Oooo patut la PH dapat meraih sokongan politik daripada pengundi2 depa.
tn accessive, ni antara contoh yg mahu kerajaan ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951
berikut adalah seperti dibawah ni
1.
Selasa, 25 September 2018 | 9:51pm
Bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan) ketika sidang media mengenai kemanusiaan isu pelarian Rohingya hari ini. Turut hadir bekas Pengerusi Inter-Asean Parliamentary Caucus Pro- Democracy Myanmar Datuk Zaid Ibrahim. - Foto BERNAMA
Syor kerajaan ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyegerakan proses meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam usaha menangani krisis pelarian khususnya, Rohingya.
Saranan itu dikemukakan Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaan dan Pusat Rohingya ASEAN.
Inisiatif itu diharap dilaksanakan seperti dijanjikan Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga penasihat jawatankuasa itu, berkata sehubungan itu pihaknya akan mengemukakan memorandum kepada kerajaan melalui Kementerian Luar supaya menyegerakan proses pengesahan.
“Jawatankuasa khas ini juga bertanggungjawab dalam merangka rangka kerjanya supaya proses meratifikasikan dapat dimobilisasikan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Jawatankuasa Khas Malaysia yang baru dibentuk itu, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, penasihat bersama jawatankuasa itu, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Pusat Rohingya ASEAN (ARC), Dr Mohd Helmi Ibrahim.
Syed Hamid yang juga bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, menegaskan jika Malaysia membuat ratifikasi, undang-undang dan mekanisma akan diwujudkan untuk membantu pelarian Rohingya dalam bidang kesihatan, pendidikan, latihan vokasional dan pekerjaan.
Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di Malaysia.
Mengikut Akta Imigresen, pelarian dianggap pendatang tanpa izin dan berisiko ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal.
“Jawatankuasa khas ini juga mencadangkan Malaysia membuat satu resolusi kepada PBB untuk merujuk Myanmar kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk disiasat dan dipertanggungjawabkan atas jenayah hak asasi dan kemanusiaan yang dilakukan.
“Kami juga berharap ASEAN sebagai pertubuhan serantau yang mempunyai piagam hak asasi manusia juga mengambil tanggungjawab menangani pelanggaran hak asasi paling besar yang berlaku di Asia Tenggara, sejak peristiwa hitam pembunuhan di Kemboja,” katanya.
Syed Hamid berkata dalam masa terdekat juga satu Makmal Kemanusiaan 2.0 akan dianjurkan oleh Mercy Malaysia dengan kerjasama ARC.
“Makmal ini akan menampilkan beberapa inisiatif konkrit dalam menangani isu Rohingya di Malaysia khasnya isu status dan dokumentasi, akses kepada pendidikan dan kesihatan, latihan vokasional dan pekerjaan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyegerakan proses meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam usaha menangani krisis pelarian khususnya, Rohingya.
www.bharian.com.my
2.
Ratifikasi Konvensyen PBB mengenai Status Pelarian 1951
31 Ogos 2019
Suhakam
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru agar kerajaan meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Status Pelarian 1951.
Suhakam dalam satu kenyataan berkata, undang-undang itu bukan sahaja bagi menetapkan standard minimum dan peraturan berkaitan status, layanan dan penentuan terhadap pelarian supaya mereka dapat hidup dan bekerja di Malaysia tanpa penganiayaan, tetapi juga untuk memberi komitmen terhadap prinsip 'non-refoulment' yang diperuntukkan oleh Perkara 33(1) konvensyen tersebut.
"Sementara kita membincangkan ratifikasi konvensyen mengenai pelarian tersebut, prinsip keadilan menuntut agar suatu tindakan politik dilakukan bagi memastikan pematuhan terhadap prinsip non-refoulement," katanya.
Suhakam mencadangkan perkara itu kerana bimbang dengan pengusiran sekeluarga pencari suaka warganegara Turki walaupun mereka telah dikategorikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) sebagai orang yang dilindungi dan berisiko terhadap ancaman sekiranya mereka dipaksa kembali ke negara asal di mana ia merupakan pelanggaran terhadap prinsip non-refoulement.
"Di bawah Seksyen 8 Akta Ekstradisi 1992, terdapat beberapa larangan terhadap ekstradisi dalam beberapa keadaan. Ini termasuk sekiranya waran pemulangannya telah dibuat dengan tujuan untuk membicarakan atau menghukumnya rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya.
"Mereka yang mencari suaka terutamanya yang datang ke Malaysia, di mana status pelarian tidak diiktiraf mempunyai ruang perlindungan yang terhad. Pencari suaka, pelarian dan orang tidak bernegara di Malaysia hidup dalam keadaan yang terdedah kepada penganiayaan, dan ini diburukkan lagi dengan dasar-dasar yang menyekat dan mengehadkan akses kepada perlindungan suaka," katanya.
Dalam pada itu, Suhakam berharap agar kerajaan memenuhi harapan rakyat untuk mewujudkan suatu negara yang penuh belas kasihan dan berasaskan keadilan.
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru agar kerajaan meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...
www.sinarharian.com.my