BTC USD 81,546.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

nak tak nak kena mohon mod buka balik thread lama ni:


Harap Boleh bukak balik .kuat bekap dap ni yang bukak thraed tu..🤭🤭
 
Aku tk de video panjang dia.. hat ada ni pun pendek je.. tp bolehlah buat sedap2 telinga mendengar dari takde..



tolong menolonglag kamu dlm perkara kebaikan...
 
Last edited:
nak tak nak kena mohon mod buka balik thread lama ni:


baca je dari mula smpai habis... insyaallah lapang sikit dada.. 😂😂😂
 
Alhamdulillah, ramai yang tulis baik baik mengenai Rohingya. Saya harap sangat mereka yang tulis baik baik mengenai Rohingya dapat PM saya.
.
Bukan apa, nak minta tolong mereka ini berbincang dengan Rohingya di Bukit Malut, Langkawi. Rumah haram banyak dibina di kawasan paya bakau, kemudahan air dan elektrik dipasang secara curi.
.
Yang paling seronok, dahulu sikit sahaja mereka ini, sekarang bercambah sampai 150,000 orang, datang dari pintu Doraemon atau datang dari langit, menjadi persoalan besar kepada orang Langkawi.
.
Kalau siapa cakap "ini masalah pemerintah" - buluh hang lah! Aduh tersasul lagi! Saya nak sebut perkataan lain, tapi tersebut buluh pula. Maafkan saya.
.
Sebab tengok cara mereka-mereka ini membela Rohingya sampai menyamakan Rasulullah SAW sebagai pelarian, lari dari Mekah ke Madinah konon-kononnya. Yang cakap sebegitu bukan orang lain. Peguam Lawyers of Liberty (LOL).
.
Maafkan dia, lawyers itu banyak baca buku undang-undang berbanding buku sirah Nabawiyah. Dia tidak tahu yang Masyarakat Yathrib (Madinah) yang menjemput Rasulullah SAW datang ke tempat mereka.
.
Oh, sebelum tersasul jauh, bukan apa, kita tak marah kepada Rohingya ini dari segi akidah. Kita marah dari segi akhlak mereka yang enggan bersosial dengan masyarakat setempat.
.
Tengok di Langkawi, untuk pengetahuan tuan lawyer LOL, orang Langkawi sampai takut nak cakap mengenai Rohingya yang ada di Bukit Malut, Langkawi. Selain suka langgar tanah orang, Rohingya ini suka cari pasal.
.
Tanyalah orang Langkawi, kalau Rohingya ini letak sasaran kepada seseorang di Langkawi, samada kereta bocor empat tayar atau kereta hilang atau kena pukul atau kena rogol atau apa apa ajelah.
.
Tak percaya? Pergilah turun ke Langkawi dan tanya sendiri masyarakat Langkawi. Setakat nak sembang kosong dalam Twitter atau Facebook acah-acah "kemanusiaan" - apakah penduduk Langkawi ini semua binatang?
.
Rohingya di Bukit Malut, Langkawi juga mereka kata yang mereka ada "kabel besar", dan mereka kata yang "ada orang politik" yang melindungi mereka. Siapa orang politik itu?
.
Siap tayang-tayang lagi IC biru yang diperolehi. Haram jadah di Malaysia kita masih mendengar kes orang asli yang tak dapat IC, orang cina yang tak dapat IC, orang pendalaman Sarawak dan Sabah yang tak dapat IC. Bila memohon semua karenah birokrasi satu per satu keluar menyukarkan permohonan.
.
Sedangkan mereka itu, ibu-bapa keturunan mereka adalah anak jati rakyat Malaysia. Mereka tiada IC sebab ibu-bapa mereka tak mendaftarkan anak kelahiran mereka disebab kejahilan kerana kemiskinan.
.
Tapi Rohingya di Bukit Malut, Langkawi ini cukup mudah dapat IC Biru.
.
Apabila bot bot Rohingya dari Myanmar, dari Bangladesh nak mendarat di Malaysia, kenapa mereka pilih Langkawi? Apa negeri lain tak ada ke?
.
Jadi, mereka yang acah-acah Rohingya ini baik, bagus, tertindas, bla bla bla bla...mohon sangat sangat untuk turun ke Langkawi dan mohon bantu rakyat Malaysia di Langkawi.
.
Ada tanah mereka yang dilanggar oleh Rohingya, ada bukit mereka yang dilanggar oleh Rohingya. Malah untuk penempatan Rohingya ini ada sebahagian rumah air dan elektrik adalah dicuri.
.
Masalah suka buat sampah di bukit Malut. Suka cari pasal dengan orang setempat. Sebelum nak cakap pasal "keadilan untuk pelarian Rohingya" datang turun Langkawi dan mohon bantu selesaikan masalah masalah ini.
.
Pelarian Syiria atau Bosnia Herzegovina pun perangai tak macam mereka. Malah Bangladesh yang ramai di Malaysia pun pandai ambil hati orang Malaysia.
.
Untuk pengetahuan, isu ini orang Langkawi pun tak berani nak tulis dan beritahu, mereka pun khuatir akan keselamatan diri dan keluarga mereka di Langkawi. Hanya orang Alor Setar macam saya sahaja yang berani tulis.
.
Sebab saya duduk Alor Setar, kalau saya duduk Langkawi, mungkin saya pun tak berani nak tulis.
.
Maklumlah, Rohingya di Bukit Malut, Langkawi itu ada kabel besar!
.
Jadi, tuan lawyers LOL, boleh tolong? Jadi, mereka yang acah-acah "demi kemanusiaan", boleh bantu?
.
Jangan sekadar acah-acah dalam media sosial sahaja, tapi realitinya, hanya sekadar pandai membersihkan papan kekunci. Huh.




Politik | Isu pelarian Rohingya ini janganlah meletakkan sepenuhnya beban ke atas Malaysia. Sejak tahun 1990 sampai sekarang, Malaysia tak lelah menyuarakan keprihatinan terhadap isu ini. Cuma, pada masa kini, beban tersebut perlu ditangani dan dikembalikan kepada pihak seterusnya seperti PBB melalui UNHCR, Negara-negera yang meretifikasikan Konvensyen PBB Bagi Pelarian 1951 (Negara ketiga), OIC, ASEAN dan khasnya Myanmar. Hal ini bukan bermaksud, Malaysia perlu berlepas tangan, cuma mendesak pihak berkepentingan untuk lebih serius dalam menangani isu yang tidak berpenghujung ini.

Cukuplah, Malaysia sudah kelelahan sekarang.
Nak sokong Rohingya, silakan.
Nak bantah Rohingya, silakan.
Yang penting saya sudah menyuarakan dua pandangan saya berdasarkan perspektif politik dan akademik.

1f447.png






Nor Azizuddin Abdul Manan



Politik | [5 Solusi Malaysia dalam menangani kemelut Rohingya]

Secara politik dan diplomasi : Malaysia sudah melaksanakan semua langkah-langkah berkaitan berhubung kemelut ini secara saluran politik dan diplomasi yang sah mengikut undang-undang antarabangsa.

Pertama : Malaysia mengemukakan cadangan kepada ASEAN mengenai penubuhan sebuah kumpulan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka dalam menentukan sejauhmana tahap krisis di Wilayah Rakhine (Arakan) dengan bertujuan membantu ASEAN merumuskan penyelesaian jangka panjang dan berkekalan kepada situasi di Wilayah Rakhine sekali gus mengembalikan kepercayaan kepada pelarian Rohingya untuk kembali ke tempat asal mereka. [Solusi tahun 2015 dan 2016][1]

Reaksi terhadap solusi pertama ini : Myanmar mengancam untuk tidak hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang dipengerusikan oleh Thailand. Namun akhirnya hadir dengan hanya menghantar perwakilan dengan membawa penegasan, tidak mengiktiraf 1 juta etnik Rohingya yang berada di perbatasn Myanmar-Bangladesh dan beranggapan mereka adalah sebahagian daripada rakyat Bangladesh. [2]

Kedua : Malaysia telah mendesak negara-negara Islam yang bernaung dibawah OIC supaya menghulurkan bantuan kepada pelarian Rohingya yang ditindas, perkara ini dinyatakan oleh Anifah Aman di Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2017. [3]

Reaksi solusi kedua : Malaysia mengambil langkah menganjurkan Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Kuala Lumpur pada tahun 2017 bagi membincangkan secara serius kemelut pelarian Rohingya. Namun tidak dapat mencapai kesepakatan dikalangan negara anggota apabila hanya sedikit sahaja yang berperanan dalam membantu Malaysia menangani krisis ini antaranya Turkey, Arab Saudi, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia. Tindakan berpeluk tubuh OIC juga dikecam oleh sebilangan besar media antarabangsa seperti Al Jazeera.[4]

Ketiga : Malaysia menuntut janji Aung San Suu Kyi untuk menangani punca sebenar yang memberi kesan kepada penduduk tempatan Rohingya, iaitu pemberian kewarganegaraan dan status, dan menyediakan bantuan kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal sejak 2012, dalam meredakan ketegangan dan menggalakan penyelesaian yang realistik serta berkekalan.[5]

Reaksi kepada solusi ketiga : Pihak yang pro kepada Aung San Suu Kyi mendakwa Suu Kyi tidak mempunyai akses yang luas dalam entiti pertahanan negara itu sebaliknya beliau menyatakan krisis Rohingya ini tidak lagi boleh dipertahankan. Sikap Suu Kyi ini jelas menunjukkan beliau berlepas tangan dalam menangani krisis ini malah beliau juga dibidas oleh Malaysia dalam sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2018 di Singapura.[6]

Keempat : Kementerian Luar Malaysia telah memanggil Duta Myanmar ke Malaysia, Sein Oo untuk menyatakan rasa tidak puas hati mengenai keganasan terkini di wilayah Rakhine negara itu. Secara tegasnya, Malaysia sudah lagi tidak menaruh keyakinan terhadap kemampuan ASEAN dalam menanganis krisis ini.[7]

Reaksi kepada solusi keempat : Myanmar berkeras untuk mendesak agar Malaysia tidak mencampuri urusan dalam negara itu.[8]

Kelima : Mendesak supaya akses misi kemanusiaan dibenarkan oleh Kerajaan Junta Myanmar bagi membolehkan misi bantuan yang diberikan Malaysia adalah sumbangan RM10 juta untuk usaha kemanusiaan dan projek pemulihan sosial di Rakhine, dan misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' pada Februari tahun 2017.[9]

Reaksi kepada solusi kelima : Myanmar menghentikan serangan ke atas penduduk Rohingya selama 4 bulan.

Kesimpulannya : Malaysia sebenarnya sudah memainkan peranan sebagai negara ahli dalam ASEAN dan Asean Intergovermental Commission on Human Right
dalam mendesak pelbagai pihak agar agresif dalam mencari penyelesaian jangka panjang pelarian Rohingya agar tidak membebankan negara-negara lain khasnya Malaysia yang sudah menampung hampir 200,000 pengungsi Rohingya. Selepas ini diharapkan tidak ada lagi tohmahan sesetengah pihak membuat tuduhan bahawa Malaysia berlepas diri dalam mencari solusi Rohingya ini. Sewajarnya kita harus menuding jari kepada Sosok Aktivitis yang menerima Anugerah Nobel Keamanan Dunia, Aung Sang Suu Kyi yang berjanji untuk menyelesaikan isu ini. Namun, kelihatannya janji Suu Kyi diibaratkan menanam tebu dibibir.

Nor Azizuddin Abdul Manan
Penyelidk Ph.D
Di salah sebuah universiti awam tempatan.

Rujukan :

[1] Anifah Aman (Dis 19, 2016), Isu Rohingya: Malaysia kemuka cadangan penting kepada Myanmar, Astro Awani. Lihat juga Rohmatin Bonasir (Apr 25, 2015), Malaysia minta Myanmar atasi pengungsi Rohingya, BBC Indonesia.

[2] Joe Cochrane (Mei 21, 2015), In Reversal, Myanmar Agrees to Attend Meeting on Migrant Crisis, NY Times.

[3] Luqman Arif Abdul Karim (Sep 23, 2017). Malaysia desak anggota OIC bantu Rohingya, Berita Harian.

[4] Abdullah Al-Ahsan (Feb 18, 2017). The Rohingya crisis and the role of the OIC, Al Jazeera.

[5] ibid, Anifah Aman (2016).

[6] Mahathir Mohamad (Nov 13, 2018). Aung San Suu Kyi stance on Rohingya 'indefensible'. Frontier Myanmar.

[7] Hata Wahari (Sep 6, 2017). Malaysia: ASEAN Tidak Mampu Selesai Isu Rohingya. Portal Berita Benar.

[8] Ye Mon (16 Dis, 2016). Myanmar tells Malaysia not to interfere in internal issues. Myanmar Times.

[9] ___(Mac 16, 2017). Malaysia terus sumbang usaha tangani derita Rohingya. Berita Harian.

Nor Azizuddin Abdul Manan


PERBALAHAN YANG SUDAH SAMPAI KE KEMUNCAK; DAN DI PUNCAKNYA HANYA ADA KEMARAHAN, KEBENCIAN DAN KEMUSNAHAN NILAI

Isu Rohingya yang bermula dengan penolakan bot pelarian yang membuat cubaan masuk secara haram pada awal April ini, kini telah menjadi satu isu perbalahan di kalangan wargamaya. Apa yang menyedihkan ialah perbalahan wargamaya kini langsung lari dari isu asal, malah tidak sekelumitpun membantu sama ada:

1. Bagaimana Malaysia dapat menjelaskan keadaan dan membantu menyelesaikan isu pelarian Rohingya.

2. Tidak membantu sedikitpun dalam memperbaiki keadaan pelarian.

Isu akarnya adalah Malaysia tidak dapat menerima, apatah lagi dalam keadaan ancaman wabak Covid-19, cubaan menceroboh sempadan negara.

Sedangkan penerbangan komersil pun kita hentikan, apatah lagi cubaan masuk ke dalam negara secara haram, tanpa memiliki dokumen sah dan dalam jumlah yang beratus dan beribu.

Dalam keadaan sekarang, di mana kita berdepan dengan masalah besar, barisan hadapan negara (pegawai kesihatan, pihak berkuasa, pegawai keselamatan) sudahpun dalam keadaan lelah tidak menang tangan.

Di mana isu penularan wabaknya.
Di mana isu kelangsungan hidup rakyatnya.
Di mana isu bakal berhadapan kemelesetan ekonomi dunia.
Di mana isu rakyat yang hilang pekerjaan.
Di mana isu bekalan makanan.
Di mana isu perubatan dan hospital yang tidak mencukupi.
Di mana isu percubaan masuk PATI dari negara seberang.
Di mana isu kapal China di perairan kita.

Dan bermacam isu lain lagi yang kita sedang hadapi serentak.

Semuanya isu besar-besar belaka.

Menambah jumlah pelarian ketika ini bukanlah satu kelebihan yang kita ada. Kita sudah menjadi tuan rumah kepada lebih 200,000 pelarian ketika ini.

Isu menyelamatkan pelarian ini bukan seperti cereka fantasi. Kita selamatkan dan "they all live happily ever after."

Kita perlu fikirkan:

a) Penempatan mereka yang kondusif - selesa, makan minum cukup, pakaian dan keperluan asas cukup, air, elektrik dan infra asas lain yang mencukupi.

b) Proses saringan pelarian - adakah mereka benar pelarian ataupun ada yang mengambil peluang masuk secara haram, adakah mereka sebahagian sel pengganas, adakah mereka penjenayah, adakah mereka pembawa penyakit dan sebagainya.

c) Proses rawatan dan kuarantin

d) Dimanakah mereka akan ditempatkan selepas itu - cukupkah peluang pekerjaan, ada tak fasiliti pendidikan dan sebagainya.

e) Kalau tiada pekerjaan bagaimana dengan makan minum mereka

Dan banyak lagi faktor yang perlu kita ambil kira. Seperti yang saya utarakan tadi, ia bukan semudah cereka fantasi.

Selain itu kita juga berfikir jika perbuatan kita menerima pelarian begitu mudah, berapa banyak bot lagi akan berlepas untuk tuju ke Malaysia? Berapa ramai lagi yang kita boleh terima?

Adakah wajar kita beri harapan pada yang lain sehingga mereka mempertaruhkan nyawa 2 bulan di atas laut? Sehinga kini lebih kurang sejuta pelarian yang tidak sabar ingin belayar. Dapatkah kita ambil kesemua 1 juta pelarian ini?

Itu belum lagi kita cerita tentang agen dan sindiket pemerdagangan manusia. Perbuatan kita hanya akan membuatkan sindiket ini lebih banyak menipu mereka untuk membayar dan belayar menuju ke Malaysia.

--------

Rakan-rakan semua, janganlah bersikap seperti Malaysia ini tidak pernah membantu sekelumit pun negara bergolak dan pelarian. Kita sudah membantu sejak sekian lama lagi.

Mengapa isu Rohingya ini semuanya diletakkan di atas bahu Malaysia?

Di mana tanggungjawab negara ASEAN lain? OIC? PBB? Malah di manakah tanggungjawab Myanmar sendiri?

Mengapa Malaysia yang banyak membantu sebelum ini dibuli dan diwarnakan seperti kita tidak pernah membantu?

Rakan-rakan semua, saya tahu ada yang marah dan tidak berapa gemar Malaysia menjadi 'dumping ground' masalah sejagat, masalah dunia.

Tetapi pada masa sama janganlah kita melampaui batas kemanusiaan juga. Janganlah kita halalkan pembunuhan, janganlah kita bermain sentimen dan emosi, jangan kita bakar api permusuhan, jangan kita sebar berita palsu dan kebencian.

Banyak lagi hujah yang lebih rasional dan realistik untuk kita gunakan seperti yang saya tulis di atas ini.

Hentikanlah penyebaran berita dan maklumat palsu.

Hentikan juga berlagak seperti malaikat tetapi nama nak membantu di bawah tiada langsung.

Hari ini wargamaya di kedua-dua belah memainkan isu ini terlalu ekstrem sehingga lupa pada apa isu asalnya, lupa isu akarnya.

Di satu sudut kita ada kebecian melampau.

Di satu sudut lagi kita ada pensimpati yang melampau sehingga langsung tidak realistik.

--------

Bulan ini bulan Ramadhan. Jangan kita lupa.

Jaga tutur kata, jaga tingkah-laku.

Ini bulan yang menunjukkan rupa sebenar kita sebagai manusia.

The Patriots

tn TXT, appreciate these, thanks :)
 
Suaram mengutuk tindakan kerajaan enggan menerima kemasukan bot pelarian etnik Rohingya dan menolak mereka semula ke laut pada 16 April lalu.



K'jaan Malaysia tak berperikemanusiaan, kata Suaram
Diterbitkan 25 Apr 2020, 5:38 pm

Dikemaskini 25 Apr 2020, 5:40 pm



NGO Suaram mengutuk tindakan kerajaan Malaysia enggan menerima kemasukan bot mangsa pelarian etnik Rohingya dan menolak mereka semula ke laut pada 16 April lalu.
Suaram berkata, walapun Malaysia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1951 yang mengiktiraf hak-hak seseorang sebagai pelarian, namun negara ini masih mempunyai tanggungjawab terhadap kemanusiaan sejagat.

"Pihak tentera menyatakan tindakan tersebut adalah bagi mengelakkan kemasukan wabak Covid-19 ke dalam negara.

"Dengan prosedur saringan dan pengasingan sosial, mereka masih dapat tetap diselamatkan tanpa perlu menjejaskan kesihatan awam rakyat Malaysia.

"Sebagai contoh, Cuba telah membenarkan dua buah kapal dermaga yang membawa penumpang positif Covid-19 untuk berlabuh di perairan mereka bagi mendapatkan bantuan kesihatan, kerana mereka berpendapat bahawa hak kepada perkhidmatan adalah hak asasi semua.

"Tindakan Malaysia yang membahayakan nyawa 200 penumpang dengan menolak bot-bot ini kembali ke laut jelas tanpa sebab yang munasabah merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan," kata Suaram dalam kenyataan.

Pada 16 April lalu pihak berkuasa Malaysia menyekat 200 orang pelarian Rohingya yang cuba memasuki negara secara haram menggunakan sebuah bot.

Sehari sebelum itu, pengawal laut Bangladesh dilapor menyelamatkan sebuah bot yang mengandungi 382 pelarian yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, selepas lebih dua bulan terdampar.

407ff5496f1b8b7b496a6b7f5075c34b.jpg


Menurut Suaram, kemasukan kapal berkenaan ke Malaysia dinafikan pihak berkuasa dan lebih 30 orang dilaporkan meninggal dunia sebelum bantuan sampai.
Isu mengenai kewajaran kerajaan menerima kemasukan kapal-kapal berkenaan turut menjadi perdebatan di media sosial.

Sebelum ini Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, tindakan menerima bot-bot berkenaan hanya akan mengundang masalah besar kepada negara yang sedang menghadapi wabak Covid-19.

Baca: Mat Hasan: Terima bot Rohingya hanya undang masalah lebih besar

Menurut Mohamad, jika kerajaan membenarkan bot membawa pelarian itu menghampiri sempadan Malaysia, lebih banyak kejadian seumpama itu akan berlaku.


Katanya ketika ini jumlah pelarian Rohingya di Malaysia dianggarkan kira-kira 150,000 orang dan negara ini tidak lagi mampu menampung kedatangan mereka.

"Menerima Rohingya pada waktu seperti ini akan membuka lebih banyak pintu buat warga asing dan bot untuk mendekati sempadan Malaysia dan oleh itu menghalang usaha kerajaan untuk memerangi Covid-19," Mohamad dipetik sebagai berkata.

'Malaysia patut jadi contoh'
Sementara itu Suaram berkata pihaknya bersetuju bahawa konflik ketenteraan, kewarganegaraan dan status etnik Rohinya merupakan tanggungjawab bersama negara Asean lain.

Namun, katanya, Malaysia sepatutnya menjadi contoh yang lebih progresif bagi negara-negara Asean dalam menegakkan hak asasi manusia dalam rantau ini.

"Suaram juga ingin mengingatkan bahawa pelarian-pelarian yang tinggal Malaysia, walaupun diiktiraf oleh sebagai pemegang kad Pesuruhjaya Tinngi Pelarian PBB (UNHCR), namun tidak diktiraf oleh kerajaan Malaysia.

"Mereka tidak mempunyai hak untuk bekerja, mendapat Pendidikan formal dan akses kepada servis kesihatan awam.

"Dengan kekangan yang dihadapi mereka masih perlu menyara kehidupan dan keluarga, seringkali menyebabkan menghadapi masalah dengan pihak berkuasa, menambah kesulitan kepada kehidupan harian mereka," jelasnya.


 
DAP kan musih nyata orang melayu. Kaunseling pun takda kesan pada jiwa orang melayu.

betul2.. kalau cina dap kafir sembelih ayam, lembu pun hukumnya haram dimakan, rohingya muslim sembelih ayam,lembu dengan nama Allah halal makan weh..
 
Hakikatnya SUARAM,
-Malaysia telah memberikan pendidikan pada org Rohingya, siap sekolah rohingya lagi ada
-Malaysia bagi peluang pada org rohingya utk bekerja, tp construction dan tpt tpt lain, siap diorang boleh ada tpt kat Selayang
-Malaysia dah bagi mereka peluang sama mcm yg ditetapkan bagi mereka yg ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951, hanya Malaysia TIDAK ratifikasi konvensyen tu dan tidak sokong protokol 1987
ni diakui oleh mantan Menteri Luar Saifuddin Abdullah semasa pemerintahan kerajaan PH

apa lagi nak
 
betul2.. kalau cina dap kafir sembelih ayam, lembu pun hukumnya haram dimakan, rohingya muslim sembelih ayam,lembu dengan nama Allah halal makan weh..
Tp skrg, rohingya pn dh jd musuh org melayu. Whos next?! Pakistan, kongostan, setann??
 
Kami mohon maaf, terima kasih rakyat Malaysia - Majlis Ulama Rohingya
https://malaysiagazette.com/…/kami-mohon-maaf-terima-kasih…/





Kami mohon maaf, terima kasih rakyat Malaysia – Majlis Ulama Rohingya
By
Wartawan MalaysiaGazette
-
26 April 2020

MGF04122016_SAVEROHINGYA020.jpg

Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Rohingya (MUR) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan melibatkan seorang daripada bangsa Rohingya yang didakwa telah mengetengahkan beberapa tuntutan seolah-olah mewakili keseluruhan bangsa itu di Malaysia.

MUR dalam kenyataannya di sini berkata, pihakya telah meneliti setiap tuntutan yang didakwa dibuat oleh Zafar Ahmad Abdul Ghani atas kapsiti sebagai Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom) dan tular baru-baru ini.


Menurut MUR mereka sama sekali tidak menyokong tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab.

“Kami memohon kemaafan sepenuh hati kepada semua rakyat Malaysia mahupun kerajaan Malaysia atas kesalahan seorang daripada bangsa Rohingya yang tidak pernah dilantik oleh mana-mana persatuan atau masyrakata Rohingya.

“Hal itu menunjukkan beliau bergerak secara individu atau mempunyai persatuan sendiri,” kata MUR.

MUR juga mendakwa Zafar tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihaknya dan persatuan lain.

Persatuan tersebut turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sokongan berterusan terhadap kelangsungan hidup bangsa Rohingya di negara ini

“Sumbangan anda sangat dihargai oleh Rohingya di seluruh dunia,” katanya sambil meminta mana-mana pihak berurusan dengan persatuan atau individu yang benar-benar mewakili bangsa Rohingya di Malaysia.

Kelmarin Zafar dalam satu menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Artikel berkaitan: Presiden Rohingya Malaysia diugut
Katanya, ekoran tuduhan tersebut beliau kini diancam dan diugut sehingga terpaksa menyahaktif akaun Facebooknya.

“Akibat daripada tuduhan palsu tersebut saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan termasuk ugutan bunuh melalui telefon, whatsapp dan facebook saya. Kecaman dan ugutan yang saya terima rata-rata dari rakyat Malaysia.

“Usaha MERHROM untuk membantu pelarian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah terhenti akibat tuduhan palsu ini berikutan isu keselamatan,” katanya. – MalaysiaGazette

 
Back
Top
Log in Register