BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Bila dipolitikkan
Rakyat yang kena tanggung kesan
Kesian kat rakyat la

Derang nk satukan penyokong antara pas & umno waktu tu..

Kalau ikhlaa buat atas nama agama ajak sekali anwar, mat sabu sekali..

Udahnya yg jadi mangsa rakyat yg diperbodohkan..
 
Isu rohingya ni berbalik pada kebijaksanaan YDPA dan Sultan-sultan. Cuba kita berfikir sejenak, nak ke YDPA dan sultan-sultan terima mereka sebagai rakyat berwarganegara? Cukuplah dulu dah terima orang-orang cina dan india sebagai warganegara. Mungkin masa tu belum ada istilah Permastautin Tetap.

Impak kepada pemberian warganegara pulak melayakkan mereka mengundi dan memilih wakil rakyat. Dan akhirnya diterjemah dengan wakil mereka penuh dalam parlimen sekarang ni. Ambik lah iktibar wahai kerajaan CG.
 
2 dalang seludup etnik Rohingya, warga asing ditahan
Bernama
-
April 22, 2020 8:23 AM

rohingya-refugee-langkawi-mmea-pic-050420-11.jpg

Pada 5 April lebih 200 pendatang tanpa izin etnik Rohingya ditahan di perairan Langkawi kerana memasuki negara ini secara haram. (Gambar MMEA)

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 2 lelaki warga Myanmar yang disyaki menjadi dalang dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin, termasuk etnik Rohingya ke negara ini.
Timbalan pengarah operasi APMM Kedah dan Perlis, Zulinda Ramly berkata, mereka ditahan dalam satu operasi yang dilaksanakan agensi itu susulan maklumat yang diperolehi daripada 202 pendatang tanpa izin etnik Rohingya yang ditahan di perairan Langkawi pada 5 April lepas.

Katanya, tangkapan pertama membabitkan suspek berusia 36 tahun di sebuah rumah teres di Simpang Empat, di sini pada 16 April lepas dan tangkapan ke-2 pula dilakukan 2 hari kemudian melibatkan suspek berusia 31 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Guar Chempedak, Yan.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama merupakan adik ipar kepada dalang utama yang masih dikesan dan dipercayai aktif melakukan kegiatan penyeludupan pendatang asing ke negara ini sebelum ini.

“Penggeledahan rumah didiami suspek pertama menemukan satu buku catatan yang merekodkan pembayaran kepada ejen yang seterusnya membawa kepada tangkapan suspek kedua,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Zulinda berkata, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 26A, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Katanya APMM juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang merupakan dalang utama mengatur kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini melalui perairan terutama ke Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

“Setiap pendatang asing perlu membayar tidak kurang RM15,000 seorang kepada ejen dan modus operandi mereka ialah dengan membawa warga asing menggunakan bot besar di perairan Myanmar sebelum menukar kepada bot kecil apabila melepasi sempadan perairan negara ini,” katanya.

Zulinda berkata, APMM akan terus memburu anggota sindiket terbabit termasuk tekong darat yang disyaki bersekongkol dengan tekong laut dalam membawa pendatang tanpa izin ke negara ini.

Derang nk satukan penyokong antara pas & umno waktu tu..

Kalau ikhlaa buat atas nama agama ajak sekali anwar, mat sabu sekali..

Udahnya yg jadi mangsa rakyat yg diperbodohkan..

Perhimpunan tu bukan atas nama parti pun..niat tak nak pegi..memamg tak pegi la
 
Minggu yang menjerihkan

Ya minggu ini aset-aset TLDM dan Maritim Malaysia dikerah sehabis mungkin untuk mengawal sempadan perairan Malaysia di perairan Pulau Langkawi dan Malaysia EEZ di Sarawak.

Perairan Pulau Langkawi kini di kawal ketat ekoran terdapat lagi pencerobohan berskala besar pendatang haram Rohingya ke Malaysia.

Perairan EEZ kita di Sarawak juga sedang dicerobohi oleh Kapal CG dari China bersama Kapal Haiyang Dizhi 8. TLDM dan Maritim Malaysia telah mengerakkan aset bagi memberikan kawalan rapat Kapal- kapal China.

Tentera Laut US dan Anzac telah berada di perairan berkenaan bagi memantau aktiviti Kapal CG di perairan EEZ Malaysia

Minggu yang memenatkan kepada Anggota-anggota TLDM dan Maritim.

Kekangan Aset menjadi igauan kepada Mereka.

MMP
 
kena tambahkan lagi aset untuk barisan hadapan kita ni
baru lebih efisien mereka nak banteras kemasukan PATI ni
 
Back
Top
Log in Register