BTC USD 81,519.3 Gold USD 4,119.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rogol dalam bas sekolah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PETALING JAYA: Seorang pemandu bas sekolah merogol seorang pelajar berusia 14 tahun dalam kenderaan itu dalam satu kejadian di Sungai Way di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, lelaki durjana itu yang menjalankan rutin hariannya mengambil pelajar di sekitar Petaling Jaya menggunakan kesempatan ketika gadis itu menaiki bas dipandunya berseorangan.

Difahamkan, pelajar malang itu yang juga penumpang pertama menaiki bas terbabit, dirogol pemandu bas itu yang membawa kenderaannya ke satu lokasi tersorok sebaik mangsa menaiki bas untuk ke sekolah.

Lelaki itu menutup pintu bagi mengelak pelajar tingkatan dua itu menjerit meminta tolong atau lari menyelamatkan diri sebelum merogolnya.


Mangsa yang ketakutan selepas diugut, hanya mampu merelakan dirinya dirogol lelaki terbabit berikutan ketika kejadian tiada sesiapa berada di sekitar kawasan itu.

Selepas memuaskan nafsu serakahnya, pemandu bas itu tanpa belas kasihan dan rasa bersalah meninggalkan pelajar berkenaan di tempat kejadian menyebabkan mangsa terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah sambil menangis.

Menurut sumber, bapa pelajar itu membawa mangsa yang masih berpakaian seragam sekolah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membuat laporan.

Susulan laporan itu, polis menahan pemandu bas terbabit bagi membantu siasatan.

“Lelaki berusia 20-an itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam (kelmarin). Suspek sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung anak sulung mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Lelaki itu kini ditahan dan akan direman mulai esok (hari ini),” katanya.

Dulu zaman aku sekolah dengan pak cik driver bas ler mak beri kepercayaan tetapi sekarang dah tak boleh diharap dah.

Aku hantar/ambil anak2 aku sendiri. kalau aku tak sihat anak pun tak pi sekolah. Zaman sekarang tak boleh nak harap sesapa dah
 
betul tuh bro...
apa nak buat...
sapa pun takleh nak percaya dah...
 
cis..kurang ajar tul..dah ada bini tu..
dah ler bini dia tu ngah pregnant..jaga ler sikit kelakuan..
kan tak pasal2 meringkuk lam penjara..xdapek nak nengok anak membesar..
 
kalo kepala terlalu ikut nafsu ini la sebabnya.....ni jenis solat ntah kemana la tu..mana la IMAN dia nih......org macam ni potong je kemaluannya....:mad:
 
isk.

baru 20 umo dier?

sebat jerk montot dier. :(scam
 
Ini manusia ker binatang?
nak kata manusia lansung X ada ciri² manusia, nak kata binatang pun tahu budak bawah umur

Alangkah indahnya sekira HUDUD dilaksakan, sudah berkahwin direjam sehingga mati
 
musibah nie... moga kita semua dijauhkan daripadanyer...
 
Rasanya driver bas sekolah ni air dah naik kepala kot. Kesian betul kat budak sekolah tu. Driver ni dah rancang lama dah ni rasa aku... :(scam
 
mengong nye driver bas..
x leh arap...gantung sampai mati jerk!:(scam
 
sedap sekali jer..pastu merane la ko lam penjara tuh..
 
Back
Top
Log in Register