rahemie
Active Member
- Messages
- 1,654
- Joined
- Jun 9, 2011
- Messages
- 1,654
- Reaction score
- 54
- Points
- 40
SATU HARI NANTI, KITA JUGA SEORANG PELARIAN
Ketika hangat netizen mengecam dengan pelbagai kecaman terhadap pelarian warga Rohingya, mereka seolah-olah lupa, satu hari nanti, ketika dibangkitkan di Yaumil Mahsyar, kita semua bertelanjang bulat, dalam kesesakan berbilion manusia, terpinga-pinga, dikawal oleh para malaikat yang gagah perkasa berjalan di bawah terik kepanasan, dipertontonkan neraka yang marak menjulang apinya, semuanya menuju mizan Allah untuk diperhitung segala amal perbuatan sepanjang hidup didunia....
Ketika itu, kita semua cuma berharap, belas kasihan dari Allah. Kita, sebagai umat Muhammad s.a.w, tak akan dapat apa-apa perlindungan melainkan dengan perlindungan penghulu kita, baginda s.a.w....
Sosok yang kita harapkan untuk mengizinkan kita bernaung dengan syafaat baginda ini pernah bersabda:
"Sungguh hina-dina kaum yang membangga-banggakan nenek moyang mereka, atau mereka menjadi lebih hina di sisi Allah dari Ju'al (sejenis haiwan) yang mengais-ngais sampah menggunakan hidungnya" [HR Ahmad & At Tabrani]
"Siapa sahaja yang berperang di bawah panji kejahilan, marah kerana asobiah (fanatisme puaknasionalisme, rasis dan sejenisnya), atau menyerukan asobiah, atau menolong dalam rangka asobiah lalu dia mati, maka matinya adalah mati jahiliah" [HR Muslim]
"Sesiapa sahaja yang menyeru kepada asobiah (fanatisme puak, nasionalisme, rasis dan sejenisnya), maka dia TIDAK TERMASUK DI DALAM GOLONGAN KITA (kaum muslimin)" [HR Abu Dawud]
Lantas baginda s.a.w mengusir kita, disebabkan tegarnya menggigit fahaman asobiyah dan wathaniyah sehingga kita memandang warna kulit sebagai sempadan sesama manusia, sesama muslim....
Boleh bagitahu, celaka atau sejahtera kesudahan kita jika begitulah kesudahannya?
![]()
yea sy setuju kita kena bantu saudara seagama kita tapi kita perlukan utamakan dahulu negara kita, dalam perang covid-19 kita jangan ambil risiko untuk mengambil sebarangan warga asing dari luar. silap hb pkp kita tamat tahun depan. bukan kita tak bantu, kita bantu. sedangkan kita halau balik bot tu pun kita dah beri bantuan makanan.
masalahnya sekarang adalah puak mereka sangat2 demand, kerajaan bangladesh dah sediakan tempat tinggal tapi mereka tolak. kita dah berikan mereka tinggal di malaysia seramai 150 ribu org tapi masih lagi yg nak masuk secara haram. dah bagi tempat tinggal mereka pulak buat hal yg boleh membuatkan kita hilang sabar. adakah kita perlu sabar sehingga mereka ni dah mula berani untuk pijak kepala kita?
sekiranya kita bercakap soal agama, bagaimana dgn mereka? yang dtg sebagai tetamu tetapi berlagak seperti tuan rumah? dimana adap mereka? seperti kita lepaskan anjing tetapi digigitnya kita pula... dan seharusnya mereka berjuang di tanah air mereka untuk mendapatkan kebebasan di negara mereka.
