qun mengaku bersalah atas tuduhan memiliki pasport palsu mengikut Seksyen 12(1)(d) Akta Pasport 1966.

De Qun dihukum penjara tiga bulan dari tarikh sabitan dan dibebaskan serta dihantar pulang ke negara asalnya pada 13 November 2019.

Sindiket ini berleluasa di Pulau Pinang, tertangkapnya pegawai JPN, agen sindiket tidak bermakna sindiket ini selesai. Pastinya bermacam modus operansi dilakukan.

Semuanya demi wang. Pendedahan Wang De Qun hanya satu dari kes yang berlaku.

Butiran dokumen berharga RM400,000- Bukan sahaja MyKAD tetapi
pakej lengkap passport dan lesen memandu

Wang De Qun jadi saksi pegawai dan agen pula dituduh..

Perbicaraan sepatutnya bersambung pada 6 hingga 10 April 2020 bagaimanapun kerana krisis COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan maka perbicaraan kes itu tertangguh.

Kes Projek IC yang telah sekian lama membelenggu Sabah amat sukar di benteras apatah lagi Projek IC di Pulau Pinang lebih lumayan diurus niagakan RM400 ribu hingga RM600 ribu. Pastinya permintaan tinggi dan warga negara China kaya mampu membayar wang yang tinggi termasuk memiliki aset di Pulau Pinang.

*Rombak JPN*

Kerajaan PN harus merombak JPN sebagaimana jabatan dan agensi lain.

Jika PH sedia ada yang gagal telah melantik Ketua Pengarah JPN yang kontroversi ada baiknya kerajaan PN menimbang pelantikan Ketua Pengarah JPN yang baharu. Portal Sabahkini2 sudah pernah melaporkan siapa Ketua Pengarah JPN bekas TKP MEIO yang dilantik Pakatan Harapan sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Jual MyKad: Mengapa KP JPN bekas TKP MEIO yang ditahan SPRM bersama Datuk Hasanah tidak dipecat? ]

Bukan calang-calang yang disiasat, reman dan dakwa SPRM boleh diangkat menjadi KP JPN. Mungkin membalas
jasanya bagi mendakwa Datuk Hasanah

Kita doakan YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dapat idea baru menyelesaikan kemelut pegawai JPN. Pengkhianat negara tidak boleh dibiarkan dalam JPN.

*Kita akan pertahankan Dato' Seri Hamzah bin Zainudin!*

# Haramkan DAP Pro Komunis
# Haramkan Malaysiakini
# Haramkan Hindraf Pro Tamil Ltte
# Selamatkan P.Pinang
# Bebaskan Malaysia dari Covid
 
🔥🔥🔥

Ada isu besar pelancong China dapat MyKad, mohon kerakyatan puluh ribu , ratus ribu masuk sebagai pelancong tapi tak balik-balik - hilang! Bukan seorang dua tapi ratusan ribu.. Pasai apa org kita diam saja.

Tapi bila dgn pelarian Islam yg lemah, miskin, kotor dan tak ada pelindung, dilondeh segala keburukan, dikorek segala cerita lama, dihina, dikutuk, disebar kebencian dan di halau....Nak ke mana depa tu kalau di halau?

Apa punya tamaddun kita ni. Hilang segala sifat kemanusiaan, kebencian meluap-luap, sesetengahnya terikut-ikut tanpa sebab. Sehelai bulu roma pun tak pernah luruh angkara Rohingya, tapi dia punya maki, macam habis sudah harta benda dia kena rampas.

Bab cadangan dulu-dulu tu hanya cadangan saja, masa tu genocide sedang memuncak, orang sedang dibunuh, anak-anak dibakar api, wanita dirogol, lelaki dipenggal di potong, dihambat keluar dari tanah sendiri. Cadangan tu kerajaan kena pertimbang, kena buat keputusan. Dan sudah ada keputusan pun. Ia tidak dapat dipertimbang dan tak boleh dilaksanakan. Tidak semudah itu dengan isu kerakyatan walaupun sementara saja. Bukan netizen yg kena buat keputusan. Dah berlalu dah isu tu. Kenapa dibangkitkan semula sekarang ini kalau tidak dengan niat dan maksud yang buruk?

Bab yg dikatakan tuntutan baru mahukan kerakyatan dan hak sama rata kepada mereka itu palsu saja, surat itu tak betul, yang disebar itu fitnah saja. Yang buat surat pun dah menafikan, komuniti mereka pun nafikan bahawa dia itu mewakili mereka. Mereka pun tak kenal dia itu siapa. Siapa lantik, siapa pilih?

Jadi benda ini palsu saja, tapi buat kita bising maki hamun satu malaya ... Tak bodoh kah kita beremosi atas benda palsu dan tak berasas. Walaupun palsu, atas rasa tanggungjawab meredakan keadaan, mereka memohon maaf dari segala penjuru, individu dan perkumpulan mereka. Keras sangat hati kita ni... kenapa?

Agenda RBA DAP untuk lagakan org Islam kita telan bulat-bulat, agenda inteligent Myanmar untuk mewajarkan genocide kita sambut berbunga-bunga, meluap-luap tanpa sedar. Kerja sembunyikan projek bawa masuk kaum kerabat dia dari China dan India sunyi sepi tak ada siapa peduli... Kita ni bangsa yang berani tunjuk hebat dengan orang lemah saja... Sejak bila kita jadi badut sarkas?
 
dun be in denial like @BenVentures
Gaji RM7500 keje caci maki ulamak


kamon bro aku siyes ni nk apply..
Aku yg tkde kena mengena dgn rba pun korang tibai fitnah as a rba.. sape2 hentam bn korang mesti akan claim as a rba..

so aku nk apply.. aku nk tengok exist ke tidak...
 
Back
Top
Log in Register