BTC USD 81,723.0 Gold USD 4,056.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Perkampungan melayu kt myanmar ok je..islam..junta xkacau pun,aung aung suu ci xkacau pun..
 
FB_IMG_1587968251176.jpg

Najib Razak

kat Bangladesh duk kem .. tapi sini satu Malaysia boleh jalan2 berniaga .. ada kebebasan, banyak syok ini macam

:D
 
Kuala Lumpur 27 April:

Majlis Rohingya Eropah mendesak 2 laman facebook dan 2 individu memohon maaf kerana menaikkan hantaran yan didakwa memfitnah Duta Malaysia Majlis Rohingya Eropah, YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi. Dalam satu kenyataan,Majlis Rohingya Eropah menamakan laman facebook Bersatu TV, dan 32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya, manakala akaun individu adalah Web Schneider dan Ammar Daniel...

 
Ini adalah satu diversion dari PH RBA. Kita kene tegas jangan biarkan PATI mana2 pun masuk kemalaysia. Kerajaan perlu focus menghantar balik PATI cina dan india yang telah berada dimalaysia ini. Musuh utama kita adalah DAP PH.
 
Tuntut Hak Sama Rata Kerakyatan, Pendidikan - Etnik Rohingya Makin Melampau?

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sikap terbuka dan melindungi pendatang-pendatang warga asing yang mencari perlindungan di negara ini. Namun, baru-baru ini tular di media sosial apabila dikatakan terdapat sebuah organisasi bukan kerajaan telah menuntut hak sama rata dari segi kerakyatan dan pendidikan.

Zafar Ahmad Abdul Ghani, 47, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) dilaporkan telah menghantar memorandum untuk menuntuk hak sama rata seperti rakyat Malaysia. Antara isinya adalah warga Rohingya telah banyak menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan di Malaysia.

"Penyumbang signifikan kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia selama 30 tahun," itu antara isi memorandum yang ditulis Zafar Ahmad.

Antara lain isi kandungan pertimbangan cadangan memo yang diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia Malaysia adalah:

1. Memberi kebenaran bekerja kepada pelarian Rohignya mengikut sektor pekerjaan yang sesuai dengan mereka.
2. Mewajibkan majikan menginsurankan pelarian Rohingya yang bekerja dengan mereka.
3. Mengurangkan kos rawatan dan merawat pencari suaka bagi kes berisiko.
4. Tidak menangkap pelarian Rohingya yang bekerja di atas dasar kemanusiaan.

Permohonan pertimbangan perkara tersebut dilaporkan terhasil daripada penindasan yang dilakukan terhadap etnik ini. Antaranya, pelarian Rohingya yang tidak mempunyai kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan.

Ini kerana proses yang terlalu panjang sehingga mencecah tiga hingga enam tahun hanya untuk mendapatkan status pelarian dan menyebabkan mereka ditangkap semasa bekerja.

Selain rawatan perubatan dinafikan, antara faktor lain adalah kos rawatan yang terlalu tinggi akibat status mereka sebagai pelarian dan bukan warga negara yang sah.

Zafar juga menuntut anak-anak Rohingya mendapat sistem pendidikan yang lebih terjamin dan tersusun. Untuk rekod, komuniti pelarian Rohingya itu hanyalah bergantung kepada sistem pendidikan tidak formal yang diuruskan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Ketika ditemui Berita Harian dan New Straits Time di Persidangan Khas Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan MRM bertempat di Setapak, Zafar yang baru dilantik sebagai Presiden MERHROM menggesa kerajaan melihat isu pendidikan untuk anak-anak Rohingya dan meminta kerajaan memberi dokumen supaya mereka dapat bekerja di Malaysia secara sah.

Hasil tuntutan daripada MERHROM ini ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut.

110931wlopxssqpwlibocc.jpg

110931cvp9m59nrm55z5xp.jpg

Antara isi kandungan tuntutan MERHROM
 
Presiden MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani Nafi 5 Tuduhan Palsu

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani menafikan lima tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dalam media sosial. Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:

Saya, Zafar Ahmad bin Abdul Ghani, Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) dengan ini ingin menafikan segala tuduhan yang dilemparkan ke atas saya di media sosial.

Berikut adalah antara tuduhan palsu yang telah dilemparkan ke atas saya:
  • mengatakan orang Melayu bodoh
  • menuntut hak sama rata dengan rakyat Malaysia
  • menuntut hak kerakyatan penuh untuk pelarian Rohingya
  • melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • mempertikaikan tindakan penguat kuasa Malaysia menolak bot daripada mendarat
Akibat daripada tuduhan palsu tersebut saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan termasuk ugutan bunuh melalui telefon, WhatsApp dan Facebook saya.

Kecaman dan ugutan yang saya terima rata-rata dari rakyat Malaysia. Usaha MERHROM untuk membantu pelarian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah terhenti akibat tuduhan palsu ini berikutan isu keselamatan. Saya juga ingin menafikan telah mengeluarkan kata-kata seperti “HOI YOU MALAY BODOH, THIS IS OUR RIGHT, WE DEMAND FULL CITIZENSHIP HERE!! WE HAVE RIGHT HERE!!" seperti yang dimuat naik di media sosial.

Posting ini telah menjadi tular dan menyebabkan pelbagai kecaman dan ugutan terhadap saya, keluarga saya, ahli jawatankuasa MERHROM dan pelarian Rohingya secara amnya. Saya juga tidak pernah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak PKP dikuatkuasakan. Saya tidak pernah membuat Facebook live di dalam kereta dalam tempoh PKP seperti yang dimuatnaik di media sosial. Facebook live tersebut dibuat pada bulan Januari 2020.

Akibat tuduhan-tuduhan palsu tersebut saya menerima banyak panggilan telefon dan mesej menerusi WhatsApp yang berterusan memaki, mengecam dan mengugut saya. Akibat daripada tuduhan-tuduhan palsu tersebut facebook saya telah menerima puluhan ribu kecaman yang mana rata rata menghalau pelarian Rohingya dari Malaysia beserta pelbagai kecaman dan ugutan. Saya terpaksa “deactivate” akaun Facebook saya buat sementara waktu bagi mengelakkan kecaman dan ugutan yang berterusan. Saya berasa amat sedih dengan kejadian ini disaat kita akan menyambut bulan Ramadan al-Mubarak.

Saya berharap dengan penafian terbuka ini, segala salah faham ini dapat diselesaikan dengan baik dan dengan kadar segera. Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya saya ada tersalah cakap. Sekali lagi saya menafikan semua tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Saya sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Malaysia dan rakyat Malaysia di atas segala sokongan dan bantuan yang telah diberikan kepada kami.

Saya memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata oleh segelintir pelarian Rohingya yang mendapat perlindungan sementara di negara ini. Saya sentiasa menasihat pelarian Rohingya yang berada di Malaysia agar sentiasa mematuhi undang-undang Malaysia, menghormati antara satu sama lain dan memahami budaya masyarakat Malaysia.

MERHROM sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Malaysia dalam hal yang berkaitan dengan pelarian Rohingya.

Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia kerana menyuarakan penindasan terhadap Rohingya di peringkat antarabangsa dalam usaha menamatkan penindasan terhadap Rohingya di negara asal. Sokongan daripada pelbagai pihak amat kami perlukan bagi mendesak kerajaan Myanmar menghentikan genosid dan mengembalikan kerakyatan kepada etnik Rohingya bagi membolehkan kami pulang ke negara asal.

Saya amat bersyukur kerana dalam kita diuji dengan COVID-19 kita diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan al-Mubarak. Saya amat berharap dengan penafian dan permohonan maaf dari saya dan seluruh pelarian Rohingya di Malaysia kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan lebih tenang.

Semoga dengan kehadiran bulan penuh rahmat ini kami dapat meneruskan usaha memberi bantuan kepada pelarian yang memerlukan.
 
Back
Top
Log in Register