sebenarnya ada dalang yg sibuk nak hantar Rohingya ni secara haram ke malaysia
in fact duduk molek molek dah kat Bangladesh tapi guna gak khidmat penyeludup utk datang ke Malaysia secara haram. even Bangladesh pun halang penyeludupan ni
Rohingya yg diseludup ni bukannya datang dari Rakhine Myanmar, sebaliknya datang dari Bangladesh, negara yg dah bagi bagi perlindungan kepada Rohingya yg dah lari dari Rakhine
Ceroboh sempadan: Rohingya terjejas STRUKTUR yang dibina Myanmar di kawasan tidak dituntut di Ghumdum dekat Bandarban, bersempadan antara Bangladesh dan Myanmar. DHAKA 12 Jan. - Yangon didakwa me*lakukan pencabulan un*dang-undang antarabangsa secara terang-terang*an apabila membina struktur...
carigold.com
Bangladesh halang 22 Rohingya lari ke Malaysia
COX’S BAZAR: Pasukan keselamatan Bangladesh berjaya menyekat usaha menyeludup 22 etnik Islam Rohingya ke Malaysia menggunakan bot.
Ia adalah kumpulan kedua yang berjaya dihalang daripada berbuat demikian dalam tempoh tiga hari.
Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) dilaporkan berjaya menemui 11 wanita, kanak-kanak (10) dan seorang lelaki di sebuah kampung di kawasan pantai Teluk Bengal, berhampiran sempadan Myanmar, semalam.
“Kesemua 22 etnik Rohingya itu dikatakan sudah membayar sebanyak AS$1,200 (RM4,882) kepada penyeludup untuk mendapatkan sebuah bot kecil bagi perjalanan itu,” kata pegawai BGB.
Bagaimanapun, individu yang terbabit dengan pemerdagangan manusia itu berjaya melarikan diri sebelum pasukan keselamatan tiba di lokasi berkenaan.
Kira-kira 740,000 penduduk minoriti Islam sudah meninggalkan Myanmar menuju ke Bangladesh berikutan operasi tentera pada Ogos 2017.
“Penyeludup merampas segala barang yang dimiliki oleh pelarian terbabit,” kata Ketua BGB di Teknaf, Leftenan Kolonel Asadud Zaman Chowdhury kepada AFP.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan, sebahagian besar remaja perempuan etnik Rohingya itu akan dipaksa terbabit dalam aktiviti pelacuran.
Ia adalah insiden keempat insiden pelarian Rohingya berjaya dihalang daripada menaiki bot menuju ke Malaysia, sejak November lalu. AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/02/529798/bangladesh-halang-22-rohingya-lari-ke-malaysia
Ceroboh sempadan: Rohingya terjejas STRUKTUR yang dibina Myanmar di kawasan tidak dituntut di Ghumdum dekat Bandarban, bersempadan antara Bangladesh dan Myanmar. DHAKA 12 Jan. - Yangon didakwa me*lakukan pencabulan un*dang-undang antarabangsa secara terang-terang*an apabila membina struktur...
carigold.com
Isu Rohingya diseludup ke Malaysia, pelarian semakin terdesak: penganalisis
Seorang penganalisis berkata, penemuan terbaharu etnik Rohingya ke Malaysia adalah petanda ‘berbahaya’, menunjukkan betapa terdesaknya pelarian di lebih 30 kem buluh dan tarpaulin dalam persekitaran daif serta sesak. -Foto Agensi
DHAKA: Polis Bangladesh menahan 43 pelarian Rohingya daripada diseludup ke Malaysia menggunakan bot dengan 12 wanita mendakwa mereka diculik penyeludup, kata pihak berkuasa semalam.
Bertindak atas maklumat, polis menemui pelarian terbabit di dua tempat berasingan di sempadan tenggara daerah Cox’s Bazar, menambah jumlah Rohingya diselamatkan daripada penyeludup kepada lebih 100 orang dalam tempoh kurang seminggu.
Kira-kira 740,000 minoriti Islam itu lari dari Myanmar ke Bangladesh selepas satu tindakan keras tentera di negara majoriti Buddha itu pada Ogos 2017.
Mereka menyertai tambahan 300,000 Rohingya yang hidup dalam kem terlebih sesak di Cox’s Bazar berikutan keganasan sebelumnya.
Pihak berkuasa bimbang ramai mungkin dieksploitasi skim pemerdagangan manusia terancang antarabangsa yang sebelum ini menghantar ribuan Rohingya ke Malaysia menaiki bot sehingga Bangladesh melancarkan tindakan keras pada 2015 susulan penemuan kubur besar pelarian di Thailand.
Batalion Tindakan Pantas (RAB), unit elit polis berkata, mereka menyelamatkan 12 wanita, kebanyakannya berusia 20-an dari sebuah bilik di Cox’s Bazar awal pagi semalam dan menahan dua penyeludup kerana ‘menculik’ mereka.
“Wanita muda dari kem pelarian diperdaya penyeludup. Mereka dijanjikan untuk dihantar ke Malaysia sebaliknya dibawa ke Cox’s Bazar dan dikurung dalam sebuah rumah,” kata jurucakap RAB, Mashkur Rahman kepada AFP menambah kes itu dianggap menculikan selepas wanita terbabit mendakwa dikurung tanpa rela.
Dalam satu lagi sebuan lewat kelmarin, polis Cox’s Bazar menyelamatkan tambahan 31 Rohingya dari pulau selatan Maheskhali, sejauh 110 kilometer dari kem pelarian sesak Kutupalong.
Ketua polis tempatan, Provash Chandra berkata, 14 wanita, 11 lelaki dan enam kanak-kanak bersembunyi dalam sebuah hutan tepi pantai di Maheshkhali, menunggu menaiki bot ke Malaysia.
“Mereka membayar kira-kira 20,000 taka (RM972.31) setiap seorang kepada penyeludup untuk perjalanan itu,” katanya yang menahan seorang penyeludup wanita dan mencari pesalah lain.
Seorang penganalisis berkata, penemuan terbaharu etnik Rohingya ke Malaysia adalah satu tanda ‘berbahaya’ dan menunjukkan betapa terdesaknya pelarian di lebih 30 kem buluh dan tarpaulin dalam persekitaran daif serta sesak.
“Adalah biasa untuk pelarian terdesak cuba menempuh risiko mencari masa depan lebih baik. Mereka tahu jalannya penuh berliku, namun ramai berpendapat, itu satu-satunya jalan keluar,” kata Tasneem Siddiqui, mengetuai kumpulan pemikir Bangladesh berkaitan isu penghijrahan.
Pihak berkuasa bimbang, lebih ramai Rohingya akan cuba menaiki bot ke Malaysia ketika Teluk Bengal tenang sebelum ketibaan musim monsun penghujung Mac. -AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/as...laysia-pelarian-semakin-terdesak-penganalisis
Burmese army killing, Rathadaung Township Kuayk Tan villager, 7 people died and 8 people injury. the people of Rakhine state.
carigold.com
Bangladesh halang 84 pelarian Rohingya ke Malaysia
Gambar 15 Mei lalu menunjukkan pelarian Rohingya berehat di sebuah balai polis sebelum dihantar pulang ke kem di Cox’s Bazar selepas mereka diselamatkan sebelum melakukan perjalanan ke Malaysia. -Foto AFP
COX’S BAZAR: Pihak berkuasa Bangladesh berjaya menghalang 84 pelarian Rohingya dari Myanmar untuk cuba melakukan perjalanan bahaya menggunakan bot ke Malaysia, kata pihak berkuasa hari ini.
Polis di Pekua berkata, 67 Muslim Rohingya dari Kutupalong, penempatan pelarian terbesar di dunia ditahan ketika menunggu untuk menaiki bot nelayan.
Pelarian itu termasuk 31 wanita dan 15 kanak-kanak.
Di pulau kecil Bangladesh di Teluk Bengal, Saint Martin, pengawal pantai negara itu menahan 17 lagi etnik Rohingya dan lima penyeludup tempatan sebelum menaiki bot kayu.
Komander pengawal pantai serantau, Fayezul Islam Mondol berkata, mereka bertindak atas maklumat.
Kira-kira 740,000 pelarian Rohingya lari dari Myanmar ke Bangladesh sejak tindakan keras tentera bermula Ogos 2017.
Mereka menyertai tambahan 300,000 lagi Rohingya yang sudah menetap di kem penuh sesak di sini susulan keganasan sebelumnya.
Ribuan pelarian cuba melarikan diri dari kem itu setiap tahun untuk mencari peluang lebih baik di negara seperti Malaysia dan Thailand.
Kebanyakan cubaan melakukan perjalanan dibuat sebelum Mac, apabila laut tenang sebelum musim monsun namun pakar berkata, penyeludup kini meyakinkan pelarian untuk cuba menyeberang walaupun ketika laut bergelora.
“Ini adalah situasi amat membimbangkan,” kata Jishu Barua, seorang pekerja bantuan untuk kes pemerdagangan manusia. -AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/as...adesh-halang-84-pelarian-rohingya-ke-malaysia