BTC USD 84,037.9 Gold USD 4,194.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

isu lain mende kamu ni.. kamu faham dulu apa itu konvensyen pelarian 1951..


sehingga pentadbiran bn mei 2018, malaysia masih tidak mahu menandatangani kovensyen pbb ini, tapi yg mengejutkan langkah meratifikasi konvensyen ini dimasukkan sbg salah satu dalam manifesto ph,
bayangkan jika ph tidak ditumbangkan dan ratifikasi ini berjaya dilaksanakan? seram kan...

Pehh... wowww...

Walaupun BN membuat penganjuran besar-besaran dan solidariti Rohingya tetapi mereka tidak menandatangani ratifikasi konvensyen PBB tersebut.

Tetapi ia ada dalam manifesto PH?? Dalam senyap yerr PH...

Tak dapat bayangkan kalau mereka masih berkuasa. X buat perhimpunan macam BN tapi terima Rohingya masuk...

Mana lagi baik.. buat perhimpunan tapi berani tolak Rohingya sekarang ke atau buat infografik perhimpunan tapi dalam manifesto mahu tandatangan konvensyen PBB dan terima Rohingya? :eek:
 
Cmm, dari segi undang2, adakah dibolehkan utk mana2 kerajaan menghantar semula pelarian kembali ke negara asal mereka?



dan apa pandangan Cmm terhadap salah satu manifesto pakatan harapan sebelum ini yg ingin meratifikasi konvensyen pelarian 1951?



bagus soalan tn zari ni, appreciate this :)



berkenaan soalan ni

-dari segi undang2, adakah dibolehkan utk mana2 kerajaan menghantar semula pelarian kembali ke negara asal mereka

-jawapan saya adalah seperti berikut:-

soalan tn zari ada kaitan dengan Konvensyen Pelarian 1951
Malaysia tidak pernah menandatangani atau mengiktiraf Konvensyen Pelarian 1951 dan protokolnya pada 1967


Apa yang terkandung di dalam Konvensyen Pelarian 1951 itu?
Menurut UNHCR, konvensyen ini mendefinasikan makna ‘pelarian’. Ia juga menggariskan hak kebebasan pelarian untuk mengamalkan agama mereka serta bergerak dalam negara kedua yang mereka singgah. Hak pendidikan serta hak mendapat dokumen perjalanan juga dinyatakan. Di samping itu, ia juga menggariskan tanggungjawab pelarian terhadap negara yang membantu mereka. Menjadi tanggungjawab negara yang menandatangani perjanjian itu untuk tidak menghantar pulang mereka ke negara asal yang mereka takuti.



Oleh kerana Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, jadinya walaupun pelarian Rohingya mendapat pengiktirafan dan ada kad UNHCR, mereka tetap dianggap sebagai pendatang haram di sisi undang-undang Malaysia.

Walaupun begitu, Kerajaan kita sebenarnya telah banyak memberikan bantuan kepada para pelarian ini, dan kerajaan kita ni adalah dari zaman pemerintahan BN, zaman PH dan sekarang. Ini adalah fakta yg tidak boleh disangkal. takde agenda politik disini.

Adakalanya bantuan kemanusiaan diberikan tetapi tidak diwar warkan, kerana risau nanti lebih ramai pelarian yang berlabuh ke perairan kita, sehingga tak tertanggung nanti. NGO-NGO kemanusiaan juga tak kurang, dengan sekolah-sekolah Rohingya, bantuan makanan, dan lain-lain.



jadi sebagai menjawab soalan tn zari, jika sesebuah negara tersebut tak menandatangani sokongan Konvensyen Pelarian 1951 dan juga protokolnya pada 1967, maka negara tersebut dibolehkan utk menghantar semula pelarian balik ke negara asalnya











ok soalan kedua, berkenaan salah satu manifesto pakatan harapan sebelum ini yg ingin meratifikasi konvensyen pelarian 1951

tn zari, ni saya produce statement mantan Menteri Luar Saifuddin Abdullah pada 26/3/2019



Mengulas pertimbangan menandatangani Konvensyen Berkaitan Pelarian 1951, Saifuddin berkata, perkara itu digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu praktikal dalam memperhalusi kesan sekiranya Malaysia menandatangani konvensyen berkenaan, justeru pelbagai perbincangan ketika ini giat dijalankan di peringkat Kabinet.

“Kita sudah terangkan kedudukan Malaysia (mengenai isu menandatangani konvensyen berkaitan pelarian) kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan mereka faham.

“Tetapi dalam masa sama mereka (UNHCR) menghargai apa yang kita sudah lakukan (untuk membantu etnik Rohingya) seolah-olah Malaysia sudah menandatangani konvensyen ini,” katanya.

Mengulas pertimbangan untuk memberi pekerjaan kepada Rohingya, Saifuddin berkata, keutamaan kerajaan ketika ini ialah mewujudkan peluang kerjaya yang mencukupi bagi rakyat Malaysia.

“Ini tidak bermaksud kita nak halau etnik Rohingya kerana Malaysia sejak pentadbiran terdahulu tidak pernah berbuat demikian, cuma saya ingin tekankan keutamaan (peluang pekerjaan) masih kepada rakyat sendiri,” katanya.







gitulah kiranya tn zari :)
sori saya lambat dlm bagi jawapan ni.
 
Malaysia mmg tak tandatangani konvensyen pelarian 1951



namun semasa pemerintahan PH, berkenaan pertimbangan menandatangani Konvensyen Berkaitan Pelarian 1951, mantan Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu praktikal dalam memperhalusi kesan sekiranya Malaysia menandatangani konvensyen berkenaan, justeru pelbagai perbincangan ketika ini giat dijalankan di peringkat Kabinet.













APA ITU KONVENSYEN PELARIAN 1951

Latar Belakang Konvensyen 1951
Perang dunia kedua yang berakhir pada 1945 menyaksikan hampir 60 juta nyawa terkorban. Sebahagian besarnya adalah rakyat biasa. Selain terbunuh sewaktu perperangan, ramai nyawa juga terkorban berikutan penularan penyakit berbahaya akibat kemusnahan total alam sekitar. Kemusnahan, ancaman penularan wabak berbahaya, pembunuhan dan konflik bersenjata telah memaksa jutaan manusia melarikan diri dari negara asal ke negara berdekatan untuk mendapat perlindungan. Kebanyakan pelarian yang tertumpu di benua Eropah tersebut bagaimanapun menghadapi kesukaran untuk mendapat perlindungan akibat ketiadaan undang-undang antarabangsa bagi melindungi mereka.

Definisi dan skop

Konvensyen tersebut telah mengkategorikan siapa pelarian dan apakah jenis perlindungan perundangan dan hak-hak sosial yang perlu diberikan kepada pelarian.
Konvensyen 1951 mendefinasikan pelarian sebagai:
“… individu/kumpulan/sesiapa sahaja yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka disebabkan ketakutan akan diseksa atas faktor nasional, agama, kewarganegaraan, penglibatan dan pandangan politik serta tidak mendapat sebarang sebarang perlindungan daripada negara tersebut (negara asal mereka)…”


Apakah Kepentingan Konvensyen 1951
Konvensyen 1951 merupakan perjanjian antarabangsa yang pertama bagi melindungi aspek-aspek fundamental pelarian. Ia juga menggariskan satu set hak asasi manusia yang perlu diberikan kepada pelarian. Konevensyen ini juga merupakan satu rangsangan kepada kepentingan tentang kerjasama antarabangsa termasuk kempen berkongsi beban “burden sharing” dalam menangani masalah-masalah global khususnya isu pelarian.

Apakah yang terkandung dalam Konvensyen 1951?
Konvensyen 1951 menggariskan variasi hak yang perlu diberikan kepada mereka. Ini termasuk, kebebasan beragama dan bergerak, hak untuk bekerja, pendidikan dan dokumen perjalanan. Yang lebih penting, negara tidak boleh menghantar pulangpelarian ke negara asal mereka dengan hujah mereka akan berhadapan dengan pelbagai ancaman di negara asal.

Interpretasi Konvensyen 1951, bagaimanapun adalah terhad bagi melindungi pelarian di Eropah dan diluar Eropah pada tempoh masa sebelum Januari 1 1951. Menyedari keterbatasan interpretasi ini telah mewujudkan satu lagi instrumen perundangan antarabangsa berkaitan pelarian yang dikenali sebagai Protokol 1967.

Apakah itu Protokol 1967?
Protokol 1967 merupakan instrumen perundangan antarabangsa berkaitan perlindungan pelarian yang diwujudkan bagi menyelesaikan keterbatasan interpretasi dalam konteks georgrafi (di Eropah) dan waktu (kejadian yang berlaku sebelum 1951) yang terkandung dalam Konvensyen 1951. Negara yang menandatangani Konvensyen 1951 digesa agar menyetujui Protokol 1967 bagi memastikan pelarian mendapat perlindungan sewajarnya.


Apakah hak-hak pelarian yang terkandung dalam konvensyen tersebut?
  1. Hak untuk tidak dihantar pulang secara paksa ke negara lain (termasuk negara asal) di mana pelarian tersebut mungkin berhadapan penganiayaan – Artikel 33
  2. Pengecualian/pembebasan daripada sebarang bentuk hukuman dari memasuki mana-mana wilayah/kawasan di negara parti secara tidak sah – Artikel 31
  3. Hak untuk mendapatkan pekerjaa – Artikel 17
  4. Hak untuk mendapatkan penempatan/perumahan – Artikel 21
  5. Hak untuk mendapatkan pendidikan – Artikel 22
  6. Hak untuk mendapatkan bantuan umum/sokongan – Artikel 23
  7. Hak untuk kebebasan beragama dan akses kepada pengadilan – Artikel 4 dan 16
  8. Hak dan kebebasan bergerak – Artikel 26
  9. Hak untuk diberikan status/identiti dan dokumen perjalanan sah – Artikel 27 dan 28

Pejabat Suruhanjaya tInggi bagi Orang Pelarian di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR)

UNHCR merupakan agensi yang ditubuhkan di bawah payung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Disember 1950. UNHCR merupakan agensi yang diberi mandat untuk melindungi pelarian dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pelarian di seluruh dunia. Tujuan utama penubuhannya ialah bagi melindungi hak dan kehidupan pelarian. Ia bagi memastikan setiap individu berhak untuk mendapatkan hak perlindungan dan selamat di negara lain dan/atau diberikan peluang untuk kembali ke negara asal mereka secara sukarela, integrasi dan dihantar ke negara ketiga. UNHCR juga bertanggungjawab dalam memastikan setiap pelarian mendapat perlindungan antarabangsa seperti yang terkandung dalam Konvensyen 1951 dan beberapa konvensyen lain berkaitan pelarian. Dalam konteks Malaysia, UNHCR bertanggungjawab mempromosikan hak asasi fundamental bagi setiap pelarian dan pencari suaka dan memastikan mereka tidak dihantar ke negara asal mereka secara paksa, di mana nyawa mereka akan diancam.

Fokus: Cabaran selepas 60 Tahun
Pada 28 Julai, 2011 merupakan ulang tahun ke-60 Konvensyen 1951. Persoalan yang sering timbul ialah sejauhmana konvensyen (termasuk Protokol 1967) ini masih relevan dan boleh diguna pakai? Walaupun statistik dan landskap migrasi dan pergerakan manusia (khususnya pelarian) di abad ke-21 sudah meningkat dan berubah, Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 masih relevan dan masih diperlukan sebagai pelindung kepada hak dan keselamatan pelarian. Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 telah membantu hampir 50 juta manusia (pelarian) dalam pelbagai keadaan. Di mana sahaja wujud pencabulan hak asasi dan penganiayaan terhadap pelarian, di situ konvensyen ini memainkan peranannya sebagai pelindung kepada mereka.


Disediakan oleh,
SUARAM
2011
 
Last edited:
Pehh... wowww...

Walaupun BN membuat penganjuran besar-besaran dan solidariti Rohingya tetapi mereka tidak menandatangani ratifikasi konvensyen PBB tersebut.

Tetapi ia ada dalam manifesto PH?? Dalam senyap yerr PH...

Tak dapat bayangkan kalau mereka masih berkuasa. X buat perhimpunan macam BN tapi terima Rohingya masuk...

Mana lagi baik.. buat perhimpunan tapi berani tolak Rohingya sekarang ke atau buat infografik perhimpunan tapi dalam manifesto mahu tandatangan konvensyen PBB dan terima Rohingya? :eek:

tn Kassim Hensem, aah mmg ada dlm manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). ni mantan Menteri Luar Saifuddin Abdullah sebut pada 26/3/2019. in fact masa tu katanya, pelbagai perbincangan ketika ini giat dijalankan di peringkat Kabinet.
 
tn Kassim Hensem, aah mmg ada dlm manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). ni mantan Menteri Luar Saifuddin Abdullah sebut pada 26/3/2019. in fact masa tu katanya, pelbagai perbincangan ketika ini giat dijalankan di peringkat Kabinet.
Oooo patut la PH dapat meraih sokongan politik daripada pengundi2 depa.
 
Oooo patut la PH dapat meraih sokongan politik daripada pengundi2 depa.

tn accessive, ni antara contoh yg mahu kerajaan ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951

berikut adalah seperti dibawah ni

1.
Selasa, 25 September 2018 | 9:51pm


25albar_1537883500.jpg

Bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan) ketika sidang media mengenai kemanusiaan isu pelarian Rohingya hari ini. Turut hadir bekas Pengerusi Inter-Asean Parliamentary Caucus Pro- Democracy Myanmar Datuk Zaid Ibrahim. - Foto BERNAMA

Syor kerajaan ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951






KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyegerakan proses meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam usaha menangani krisis pelarian khususnya, Rohingya.
Saranan itu dikemukakan Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaan dan Pusat Rohingya ASEAN.

Inisiatif itu diharap dilaksanakan seperti dijanjikan Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga penasihat jawatankuasa itu, berkata sehubungan itu pihaknya akan mengemukakan memorandum kepada kerajaan melalui Kementerian Luar supaya menyegerakan proses pengesahan.

“Jawatankuasa khas ini juga bertanggungjawab dalam merangka rangka kerjanya supaya proses meratifikasikan dapat dimobilisasikan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Jawatankuasa Khas Malaysia yang baru dibentuk itu, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, penasihat bersama jawatankuasa itu, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Pusat Rohingya ASEAN (ARC), Dr Mohd Helmi Ibrahim.

Syed Hamid yang juga bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, menegaskan jika Malaysia membuat ratifikasi, undang-undang dan mekanisma akan diwujudkan untuk membantu pelarian Rohingya dalam bidang kesihatan, pendidikan, latihan vokasional dan pekerjaan.

Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di Malaysia.

Mengikut Akta Imigresen, pelarian dianggap pendatang tanpa izin dan berisiko ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal.

“Jawatankuasa khas ini juga mencadangkan Malaysia membuat satu resolusi kepada PBB untuk merujuk Myanmar kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk disiasat dan dipertanggungjawabkan atas jenayah hak asasi dan kemanusiaan yang dilakukan.
“Kami juga berharap ASEAN sebagai pertubuhan serantau yang mempunyai piagam hak asasi manusia juga mengambil tanggungjawab menangani pelanggaran hak asasi paling besar yang berlaku di Asia Tenggara, sejak peristiwa hitam pembunuhan di Kemboja,” katanya.

Syed Hamid berkata dalam masa terdekat juga satu Makmal Kemanusiaan 2.0 akan dianjurkan oleh Mercy Malaysia dengan kerjasama ARC.

“Makmal ini akan menampilkan beberapa inisiatif konkrit dalam menangani isu Rohingya di Malaysia khasnya isu status dan dokumentasi, akses kepada pendidikan dan kesihatan, latihan vokasional dan pekerjaan,” katanya.



2.
Ratifikasi Konvensyen PBB mengenai Status Pelarian 1951
31 Ogos 2019
446586.jpg

Suhakam



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru agar kerajaan meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Status Pelarian 1951.

Suhakam dalam satu kenyataan berkata, undang-undang itu bukan sahaja bagi menetapkan standard minimum dan peraturan berkaitan status, layanan dan penentuan terhadap pelarian supaya mereka dapat hidup dan bekerja di Malaysia tanpa penganiayaan, tetapi juga untuk memberi komitmen terhadap prinsip 'non-refoulment' yang diperuntukkan oleh Perkara 33(1) konvensyen tersebut.

"Sementara kita membincangkan ratifikasi konvensyen mengenai pelarian tersebut, prinsip keadilan menuntut agar suatu tindakan politik dilakukan bagi memastikan pematuhan terhadap prinsip non-refoulement," katanya.


Suhakam mencadangkan perkara itu kerana bimbang dengan pengusiran sekeluarga pencari suaka warganegara Turki walaupun mereka telah dikategorikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) sebagai orang yang dilindungi dan berisiko terhadap ancaman sekiranya mereka dipaksa kembali ke negara asal di mana ia merupakan pelanggaran terhadap prinsip non-refoulement.

"Di bawah Seksyen 8 Akta Ekstradisi 1992, terdapat beberapa larangan terhadap ekstradisi dalam beberapa keadaan. Ini termasuk sekiranya waran pemulangannya telah dibuat dengan tujuan untuk membicarakan atau menghukumnya rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya.

"Mereka yang mencari suaka terutamanya yang datang ke Malaysia, di mana status pelarian tidak diiktiraf mempunyai ruang perlindungan yang terhad. Pencari suaka, pelarian dan orang tidak bernegara di Malaysia hidup dalam keadaan yang terdedah kepada penganiayaan, dan ini diburukkan lagi dengan dasar-dasar yang menyekat dan mengehadkan akses kepada perlindungan suaka," katanya.

Dalam pada itu, Suhakam berharap agar kerajaan memenuhi harapan rakyat untuk mewujudkan suatu negara yang penuh belas kasihan dan berasaskan keadilan.


 
Manakala berikut dibawah ni statement mantan Timb Perdana Menteri pakZahid pada 6 Oktober 2017.

Malaysia tiada hasrat tandatangan perjanjian pelarian, kata Zahid




October 6, 2017 2:42 PM


ahmad-zahid-hamidi-unhcr-rohingya-pelarian.jpg

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Malaysia tidak berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk membawa masuk pelarian etnik Rohingya ke negara ini.

Katanya, walaupun tidak menandatangani perjanjian itu, negara bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan beberapa agensi antarabangsa lain serta menetapkan dasar perikemanusiaan.

Sehingga kini, Malaysia masih tidak menandatangani Perjanjian Berkaitan Pelarian dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita tidak berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk pelarian, walaupun kita pernah ada Pulau Bidong yang suatu ketika dahulu menerima pelarian dari Vietnam,” katanya dalam sidang media di Hotel JW Marriot hari ini.



Sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan mengikut rapat perkembangan berhubung perjanjian antara Myanmar dan Bangladesh mengenai penubuhan kumpulan kerja untuk penghantaran pulang pelarian Rohingya.

OIC berkata, pelarian Rohingya harus kembali ke negara asal dengan selamat serta bermaruah dan kerajaan Myanmar perlu mengambil langkah konkrit bagi menangani masalah yang mencetuskan ketegangan di Rakhine.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Zulkifli Abu Bakar dilaporkan berkata tidak akan menghalau pelarian Rohingya, sebaliknya bersedia menyediakan tempat perlindungan sementara.

Walaupun tidak menandatangani perjanjian berkenaan, sehingga kini lebih 100,000 pelarian Rohingya dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia.

Rohingya satu daripada 135 kumpulan etnik di Myanmar, dengan bilangan dianggarkan sekitar 1.33 juta orang, rata-ratanya beragama Islam.

Kerajaan Myanmar menganggap mereka sebagai pendatang asing dan menafikan taraf kewarganegaraan.

Penganiayaan besar-besaran melalui pembersihan etnik dan tindakan pembunuhan menyebabkan kira-kira 1.5 juta Rohingya terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka sejak kemerdekaan Burma pada 1948.

Layanan ke atas lebih sejuta penduduk Rohingya cabaran terbesar pemimpin Myanmar, Aung dan Suu Kyi yang dikritik tidak berusaha melindungi minoriti Rohingya.


 
aku masih pelik kt fb masih ada lagi yg sokong pendatang rohingya ni. dah bagi point2 pun masih lgi dok sokong.. entah ler
bila nasib malaysia dah jadi macam palastine baru tak payah nangis. anak cucu cicit menangis sebab kesilapan dan kebodohan kita zaman kini.

dalam dunia , ada satu sahaja bangsa lain yg mempunyai ikthizam sama macam rohingya . nama dia YAHUDI aka ZIONIS. asalnya pelarian dari kekejaman nazi . atas sebab simpati dan kelancangan UN, maka pelarian ini ditempatkan di Palastine. Kini pelarian2 bernama YAHUDI telah pon berjaya halau tangan yg bantu mereka. atas nama prihatin dan gameplay politik dunia dan kerjayasama UN .

apa yg aku lihat , sekarang bermula gameplay baru oleh kaum rohingya . dari asal perlarian kepada permohon hak yg berbagai. sebelum bibit 2 bara menjadi api adalah baik kerajaan ambil tindakan kurangkan jumlah pendudukan PELARIAN rohingya di tanah air.

Jangan sampai rakyat , angkat tangan dan kaki . dah terlambat bila rakyat pulak jadi xenophobic cara inglorious bastards
 
Tengah tengok Anwar Ibrahim mengulas isu pelarian Rohingya ni di Facebook beliau.


Amat merisaukan... rasanya kalau PH masih berkuasa... habis sekalian frontliner dikerah sambut pelarian-pelarian tersebut. :eek:

Tapi tapi tapi...
hmmm... info grafik dari Kai kata PN / BN yang sokong sangat Rohingya sebelum ini siap berkumpul lagi.. tetapi PN yang berani tolak Rohingya ini keluar dari laut Malaysia.

Hmmm merisaukan... bagaimana agaknya kalau Anwar Ibrahim adalah pemimpin kita sekarang?:unsure:
 
Aduhaiiii.. heheheheh ape benda lah kome ni... tu lerrr dulu kemain lantang ngutuk kerajaan junta bunuh org... skrg Allah uji kome pula... tk rasa dah jadi pembunuh ke bila tolak balik kelaut tu..? Mana kemanusian yg diperjuangkan dan dilaungkan tu dulu..?

naseb baik ada mapim pembela mereka ni.. harap mapim terus lantang bergiat memperjuang naseb mereka...

aku rasa ayat quran bertolong2 dlm perkara kebaikan yg dulu jadi fav pentaksub mungkin dah tak valid lagi arini..

haissshh mcm2... 🤭
 
Back
Top
Log in Register