BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Robot Spot Kini Di Jual Pada Harga Hampir RM320,000 Sebuah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Robot berkaki empat Spot oleh Boston Dynamics telah dibangunkan sejak 2016 pada asalnya untuk digunakan di tempat pembinaan dan melakukan pemantauan keselamatan. Tetapi sejak akhir-akhir ini ia telah digunakan untuk memantau pembatasan sosial di Singapura dan melakukan pemeriksaan pesakit Covid-19. Selama ini untuk membelinya anda perlu melakukan pertanyaan terlebih dahulu tetapi hari ini ia akhirnya dijual secara terbuka kepada individu yang berminat.

Sebuah Boston Dynamics Spot dijual pada harga $74,5000 (~RM 318,000) sebuah. Ini adalah harga untuk robot asas sahaja tanpa aksesori seperti pek bateri tambahan, sensor, LIDAR, dan sepasang tangan. Dengan penjualan secara terbuka, pemilik bebas melakukan apa sahaja tugasan yang dirasakan sesuai untuk Spot. Ia adalah robot yang mempunyai pelbagai fungsi dan telahpun menunjukkan kemampuan menarik lori.

Boston-Dynamics-SPot-robot-jual.jpg


Sumber asal https://shop.bostondynamics.com/DefaultStore/spot?cclcl=en_US&pid=aDl6g000000XdpZCAS
 
Back
Top
Log in Register