BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Ni byk lupa mcm mana tahun tersebut agaknya... alih2 spin sbb tk nk dtg... 🤣🤣🤣
 
Ramai lupa yg rohingya ni semakin menjadi2 selepas kempen tu.. 😂😂
 
br brp thun diorg dah demand mcm2,
Grkn diorg lg laju pada kiasu,cargas giler beb..xtoleh blkg diorg nye mission
 
Boleh baca sejarah di thread ini bg mana yg rajin..

26039001421b63f347842b37076d9137.jpg


Umno-PAS akan kongsi pentas lagi di acara Flotilla

Umno akan terus bekerjasama dengan PAS dan terbaru, kedua-dua parti politik itu akan bersama-sama pada pelancaran kapal misi Flotilla Rohingya pada 3 Februari depan.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, kedua-dua parti itu akan terus mengadakan kerjasama terutamanya isu berkaitan ummah dan Islam.

"Atas isu kepentingan ummah macam Rohingya, kita dapat berada di pentas yang sama dan saya diberitahu, pelancaran kapal Flotilla 3 Februari ini, insha-Allah PAS juga akan hadir bersama untuk majlis pelancaran pelayaran tersebut.

"Kita boleh bekerjasama atas isu-isu yang menyentuh soal ummah, soal Islam dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Anggota Majlis Tertinggi Umno di PWTC hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung perkembangan kerjasama antara Umno dan PAS.

Selain itu, ditanya sama ada akan wujud kerjasama antara Umno dan PAS pada pilihan raya umum akan datang, Najib yang juga perdana menteri sebaliknya hanya memberitahu perkara itu lambat lagi akan berlaku.

"Itu (kerjasama semasa pilihan raya) lain cerita. Ini soal ummah, soal (pindaan) rang undang-undang kita bincanglah bersama. Pilihan raya umum lambat lagi," ujar Najib.

Ditanya tentang kehadiran Umno pada Himpunan RUU 355 anjuran PAS pada 18 Februari depan, Najib sebaliknya berkata pihaknya kini sedang memperhalusi segala aspek mengenai rang undang-undang berkenaan.

"Saya akan buat ulasan nanti. Kita tengah halusi segala aspek rang undang-undang (akta 355). Bagi saya tempoh sikitlah," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Sumber
 
aku penah jumpe kepala rohjinya ni tahun lepas.. sebb nak amik bekerja sebagai cleanner.. baru je sembangsuai kenal.. korang tahu ape leader tu mtk??? dan2 nak minta bantuan itu ini... aku ckp gan bos aku ni baru bincang.. mcm2 mintak.. belum lagi amik geng2 dia bekerja.... last2 bia je x jadi amik... pastu ada la leader dia duk call tanye bila nak start amik geng dia keje.. mula2 bos aku kasi alasan masih dalam perbincangan.. dia call lagi tanye.. bos aku ckp tak jadi amik
 
KENAPA POSTING ANTI ROHINGYA MELETUP DI MEDSOS MALAYSIA?
.
OK dah dapat jawapan. Terima kasih di atas perkongsian rakan-rakan.

Berikut adalah senarai kenapa posting anti-Rohingya meletup di kalangan warganet Malaysia sejak semalam berserta sumber untuk rujukan:

1. Bot warga asing mendarat di sekitar langkawi TUDM dan APMM menahan bot pelarian Rohingya dari Bangladesh yang membawa 200-500 pelarian dan diarahkan keluar dari perairan malaysia berikutan kebimbangan virus Covid19 dan di kala Malaysia sendiri tengah sibuk menangani Covid19, tekanan yang diberikan kepada kerajaan untuk menerima pelarian ini telah menimbulkan ketidaksenangan hati rakyat Malaysia.

Dilaporkan 32-60 pelarian telah mati di atas bot yang kemudiannya diselamatkan coast guard Bangladesh.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/…/lebih-200-etnik-rohingya-ditah…

https://www.bangkokpost.com/…/malaysia-bars-another-rohingy…

https://www.nst.com.my/…/32-rohingya-die-malaysia-bound-boa…

https://www.frontiermyanmar.net/…/60-rohingya-die-hundreds-…

https://www.dhakatribune.com/…/400-rohingyas-returning-from…

2. Tambahan lagi tekanan yang diberikan kepada kerajaan dilakukan oleh pihak NGO dan ahli politik Malaysia, malah daripada persatuan Rohingya di Malaysia sendiri untuk menerima pelarian ini telah menambahkan rasa ketidaksenangan hati rakyat Malaysia.

Sumber:
https://www.freemalaysiatoday.com/…/concerns-expressed-ove…/



https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/…/94288874_33392280…

https://www.facebook.com/kapt.hafiz/posts/2595349977396719?hc_location=ufi
.

3. APMM menahan 2 tekong darat warga Rohingya di utara tanah air yang dikatakan dalang disebalik bot warga asing yang mendarat di langkawi. Mereka yang digelar sebagai Ejen 'Dallal' mengenakan caj RM15,000 seorang etnik Rohingya untuk masuk ke Malaysia.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/…/Ejen-Dallal-caj-RM15000-se…

https://www.airtimes.my/2020/04/21/32306/

https://www.freemalaysiatoday.com/…/2-dalang-seludup-etnik…/
.

4. PKPD di pasar borong Selayang dimana sejumlah besar warga asing dikawasan tersebut (dikatakan warga asing positif covid ketika membuat saringan di pasar borong selayang) warga asing terutama warga Rohingya dikatakan membuat provokasi terhadap pasukan keselamatan di kawasan PKPD tersebut termasuk merosakkan barrier yang telah dipasang di Pasar Borong Selayang.

*Untuk rekod berita provakasi ini hanya dilaporkan oleh page MMP dan tidak dilaporkan mana-mana media utama yang lain.

Sumber:
https://www.facebook.com/MalaysiaMilitary…/…/300089705659995

https://www.worldofbuzz.com/just-in-selayang-wholesale-mar…/

https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php
.

5. Tersebarnya surat seorang individu berbangsa Rohingya yang bernama Zafar Ahmad yang mengaku sebagai Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) yang memberi cadangan kepada bekas menteri sumber manusia untuk:

i. Memberikan kebenaran pekerja kepada pelarian Rohingya mengikut sektor pekerjaan yang sesuai dengan mereka kerana tidak ada kebenaran pekerja yang dibenarkan kepada pelarian di Malaysia.

ii. Mewajibkan majikan menginsuranskan pelarian Rohingya yang bekerja dengan mereka kerana ramai majikan tidak mengambil insurans untuk pekerja mereka yang tidak mempunyai permit bekerja.

iii. Mengurangkan kos rawatan dan merawat pencari suaka bagi kes berisiko, kerana walaupun selepas mendapat diskaun 50% selepas menggunakan rebet UNHCR, kos ditanggung sepenuhnya oleh pelarian Rohingya kerana majikan tidak mempunyai insurans pekerja. Dan pencari suaka pula terpaksa menanggung kos tanpa diskaun selama 8-12 sebelum mendapat status pelarian.

iv. Tidak menangkap pelarian yang Rohingya yang bekerja atas dasar kemanusiaan.

Di dalam surat itu juga disebutkan bahawa, ramai pelarian Rohingya telah dieksploitasi oleh majikan dan bekerja sebagai buruh paksa, tidak dibayar gaji, dipotong gaji secara tidak sah, dipukul, diugut, tiada cuti dan lain-lain.

Untuk rekod, di dalam surat tersebut itu, apa yang menjadi kemarahan netizen adalah apabila ada sepotong ayat yang berbunyi,

" Pelarian Rohingya telah memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia selama 30 tahun mencari perlindungan di Malaysia. Kami akan terus memberikan seumbangan kepada kerajaan Malaysia sehingga kami dapat pulang ke negara asal.

Ramai rakyat Malaysia ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mempunyai kerisauan akan tuntutan-tuntutan yang dilihat bermacam-macam. Lebih-lebih lagi ramai di antara mereka hanyalah sekadar pelarian dan pemegang suaka UNHCR.

*Setakat ini belum ada lagi penafian dari MERHROM bahawa surat itu adalah palsu.

Sumber:
https://www.facebook.com/Auni.Ameera/posts/1095467147498448?hc_location=ufi

6. Khabar angin segelintir warga asing terutama dari Rohingya melanggar PKPD dengan sengaja mengalihkan halangan yang dibuat pihak berkuasa dan memprovok anggota ATM dan PDRM dengan menayangkan Kad UNCHR kononnya mereka kebal serta Isu kad UNCHR laku atau tidak di Malaysia.

Menurut pandangan rakyat Malaysia, sebagai pelarian, walaupun pelarian Rohingya mempunyai UNHCR mereka sebenarnya masih tidak mempunyai hak-hak pelarian untuk berkerja di Malaysia tidak menandatangani dan meratifikasi sebarang Konvesyen dan Protokol PBB mengenai Pelarian 1951.

Maka dengan itu hak Pelarian Rohingya untuk berkerja dan dinaturalisasikan di dalam negara Malaysia dan ASEAN tidak sah dan sememangnya mereka telah dikategorikan PENDATANG HARAM.

*Untuk rekod berita provakasi di Selayang ni hanya dilaporkan oleh page MMP dan tidak dilaporkan mana-mana media utama yang lain.

Sumber:
https://www.facebook.com/MalaysiaMilitaryPower/posts/3003482383008091?hc_location=ufi

https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php
.

7. Tuntuan bantuan Pendidikan untuk anak-anak Rohingya.

Pautan berita dari inidvidu sama iaitu Zafar Ahmad yang berkata, sudah tiba masanya anak-anak Rohingya memasuki sistem pendidikan lebih tersusun.

"Kami lama duduk sini dan tak tahu bila boleh balik Myanmar atau pergi ke negara ketiga nanti.

"Jadi, kami minta rakyat dan kerajaan Malaysia lihat isu pendidikan untuk anak-anak Rohingya. Kami juga minta kerajaan beri kami dokumen supaya boleh bekerja secara sah di Malaysia," katanya kepada BH dan NST di Persidangan Khas Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan MRM di Dewan FELCRA Setapak, di sini hari ini.

Permintaan pelarian rohingya untuk mendapatkan pendidikan buat anak-anak mereka dilihat keterlaluan dan telah menimbulkan rasa tidak senang rakyat Malaysia kerana seolahnya berlebihan meminta daripada apa yang sewajarnya setaraf dengan mereka sebagai pelarian dan pendatang haram.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/…/bantu-pendidikan-anak-kami-ket…
.

8. Rohingya minta IC dan MINTAK KERAKYAKTAN.

Mesej tular di laman sosial dan whatsapp berbunyi,

PLEASE SHARE.. #KamiTakPerluRohingya

"Zafar ahmad ni selaku presiden Rohingya di Malaysia menuntut hak sama rata pendidikan dan kerakyatan penuh di Malaysia..ingatlah Malaysia tidak menandatangani perjanjian pelarian 1951. Oleh itu mereka dan kaum mereka yang semakin berani bersuara perlu dihantar pulang atau diusir dari Malaysia. Penjajahan moden berunsur airmata dan isu agama ..sekarang mereka siap ada NGO dan persatuan untuk menuntut hak mereka.warga rohingya yang mengaku dirinya sebagai presiden bangsa rohingya menulis surat kepada kerajaan meminta hak samarata di malaysia MINTAK KERAKYAKTAN

Walaubagaimanapun, sumber asal mengenai tuntutan KERAKYATAN ini tidak dapat disahkan benar atau palsu kerana sumber posting asalnya iaitu Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia, MyGossip.my yang asalnya daripada page/individu dengan nama 'Tun Jebat' telah di delete oleh kesemua page-page berkenaan.

Maka setakat ini saya klasifikasikan berita minta kerakyatan ini sebagai FAKE NEWS.

Rujuk:


TAMAT.

Sekian melaporkan.


Khairul Azri
1 jam
 
Back
Top
Log in Register