BTC USD 81,442.9 Gold USD 4,011.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Petikan dari kenyataan terkini Presiden PAS:

1.Menerima pendatang adalah tindakan kemanusiaan sementara dan terhad yang wajib ditanggung secara bersama oleh masyarakat antarabangsa mengikut piagam antarabangsa, bukan negara Malaysia sahaja.

2.Maka mencegah mudarat yang lebih besar hendaklah diutamakan daripada menghadapi pendatang yang mencari kesempatan, bukan kerana perjuangan menuntut hak mereka sahaja tanpa perhitungan terhadap diri sendiri.

Semua pihak telah mengambil langkah awal sebelum ini lagi, sehingga melibatkan NGO Malaysia yang bertali arus pergi ke sempadan membawa bantuan.
Maka langkah terkini yang diambil oleh pihak keselamatan menyampaikan bantuan bekalan sepatutnya, di samping menghalang bahtera pelarian masuk ke dalam negara dalam suasana seluruh dunia diserang bencana wabak COVID-19 adalah perkara yang sewajarnya.

Tindakan itu mengambil kira aspek kemanusiaan dengan menghulurkan bekalan, dan menghalang dengan bersopan kerana maslahat menjaga keselamatan negara.

---------------

Kenyataan ini jelas selari dengan apa yang MMP tekankan sejak seminggu lepas bahawasanya dalam keadaan wabak yang menular diseluruh rantau sekarang, menerima pelarian bukanlah satu benda yang boleh dibuat negara kita sekarang. Aspek keselamatan warganegara dan sempadan kita mestilah diutamakan dan apa yang dibuat oleh TLDM dan APMM dengan menolak mereka keluar dan memberi bantuan makanan dan air sementara adalah cukup kemanusiaan.

Jelas kami juga menekan bahawa masalah pelarian ini tidak boleh ditanggung Malaysia sahaja semata-mata.

Nampak? Great minds think alike. Apa yg tuan presiden katakan sama dengan apa kami katakan. Keselamatan negara dahulu. Ini untuk tuan2 yang merupakan rakyat negeri ini.

Walaun nak marah lagi ke?

Sekain.

MMP

 
Kapal Pukat Tunda Bawa 500 Rohingya Di Lihat Berhampiran Pantai Bangladesh

Sharif Khiam & Abdur Rahman
Dhaka dan Cox's Bazar, Bangladesh

2020-04-22

3bc5f181-c19f-48a7-bf9b-3b05a15c7d07.jpeg

Seorang etnik Rohingya menunggu di luar pusat transit Bangladesh-Myanmar di Teknaf, dalam daerah Cox’s Bazar, Bangladesh, sebelum menaiki sebuah trak untuk dibawa ke sebuah kem pelarian, 16 April 2020.

Bot-bot nelayan yang membawa beratus-ratus pelarian Rohingya telah dilihat berhampiran bahagian tenggara Bangladesh dan belayar ke arah pantainya, kata seorang komander polis sempadan tempatan pada Rabu, semasa Amnesty International menggesa negara Asia Selatan itu agar menyelamatkan mereka.

Nelayan memberitahu Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) dan pihak berkuasa pengawal pantai bahawa mereka telah melihat dua kapal pukat tunda yang penuh sesak dengan pelarian Rohingya di selatan Teknaf, sebuah subdaerah di Cox’s Bazar, yang terletak berhampiran sempadan Bangladesh dengan Myanmar.

“Kapal-kapal pukat tunda membawa pelarian Rohingya datang ke arah Bangladesh. Rondaan di kawasan sempadan dan sepanjang pantai telah dipertingkat selepas menerima laporan itu,” kata Leftenan Kolonel Mohammad Faisal Hassan Khan, komander Batalion 2 BGB Teknaf kepada BeritaBenar. “Penduduk tempatan diminta berada dalam keadaan berjaga-jaga agar tiada pelarian baharu Rohingya boleh masuk.”

Terdahulu pada hari sama, pemantau hak asasi global Amnesty International (AI) telah menggesa Bangladesh agar membenarkan kira-kira 500 pelarian Rohingya yang menaiki bot-bot itu memasuki pantai negara itu. Dalam satu kenyataan, AI berkata kedua-dua kapal tunda terbabit telah dihalang memasuki Malaysia susulan kebimbangan mengenai wabak koronavirus.

“Berbeza dengan sikap tidak berperikemanusiaan beberapa kerajaan negara lain, yang secara aktif menghalang kemasukan bot-bot terbabit, Bangladesh telah mengekalkan rekod positifnya dalam memberikan perlindungan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal dan menderita akibat jenayah kejam,” kata Biraj Patnaik, pengarah kumpulan itu di Asia Selatan.

“Kami berharap Bangladesh akan terus menerima pelarian Rohingya pada waktu-waktu yang sukar ini. Komuniti antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk membantu pihak berkuasa Bangladesh dalam tugasan ini, termasuk membantu usaha menubuhkan pusat-pusat kuarantin dan menyediakan bantuan perubatan segera yang diperlukan kepada pelarian untuk pulih daripada perjalanan itu serta melindungi mereka daripada penularan virus COVID-19,” tambahnya.

Meskipun terdapat laporan daripada nelayan, komander yang bertugas di stesen pengawal pantai Teknaf berkata tiada kapal pukat tunda dikesan.

“Beberapa orang berkata mereka boleh melihatnya berhampiran Pulau Shahpari,” kata Leftenan Komander M. Sohel Rana kepada BeritaBenar, merujuk kepada sebuah pulau yang terletak di selatan Teknaf.

Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian Bangladesh Mahbub Alam Talukder juga berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kapal-kapal pukat tunda itu.

“Peranan saya ialah bagi memastikan bantuan kemanusiaan jika seseorang datang ke Bangladesh atau kem-kem pelarian kami. Pada akhirnya, jika ada sesiapa yang datang ke sini, kami akan menjaga mereka,” katanya kepada BeritaBenar.

Asif Munir, seorang penganalisis hal ehwal imigresen dan pelarian, menyalahkan kumpulan penyeludupan manusia antarabangsa dalam kemelut yang dihadapi pelarian terbabit.

“Kegagalan untuk mengenal pasti dan membanteras mereka bukanlah kegagalan mana-mana negara, ia adalah kegagalan pasukan polis antarabangsa termasuk Interpol,” katanya kepada BeritaBenar. “Penyeludupan manusia adalah masalah multinasional yang memerlukan tindakan bersepadu dan jangka panjang.”


Beratus - Ratus Di Selamatkan

Laporan mengenai penampakan bot-bot itu dibuat seminggu selepas pihak berkuasa Bangladesh pada 15 April menyelamatkan hampir 400 pelarian Rohingya, yang menceritakan kisah-kisah menakutkan kerana terpaksa berada di laut di atas sebuah kapal pukat tunda selama hampir dua bulan selepas tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

“Mereka kelaparan... Mereka hanyut selama 58 hari dan sejak tujuh hari lepas (bot-bot itu) telah bergerak ke arah kawasan perairan kita,” kata Sohel Rana, komander pengawal pantai kepada BeritaBenar ketika itu.

Mereka yang terselamat berkata berpuluh-puluh orang maut dan jasad mereka telah dibuang ke laut selepas upacara solat jenazah dilakukan.

Pada hari berikutnya, Tentera Udara Diraja Malaysia mengumumkan bahawa pasukan keselamatan itu telah menghalang percubaan sebuah lagi kapal pukat tunda yang membawa kira-kira 200 pelarian Rohingya untuk memasuki negara itu.

Ia berkata pasukan udara itu telah memaklumkan tentera laut yang menghantar beberapa kapalnya untuk mengiringi kapal tunda tersebut keluar dari perairan Malaysia selepas memberikan bantuan makanan atas “dasar perikemanusiaan.”

Sebelum ini, para pegawai Malaysia berkata mereka telah menahan 202 pelarian Rohingya pada 5 April selepas bot mereka didapati hanyut berhampiran Pulau Langkawi yang terletak di bahagian utara, menurut laporan media. Kesemua pelarian telah diserahkan kepada jabatan imigresen.

Pada 31 Mac, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memintas sebuah bot yang membawa hampir lima dozen pelarian Rohingya berhampiran pulau sama.

Para pegawai APMM ketika itu berkata pelarian Rohingya terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana mereka ditemui dalam kawasan perairan Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Mereka juga berkata bahawa mereka telah memberikan kelonggaran dalam kes itu atas dasar kemanusiaan.

Amnesty berkata negara terbabit tidak seharusnya menggunakan pandemik COVID-19 sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap pelarian.

“Semua negara di rantau ini mempunyai tanggungjawab bagi memastikan bahawa laut tidak akan menjadi kubur kepada mereka yang mencari perlindungan. Bangladesh tidak boleh dibiarkan menangani situasi ini secara bersendirian,” kata Patnaik. “Hakikat bahawa ia menunaikan tanggungjawabnya dalam isu ini bukanlah satu alasan untuk negara lain mengabaikan tanggungjawab mereka.”

Artikel Benar.MY
 
"Etnik Rohingya Tidak Di Benarkan Masuk" - Bangladesh

Kamran Reza Chowdhury
Dhaka, Bangladesh

2020-04-23

200423-MY-RohingyaBot620.jpeg

Etnik Rohingya yang diselamatkan sedang menunggu di luar pusat transit Bangladesh-Myanmar di Teknaf, dalam daerah Cox's Bazar di tenggara Bangladesh, sebelum menaiki trak untuk dibawa ke sebuah kem pelarian, 16 April 2020.

Bangladesh tidak akan membenarkan ratusan etnik Rohingya yang menaiki dua kapal pukat tunda yang terdampar di pesisir tenggara negara itu daripada mendarat, kata menteri luarnya pada Khamis walaupun terdapat gesaan PBB dan kumpulan hak asasi manusia supaya ia menerima pelarian berkenaan.

Bot yang membawa kira-kira 500 pelarian itu dikesan oleh nelayan tempatan pada Selasa di Teluk Benggala berhampiran daerah Cox's Bazar, lapor Amnesty International pada Rabu. Seorang komander polis sempadan daerah itu menyatakan bahawa rondaan telah dipertingkatkan untuk mengawasi kedua-dua pukat tunda itu yang menuju ke pantai daerah berkenaan.

"Saya membantah etnik Rohingya dibenarkan masuk ke negara ini kerana Bangladesh selalu diminta mengambil alih tanggungjawab negara-negara lain," kata Menteri Luar Negeri A.K. Abdul Momen kepada BeritaBenar pada malam Khamis. "Kami tidak lagi boleh membenarkan etnik Rohingya masuk ke negara kami.

“Sebelum ini, kami menerima sekumpulan etnik Rohingya yang ditangkap di Teluk Benggala. Sekarang, lebih banyak kapal yang menunggu untuk memasuki Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata kumpulan antarabangsa selalu beralih kepada Bangladesh bagi mendapatkan tempat berlindung serta menjaga etnik Rohingya. Lebih daripada 1 juta pelarian etnik Rohingya tanpa kewarganegaraan dari Myanmar berlindung di kem dan penempatan yang meluas di Cox's Bazar.

Seorang komandan pengawal pantai tempatan mengulangi pesanan menteri itu.

"Pendirian kami jelas: Tidak seorang pun etnik Rohingya akan dibenarkan masuk. Bot pukat tunda membawa etnik Rohingya yang cuba memasuki Bangladesh akan diusir,” kata Lt Komander M. Saiful Islam, pegawai Pengawal Pantai Zon Timur Chittagong kepada BeritaBenar.

Kira-kira 740,000 etnik Rohingya melarikan diri ke kem dan di sekitar Cox’s Bazar dari negeri Rakhine di Myanmar bermula pada Ogos 2017 selepas tentera Myanmar melancarkan tindakan keras sebagai membalas serangan maut oleh kumpulan pemberontak di pos-pos keselamatan kerajaan. Mereka menyertai ratusan ribu etnik Rohingya yang sebelum itu melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.

Momen, menteri luar negeri pula berkata bahawa Bangladesh kini terpaksa menguruskan ribuan rakyatnya yang pulang kerana wabak COVID-19.

"Oleh itu, kami memang tidak mempunyai ruang untuk melindungi orang asing atau pelarian," katanya.

Pada Khamis, UNHCR, agensi pelarian PBB, menyertai Amnesty International dalam menyeru negara-negara lain supaya menerima pelarian Rohingya.

"Berikutan krisis COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini, semua negara perlu menguruskan sempadan mereka dengan sewajarnya. Tetapi langkah-langkah sedemikian tidak harus mengakibatkan penutupan laluan bagi mendapatkan suaka, atau memaksa mereka kembali ke situasi berbahaya,” kata UNHCR dalam satu kenyataan di laman webnya.


Pegawai Malaysia Bersuara

Di Malaysia, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim menyatakan negaranya tidak boleh menolak etnik Rohingya yang tiba dengan kapal, menurut media Kuala Lumpur.

Menurut laporan, dua kapal pukat tunda yang dilihat di Teluk Benggala dan sebuah pukat tunda yang membawa etnik Rohingya kelaparan yang tiba di Bangladesh minggu lalu, telah cuba berlayar memasuki Malaysia tetapi mereka dipaksa pergi.

"Dalam kita menjaga sempadan, kita tidak boleh membiarkan orang tenggelam, mati dan malah menjadi mangsa kezaliman kerajaan mereka sendiri," kata Anwar, merujuk kepada etnik Rohingya. "Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menjaga mereka dalam bentuk kawalan yang terhad tetapi tidak mengusir sehingga mereka tenggelam atau tidak membiarkan mereka kelaparan," katanya.

NGO Fortify Rights yang berpejabat di Asia Tenggara juga mengeluarkan gesaan sama minggu lalu setelah munculnya laporan mengenai tindakan Malaysia.

"Menghantar kapal pelarian yang serba-serbinya kurang ke laut adalah tidak sah dan merupakan suatu hukuman mati," kata Matthew Smith, ketua pegawai eksekutif NGO itu dalam siaran media pada 17 April. "Kerajaan Malaysia harus menyiasat siapa yang memerintahkan kapal Rohingya itu kembali ke laut dan perlu segera membenarkan misi mencari dan menyelamat dilakukan untuk kapal-kapal lain yang berada dalam kesusahan. COVID-19 bukan alasan untuk menghantar pelarian supaya mati di laut. "

Di Cox's Bazar, seorang pemimpin etnik Rohingya menyuarakan harapannya agar kerajaan Bangladesh akan membenarkan para pelarian di kapal berkenaan mendarat di daerah itu.

“Kami berterima kasih kepada Bangladesh kerana memberi perlindungan kepada kami. Pastinya ramai yang akan gembira sekiranya mereka yang terdampar di laut itu dibenarkan memasuki Bangladesh,” kata Mohammad Shah Alam, seorang pemimpin etnik Rohingya di kem pelarian Kutupalong

Artikel Benar.MY
 
Ini adalah satu diversion dari PH RBA. Kita kene tegas jangan biarkan PATI mana2 pun masuk kemalaysia. Kerajaan perlu focus menghantar balik PATI cina dan india yang telah berada dimalaysia ini. Musuh utama kita adalah DAP PH.
ya betul tu. DAP adalah musuh nyata orang melayu.
 
Kita kat malaysia pun ramai rakyat menganggur

Biz pun ada tutup

Ramai rakyat malaysia pun perlu bantuan

Saya rasa sepatutnya

Negara terdekat kita Indonesia dan Thailand pun boleh ambik

Dekat indonesia

Pulau lagi banyak pada kita

Mai juga tempat kita

Harap menteri kita boleh sembang dengan indonesia dan thailand untuk terima juga pelarian nie

Takkan Malaysia ja tanggung
 
"Jika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja.

"Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar.

"Ia membunuh nilai Ramadan anda. Ia membunuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap Muslim.
 
Tgk dia dalam video ni, kesian mmg nampak kesian... Tapi takut perkara yang sama terjadi lagi...mula2 buat muka kesian...lama2 nanti, hmmmm..... kemungkinan 13mei pn boleh berlaku lagi...tp kali ni dgn rohingya ...

Tapi wallahualam lah...aku taknak komen banyak...

Aku mule2 tak perasan video dlm group WhatsApp,ade membe tegur suare ckp lain subtitle lain,fitnah katenye... Taktau la Klau ade video lain...
Yg betul2 rohingya ni buat tuntutan...
 
Back
Top
Log in Register