BTC USD 81,669.1 Gold USD 4,101.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Cerita setahun yg lepas hihi

Tun Mahathir, Depan Pemimpin Dunia di PBB, Depan aung san suu kyi dalam sidang Asean di Singapura kritik Myanmar dalam krisis melibatkan etnik Rohingya..

Bukan macam Najib dan Hj Hadi, Demo kat Dewan Tasik Titiwangsa, Terjerit jerit.. Takbir sana sini, Last last hantar wakil pergi jumpa Junta Myanmar untuk beri penjelasan.. Dengan Myanmar pun melutut..

Lepas tu buat lakonan,Hantar bantuan dan misi kemanusia ke Myanmar gabungan PAS dan UMNO.. Tiba2 didedahkan duit bantuan Rohingya pun kena tibai.. lesap.. bagus punya taawwun PAS dan UMNO... :)

FB_IMG_1587742863663.jpg


Kaki pelesap duit sekapal :D
FB_IMG_1587742492401.jpg

jap meh saya sebut kronologi pada En Azmi Murid

yg dikatakan TGHH dan pakJib di Tasik Titiwangsa tu tahun 2016
Hospital Cox's Bazar di Bangladesh oleh Malaysia pada tahun 2017, atas inisiatif pakJib

dan Azmi Murid sebut Tun Mahathir, Depan Pemimpin Dunia di PBB, Depan aung san suu kyi dalam sidang Asean di Singapura pada Nov 14, 2018
pada masa tu Malaysia masih menjalankan operasi di Hospital Cox's Bazar

Tun Mahathir pada 25 September 2019 di PBB mengakui

"Bagi pihak kami, Malaysia juga cuba melakukan yang termampu. Selain daripada memberikan bantuan kemanusiaan, Malaysia mengoperasikan hospital medan di Cox's Bazar. Kami juga menerima hampir 100,000 pelarian Rohingya berdaftar," katanya.


persoalan, kenapa baru tahun 2018 baru bangkitkan hal tabung kononnya lesap, walhal solidariti berlaku tahun 2016?
 
Last edited:
Masa bercinta cintan, punya lah buat baik dgn Rohingya. Bila dah kawin, dah senang, ada kedudukan. Kau org buat x kenal Rohingya ya. 😈 :)😈

Selamat Berpuasa Rohingya

FB_IMG_1587751576287.jpg
 
SATU HARI NANTI, KITA JUGA SEORANG PELARIAN

Ketika hangat netizen mengecam dengan pelbagai kecaman terhadap pelarian warga Rohingya, mereka seolah-olah lupa, satu hari nanti, ketika dibangkitkan di Yaumil Mahsyar, kita semua bertelanjang bulat, dalam kesesakan berbilion manusia, terpinga-pinga, dikawal oleh para malaikat yang gagah perkasa berjalan di bawah terik kepanasan, dipertontonkan neraka yang marak menjulang apinya, semuanya menuju mizan Allah untuk diperhitung segala amal perbuatan sepanjang hidup didunia....

Ketika itu, kita semua cuma berharap, belas kasihan dari Allah. Kita, sebagai umat Muhammad s.a.w, tak akan dapat apa-apa perlindungan melainkan dengan perlindungan penghulu kita, baginda s.a.w....

Sosok yang kita harapkan untuk mengizinkan kita bernaung dengan syafaat baginda ini pernah bersabda:

"Sungguh hina-dina kaum yang membangga-banggakan nenek moyang mereka, atau mereka menjadi lebih hina di sisi Allah dari Ju'al (sejenis haiwan) yang mengais-ngais sampah menggunakan hidungnya" [HR Ahmad & At Tabrani]

"Siapa sahaja yang berperang di bawah panji kejahilan, marah kerana asobiah (fanatisme puaknasionalisme, rasis dan sejenisnya), atau menyerukan asobiah, atau menolong dalam rangka asobiah lalu dia mati, maka matinya adalah mati jahiliah" [HR Muslim]

"Sesiapa sahaja yang menyeru kepada asobiah (fanatisme puak, nasionalisme, rasis dan sejenisnya), maka dia TIDAK TERMASUK DI DALAM GOLONGAN KITA (kaum muslimin)" [HR Abu Dawud]

Lantas baginda s.a.w mengusir kita, disebabkan tegarnya menggigit fahaman asobiyah dan wathaniyah sehingga kita memandang warna kulit sebagai sempadan sesama manusia, sesama muslim....

Boleh bagitahu, celaka atau sejahtera kesudahan kita jika begitulah kesudahannya?

FB_IMG_1587772116268.jpg
 
Belajar dari sejarah, elak ‘tragedi’ Pulau Bidong

24 April 2020

drnajmil.jpg

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Masalah dihadapi Malaysia berkenaan pelarian Rohingya sama seperti isu pelarian Vietnam yang pernah melanda negara ini dan menjadi isu global dari tahun 1975 hingga tahun 1991.
Keruntuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan kepada kerajaan komunis Vietnam Utara pada tahun 1975 telah mengakibatkan ketidakstabilan politik lalu menyebabkan ramai rakyat negara itu menjadi pelarian boat people.


Namun, menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, negara sekitar Vietnam menjadi destinasi pilihan pelarian itu khususnya Malaysia kerana jarak perjalanan yang tidak terlalu jauh.

Kata beliau, berdasarkan laporan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), seramai 252,390 pelarian Vietnam pernah berada di Malaysia.

“Atas dasar kemanusiaan, kerajaan Malaysia dengan baik hati telah menempatkan pelarian ini di Pulau Bidong, Terengganu sejak tahun 1978. Kerana layanan terlalu baik, di samping kestabilan politik negara terjamin, pelarian ini mula mogok dan melakukan demonstrasi apabila PBB membuat keputusan mengeluarkan mereka dari Pulau Bidong untuk dihantar ke negara ketiga.

“Pelarian ini mula “besar kepala” dengan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, mogok lapar, mengangkat poster “Kami Tidak Mahu Pulang” dan ada juga yang mencederakan diri sendiri,” katanya di sini.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, mereka sudah ada pemimpin sama seperti Rohingya pada hari ini iaitu meletakkan pelbagai tuntutan yang jelas mengancam kedaulatan negara.

Katanya, dalam konteks ekonomi pula, pelarian itu telah mula mengambil alih kawasan perairan Pulau Bidong yang sememangnya kaya dengan hasil laut.

“Akibatnya, nelayan tempatan tidak dapat mencari hasil. Kerajaan perlu sedar betapa besarnya impak kemasukan pelarian ini kepada negara, di mana ianya menjejaskan kedaulatan serta keselamatan Malaysia sendiri.

“Isu pelarian adalah masalah rentas sempadan dan mengancam keselamatan serantau. Malaysia perlulah mempunyai pendirian yang tegas untuk tidak lagi menerima mana-mana pelarian yang masuk ke negara ini,” katanya.

Seterusnya, Dr. Najmil Faiz berkata, proses penghantaran semula pelarian perlu dipercepatkan kerana semakin lama tinggal mereka akan berasa makin selesa.

Ujar beliau, pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilakukan dengan lebih tegas untuk memastikan pelarian tidak menguasai sumber ekonomi lalu merampas peluang rakyat tempatan. – MalaysiaGazette

 
Back
Top
Log in Register